Saturday, April 30, 2011

Perempuan, berhenti melacur!

Dari mata seorang lelaki, perempuan skrg di lihat terlalu murah dan mudah didapati.Nisbah 1:10 sudah cukup buktikan betapa perempuan perlu melacurkan diri untuk mendapat seorang lelaki yg belum pasti mampu membawa dirinya mencium Jannah.
Jannatul Firdaus, Jannatul Khuldi, Jannatul Ma’wa, Jannatul Adnin, itu semua nama molek, yg belum pasti kau ke sana bukan?Ke kau tak tahu apa itu? Tanya mr.google then.
Melacurkan diri ini aku klasifikasikan meluas.Sungguh.Dan antara sedar mahupun tidak,kekhilafan ini mungkin pernah berlaku kpd aku juga.Paling mudah dikenalpasti :
1)Melacurkan muka yang kalian rasakan cantik
Rata-rata yg membaca 1001 perempuan pastinya ada blog bukan? Relakah kalian muka kalian dilacurkan utk tatapan orang asing yg datang ke blog kalian? Kalau di facebook aku faham, mungkin semuanya adalah rakan yg kau kenali, yg kau berjumpa setiap hari, itu boleh di maafkan.
Muka cantik sebagai anugerah,namun jgn lupa ianya hanyalah pinjaman.Sanggupkah kalian muka cantik kalian dijadikan bahan melancap buat lelaki?
2) Melacurkan Tubuh Badan
Tidak cukup muka, pakaian perempuan sekarang,sudah tidak melambangkan perempuan bersopan, seorg lelaki bertanya kepada aku
“kenapa perempuan melayu suka pakai short kalau keluar? dah macam amoi”
Aku menggumam dan tak tahu nak menjawab.Mungkin kalian tidak melampau batas sampai mendedahkan aurat sebegitu kan? Bagaimana pula membalut tubuh dgn pakaian ketat dan singkat? Sehingga nampak bentuk buah dada kalian, terpulang kecil atau besar?Dan legging kalian itu?
3) Melacurkan Rambut
Wanita bertudung juga terlibat, hairan ya? Aku malas pertikai buat yg tidak bertudung, semoga kalian mendapat hidayah.Buat yg bertudung, aku bertudung tidak sempurna, tiada tudung labuh menutupi sehingga pinggang, tidak tidak, tp aku tidak lagi bersanggul tinggi untuk faktor mencantikkan rupa tudung dan kelihatan bergaya.
Nasihat permulaan, kembalilah kpd tudung bawal sekiranya kalian tak pandai memakai shawl secara labuh.Itu aku konsider lebih sopan walau old fashion.
Dan gadis sekalian,lihat pandangan lelaki ini mengenai tudung : GabanMorka : Hijab Phenomenon
4) Melacur menggunakan produk kosmetik
Ya, kebebasan make up ketika keluar di tangan kalian,aku sendiri memakai eyeliner dan lipstick ketika keluar, namun betulkan niat kalian, bukan untuk menarik perhatian, sebaliknya menambah keyakinan diri berhadapan public.Begitu juga dengan perfume.
Tak perlu berlebih-lebihan dalam setiap perkara.Cukuplah besederhana, ini pesan Ibu aku.
5) Melacur dengan perbuatan murah
Tak perlu berkelakuan pelacur dan merendahkan martabat wanita, jgn menjadi terlalu murah untuk merapati semua lelaki yg baru anda kenal, melainkan jika dia benar benar seorg kawan yg anda dah kenal.Lelaki skrg sangat tipikal.jangan terlalu mudah cair dan tergoda.Sememangnya mulut mereka manis, bercakap lembut gigi dari lidah.
Pelihara diri dari keluar malam, pergaulan terlalu bebas, malam memang bahaya untuk perempuan, bukan sahaja tanggapan negatif, malah lelaki akan merasakan kalian sangat murah dan sporting untuk dibawa ke ranjang.
Dan untuk pengetahuan kalian, aku bukanlah paling layak untuk berbicara soal ini kerana aku bukanlah sempurna, namun tak salah saling mengingati dan mendedahkan realiti gadis masa kini.Di blog aku masih ada gambar aku, dan kata kata aku tidaklah semanis gula, tapi lebih pahit untuk ditelan berbanding hempedu.
calm,not,hell,yea,funny,bitch,calm,slap-590755d52d5a8807ca3a5cb604d50318_h_large
“Wanita tidak dapat disamakan dgn epal, kerana ianya hanyalah buah, wanita juga bukan bekas kaca yg berdebu dan perlu di cuci selalu, wanita juga bukan berada di sangkar emas untuk diperhati dan bukan utk di sentuh, malah,wanita lebih daripada itu, wanita itu insan teristimewa, teragung ciptaan Allah” –AR-


Friday, April 29, 2011

Quotes.

Hello handsome girls :)
Dah diseru untuk kembali menaip di blog ini setelah beberapa lama pergi membawa diri. Today I'm gonnna talk about girl and quotes or lebih dikenali dengan petikan,pepatah perumpamaan or apa semua ect. I think girls and quotes memang tak dpt dipisahkan aite? 


 Lebih2 lagi bila bermadah cinta bersama bf. Yes ! I knew it. Every girls know this biarpun single double or triple. Kat mak ayah takde pulak bagi quotes berjela-jela nak kenang jasa.
 Dengan kawan2 pun sama lebih2 lagi dgn bff yang jadi teman bersuap tido sebantal dan tikam belakang. OPS!. itu hakikatnya orang yang rapat selalu jdi mangsa kita.ngehehe.
now berbalik pada point asal, kalau tgk kat blog perempuan tak kira yang feymes ke tak feymes ke pasti terselit sedikit sebanyak quote yang memberi inspirasi, menyentuh hati or buat kita realised that things not only happen to us but other people too aite?
This is quotes that I take from other blogger, great people and tumblr ;)

Everybody wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.-Mr. K

You're obviously not my first. But somehow, I do not know how long will it go to make you the last. - bukan penggoda


Thursday, April 28, 2011

MUSIM-MUSIM DALAM CINTA

Greetings.

Bercinta pun ada musim jangan tak tahu. Musim mengayat, musim mengawan, musim hempuk konkrit, musim pontianak mengilai. Haih (geleng kepala) dan sekarang ni aku rasa musim putus hubungan dan jawapan tipikal kenapa putus hubungan haruslah 'takde jodoh', 'tak persefahaman', bla.. bla.. Siapa yang nak bukak baju dalam cerita benda yang mesti bikin dia malukan. Tapi kalau simpan dalam hati lama-lama pun boleh jadi ketumbuhan woo. So, carilah orang yang betul-betul rasa boleh percaya dan luahkan semua kalau rasa hempuk dinding sampai pecah mengilai macam Kak Limah pun boleh jangan kau hempuk orang yang tengah dengar masalah kau je sudah.


