Tuesday, May 31, 2011

Nak kurus?

Macarons, cadbury, Domino's Pizza itu hanya dipandang sepi. Natalia hanya menceduk sesenduk sayur dan meratah lauk ikan rebus dicicah budu sebagai santapannya. Tiada lagi makanan manis dan berkalori tinggi dalam hidupnya. Dia nekad.Dia mahu kurus dalam cuti semester ini. Tiada lagi tempelan lemak di badannya serta kulit yang menggeleber. Angan-angan untuk mempunyai badan Rozita Che Wan semakin memuncak apabila dia hilang 5 kg dalam masa dua minggu.

"Aku mahu saiz S!" jerit hati kecil Natalia berkobar-kobar.

Segala sindiran dan usikan nakal tentang saiz badannya yang seperti badak air itu menikam benaknya.
Betapa harga dirinya atuh merudum tika dia dimalukan di depan lelaki idamannya apabila Saza menggelakannya Ratu Badak ketika dia berjalan terkedek-kedek ke kelas. Ditahannya kemaluan itu sambil menggengam niat untuk kurus.Ya, kurus. Sekurus Heidi Klum. Segiur Maria Ozawa.

Biar Saza terjengil mata melihat perubahan mendadak dirinya pabila semester baru dibuka. Biar lelaki idamannya melutut di depan seluruh warga universiti. Pasti saat itu dia tersenyum bangga.

******

Hello anorexia and bulimia girls,

Aku rasa hal berdiet ini memang tak boleh dipisahkan dengan perempuan. Tak kira umur, bangsa dan warganegara. Sekilas pandang, filem Love on a Diet is the idea for the entry to be typed.

Fatso : This is the problem. How can she lose 200 pounds in six months?
Cocaine Ken: I know!
Fatso :: Don't say drugs, Cocaine Ken. 

Girls, as aku pun perempuan willing to do anything to get their ideal weight. Ohh, sorry not ideal weight but to be thin and slim.Body mesti ada curve hourglass or pembaris. Itu takrifan cantik pada mata mereka. Kaki juga lebih yakin untuk melangkah apabila ke public places tanpa ada sesiapa menganjingkan bentuk tubuh. Untuk kurus rela berdiet sampai diri sendiri jadi taruhan, kesihatan hanya dipandang sebelah mata. Ada yang sanggup menjalani diet Atkin yang sangat ketat, bersenam, ada yang membuat operation sedut lemak semata-mata untuk kurus. Malah mengambil ubat kurus tanpa nasihat daripada pakar. Lebih teruk, gadisku memuntahkan balik makanan yang dimakan. Seksa tahu untuk memuntahkan balik makanan itu. Cuba kau masukkan jari telunjuk kau ke dalam mulut hingga menyentuh tonsil sampai kau terasa mahu muntah.

which one is yours? - Tumblr



webcam-ing

ok! entry ni khusus untuk awek2 yang suka webcam...

skrg dah ada mcm2..skype...ym...skype...ym...skype lg...ym...
ok! aku tau je...noob!

aku tau korang lawa...aku tau korang cun melecun habis...
aku tau korang ada rupa.... aku tau korang gadis bertudung yang sgt cantik!

bila keluar jalan dengan cik abg msing2, tudung litup habis...
lilit sana lilit sini.... baju nak lengan panjang... tutup sampai xde aurat pon nampak..
tapi bila sampai rumah...
nak jimat kredit punya pasal, si lelaki ajak webcam...konon2 mcm facetime...
boleh tgk muka..boleh cakap...

korang pulak tanpa segan silu, tayang segala benda yang korang tutup tu kat si lelaki.
dengan alasan dia bakal laki aku...BAKAL LAKI BELUM JADI LAKI...
aurat tetap aurat...

ms webcam, ceyyy rambut ikat elok2... bg cantik depan boypren....
tapi x ke rasa pelik...dengan laki lain korang tutup habis rambut tapi dengan boyfriend korang, tayang semua aset... jadi apa makna pakai tudung?

buka mata buka hati... korang perempuan..jagala diri.. xde orang lain yang boleh jaga kita kalau bukan kita sendiri..

cuba bayangkan kalau lelaki yang korang sayang tu adalah pelancap tegar? webcam dengan korang semata2 nak mengghairahkan diri..ish! malu la.....korang plak tanpa segan silu tayang rambut tayang badan,,nk lg comel pakai plak baju tidur....mmg A la kan ..... hmmm

aku tau x semua org xsuka isu2 ni...tapi aku adalah penulis tegar yang suka cakap pasal apa yang aku nampak dan menyakitkan sinar mata aku... so terpulang kat korang sama ada nak terima atau x....
dosa pahala sendiri tanggung...

webcam-ing is not a crime but its hurt yourself when u take it easy..sampai lupa dosa pahala...

sendiri ingat la ye..sbb tu mak bapak ckp lebih baik bela lembu sekandang dari bela anak pompuan sorang... lagi liar lagi susah diorang nk jaga...

hands up! bye

Monday, May 30, 2011

Istihadah

Salam women and nyah ;)

Okay isu kali ni tak ada kena mengena dengan awak ye para nyah. Sebab korang takde rahim walaupun ada vagina palsu.


Aku agak mesti ramai lagi perempuan kat luar sana yang masih musykil dengan isu ni, Istihadah atau darah penyakit. Apa istihadah tu sebenarnya? Istihadah tu darah yang keluar bukan pada waktu haid ataupun nifas.

Betul tak bila aku cakap yang kita selau keliru sama ada kita tengah haid lagi atau istihadah. Ada beberapa cara yang kat sini yang aku nak share dengan semua untuk kenalpasti masa bila kau istihadah.

1. Wanita yang memiliki masa haid yang tetap.
Okey pada golongan ni sangatlah bertuah sebenarnya. Sebab kau mesti dah tahu tarikh yang tetap bila kau akan datang haid. Jadi tarikh lain selain tarikh wajib kau datang haid tu dikira istihadah, Sebagai contoh, seorang wanita yang selalunya didatangi haid 7 hari sebulan pada setiap awal bulan. Jadi 7 hari pertama pada setiap awal bulan tu adalah darah haid. Manakala hari-hari yang seterusnya kalau ada keluar darah lagi, itu dikira darah penyakit/istihadah.