Selalu kita asyik dengar orang dok mengata perempuan ja bila satu hubungan tu putus. Perempuan materialistiklah, kuat mengongkonglah, kuat merajuklah, kuat merampuihlah, kuat sosiallah, semua jenis kuatlah. Tapi betulkan kalau kau asyik nak merempit, nak pergi CC tak balik-balik dok mengadap game, tak mau belajar, buat apa perempuan nak stay lagi kalau tahu masa depan anak-anak dia nanti gelap? Lagi satu bila tanya itu ini sikit cakap mengongkong kalau buat tak tahu je cakap tak amik berat pulak. Kalau yang pesen kuat bersosial pulak, haih kalau awal-awal lagi kau tahu awek kau stok sosial, pasaipa yang gatal-gatal nak masuk line dulu. Sendiri mau tanggunglah. Tapi bila tanya perempuan (ni yang stock bukan player yee) jawapannya ada dua je. Satu lelaki tu taknak rosakkan dia atau dua lelaki tu curang. Err, boleh diterima tak hipotesis aku?

Untuk kes yang pertama banyak jadi bila perempuan mula berubah untuk kebaikan. Lelaki tu putuskan hubungan mungkin sebab malu sebab dia tak reti-reti lagi nak berubah atau pun di nak sokong perempuan tu merubah. Nak sokong kenapa putus? Yelah kalau couple banyak perkara yang boleh membantutkan perubahan ke arah kebaikan. Mungkin lelaki tu rasa kalau dia teruskan jugak hubungan dengan perempuan tu, dia akan merosakkan lagi perempuan tu, hai hati perempuankan macam kerak nasi, kulit bawang.


Untuk kes kedua pulak ada jugak sikit-sikit relate dengan yang pertama. Perempuan tu nak berubah contohnya. Dulu pasangan ni suka geli-geli. Tapi satu hari perempuan tu insaf dan taknak dah buat benda-benda macam tu. Yelah lelakikan, dah tebuk beratus perempuan pun, kahwin kalau boleh nak yang paling suci je. Sedangkan dia tak fikir badan dia tuh dah penuh kerak najis. Teremo pulak. Okey sambung balik. Lelaki tu pun berhentilah bergeli-geli dengan awek dia tapi kat belakang, bukan dua tapi lapan belas jadi bahan stok geli-geli tempat lampias nafsu syaitan dia. Demm! Lepas tu mulalah layan tak layan awek dia dan bila dah terkantoi bye-bye macam tu je. Lelaki macam ni haruslah bagi hukuman kerat anu dia tanpa ubat pelali.

Senang cerita, kita perempuan ni kena beringat jangan nak sayang lebih-lebih jangan nak havoc sangatlah masa bercinta. Belun tentu akan kahwin lagi dengan orang yang tengah kita dok sakan sayang ni. Peringatan ni bukan untuk korang je tapi untuk aku sekali. Peace.


Untuk perempuan-perempuan yang baru putus cinta atau dah lama putus cinta tapi masih tak dapat nak lupa, be strong okeh. Allah dah jadikan kita perempuan punya hati yang sangat kuat dan kena tahu yang Allah sangat sayangkan korang sebab tu Allah putuskan hubungan korang untuk bagi hati korang dijaga oleh lelaki yang paling terbaik. And remeber this, Perempuan yang baik untuk Lelaki yang baik. InsyaAllah. Nah, amalkan doa ni :






Saturday, April 23, 2011

CINTA DULU DAN SEKARANG

Greetings!

Amaran = Entri ni sangat panjang, kalau rasa nak baca, boleh amik nasik kasi penuh satu pinggan so, tak gaduh nak pi tambah lagi masa tengah baca ni. Bhaha XD


p/s : Aku re-post balik je dari blog aku. Malas pulak nak mencari idea. Hehe.

Tengah takdak buat apa nilah mula fikir macam-macam. Tadi tengah bosan-bosan sebab semua orang haruslah tidurkan, aku view page facebook mr Chocolate. Aku dok klik older post sampai yang paling oldest sekali. Mulalah baca balik zaman-zaman dia bajet-hot-dah-ada-awek-pun-dok-menggedik-dengan-perempuan-lagi dan zaman kitorang clash buat beberapa bulan yang kononnya clash sampai bila-bila (poyo).


[ tapi kitorang takdelah happy sangat pun. biasa-biasa je. Humble konon ]

Then apa lagi, bibir-bibir (eh ke bibit-bibit. Ahh, pedulilah.) cemburu tu mulalah mencucuk-cucuk. Oh, pedih gilalah. Yes, kitorang couple dah agak lama. Tiga tahun jangka masa yang agak lama mungkin? Kalau menikah tu anak dah tiga. Tu kalau beranak tiap tahunlah. Haha. Okei proceed. Nak kata aku banyak pengalaman. Oh tidak sebab aku jenis senang lupa (penipu). But yet banyak sangat benda yang jadi between us which make me smiled and cried, cried, cried. Ye banyak menangis. 

Tahun pertama couple, aku admit dia lelaki yang tak berapa nak mesra dengan perempuan dan dia sangat pemalu. Aku mula suka dengan dia lepas couple dan sebab sifat pemalu dia ni. Tapi dalam pemalu dia, dengan aku dia macam lelaki lain masa awal ber'cinta' sweet je. Selalu mesage, call bila balik rumahlah sebab sekolah satu tempat, asrama lak tu. Confirm tak jumpa pun, dapat jugalah usha pagi petang malam setiap kali lalu koridor nak pergi kelas sebab kelas aku hujung sekali. Bila lalu depan kelas dia, wajib menyorok tepi kawan then usha sikit-sikit je asal nampak muka dia. Haha, rasa comel pulak (muntah). 

Tahun kedua couple, kitorang dah habis sekolah dan sambung belajar tempat lain-lain dan jauhlah jugak. Nak jumpa selalu macam sekarang bukan pandai lagi berani nak pi tempat belajar dia sorang-sorang. Yelah dok skema lagi masa tu. (tangan didada mata keatas) Aku belajar kat Matrik Perak dan dia pulak Kolej Mara Kulim. Masa nilah dia mula tunjuk belang lelaki dia. Oh, kalaulah otak aku boleh delete permanently tak mau simpan dalam recycle bin pun, dah lama aku delete semua kenangan aku dengan dia waktu ni. Inilah sebabnya aku tak pernah rindu zaman matrik. Kau tahu, aku sumpah mandom gila masa kat matrik selekah mak aii loser gilalah sebab aku kategori maniac-love masa ni. Well, aku tak salahkan dia. Eh, salahkan jugak sikit. Hehe. Tapi mungkin sebab waktu ni umur kitorang sangat muda. Macam yang kita tahu, lelaki ada umur-umur diorang dalam bab-bab bercinta ni. Sedangkan perempuan, sekali dia dah bagi hati kat orang tu, susah nak share dekat orang lain (ewahh). Ahh, tu nanti kita cerita lain. Sampai satu tahap kronik buat aku rasa kitorang memang dah tak boleh nak teruskan, kitorang break-up. I thought I will forget him...

[ Waktu tu aku pun selalu tertanya pernah ke dia fikirkan aku macam aku selalu fikirkan dia. Sobss ]

Tahun ketiga couple, masa ni kitorang dah couple balik lepas 3 bulan clash. Bhaha. Aku tahu macam bodoh tapi diam sekarang korang. Dan dia sangat berubah tapi aku jugak berubah. Aku dah tak terlampau berharap pada hubungan ni dan dia dah tak berperangai macam masa tahun kedua tu. Yes, aku nampak perubahan tu. Dia mula limitkan berkawan dengan perempuan. Aku tak paksa tapi dia yang rela. Dia jugak dah pandai balancekan masa untuk game (dia sangat gila game) dan aku even kadang-kadang ada jugak yang dia terlajak. Aku pun apa lagi. Lancarkan peranglah. Bhahaha. Yang paling penting dia jugak dah banyak cuba nak repair balik salah dia masa dulu. Aku sedar tu cuma kadang-kadang aku terlupa. Sorry dear. Tapi dia tak  patah balik macam perangai dia yang masa 1st year couple tu. Memang aku nak balik dia macam tu, tapi aku tak boleh paksa.

See, men and loves change due to the time. We never can expect that they will remain as the first year of couple. They will change. Definitely will change. Only one in the thousands of them that will remain their behavior forever. Kita sebagai perempuan sepatutnya memahami dan aku jugak sebab kadang-kadang kita tetap akan bergaduh perkara yang sama berulang-ulang kali. Just girls, please dont ever hope that your sweet boyfriend now, will be sweet ever after. So, you will not heart-broken sangat nanti. 

Aku tulis pasal aku bukan untuk menayang atau buka pekuk di dada. Cuma ambil contoh yang pailng dekat iaitu diri sendiri. (:


Friday, April 22, 2011

perigi cari timba

hye korang.... rasa mcm lama gila aku x mengupdatekan diri aku dgn blog ni...
hmm what should i say.. final syndrom....feel the sama way tooo rite? haha

sekarang ni aku rasa mood aku mcm agak berbunga2 sikit... taman baru terasa nak mekar dalam hati tapi lupakan citer tu..nnt meleret semua org tau,...x suprise la..haahah

pernah dengar peribahasa pergi cari timba?
ok thing goes like this... aku taw korang akan expect aku untuk cakap pasal trend sekarang yang perempuan cr lelaki.. sekarang ni jujur la aku katakan yang dah x ada lagi beza kalau laki propose perempuan or perempuan propose laki.. sbb bagi aku zaman sekarang ni semua benda da x ikut sifat asal dia lagi..
*maybe ade yg xsetuju dgn statement..kebebasan menulis kan..HAHAH

dalam diam aku menyintaimu...cewahh...ok ini yang ak cuba nak sampaikan kat korang kenapa aku setuju dengan trend perigi cari timba.

  1. perempuan  x kan jatuh hati pada lelaki dengan mudah.. so kalau da suka meaning lelaki tu mmg ade x-factor yg superb sampai perempuan yang propose dia..
  2. x kisah sapa yang propose pon tapi kalau perempuan yang propose meaning dia mmg da pikir msk2 apa yang akan jadi lepas tu..
  3. perempuan x pernah main-main dalam hal mcmni...
  4. siapa yang commonly mengalah dalam perhubungan? perempuan kan... come on la guys kalau korg nak marah your gf semata2 gf korang kaki shopping, kuat merajuk..oh please...merajuk n shopping are us :)
  5. bagi perempuan, sayang tu adalah tanggungjawab.. cinta tu satu anugerah...so penghargaan utk both sayang dan cinta tu sangat mendalam bagi mereka...

cukupla aku bg 5 je dulu..kang muntah plak korang nak bc.. sesungguhnya cinta tu x pernah kenal siapa... yang penting kita tau mcmana nak menghargai dan menjaga hati....

so ladies... kalau da suka, jangan simpan... luahkan.. kalau simpan nnt merana.. xsalah kalau kita yang jadi permulaan.. it is not a crime girls...tapi fikir masak2 dalam setiap apa yang kita nak buat..jangan buat pisang berbuah 10 kali ok...
sampai sini je la....
cha chin chaw

Tuesday, April 19, 2011

TANGLED

Greetings!

Yes, i am quite lame sebab baru tenguk cerita ni. Tapi tetap jugak nak bagitau semua orang. Bhahaha. Okey lets start to the point. Based on this film, I learned something. Love is not about how good is him but love is comes from the heart no matter how bad he is. Itu sebab ada yang pelik kenapa perempuan comel molek indah rupawan boleh jatuh sayang pada mat rempit. Err?


And one more thing about girls. They will automatically turn 360 degrees when they meet someone they loves. Penangan lelaki memang hebatkan. Kenapa kita tak dapat jadi sekebal mereka seego mereka. Sebab Tuhan dah ciptakan kita perempuan untuk melembutkan ego mereka, lelaki. Tapi kadang-kadang ego kita pun sama jugak nak naik tinggi-tinggi. So do I. Bagi aku, satu sebab sahaja kenapa aku buat macam tu. Aku cuma nak perhatian yang lebih dari dia, si kekasih. Mr Chocolate, lend me your arm, I miss it so much.

Monday, April 18, 2011

Manjakan Dirimu

Assalamualaikum,

Aku nak bagi tips ringkas utk mencantikan diri.Aku pun jarang buat, tp sekali sekala seronok juga!

1) Scrub seluruh badan

Pergi mana mana kedai, beli scrub badan, mudah dapatkannya di body shop, seperti juga scrub muka, ianya bertujuan membuang sel kulit mati di badan.Tapi ini bukan untuk amalan hari hari, seminggu sekali saja.Cuma sapukan dan lulur di seluruh badan,tak salah duduk dalam toilet 30 minit untuk ini.

Hasilnya: Kulit akan terasa lebih segar dan bersih,anda akan merasai kelembutan.Pergi dapatkannya sekarang.