2. Wanita yang tidak mempunyai tarikh haid yang tetap.
Kes macam inilah yang selalu menjadi. Kita tak tahukan sama ada darah yang keluar haid atau istihadah. Bagi wanita yang menghadapi masalah ni, kenalah alert sikit dengan membezakan sifat-sifat darah tersebut. Sebagai contoh, darah yang berwarna merah kehitaman / berbau / pekat adalah darah haid. Selainnya adalah darah istihadah. [ Alert : darah haid berbau hanyir manakala darah istihadah berbau seperti keputihan ] Ataupun darah istihadah ni boleh dikenalpasti dengan kiraan. Rajin-rajinlah sikitnya tanda kalendar masa hari pertama datang haid tu. Tempoh maksima untuk haid adalah 15 hari 15 malam. Jadi, jika dah lebih dari tempoh tersebut dan darah masih keluar, cepat-cepatlah mandi wajib dan solat seperti biasa.


Persoalan lain yang selalu ditanya tentang istihadah ni adalah tentang hukum-hukumnya. Boleh solat ke tidak, macam mana cara nak solat, bla..bla..

Okey, bila dalam keadaan istihadah, solat adalah WAJIB macam biasa. Tetapi, setiap kali nak solat, mesti membersihkan darah istihadah dan berwudhuk. Ingat! Setiap kali nak solat. Pagi-pagi buta kau bangun nak solat subuh pun, kau mesti bersihkan bahagian sulit tu, pakai pantyliner atau pad kalau darah banyak sangat then berwudhuk baru boleh solat. Kalau lepas dah dibersihkan pun, darah tetap keluar selepas berwudhuk, wudhuk tersebut tetap sah untuk satu solat.

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)



Pada si isteri, jangan risau. Anda masih boleh menunaikan tanggungjawab batin kepada suami masing-masing. Hehe.


Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu[al-Baqarah 2:222] Ayat ini menjadi dalil bahawa larangan bersetubuh hanyalah ke atas isteri yang sedang haid, tidak selain itu.


Kredit : [link] dan [link]

Sunday, May 29, 2011

Boyfriend Rupawan

Assalamualaikum girls and gays ;)

First soalan yang perempuan akan tanya pada kawan mereka tentang crush, secret admire, boyfriend kawan mereka itu mesti

Handsome tak?


Hah, jangan nak geleng-geleng kepala ye. Cuba bagitahu siapa yang tak mahu boyfriend handsome? Keluar date pun bukan setakat tak malu, bangga lagikan.


Tapi, kau tahu tak risiko boyfriend handsome? Ingat bahagia sangat ke perempuan-perempuan yang berboyfriendkan lelaki handsome ini? Kalau kau macam Hanis Zalikha takpelah tak kesah boyfriend macam Cristiano Ronaldo pun. *Hai Rara. Hee.

Mitosnya, semua orang setuju yang lelaki handsome ni PLAYBOY. Maklumlah rupa idaman Malaya. Dahlah kat Malaya ni makin pupus lelaki-lelaki kacak. Aaron Aziz pun import dari Singapore tahu. Jadi kebanyakan perempuan sentiasa rasa tak selamat sebab takut dipermainkan.

Kalaupun lelaki handsome tu tak playboy, masalah lain pula yang muncul. Betina garik yang tak sedar diri dah tahu lelaki tu kepunyaan orang tetap juga nak cucuk line. Tipikal ayat,  yang mereka akan cakap,

"Alah, baru couple belum kahwin lagi" atau

"Best women win" atau

"I lebih hot. Lelaki handsome tu tak layak untuk dia"

Hangguk kau. Spesis ni sangat bahaya. Boleh jahanam 7,8 tahun mahligai cinta yang dah teguh.

Dan masalah yang paling serius sekali adalah diri sendiri. Rendah diri. Yelah kalau diri sendiri kulit macam bontot kuali tapi boyfriend putih macam susu lembu. Kau tak rasa segan ke berjalan sebelah. Macam tahi cicak.


Kesimpulannya, tak bertuah manapun dapat boyfriend handsome sebab rupa tak menjanjikan bahagia. Oh, bahagia tapi sementara. Bila umur dah 80, kerut kedut kat muka, pipi menggelebeh, kepala botak beruban, perut jalan kedepan, gigi rongak berlubang. Tang mana lagi hensem woi?

Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada. Takde apa yang sempurna dalam dunia ni. Mana tahu muka handsome, bontot kurap 8 inci? Eeiiww!

yang terbaik..

Perempuan dianugerahkan padanya 1001 cinta..
Perempuan dikurniakan padanya 1001 rasa..
Perempuan diberikan padanya 1001 kesakitan..
Perempuan dihamparkan padanya 1001 kemanisan...

Kerana pada perempuan terbit segala yang indah,
Kerana pada perempuan juga timbul segala fitnah...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ini entri lama diblog aku..tapi aku rasa tak semua orang dah baca..jadi aku edit balik khas untuk renungan dan tatapan para wanita..aku bagi kau semua 5 situasi kat sini..situasi ni boleh terjadi pada sesiapa sahaja..dan ada antara situasi ini yang sudah pon terjadi pada beberapa orang yang aku kenali...

1. Kalau ada seorang lelaki yang mengalami kecacatan pada salah satu saraf di tulang belakangnya kerana eksiden..dia seorang yang agak jambu paras rupa..miliki kerjaya, duit, kereta, bijak dan personaliti yang sangat menawan..namun kemalangan yang menimpa dirinya membuatkan dia tidak berupaya untuk memuaskan kehendak batin pasangan nya dan tidak mampu mempunyai zuriat satu hari kelak apabila sudah berkahwin..Dia mengambil keputusan untuk kekal bujang..baginya, dia tidak mahu mana-mana wanita mengahwini dirinya kerana kekurangan itu...aku nak tanya secara jujur pada semua wanita..ada tak siapa-siapa yang sanggup berkorban dan berkahwin dengan lelaki ini??..kalau kau sanggup, kau memang TERBAIK..

2. Andaikan diri kau seorang yang sangat cantik..lemah lembut..baik budi bahasa..satu hari perkara yang tak diduga berlaku..semua anggota sebelah kanan tercedera, luka, dan lumpuh..buruk sebelah badannya..ada tak mana-mana lelaki kat sini yang sanggup berkahwin dengan kau, mengambil kau sebagai isteri, menjaga kau dan tidak berasa malu untuk memperkenalkan kau di khalayak ramai..ada??..kalau ada, dia memang TERBAIK..

3. Kalau seorang lelaki yang sudah bertunang, dan tiba-tiba sebulan sebelum tarikh pernikahan nya berlangsung ditimpa kemalangan..kemalangan itu menyebabkan rahang mulutnya sebelah kiri bergerak ke sebelah kanan..selepas beberapa pembedahan..doktor berjaya meletakkan rahang nya di tempat yang asal namun di kedua-dua belah rahang nya terdapat besi yang menyokong serta mulutnya terpaksa dijahit di bahagian bawah..lelaki itu hanya boleh makan dan minum menggunakan straw..dan tidak boleh berjalan..andaikata, kau seorang perempuan dan merupakan tunang dia, sanggupkah kau meneruskan perkahwinan tersebut??sanggup kah kau hidup dan menjaga dirinya walaupon dia tak mampu mencari nafkah buat keluarga dan tidak berupaya membesarkan anak-anak bersama kau??..kalau kau sanggup, kau memang TERBAIK..