2) Penjagaan Rambut

Pastikan memakai syampu beserta conditioner agar rambut neutralize balik.Conditioner adalah untuk dipakai di hujung rambur, bukan di kulit kepala, kerana fungsinya untuk mengurangkan rambut bercabang. Anda juga boleh membeli kapsul kecantikan rambut, dan aplikasikannya 2 minggu sekali.

Hasilnya : Rambut cantik macam Fasha Sandha.

3) Penjagaan Muka

Bercakap utk diri sendiri juga, rajinkan diri untuk mencuci muka, pemakaian toner sangat ponting untuk seimbangkan kelembapan dan segarkan wajah.Sekali sekala tak salah jika aplikasikan masker yg boleh didapatkan di guardian/watson dengan harga kurang RM10, ajak kawan ramai ramai kalau nak seronok, dan jgn lupa hirisan timun untuk kesegaran mata! Ini efektif, no joke!

Hasilnya : Kulit muka yang licin dan penegangan kulit muka oleh Masker

4) Make up mengikut kesesuaian majlis

Keluar tanpa solekan ibarat tak lengkap masa kini.Aplikasikan sekurangnya bedak alas dan lip balm.Bedak alas dpt menghalang debu/kotoran hinggap di muka, jadi ianya sebagai lapisan perlindungan. Rajinkan diri mencari teknik make up yg sesuai,pelbagaikan pengetahuan, ianya pasti berguna, tak lah kau mcm badut bila keluar.

5) Penjagaan kuku kaki & tangan

Potong kuku mengikut masa, seminggu sekali rendam kan kaki dalam air suam dan masukkan garam kasar,boleh dapatkn juga di body shop, dan beli sekali penyental kaki. Kulit akan jadi halus dan bersih sangat!

kalau malas, cuma pergi mana mana padicure/manicure berhampiran, average harga RM40-RM70, tak salah jika sekali sekala mencantikkan diri! Hasilnya superb!

tumblr_kqzqjv2wxF1qzdiqvo1_400_largeBeing a beautiful lady isn’t hard.Be clean and neat! –AR-



Sunday, April 17, 2011

KUAT

Kita perempuan makhluk yang paling kuat.
Jangan bergantung pada lelaki dari awal lagi kalau kau betul-betul nak jadi kuat.
Sebab mereka penyebab utama perempuan jadi makhluk yang paling LEMAH.

Saturday, April 16, 2011

Once upon a time, I fell in love with my bestfriend. [From HIS perspective..]

Hello manjewww girls.

How are you tonight? Masih lagi leka bergayut dengan pakwe? Bermanja-manja di Skype atau YM? Now new entry is available ! Well, tonight I am sharing a story with you girls. I found this on the web and written by anonymous. Well, I am pretty sure this anon is a sweet guy :p Enjoy the story babe.

:"> - tumblr
Talking to her became part of my Daily Routine. Every morning, her voice was the first thing I heard. She would call the moment she woke up, and no matter how exhausted I was, how early it was, it didn’t stop me from smiling and saying good morning.Then at Nine o’clock EXACTLY, she would call and we would talk until she fell asleep. And I would stay on and listen to her, she talks in her sleep sometimes. How much I wished I could be there and kiss her. She would never know.



Thursday, April 14, 2011

BERCINTA. PERLU KE NAK OVER?

Greetings!

Haish. Aku dah lemaih peghut dengan makhluk Allah ni. Tahu kau ada boyfriend loving caring marvelousling tapi perlu ke sampai kau nak buat semua orang lain menyampah dengan sikap kau? Aku emo. Memang. Bukan sebab cemburu dan aku tak perlu pun nak cemburu sebab I have mine. Tapi cara kau tu buat orang sekeliling kau menyampah. Bukan aku je tapi orang lain pun cakap benda yang sama. -.-'

Perlu ke nak over sangat masa bercinta. Ye, masa awal bercinta setahun pertama memang kentut pun bau ros tapi kau tunggulah bila dah masuk tahun kedua dan seterusnya. Dia pakai perfume selori pun, kau akan tetap terbau tahi. Ye, memang nampak sweet bila sang couple bertexting bergayuting berskyping berfacebooking sentiasa tapi tolonglah consider orang lain sama. Kalau ye nak bergayut sila pergi tempat yang jauh dari orang kau nak bersayang mayang melayang pun takde yang terannoy. Ini dahlah bermanja ewww depan orang lain cakap kalau boleh nak paling kuatkan. Seronok ke nak bagitahu kau dengan boyfriend sweet? Plishh. Ni satu lagi bila bertexting. Dah tahu message kau masuk seminit 10 kali pastu kau pulak stok-konon-study-fokus-gila-nak-mati-sampai-lagu-message-tu-sempat-habis. Tak boleh ke nak tukar ringtone yang pendek sikit. Bateri kau pun tak cepat habis. Ganggu tahu tak orang lain nak study ke tidur ke. Kalau yang dekat facebook tak payah ceritalah. Faham-faham sendiri.


Tahu tak bercinta ni bukan boleh menayang sangat. Kenapa aku cakap macam tu. Cuba kau bayangkan, kalau ada seorang menyampah dengan kau dan boyfriend kau, haruslahkan dia kutuk baik punya. Then bila 10 orang? 44 orang? Tak ke tu macam satu doa mungkin? Free-free ja kau cepat putus dengan boyfriend kesayangan kau. One more thing bercinta jangan nak sakan sangatlah. Kalau awal-awal dah semua sweet keluar, nanti bila dah 2,3 tahun nak keluar ilmu sweet apa lagi? Masa tu sakanlah pulak meraung, menangis sebab bertekak 24/7.

p/s : Kalau nak berMANJA tu tak salah, tapi berpada-pada, baru orang lain tengok pun sejuk je hati siap doa ke jinjang pelamin lagi.
p/ss: Lega hati dapat melampiaskan nafsu amarah. Bahaha.

Cinta dan Hormon

Assalamualaikum,

Hello ladies,bercerita isu menarik yg aku jumpa masa googling semalam.Kita perempuan memang seringkali dipengaruhi hormon, perubahan hormon dan 1001 soal hormon.Tapi pernahkah kita kaji dgn lebih mendalam dan mengaitkannya dgn Cinta? Ya, aku kaitkan dia dgn cinta sbb its a big thing, everbody will fall in love, or maybe is in love. :)

Jom straight to the point.Jenis jenis hormon dan kecenderungan sikap/karakter seseorang :

1) Dopamin
Mempunyai perasaan ghairah atau bersemangat dalam waktu yang singkat.Di mana maksudnya, anda bercinta dan seronok utk masa yg singkat saja, dan perasaan itu sneang datang dan senang pergi.

2)Serotonin
Pada umumnya, jenis ini diklasifikasikan sebagai seorang yg setia.Mereka juga rela berkorban dan lakukan apa saja untuk membahagiakan pasangan agar hubungan berkekalan.

3)Estrogen
Jenis ini cenderung lembut dalam percintaan, namun mudah rapuh.Mungkin juga mempunyai banyak ragam dan masalah dalam perhubungan.

4) Testosteron
Cenderung egois dan memaksa semuanya berjalan mengikut keinginannya. Mereka lebih fokus membentuk keluarga dan menginginkan hubungan percintaan berkembang seperti keinginannya

Baiklah, persoalan, pada tahap ini di manakah level hormon anda? Hormon wanita berubah, bila hari biasa, hari period, mengandung, stress, dan macam macam lagi, semua ini dipengaruhi/mempengaruhi hormon dalam badan.

Jadi soalan aku terjawab kenapa aku kadang2 rasa no 1, kadang2 no 2 dan selalu no 3, no 4 pun selalu jugak.Semuanya angkara hormon. Ya?

tumblr_ljho56JhIs1qep56go1_500_large



Tuesday, April 12, 2011

Maruah

hGreettings!

Hey sekarang tengah sibuk-sibuk sana sini orang cakap pasal page pengumpulan gambar awek bertudung tu. Okei tak berminat nak ulas atau buat entri pasal tu. Cuma ni nak ajak korang semua berfikir tentang diri kita sebagai perempuan.

Cuba korang fikir kenapa page tu wujud. Sebenarnya salah kita jugak sebagai perempuan. Kita yang mengeksploitasi diri kita sendiri dengan menayang gambar-gambar kita yang tak sempurna yang boleh buat orang jadikan bahan. So, kenapa kita perlu nak menyalak mengamuk tak tentu pasal? Kalau kita sendiri yang tak senang-senang nak upload gambar 'kontroversi' tak adanya gambar kita akan senang-senang nak diambil untuk dijadikan bahankan? Kita marah bila kononnya orang lain menjaja maruah kita sewenang-wenangnya tapi pernah kita fikir siapa yang dulu merelakan maruah dipergunakan macam tu? Aku tak menyokong mana-mana pihak pun dalam isu ini. Tapi aku cuma nak berpesan pada semua perempuan termasuk diri aku sendiri, kalau kita mahu orang lain menjaga/menutup aib dan maruah kita, diri sendiri dulu yang mesti elakkan diri daripada menghampiri mana-mana lubang yang boleh membuatkan kita dieksploitasi dan dijadi bahan. Well lelaki. Kita tak boleh nak agak macam mana diorang. Itu baru dihentamnya kita depan-depan. Bayangkan dibelakang kita semua? Itu lagi dahsyat sebenarnya.



Apa-apa pun sebelum kita nak melenting tak tentu pasal dan marahkan orang sebab menghentam kita sebaiknya kita fikir dan selongkar dulu silap kita. Kepadaa perempuan sekalian, ingatlah. Kita selalu dan sentiasa akan jadi perhatian kaum lelaki. Kita yang sepatutnya kena lebih berhati-hati supaya mereka tutup mulut. Sebab tu kalau korang perasan, perempuan yang baik, sempurna pemakaian dan tingkah laku jarang didekati lelaki sebab perempuan-perempuan macam ni dihormati.

Monday, April 11, 2011

Cover ayu? Oh please!

hye chantek! hye gadis!
macamana hari korang hari ni? haruslah menarik kan... kalau tgh sedih, korang g dengar lagu catch me by demi lovato...maaflah! saya obses dgn demi lovato....hahah

oh my dear girlfriends!! have you done any presentation before? pernah? so how was it? malu? oh no3....
aku ada satu lagi obses....aku obses pada utk bercakap tentang bnd2 typical...
who is typical malay, who is typical guy, who is typical girl n etc...
bagi aku, baik kita jadi seseorang yang outstanding....baru kita rasa hidup kita berkualiti...
memandangkan aku baru je balik dari presentation class, so aku teringin nak komen tentang perempuan2 bila bercakap di khalayak ramai, bila mereka bg speech, dan apa2 la yang berkaitan dengan berdirinya seorang wanita di khalayak ramai....hmmmm

apa yang aku nampak is korang selalu buat malu2 kat depan tu... cover ayu somehow, betul2kan tudung konon2 nak tambah confident level padaha; tgh cover ayu... bila cakap mcm ade emas dalam mulut...sayang nak bukak..aku tahu korang takut kena bahan dengan kaum lelaki yang terkenal dengan perangai yang suka nganjing orang, suka maki orang..fav dorang is menyakat...kalau xmenyakat orang 1 hari, mmg xlengkapla hidup dorang,,,,

tapi korang boleh avoid kan.. aku bukan apa..u'girls look so typical la sbb korang x boleh nak do it well.. come on la.. kita kan perempuan, xkan la asyik nak kena tindas je... jangan malu kalau xnak kena bahan dengan orang..jangan malu kalau x nak kena maki dengan orang..jangan malu kalau x nak kena nganjing... aku lagi suka kalau korang mampu duduk di khalayak ramai dengan beraninya dan cakap apa yang korang nak cakap tapi kasi tambah gula ya adik manis..... mulut kena mau manis,,, hati mesti mau cantik... bahasa mesti mau indah..


korang kan perempuan...gunakan segala aset yang korang ada [ini bukan 18sx ye]... kita perempuan ni kan ade daya tarikan tsendiri...muka cantik, suara sedap, lemah lembut n etc...so apa lagi..gunakan semua tu! buang rasa takut korang bila ada depan ramai org.... aku xsuka kaum aku ditindas hanya sebab x mampu nak perform bila bnd2 yang melibatkan presentation, grouping work n etc... please girls... kita pon boleh berjaya sama macam orang lain...jangan sebab malu, korang x mampu berdiri sama mcam orang lain....

cover ayu.... ini isu yang selalu sgt aku dgr..da nak sakit telinga aku dengar.... pernah x korang tgk or korang sendiri yang rasa.... korang diberi task yang meminta korang untuk buat in group..n kebetulan group tu korang sorg je perempuan or ade sorg je perempuan dalam tu.. sampai je waktu nak present, perempuan x berfungsi langsung...kaku, cover ayu segala...suruh explain, malu2... xpon buat keje dalam group yg semuanya perempuan..sampai masa nak present tetibe ade sorang minah ni malu2 nak cakap...betul2 tudung, main2 rambut..muka buffering[blushing] habis... haish....korang pon mesti panas kan...so apentah lagi orang lain kan...hmmm

so nasihat aku untuk korang semua, udah2 la malu tu...malu tu biar bertempat... ade masa kita kena malu n ada masa kita kena buang rasa malu tu...  cover ayu??? xpatut ade langsung! orang ada mata, biarkan dorang pandang...jangan perasan sangat..orang x suka nanti... golongan yang suka cover ayu ni la golongan yang selalu tertindas... x perlu kesian kan dorang2 ni... kejam tapi kalau kesian, mmg x kemana la dorang ni :)
gadis2, chantek2, buang rasa malu kalau nak berjaya ok!