4. Kalau suami kau berkerja di sebuah kilang atau makmal yang mempunyai banyak bahan kimia berbahaya..Satu hari kemalangan besar telah berlaku di makmal tersebut menyebabkan makmal itu terbakar dan bahan kimia tertumpah ke atas badan suami kau.terhakis sebahagian anggota badannya...dan kau mempunyai 6 orang anak untuk dibesarkan dan masih bersekolah rendah...kos perbelanjaan sekolah yang tinggi serta kos rawatan suami kau lagi..apa yang akan kau buat???lari tinggalkan suami dan anak-anak?? kerja pagi petang siang malam menyara keluarga???..pilih la yang TERBAIK..

5. Kalau kau sudah berkahwin selama 10 tahun dan masih tidak dikurniakan cahaya mata, tiba-tiba satu hari kau dapat khabar gembira..diri kau mengandung..tapi malangnya, kau disahkan menghidapi Aids..adakah kau akan ambil keputusan untuk gugurkan kandungan itu yang 10 tahun kau tunggu-tunggu??atau kau akan bunuh anak dan diri kau kerana bimbang kalian akan membuatkan suami kau berjangkit dan bakal memalukan dirinya??atau pon kau nak jadi selfish, biarkan anak tu lahir dan menderita hidap penyakit aids disebabkan kau??..pilih yang mana bagi kau TERBAIK..


Sempurna sangat kah cinta kau pada pasangan kau??bukti kan..cuba bayangkan diri kau betul-betul berada dalam kelima-lima situasi ni...sanggup kah kau??sekadar cakap je siapa pon boleh, tapi bila betul-betul kene pada diri sendiri..baru kau tahu macam mana seksanya kau rasa..tak ramai yang tabah hadapi dugaan macam ni..Selama ni kau boleh berbangga sebab kau ada cinta yang kononya kau kata sempurna sedangkan kau dengan pasangan kau belum pernah diuji dengan ujian sebegini rupa...kalau kau sanggup terima kelima-lima orang kat atas ni, memang kau akan buat satu pengorbanan besar untuk cinta..


Saturday, May 28, 2011

Kau Yang Bernama Cinta

Perempuan,
hatinya lembut..
biar 1001 kemarahan kau lempiaskan..
dia tetap suka..

Perempuan,
hatinya asyik..
biar 1001 kebencian kau curahkan..
dia tetap cinta..

Kerana perempuan itu ibarat madu...
manisnya dia, tidak terkata..
Kerana perempuan itu adalah ratu...
tinggi peribadinya, padanya jua lah syurga...



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 
Tajuk : Kau Yang Bernama Cinta 
Nukilan : Platipus

"abang nak keluar mana malam2 ni?"
"woi!!..kau jangan nak sibuk2 tanya mana aku nak pegi, suka hati aku lah...bukan kene mintak izin kau pon.."
"tapi sya kan tengah sarat mengandung ni, tunggu masa je..abang teman la sya kat rumah ni.."
"kau ni perempuan tak bersyukur..aku nak kat kau pon dah kira bagus..kau ingat ya, aku dah berapa kali ulang ni..aku kawen dengan kau sebab kesian!!!..kesian!!..paham?!!"
"abang tak cintakan sya??"
"cinta aku hanya untuk kekasih aku..walaupon dia dah ada lelaki lain, aku tetap akan dapatkan dia!!"
"dia isteri orang bang.."
"pegi mati la kau, pangg!!!!!"

mengalir air mata aisyah saat mengenangkan bagaimana kasarnya dia dilayan oleh suaminya sendiri..lelaki yang dicintainya sepenuh hati..memang salah nya kerana berdegil ingin mengahwini faizal tiga tahun lalu..lelaki yang sedang dilanda kekecewaan kerana ditinggalkan kekasihnya..namun, baginya, faizal merupakan perkara terbaik yang pernah muncul dalam hidupnya..cintanya pada faizal sentiasa kembang harum mekar mewangi..faizal la cinta pertamanya..sedang aisyah asyik mengelamun, dania yang berusia dua tahun menarik lengan bajunya..

"anak ibu dah bangun ye..nak susu ke?"
angguk dania..sambil mata bundarnya tersenyum memandang ibunya..comel..tak ubah macam rupa aisyah..tapi entah mengapa, faizal tetap memandang bekas kekasihnya sebagai wanita terbaik dalam hidupnya..aisyah perlahan bangun untuk ke dapur, membuat susu dania..5 minit kemudian..

"nia sayang, susu dah siap"
manja si dania datang pada ibunya, sambil baring di ribaan aisyah..aisyah menyuap botol susu tersebut ke mulut dania..sambil mengusap-usap lembut rambut anaknya..jemari comel dania menggenggam erat botol susu terebut..

"nia sayang..ingat pesan ibu..dah besar nanti..kalau nak cari pasangan, cari lelaki yang betul-betul sayang kan nia..bukan yang nia sayang..sebab lelaki yang nia sayang, belum tentu menyayangi nia macam ibu sayang kan nia..macam ayah sayang kan nia.."
mengalir lagi mutiara jernih dari alis mata aisyah...seingatnya, tak pernah lagi melihat faizal melayan dania..kadang-kadang sewaktu anak kecil tersebut datang pada faizal untuk bermanja, dihalau dan dimarahi tanpa belas kasihan...dania yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa itu, seringkali menangis..

"bu, amau angis"..ucap dania pada ibunya..aisyah hanya tersenyum..5minit kemudian, dania sudah tertido di tepi aisyah..botol susu dania entah kemana bergolek..tangan dania erat memeluk patung beruang pemberian ibunya..

tiba-tiba aisyah lihat air mengalir dari celah-celah kakinya...dia cuba bangun perlahan-lahan...dia yakin, saatnya telah tiba...dia menjerit-jerit minta pertolongan tapi sayang, tiada siapa melainkan nia dan dirinya di rumah itu...sewaktu sedang perlahan-lahan menuju ke telefon rumah untuk menghubungi faizal,

"bukkkk!"
aisyah terjatuh kerana terpijak botol susu anaknya tadi..kepala nya terhentak ke lantai..aisyah tidak sedarkan diri...darah mengalir dengan banyak...dania terjaga..menangis teresak-esak mengejutkan ibunya.."bu, angun la...angun..."

seminit kemudian faizal tiba, terkejut melihat aisyah dalam keadaan berlumuran darah..