Kau Yang Bernama Sahabat

Assalamualaikum,

Perempuan katanya mementingkan nilai seorg sahabat.Bila mana kita di suatu tmpat baru, pastinya kita mencari kawan baru yg sekepala.Dan bila dah jumpa, kawan itu yg di bawa selama hidup kat tempat itu.Tapi bila dah pindah, adakah dia masih bersama kau atau kau membuat kitaran baru di atas ditempat baru?

Aku sejujurnya tidak mempunyai kawan baik buat masa ini.Ya, sebab aku rasakan kawan baik aku dah cukup banyak sejak aku tadika.Naik ke sekolah rendah.Menengah.Matrikulasi.Universiti. And hasilnya? Tak semua termampu utk aku berhubung setiap hari,minggu mahupun bulan!

Dulu pernah rapat.menangis bersama,cerita masalah.berkongsi kasih.Namun kenyataan apabila suatu hari kita terpaksa berenggang dgn mereka dan buat kwn baru.Persoalan, adakah mereka masih seperti dulu?

Rasa asing mula menyelinap dalam diri apabila sekian lama tak berjumpa tapi tiba tiba nak bermesra.Nak ketawa kembali.Sangat awkward moment.Aku selalu laluinya bila reunion dgn mereka.Rasa mcm, err, aku nak cakap apa?

Kawan baik yg dulunya sangat rapat mungkin boleh jadi seorg yang sgt asing bila dah lama tidak berhubung,sebaiknya aku menjadikan telefon bimbit aku sebagai kawan baik.

Kawan itu juga mungkin menjadi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, duri dalam daging. bila mana dia tengok kelebihan korang, dia mula bersifat seperti pepatah itu.Kawan bukanlah prioriti.Ya, kita perlu kawan utk hidup.namun ianya bukanlah mutlak.Abah berpesan
"kawan kawan juga, jangan jadi hamba kawan".
Jalan mudah, kekasih aku, aku jadikan 3 dalam 1. Kekasih merangkap sahabat dan abang sbg penasihat.Dan kalau kekasih kau tak matang, jangan cuba buatkan dia 3 dalam 1.ya?

Jadi kau nilailah kawan kau sejak kecil smpai sekarang.Berapa peratus kau masih berhubung, ketawa, rapat macam dulu? Sebab kitaran manusia adalah sama.Pergi tempat baru jumpa kawan baru.

when is the last time you capture photo this friendly?
and when is the last time you hook up together?


Sunday, April 10, 2011

let it out girls~

hye girls!!! hye chantek!! hye gadis!!
so wassup girls? feel better today?

*ni first entry aku, so xde la nak tulis bnd2 heavy sgt kan...

when is your first cry towards human being?
susah ea nak jawab....ok aku tukar sikit soalan tu..

*after edited : when is your first cry towards your beloved???
soalan ni mesti ade jawapan...kan3?

zaman dolu2 kalau putus cinta, semua nak nangis..pastu p ngadu kat kawan2... kawan2 pon dengan baik hati dan murah hatinya memberikan consultation percuma kat korang... "dahla, jangan nangis sebab laki la".. oh! garangnye... tapi tu la tugas kawan2 kan... nasihat menasihati...

tapi bukan nak ckp apela kan... sesapa perempuan yang putus cinta mesti nangis... kalau xnangis in real pon, nangis in virtual..hahha bahasa sains apa ntah aku guna ni...maksud aku kalau x nanngis yang tahap kuarkan air mata tu, nangis dalam hati la... aku tau kita ni sama2 perempuan... bukan senang2 je nak nangis kan... bila sampai 1 tahap yang betul2 xtahan baru kita boleh nangis...kan3?

itu part nangis masa putus cinta.... kalau nangis masa bercinta? haha
kalau dapat bf yang gentle habis, daring segala...mmg bestla kan ... xde maknenye nak nangis..kalau nak merajuk pon kejap je sbb bf amik berat,...tapi kalau dapat boyfriend yang mcm haram j..keje tau nak main game, lepak dgn member, lepak mamak sampai pagi tgk bola, cane plak? xke rase nak bunuh je bf sendiri...time tu bukan tahap nangis sekali dua tapi sepuluh dua puluh kali dah nangis... tu pon belum tentu dapat sedarkan dia betapa sakitnya hati kita kat dia..hahha sabo jela.. :)



so bagi aku, aku percaya yang perempuan ni semuanya adalah very strong person inside and outside.. susah kita nak mengalirkan air mata tapi once air mata tu keluar bermakna kita betul2 bermaksud untuk menangis.. kita ni orang anggap sebagai kaum yang lemah tapi sebenarnya kita la kaum yang kuat... kalau x, xkan la kita boleh dikurniakan kekuatan utk melahirkan zuriat yang sakitnya 1/10 dari senggugut yang korang alami every single time korg period kan.. [ ups! bahasa direct sgtkah? ]

*wahai lelaki2 di luar sana, kalau korang ade awek yang korang rasa dia cukup tough untuk tahan dengan perangai korang, korang mmg betul tapi x bermakna korang boleh teruskan kegiatan menyakitkan hati awek korang tu.. kalau awek korang ckp dia ok sedangkan korang tau dia ada masalah, bermakna dia mmg perlukan korang ada dgn dia saat tu.. kalau dia tibe2 menangis depan korang, korang jangan plak ckp dia minanh cengeng tapi sebenarnya dia tgh melalui 1 fasa di mana dia da x mampu nak menahan apa yang sedang dia rasa.. perkataan 'saya ok je' yang keluar dari mulut perempuan sebenarnya adalah hint untuk korang paham yang dia sedang mengalamai masalah dan dia perlukan seseorang utk ada dgn dia saat tu...so, korang la kan yg paling layak ada dgn dia....

*utk gadis2,wanita2...kita semuanya kuat... setiap yang kita buat adalah satu perlakuan yang ikhlas... kalau nak menangis, menangis je..kalau nak marah, menangisla.. kalau sedih, menangisla... jangan ego.. sebab kita memang dilahirkan dengan hati yang lembut dan sensitif... :)

*maafla...entry pertama aku...tu yg mcm apa sikit ayat tu..hahah papepun, learn something is better than nothing kan....