"sya!!...kenapa ni??!!..nia, napa ibu macam ni!!?"
diangkat aisyah dan dibawa masuk ke dalam kereta secepat mugkin...nia turut dibawa sama..setibanya di hospital, aisyah mendapat rawatan kecemasan..faizal mundar-mandir di luar wad kecemasan..menyesal dengan sikap sambil lewa nya pada aisyah..dania masih menangis sambil tangannya tidak lepas memegang patung beruang itu tadi..

sejam kemudian, doktor keluar dan faizal meluru ke arah doktor...
"doktor, isteri dan anak saya macam mana??"
"tahniah, awak dapat anak lelaki.."
"isteri saya??"
"maafkan kami, hentakkan di kepalanya sangat kuat..kami tak berjaya menyelamatkan beliau..."

faizal meraung menangis teresak-esak..inilah salahnya,..mensia-siakan cinta dan kasih sayang seorang isteri yang setia..dia menyesal kerana tidak pernah melayan aisyah dengan baik..4 tahun sudah berlalu, dania dan danish, tidak berpeluang merasa kasih sayang seorang ibu..baru kini dia sedar akan cinta aisyah pada dirinya dan anak-anak mereka.."aisyah, kau lah yang bernama cinta", itu yang sering diungkapkan faizal pada dirinya..semoga roh aisyah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman..amin~


How to get even?

Havin' fun and be happy is the choices that we make.

Happy Rebecca Black-day everyone,

Perempuan, hidupnya dikelilingi masalah. Hingga buat mereka lemah. Terkadang merasa yang hidup ini terlalu memilukan. Masalah melanda, dicampuri oleh mind yang boleh berfikir mengenai beberapa perkara dalam satu masa buat mereka kacau, jiwa meracau.
Apatah lagi masalah itu dibawa oleh kawan sendiri. 
Teman yang disayangi kadang-kadang bisa membuat luka di hati diubati dengan garam.  
Pedih.

Usah menangis lagi gadisku, kau bisa kuat. 
Teman-teman yang dipercayai masih ramai. 
Usah kau berduka hanya kerana kerenah manusia itu. Bukankah kau juga manusia? 
Selaku manusia, kita tidak sempurna. Sila terima konsep reda itu. 
Tapi jika kau masih sakit,
Ini masa untuk kau bangkit. 
If someone make you hurt,don't cry.

You get even. 
the way? 


Forgive them and be HAPPY.
Ops, but don't forget what they did. If not,
hurting again for the same reason make you a loser.
#mind my words


"That's the best revenge of all : Happiness.
Nothing drives people crazier
than seeing someone have a good fucking life."

- Chuck Palehniuk



Friday, May 27, 2011

Perempuan dan Kentut Vagina

Vaginal flatulence atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan sebuah keadaan dimana alat kemaluan yang sulit milik perempuan mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Kentut ini selalunya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj atau pun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.

Kentut vagina boleh disebabkan oleh lemahnya otot-otot disekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti. Jikalau kentut itu berbau yakni tidak odourless maka kemungkinan besar faraj tersebut sudah dijangkiti mikoorganisma yang menyebabkan penghasilan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Berbeza daripada kentut dubur, kentut vagina sepatutnya tidak berbau.

Kentut vagina boleh diatasi dengan;
  • Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar yang mampu membenarkan keluar masuk udara.
  • Mengamalkan senaman kegel ataupun senaman kemut untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit
  • Mencuci dan membersihkan alat sulit dengan baik dan pastikan ianya tidak selalu lembab dan juga amalkan pemakaian pantyliner kerana semua ini dapat mengelakkan jangkita mikroorganisma.

Kentut jenis ini masih dianggap normal walaupun ramai yang beranggapan kentut vagina hanya berlaku kepada sesiapa yang sudah kehilangan dara. Hal ini demikian kerana, pergerakkan kaki semasa berjalan ataupun ketika apa aktiviti sekali pun, ianya mampu memberi peluang untuk udara keluar masuk ke dalam faraj jikalau dinding dan saluran faraj berkenaan tidak begitu kuat. Justeru itu, janganlah anda beranggapan mereka yang mengalami kentut vagina ini sudah kehilangan dara kerana seperti organisma yang lain, setiap sedutan pasti akan ada hembusan.


Trivia 1: Kentut vagina ataupun terkenal dengan nama queef di America sudah menjadi sebuah culture dan simbolik kepada feminism. Saksikan ianya di sini.

Trivia 2: Sudut pandangan Islam mengenai kentut vagina.

Trivia 3: Senaman kegel juga sesuai untuk para lelaki yang mahukan tahan lama.

raar


Thursday, May 26, 2011

Sikap Memualkan

Assalamualaikum,

Tahukah kalian bahawa perempuan lebih banyak mempunyai sikap yg memualkan berbanding lelaki?Mungkin terdorong oleh nafsu yg lebih banyak drpd lelaki.

Lelaki menang dengan ego mereka, tetapi perempuan menang dengan 1001 sikap memualkan.Aku ada sejenis hobi.Aku suka blogwalking ke blog gadis-gadis cantik.Aku suka tengok cara mereka menggayakan hijab! Cantik!

Tapi itu bukan isu aku nak persoal hari ini.Isu hari ini adalah, dalam aku menjalankan blogwalking, aku terpana dengan kecantikan style mereka bertudung.Tapi yang mematikan mood aku adalah mereka suka SHOW-OFF.

Bukan tunjuk dada mereka angkara tudung singkat, bukan!Itu dah tipikal.
Isunya sekarang show-off benda lain.Pernah kalian nampak objek seperti :

Ipad, blackberry, iphone, DSLR, tiket Justin Bieber?

Ya, itu adalah antara perkara yang mereka pamerkan. Lagi satu cara show-off ialah dengan membuat checklist, bagi aku itu kalian boleh tempek di desktop, mahupun diary kalian.Kalau kalian menulisnya di blog dan blog itu umum, aku rasakan mcm kau nak menunjuk, terutamanya kalau kau dah dpt laksanakan perkara itu (material).

Sikap ini aku simpulkan dalam ayat ini :

"I'm the only one who have this, and you can't or almost possible to have one"

Dan ini percakapan balas dari aku :

"Hell no girl,i can afford them all but will show it off to my readers.They can own that too!So please get your ass off"

Perbuatan demikian seolah menempek tahi di muka sendiri.Jika anda terasa di hidung, memang ianya untuk merendahkan hidung tinggi, mengurangkan perbuatan mendabik dan mendada.

Sorry if you get your butt hurt :)

















INI CONTOHNYA


Wednesday, May 25, 2011

*Suster oh Suster


Hai perempuan,

Nurse adalah kerjaya yang paling femes dikalangan wanita selain cikgu. Hari ini aku cuma nak cerita mengenai nurse sahaja. Pasal cikgu lain hari lah. 

Dulu masa habis spm dulu mak tua aku (bukan mertua ya!) beriya-iya suruh aku masuk sekolah nurse. Tapi aku memang takde hati. Lagipun aku pernah bercita-cita nak jadi doktor. Apa kelas laa jadi nurse. Ceh! Ade ker nurse baca blog ni? Aku harap ada. Hahaha~ Tapi cita-cita nak jadi doktor tu terpaksa aku hentikan atas sebab otak aku tak boleh nak support fakta-fakta pelik. Maklum lah, aku ni bebal banyak. Dan kerja aku masa sekolah matriks dulu ialah mencuci tandas dan menghias bilik tidur. Orang lain sibuk siapkan tutorial, aku sibuk tengok katalog cadar. Sebab tu aku jadi penjual perabot sekarang ni. Bukan tokey tapi kuli jer... 

Berbalik pasal kerjaya nurse, aku memang tabik spring la pada golongan perempuan yang sanggup mengabdikan diri menjadi hamba pada masyarakat. Selain kerja-kerja hospital (aku tak reti nak terangkan macamana tapi korang pun tahu jugak la apa tugas-tugas mereka kan kan kann...), selain mencuci darah, mereka juga melakukan tugas-tugas ibu atau juga bibik seperti mencuci tahi, mandikan pesakit, tukarkan baju, pakaikan lampin. Hah, kalau lampin budak takpe lagi. Comel je pemandangan kat bawah tu. Kalau lampin orang tua??!` 

==" hhnnff hhhnnfff... tahan napas sekejap! 

Orang cakap kerana setitis darah, raja jadi bersiung. Musibah! Musibah! Satu kampung takut bertemu sang raja. Takut di sedut darahnya. 

==" 

Dan aku dengar cerita, kerana mulut badan binasa. Aku tak tahulah apa ada dengan mulut itu sampai-sampainya badan boleh jadi binasa. Mungkin sebab mulut bau longkang kott.... Pastu orang jadi histeria dengan bau mulutnya lantas terus cepat-cepat memberi jurus penampar sepak dan terajang pada badan si empunya mulut berbau itu. Kasihan! karma lettew! 

Ini adalah kisah benar. Benar-benar berlaku di kalangan nurse sekelian. Masyarakat nurse ini kemain seronoknya bermain-main dengan pesakit mereka. Sama ada itu cara mereka beramah-mesra dengan pesakit atau hendak menganiaya pesakit itu aku kurang pasti. Tapi memang agak musykil bila ada di kalangan masyarakat nurse ini mempunyai mulut yang berbau longkang. Adakah mereka tidak suka memberus gigi atau pun suka minum air kencing setan, itu aku tak berani nak jelaskan.Yang pasti, kejadian ini benar-benar berlaku. Dan yang menjadi mangsa adalah sesama spesisnya juga, iya, kita --perempuan.




"Cik akak oiii... tak payah la nak menjerit sakit kuat sangat! Kau main tak sakit! Ni nak beranak tau pulak kau sakit! Lain kali tak payah gatal nak buat anak!" Sambil buat muka menyampah pada seorang ibu muda nun di hujung wad bersalin. 

"Nana, nah ambik bawa balik buat sup! Hehehe~" Mencampakkan kaki yang baru dipotong kepada nurse yang bernama Nana. Dan semua di dalam dewan bedah ketawa berdekah-dekah. Seperti sedang berpesta meraikan kecacatan seorang makcik yang baru di potong kakinya akibat penyakit kencing manis.

"Kak Ati, tolong ambil jarum jahit yang baru. Patah pulak jarum ni. Haihh~ gila tebal kulit pan-tat akak kita ni. Hehehe~ Maaf ye kak. Saya pergi ambil jarum yang baru kejap." Nurse yang sedang menjahit pan-tat tadi meninggalkan pesakit yang baru lepas bersalin dalam keadaan terkangkang sendirian. Lemah. Lesu. Pasrah. Pan-tat tak payah cakap. Sempat beku terkena sejuk air-cond bilik pembedahan. 

Nurse yang di panggil Kak Ati tadi sempat celupar mulutnya, "Kau ni menjahit pan-tat buaya ke hape? Sampai patah jarum kau. Kikikiii~" 

Masyarakat kita sangat mengkagumi golongan nurse ini. Nurse juga adalah calon menantu dan calon isteri yang paling teratas dalam ranking di Malaysia. Orang lelaki Malaysia memang suka dan mudah jatuh cinta dengan perempuan kerja nurse ni. Aku pun heran apakah kelebihan mereka sampai penjual perabot macam aku ini tidak dipandang langsung oleh lelaki penjawat awam. Ok, lupakan hal itu. Yang pasti, golongan nurse ini sangatlah di pandang mulia. Kalau tidak, kenapa dunia mengiktiraf kerjaya ini sampai mengisytiharkan 12 Mei adalah hari meraikan mereka. Tapi tu lah, aku terkilan dan terkesima juga dengan kejadian hitam di sebalik warna putih bersih baju mereka. Ada hati yang kotor di sebalik baju itu. Ya, tidak semua begitu. Tapi aku sedih. Kerana ada sebahagian mereka yang tak reti nak memuliakan pesakit mereka. Rasa hormat mereka hanya ditunjukkan di depan keluarga pesakit. Tapi di belakang, di dalam kelompok mereka, semua itu jadi bahan untuk menganjing sesama kita. 

Aku tak cakap semua. Tapi memang ada. Dan aku serius takut untuk berdepan dengan mereka ini. :(


Juga aku takut terjumpa suster ngesot ke suster keramas ke malam-malam di dalam wad nanti masa aku sakit di tahan di hospital. Maklum. Ada di kalangan suster-suster ini terkarma akibat mulut longkang mereka. Siang jadi orang. Malam jadi jadi-jadian =="""""




Pstt... nobody is perfect. 




Tuesday, May 24, 2011

Perempuan dan fesyen

Assalamualaikum girls and gays ;)

Fesyen dan perempuan takan dapat dipisahkan. Dari zaman penjajah dulu hinggalah disaat kita tak heran lagi keluar rumah 2,3pagi.

Malah kini, fesyen untuk gadis bertudung lebih havoc dan makin ramai gadis-gadis free hair diluar sana teruja untuk berhijab. Alhamdulillah.

Inilah yang aku katakan mangsa fesyen. Oh, gadis semasa.