"to see a women cry ain't that easy but to make them hurt is just a piece of cake because they are born with a lot of sense of sensitivity "


Perempuan Sekarang Kena Kental


Assalamualaikum,
Menjadi perempuan kena kental sebab :
Orang cakap perempuan lemah dan cepat menangis,
Orang cakap juga perempuan skrg berperangai teruk,
Orang cakap juga perempuan skrg boleh dibeli
Orang cakap juga perempuan suka menonjolkan diri dgn 1001 gambar
Orang cakap juga perempuan skrg pemalas dan tidak pandai masak
Orang cakap juga perempuan skrg materialistik
Orang cakap juga perempuan skrg suka bergaya melampau
Orang cakap juga perempuan skrg gedik
Orang cakap juga perempuan skrg memilih lelaki, macam bagus sgt.
Orang cakap juga 1001 penghinaan terhadap perempuan walau dia sebaik baik manusia.

Sebab itu lidah manusia setajam pisau.

In fact, 1001 cacian yg org bagi kau patut ambil sbg iktibar, tanpa mereka siapa lah nk bagitahu perangai buruk kau orang.Sebab itu kau kena Kental.Setakat kena tembak di blog, kau perlu kental,setakat kawan mengutuk/tikam belakang kau kena kental, setakat lelaki datang nak mengorat dan kau tak suka, kau kena kental walau dia kacak, setakat fail dalam exam kena kental dan teruskan perjuangan.Setakat tak dapat apa kau mahukan dalam hidup, kau kena Kental.

KENTAL. itu kekuatan yg diperlukan,KENTAL bukan Ego, ya?




Saturday, April 9, 2011

Mencarut

Greetings!

Cool ke korang rasa bila kita perempuan mencarut? Yes. i WAS admit it. Rasa diri macam hebat macam oh! aku perempuan paling cool antara perempuan-perempuan yang lain. Babi tu jadi perkataan wajib setiap hari. Bukan takde yang tegur ramai tapi hati dah hitam masa tu. Nak lalu telinga kanan tu pun tak sempat nikan pulak nak masuk. Celakakan perangai.

[habis cool lah ni. hadoi -.-']

Tapi tu dulu. Setahun dua yang dulu. Bila fikir-fikir korang tak rasa macam huduh ke perangai kita yang konon perempuan melayu yang sopan santun berbudi bahasa ni mencarut? Korang rasa lelaki-lelaki poyoss kat luar sana tu pandang korang tinggi ke bila korang ni kuat mencarut? korang rasa kawan-kawan sekeliling korang tu seronok sangat ke berkawan kalau pasti hari-hari dapat paling koman pun sekor babi dari kau. Hey! Takde oke. Depan memang dorang senyum sengih kat kau sebab taknak kena carut tapi belakang kau? Berguni-guni dorang mengumpat mengeji kau. Percayalah.

Bagi korang yang rasa nak kurangkan mencarut ni banyak weh cara dia. Sumpah aku tak tipu. Dulu aku pun kaki carut. Tapi aku cuba gak untuk kikis-kikis daki jahiliyah aku yang satu ni. Payah tapi tak susah. Kau boleh cuba dengan berkawan dengan orang yang bukan kaki carut. InsyaALLAH kau boleh kurangkan. Selain tu korang cubalah jugak dengan tukarkan perkataan carut tu jadi perkataan yang kurang sikit contoh macam haram jadi hareemm ke. Tapi yang paling penting istighfar banyak-banyak. Ubat paling mujarab tu. *wink-wink!

Friday, April 8, 2011

Perempuan Dan Aktiviti Boring


Assalamualaikum,
Anda perempuan dan sedang membaca entri ini dan sila nilai kehidupan seharian.
Lihat betapa boringnya hidup majoriti drpd kalian jika dibandingkan dengan lelaki.

1) Awal pagi bersiap ke kelas/tempat kerja.Pukul berapa anda bangun dan berapa lama tempoh anda ambil untuk siap?

2) Berapa lama tempoh anda ambil untuk iron baju/tudung,memilih warna yang sesuai dan seterusnya memakainya.

3) Berapa banyak peralatan losyen/foundation/compact
powder/eyeliner/eyeshadow/blusher/lipstick/lipbalm/moisturizer/mascara/concealer/lip liner/fake eyelash/apa apa yg aku tak mampu nak senarai kat sini yang kau perlukan setiap hari.

4) Berapa lama pula anda ambil masa untuk menunggu kawan anda yg lain bersiap (sekiranya tunggu kawan di hadapan kolej/pintu pagar sekolah/ofis)?

5) Bila pergi restoran/cafe/kantin, berapa lama masa anda ambil utk memilih atau lebih tepat menilai setiap jenis makanan di situ? Dan jika dihidang secara buffet, berapa kali anda ambil nasi dan mencedoknya keluar semula? Dan pilih ayam berapa kali anda belek ayam tersebut?

6) Bila ke pusat membeli belah, berapa kali anda pusing kedai sama, berapa masa anda peruntukkan utk memilih sesuatu pakaian dan berapa kali anda masuk fitting room?

7) Kenapa anda suka bergambar di dalam toilet?

8) Kenapa kalau diwaktu boring anda lebih gemar menonton cerita korea berbanding keluar rumah dan mengeluarkan peluh?

9) Kenapa anda suka mengurungkan diri dalam rumah berbanding mencuba suka ekstrem di luar? Perempuan tak mampu atau tak mempunyai kudrat sehebat lelaki?

10) Kenapa perempuan study awal sebulan drpd lelaki tetapi lelaki mampu study sehari utk cover apa yg anda baca selama sebulan?

11) Kenapa perempuan lebih banyak bercakap drpd berfikir?Seperti bertih jagung, tahu?

12) Kenapa anda suka melirik kepada perempuan berpakaian pelik dan kemudian berbisik kepada kwn sebelah "eh tgk dia tu"

13) Kenapa anda tak boleh nampak pantulan diri anda sendiri?Nanti automatik tgn memegang tudung atau rambut?

14) Kenapa bila outing atau bersiar-siar anda mesti ke shopping complex? kenapa tidak air terjun? pusat paintball? panjat bukit? main futsal? wall-climbing?

Dah jawab soalan? Dan sila membuat perbandingan sendiri mengenai soalan di atas kepada lelaki.Berapa banyak aktiviti boring anda buat dan berapa banyak masa anda habiskan dalam hidup?

mungkin boleh kaji kembali dan kurangkan aktiviti kurang berfaedah, perempuan perlu berdikari, tak perlu terlalu bergantung kepada kawan.Kawan katanya memakan kawan sendiri.Terpulang kepada anda, satu soalan sy, berapa ramai antara anda masih berhubung baik bercerita gosip dgn kawan tadika/sekolah rendah anda? kawan dtg dan pergi, tak perlu habiskan masa utk buat perkara di no 4 ya?

Itu sahaja.Selamat tinggal.