Tapi pernah terfikir tak kadang-kadang kau sampai jadi mangsa fesyen sampai bagi peluang kat pelancap-pelancap diluar sana menambah dosa kau sebab menaikkan nafsu serakah mereka yang memang tak pernah turun.

Pakaian pelangi yang kau banggakan tu pulak, pernah terfikir tak akan jadi bahan umpatan. Kau fikir kau tak berdosa? Kau berdosa juga sebab kau berlebihan sehingga membuatkan orang sekeliling mengumpat. Kan Tuhan dah pesan, bersederhanalah dalam semua perkara.

Yang membuatkan aku terdetik untuk share isu ni bila seorang kawan aku. NON-MALAY. Bercerita pada aku tentang gadis melayu islam yang gila berfesyen. Sehinggakan dia naik jelik dan rimas dengan shawl-lilit-tanpa-pin-yang-serabai yang jadi trend sekarang ni. Sumpah aku malu masa dengar dia cerita. Haish.

Lagi satu yang aku tak berkenan, bila gadis-gadis melayu islam ni yang buat vlog tutorial cara-lilit-shawl-hala-tajila. Haish. Nampak leher, dada semua. Bukan perempuan je tahu yang boleh buka youtube tu. Tapi semua gender satu dunia ni tengok leher jinjang dada mantap kau. So, apa maknanya lagi bertudung? Tapi ada satu video tutorial yang sangat menarik minat aku.

Dia sangat menjaga aurat dan shawl yang dipakai memang gerenti menutup apa yang patut

Tak salah sebenarnya berfesyen. Tak salah kalau nak cantik. Tapi semua perkara ada batasnya. Sedangkan dalam beribadat pun nabi pesan supaya tidak berlebihan (betulkan kalau aku salah). Inikan pula perkara yang tak ada membawa apa-apa kredit di padang mahsyar kelak.

Kan manis macam ni.

Ini peringatan. Bukan untuk kau sahaja perempuan. Tapi aku juga. Alang-alang dah pakai tudungkan, sama-samalah kita cuba menyempurnakan apa yang patut. Islam tak memaksa. Tapi sekali bila kau berada dalam agama Islam, kau mesti ikut peraturan yang ditetapkan. Contoh paling mudah kau diberi pilihan kerja swasta atau gomen. Kalau kau pilih gomen, kau ikutlah peraturan yang dah termaktub. No choice.

you are too choosy

penulisan aku dimulakan dengan hai!!! semoga kalian semua happy selalu!!!

lisa   : hey, mamat tu suka kat u la... untungla u ada org minat..hensem..smart je..baik plak tu...
mira : eeeyeww!! xnak la.. he's not my taste la... dia x dress up mcm yg i nak.. malu la jln dgn   dia..mcm jalan dengan mamat skema je...xnk la..hensem pon xguna kalau skema...

sebelum aku melanjutkan penulisan aku, aku minta maaf kalau apa yang aku bakal cakapkan ni bakal buat korang rasa macam what the hell minah ni dok carut,,, ok! aku mmg penulis tegar yang suka tulis pasal manusia cerewet yang kadang2 aku rasa xlayak diberi taraf kerakyatan...ok! aku merepek...

back to dialog antara lisa dan mira.. kalau korang perasan, dalam kehidupan seharian korang, isu cinta adalah isu paling hot dan sensasi berbanding isu macmana nak buat duit dengn cepat, mcmana nak create something outstanding in your life.... pergi mana2, semua cakap pasal cinta..any issue will be back to the basic; cinta... ok! cinta dah mengungguli carta.... so, sbb tu aku nak cakap pasal bnd2 mcmni la...sbb ak rasa bnd2 ni dekat dengan semua org...

**
soalan " u nak lelaki/perempuan taste macamana?" mmg common ditanyakan kat semua orang... so masing2 pon dengan bangganya dan penuh beretika bagitau la apa taste lelaki/perempuan masing2.... bnd tu xsalah tapi yang salah adalah bila segelintir antara kita yang terlalu memilih atas alasan everyone deserve something better in life...

**
alkisahnya aku ada seorang kawan yang nak diri dia dikenali sebagai anne... memang xsalah kalau aku cakap dia memang cantik dan dia memang deserve lelaki yang kacak lagi handsome lagi menarik lagi da bomb.... nak dijadikan cerita, ada sorang mamat hensem yang hanya mahu dikenali sebagai danny... macam biasa la, kenal dulu baru move to the next level kan.. aku xnk citer apa proses perkenalan diorg tapi aku nak citer masa dorg dah mulakan dengan hati penuh taman, i love u, u love me and etc..

lumrah manusia kalau dah lama kenal, baru la msing2 tunjuk belang.. dan itulah yang ditunjukkan oleh danny... sikap danny yang suka korek hidung secara diam2 dan campak merata2 tu buat anne rimas... danny bukan korek hidung je malah mengalami masalah kelenjar peluh yang bocor dan menyebabkan anne geli nak peluk dia.. dalam hati anne "pergh! asal malang sangat aku dapat bf pengotor camni..hareem"

so, secara konklusinya (wah! mcm a.samad said) hubungan mereka hanya bertahan selama 2 bulan.. lama jugak tu kan.. tapi setau aku, dorg putus x bertali la... sbb dorg x discuss pun sbb apa nak putus,..masing2 chioaw cmtu je...daymmmmnn

**
lupakan kes penceraian mereka,... sbb aku terasa cerita tu xde motif langsung...belit2... ramai awek tudung belit2!! hahah sorry, aku terasa pelik tgk tudung belit2 walaupun kadang2 aku rasa oh! chanteknya kamu....hahha

**
pernah dgr citer atau mengalami situasi ini? aku xnak kau sbb kau xhensem/xcantik...aku terpaksa reject dia sbb dia x up-to-date mcm laki/pompuan lain... pernah x?? mesti pernah kan? aku terpaksa menamakan golongan mcmni sebgai golongan yang berani... mesti korang ingat aku nak kutuk golongan2 ni kan? teeettt korang salah... aku nak puji golongan2 mcmni sbb aku rasa dorang berani untuk tentukan hidup masing2...dorang berani buat keputusan walaupun terpaksa menyinggung hati dan perasaaan org lain...

**
golongan mcmni la yang sebenarnya bg aku perfectionist.. semuanya nak elok di mata diorg...ade bagus ade x bagus jugak org macamni...tapi sendiri punya pendapat kan... kalau tanya aku, kat mana bagusnya diorg ni,,,aku akan cakap diorg ni bagus part2 buat keputusan yang bermain dengan hati... sbb lebih baik merana di awal dari merana di akhir2 bila dah merasai kemanisan... part buruk pulak adalah kita ni manusia biasa... bukan semua benda kita nak kita akan dapat... quotes paling aku pegang smpai sekarang is "everything good/bad happens in a reason'" so kalau pape pon yang jadi mesti ade sebab di sebalik tu...

**
so conclusion yang aku nak buat kat sini adalah jangan la memilih sangat dalam hidup... tapimcm biasa la kan...manusia ni mesti nak something better in life...so, korang sebenarnya ada hak untuk tentukan apa yang terbaik dalam hidup korg..mood:insaf :)

be insane.... papai

Monday, May 23, 2011

poli-gam-i

kawan aku, lelaki.
cerita perihal kekasih nya pada aku.
aku, mendengar dengan penuh khusyuk.

" awek aku, dia pandai n ok je. tapi dia jadi teruk bila ayah dia kahwin lain. ayah dia abaikan dia ngan adik2 dia, mak dia pun macam dah tak peduli kat diorang bila taw ayah dia kahwin lain"

lebih kurang macam ni la maksudnya.

isu yang aku cuba bangkitkan, kat sini.

P O L I G A M I

aku bukan nak bercerita mengenai hukum poligami. bukan juga nak melarang atau menentang. bukan juga nak salahkan lelaki. bukan juga nak menubuhkan persatuan anti-poligami-sedunia. bukan.
cuma nak mengajak kalian berfikir. 

memang berpoligami sunnah nabi, dapat pahala. tapi jangan lupa ada syarat-syaratnya dan tanggungjawabnya besar. bukan kecil.

kalau kau mampu berlaku adil dalam "semua aspek", ok. itu hak kau sebagai seorang lelaki.
tapi kena ingat satu perkara. dunia sekarang dah tak sama dengan dulu. isteri sekarang dah tak sama dengan isteri dulu-dulu. anak sekarang dah tak sama dengan anak dulu-dulu. 

banyak yang dah berbeza. jadi kesannya pun berbeza.

dan kau perempuan perempuan yang sudah terjebak dengan cinta-laki-orang, cepat2 la jauhkan diri. walau kau sayang dia bagai nak rak pun, elakkanla selagi boleh elak. lelaki bukannya seketul tu je.

aku bukan nak melarang atau menentang, cuma aku nak kau dan kau dan kau. cubalah bayangkan kalau kau di tempat perempuan yang dipoligamikan dan anak yang mempunyai bapa yang mempoligamikan ibunya.
cubalah bayangkan sendiri.

lepas tu mai habaq kat ak.




material plastik

Eh, yooouuu! tau tak nanti Apple nak release Iphone 5 pulak akhir tahun nie? I nak tukarlah, Iphone 4 nie dah ramai yang pakai la." tanya Lisa pada Mira sambil gigih bermain Angry Bird dalam Iphone 4 putih yang disalut dengan berlian blingblingnya.

I taula, tapi sekarang kan glemer lagik kalau pakai Samsung Galaxy series? Stylo lah babe. You nie kan
tak up-to-date langsung la." kata Mira sambil mencebik bibirnya yang ala Kilafairy. Taknak mengaku kalah dengan Lisa, dia mengeluarkan Samsung Arc yang baru dibelinya semalam.
                                                                               .......

Hi materialistic girlsssss,
 

Pernah tak berjumpa or terlibat dengan situasi di atas? Maybe not including that gadget but something else perhaps.  But girlsssssssss as I know mana boleh orang lain lebih dari dia kann? Kalau boleh nak dia je paling ngetopps ,paling retiss. However, sweethearts ;

Have you ever thought that life is so unfair, that life sucks, that u are “poor”?

And there is other girls that is so sty-lo with their blingbling jewellery, LV beg, Gucci watch and Jimmy Choo pumps? The increasing jealousy can turned into hatred as you can't get what they have just because you don't have the branded things this hot stuff girl have. Some girls, willing to do anything just to be in the same level or be treated like a princess in their life circle. Pointnya, aku rasa girls sekarang sudah terlalu mewah. Nak apa je dapat, and aku rasa parents prefer bagi apa saja dekat anak perempuan dia. Laptop, branded hp or designer clothes.  Mungkin based on girl's performance in studies or their *konon-konon baik punya perangai depan mak bapak.
 

 Tapi, aku bet ramai yang tak pernah rasa puas hati. Kalau boleh semua yang latest dia nak. Ipad keluar dia nak then keluar pulak Ipad 2 nak jugak. Kiranya dia soranglah yang up-to-date. Girls, your mind keep telling you that you are poor as you can't get what you want. It is just because your parents won't let you have these and that although they can afford it. Don't be so immature and selfish girls. Your parents may have something more important to do with the fulus than give it to you as your shopping expenses. And you happily shopping online, choosing shawls, skirts, make up and etc. Morever, as years passed by the trends change. Trend of the teens nowadays is DSLR, Iphone 4 or Samsung tab. New clothes from Adidas, handbags from Guess or perfume from Ralph Lauren is hard to get. Far from your reach. Or you can't get more pocket money to buy unnecessary things.



Sunday, May 22, 2011

Annoying Ex Of Yours


Assalamualaikum,

Ini entri ringkas menjelaskan kejengkelan bekas kekasih mahupun sahabat.Entry ini ringkas dan berbahasa inggeris.

There are several things that annoyed lot after break up :

1) Your stupid ex will spread the bad story about you to others, to make it worst,to your current BF

2) When your ex cuddling you and begging you to come back to you.

3)Your ex will get annoyed if you are happy with other people.

4)Your ex do stalk you and pretend they don’t

5) Your ex find another guy/girl/friends that is way better than you in order to make you jealous. or distracted

6)Your ex pretend like they never meet you and totally forget about you both memories.

7) Your ex wanna be your friend, in fact you didn’t break up in a good way.

8) Asking you to stop contacting them and disturbing his/her new relationship,in fact you don’t!

Adakah kalian bersikap demikian terhadap sesiapa di sekeliling anda? Hentikan kerana ianya jengkel.Sungguh!

Yang berlalu tak akan berulang.Pandang hadapan, dan teruskan hidup dengan senyuman :)

Memberi air kepada tanaman umpama memberi nafas baru dalam kehidupan.Hargainya selagi termampu –AR-



bila sudah tiada..

Assalamualaikum,
  
Pernah tak terbayang tiba-tiba perempuan itu, yang selalu setia di sisi, yang sanggup mendengar luahan hati kau, bagi sokongan, sanggup buat apa sahaja demi kau tiba-tiba.. hilang. 