Kau yang cantik

[ini bukan aku]

seronok yee jadi cantik. Siapa yang tak suka. Putih gebu mancung mata bulat tinggi kurus memang pehh! pehh! pehh! lah. Lelaki pun suka perempuan cantik. Ada siapa yang nak tolak kalau Hana Tajima nak kahwin dengan korang err kecuali pak lebai mungkin. -.-' Ayat-ayat lapok lelaki-lelaki poyo tak habis 

'Aku tak pandang rupa yang penting cukup iman, tutup aurat, sopan-santun.. bla.. bla..'

Tapi korang tengoklah blog ke fesbuk ke kalau awek tu comei ja, komfem beratur lelaki-lelaki durjana tu. Ceit. Pastu kalau awek-awek genit ni buat aksi tapir tersepit pun tetap dikata comel. Ptui. So, aku rasa lelaki-lelaki kat luar sana jangan senang-senag sesedap rasa nak komplen mengata mengeji perempuan-perempuan sesuka hati. Sebelum nak cakap banyak usha dulu keliling adik kakak mak korang. Bukan kami perempuan benci marah bila ditegur tapi cuba kalau awek kau tiap kali date dengan kau dari tudung sampai selipar jamban semua hitam baju pulak stok selebet takde iron kat rumah muka pulak puaka kak Limah. Kau nak ke jalan sebelah diorang? Hareeemmm.

Tapi aku tak kata yang fashion pelangi tu betul. Bagi aku selagi pakai tudung baju seluar kain masih sopan dan tak berwarna-warni tu kira okelah kan. Nak cakap lebih suruh orang labuhkan tudung baju besar aku pun tak sempurna lagi. Kalau nak suruh kau pergi solat bolehla sebab setakat ni aku cukup lima waktu. Itu korang perempuan fikir sendiri apa yang korang nak pakai yeee. Sebagai perempuan aku faham. Ecece.

Secara generalnya, kecantikan tu subjektif. Sapa kata putih je cantik?

[ en chocolate cakap dia admire vanida imran ]

ismey (:



Hati seorang perempuan

pernah tak gf kau merajuk sebab kau tak balas msg / tak angkt kol dia?

pernah tak gf kau merajuk sebab kat tak pernah nak post something kat wall fb dia padahal kat fb perempuan lain macam2 kau post?

pernah tak gf kau merajuk sebab kau dah tak wish "gud nite baby cyg" macam waktu kau dan dia mula kapel dulu2?

pernah tak gf kau kata "awak da lain sekarang, tak macam yg sy kenal dulu" / ayat lain yg semaksud dengannya?


pernah tak alami benda ni? aku jamin ada lelaki atau perempuan pernah cakap macam ni dekat bf korang, dan yang lelaki pernah dikata begini oleh gf korang.
  
guys!
perempuan cakap benda2 macam ni sebab satu ja. dia rasa yang kau dah tak caring/ ambil berat dekat dia da.tu ja.then, bila dia dah start rasa macam 2, dia akan develop lagi satu perasaan, dimana dia akan mula rasa yang kau dah tak sayang dia macam dulu2. perempuan ni sebernanya simple ja. tapi cara lelaki yang membuatkan si perempuan jadi kompleks dan bertambah rumit. 


cuba kau imbas kembali sewaktu kau mula2 nak tackle gf kau. macam2 msg kau hantar kat dia. yg jiwang karat, yg lentok2, yg manja2, yg caring2. siap dedicate lagu lagi untuk "bakal gf" kau tu. yela, nak mengorat kan mestilah kena bagi yang hardcore punya. barulah "bakal gf" kau akan cair. ye dak?



then, bila kau dah dapat tackle gf kau tu dan usia hubungan korang sudah mencecah hampir setahun. everything will be different. yang si lelaki akan kata;-


"tak kan semua benda nak kena bagitaw? macam budak2 la u ni....!"


"cuba la jd matang sikit, tak kan 24 jam nak kna msg kot?..."


"eee.... jiwang la u ni"

dan macam2 lagi ayat yg tak tercapai dek akal si perempuan ni. bila kau dah start cakap macam ni, sudah tentulah kau punya gf akan cakap macam yg aku cakap kat atas td..

"u da lain, u bukan lg yg i knal dulu"


"u dah x sayang kat i kan?"


dan wahai lelaki, kau jangan nk melenting tak tentu pasal hanya disebabkan ayat2 kebudak2kan dari kaum perempuan ni. perempuan ada sebab yg tersendiri kenapa dia boleh bertindak mcm ni.


bagi aku, semuanya bermula dari saat kau tackle gf kau. kalau kau tak buat perangai sooooo-caringggg kau dekat dia waktu mula2 dulu, si perempuan tak akan ungkit benda2 macam ni. sebab perempuan sangat alert dengan perubahan. senang ja sebernanya nak elak semua ni "just be youself" start kau tackle dia sampai lah bila2 ok. 

maksud aku...
yg sebernanya kau ni bukannlah yang jenis caring sngt pon, bukanlah jenis yang suka bermadah-helah pon, bukanlah jenis yg romantik pon, sooooo.... tak payah jadi macam 2 ok. just be yourself. so kau punya gf sure takkan nak ungkit2 pasal sikap kau waktu dulu dan sekarang.dia akan terima kau seadanya.dan kau pun tak payah nak serabut dengan ayat2 so-childish dari si perempuan ok.


nampak macam simple kan? tapi sebernanya tak.. u hav to face it first, then you will know.
kenapa aku cakap susah? kerana ianya berkaitan dengan hati.


"they may forget what you said, but they will never forget how you made them feel"
Carl W. Buechner


Thursday, April 7, 2011

mukadimah bermadah tak berhelah

Hai lovelicious!

First of all tujuan aku create blog ni untuk memuntahkan rasa kejiwangan yang sekian lama bersemadi ni. Kalau asyik nak berkarat je kat blog aku tu menyampah pulak orangkan nanti ada pulak anon yang carik lobang jee. *rolling eyes* Lagipun banyak blog kebelakangn ni yang ayik hentam perempuan. Tapi takde pun yang nak bangkit nak tegakkan hak kita ni sebagai perempuan. Mungkin betul kata-kata dorang semua pasal perempuan tapi sebab apa perempuan bertindak macam tu? Hai.. kalo takde angin masakan pokok bergoyang ye dak? Kat sini aku mungkin cam tiru idea-idea group blogger yang lain. Sorry cuma terfikir je benda tu. Almaklumlah musin-musim harus study macam nilah setan banyak kasi idea buat benda lagha. Muahaha.

Nasi tambah : blog ini turut diselitkan dengan teguran yang membina untuk kita semua. *tangan didada mata keatas*

Enjoysss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...