Hilang dari hidup kau. Masa itu dia takkan lagi melihat kau dengan rasa kasih, takkan lagi kedengaran suara lembutnya memujuk kau yang merajuk,takkan lagi kau dapat sentuh dan merasa kehangatan daripadanya. Pada masa tu apa yang kau akan buat? Meraung? Menangis menyesal? Apa gunanya lagi bila dia sudah tak mampu bersuara,melihat segala kesedihan kau tu. Kalau dulu pasti, tanpa ragu ditepuk-tepuk bahu dan dirangkul erat. Itu dulu. Kini?
Boleh kau bayangkan bagaimana hidup kau tanpa dia di sisi? 
Imaginasi korang memang liar kan? then cuba bayang bila satu hari kau bangun dan kau tak nampak dia. Bila azan Subuh yang dilaungkan bilal, kau peluk erat bantal itu. Ditariknya selimut menutupi paras kepala agar  tidurmu lebih enak. Kedengaran suara sayu ayah meminta kau bangun. Kau mengiring, pejam celik sampil ligat membuat keputusan. Dengan liat kau bangun. Hari ini terasa sunyi. Selalunya kau terbangun dek ketukan di pintu kayu itu beserta ngomelan perempuan itu, susah payah kau tinggalkan selimut yang tebal itu pabila telinga sudah kepanasan mendengar bebelan dia di pagi yang dingin ini. 

Usai solat Subuh, tanpa wirid dan doa kau melangkah ke dapur. Suasana sepi.  Selalunya kedengaran tingkah kuali dengan senduk bersama aroma nasi goreng kampung kegemaran kau tapi hari ini dapur itu sunyi tanpa penghuni setianya. Yang ada hanyalah lambakan pinggan mangkuk di singki yang sudah beberapa hari tidak dicuci. Kaki melangkah, mata mencari, mulut mula menutur kata apabila tiba-tiba minda berkata yang perempuan itu sudah tiada. Mutiara putih mula luruh di pagi yang kelam itu. Pipi gebumu basah, esakan makin meninggi. 

Mungkin sekarang bagi kau dia hanyalah perempuan biasa. Yang hanya tau melakukan kerja rumah. Tempat kau meminta wang, tempat kau cari apabila lapar. Nanti bila dia sudah tiada, masa tu jugak kau akan rindu kat dia. Rindu masakan dia, rindu omelan rindu kehadiran dia rindu dan rindu je yang ada dalam kamus hidup kau. Cukupkah segala yang kau lakukan untuk dia sekarang? Nak balas jasa,tak mungkin akan terbalas. 

Kalau tak mampu buat sesuatu yang istimewa untuk dia, cukuplah kau jadi anak yang baik, yang tidak menyakiti hati dia dengan suara kau yang tinggi itu. Dia tak perlu semua itu, sebab she have the best gift Allah can give her. You know what?
It's you. Bila kedengaran teriak kau sebaik dilahirkan hilang semua sakitnya. Hanya rasa gembira menyaluti hati si ibu. Dipanjatkan rasa syukur kepada Yang Esa.

Jangan sampai dia menitiskan air mata duka sebab kau yang tak sedar diri. Kau hidup kau ada atas dunia ni sebab perempuan itu juga tahu? Sila berpijak di bumi nyata ini. Air mata hanya untuk orang yang dikasihi bukan kerana disakiti oleh orang yang tak kenang budi. Satu hari nanti, hari ketiadaan dia akan datang juga. Tapi bila hari tu akan datang kita semua tak tau. Tak siapa tahu bila maut datang menjemput, samada kita dulu atau dia.  Jadi hargai dia sekarang manalah tahu kau yang pergi dulu sebelum dia. Kalau kau mati dulu, biar dia bangga sebab kau mati sebagai anak yang menurut kata bukannya si celaka. 

Bersediakah anda untuk hari itu?



 
# Esok-esok, bila Umi dah takde, baru awak rasa.


Saturday, May 21, 2011

the ugly truth



I always have this in my mind; most girls are controlled by the moon. Means, they are overly sensitive. But, in certain cases, girls are rather cool than guys. Guys are emo and expressing their emo with rages. Is it good to rage? I just feel tired just looking at people bullshitting one and another. Physically exhaustion is nothing to compare to mentally exhaustion plus heart distortion by watching guys argue. 

Thing that makes them look more cool is, they dont talk much as girls do. But I dont talk much either. And I know how cool I am, in my scale of cool methink. Others might think that differently. Yes, maybe. But we cant really read what kind of hurricane that controlling their mind when they were being raged arent we? 

So i wonder, girls emo vs guys emo. which one uglier? 




build confident



Salam 1001perempuan.


Since we are talking about girls. So, I would like to ask you girls about something. What so good of being a girl?


Me? I would say, I love it because I can be a dreamer. And I’m proudly saying this to all. Girls and dreaming, isn’t it sounds synonym? I love to be a girl, though I wasn’t before. and as far as I remember, I tend to like myself being a girl when I can accept my weaknesses as my strength. Though I thought, being a dreamer is a loser. It was my greatest weakness because most of my friends and family laugh at me. And that was before.

C'mon girls, be open. Have you ever shown the weaknesses of your body to your friends? Or at least a friend? The fat, the spare tyres, the scars, the acnes, the weirdness, or anything that you found it ugly to you, or perhaps, the weaknesses in your personality, or, a little dark secret that you ever hiding it beneath your heart. If not, you should have to. Share them, accept them, and love them! And you'll find that you gain some confident in yourself. And what will you girls get if you can gain your confident?


A beauty!


Yes, you'll sucked your charm out from your body by gaining some confident. It doesn’t matter how people laugh at you. Because you are already accept it as part of yourself. The you.


Worry if your weaknesses will leak out? Naaah~there shouldn’t be a problem anymore when you can tell them once. Because, it is no longer your greatest weakness. You will then smile, and happy, because it won’t haunted you again.


So girls, be honest to yourself. Because someone will definitely see, the beauty in your sincerity. The confident will help you glow your beauty.


Hey I’m aan, as I’m being introduced earlier. But call me serenity, because that is my name in blogsphere, at least for now. cz I’m using different name in sarkasis. haha. I’m a new writer, do welcome me girls. I will never use fact in my writing, cz I’m sucks in it! But I will use sense! As I know I have a great sense. And yes, you can hit me! cz you girls have your own sense which I presume it is greater than mine. Whatever your sense tells you, make sure your rationale controls you.


Ok girl? What say you? What so good of being a girl? Being a dreamer? Confident? and beauty? Any girl to be here? huehuehue


Owh. I’m sucks in English, but I couldn’t find a right word in Malay. Big apology. And, hell I care if there's a police language here. I'm just being me. right?




Friday, May 20, 2011

ganas itu menawan

hye peeps!
sihat? dah mkn?
hahaha

ok...
alkisah aku ni dah busy mcm PM....
sibuk mcm agen FBI..
so, aku xde ms nak menghapdate natang2 ni...
tp sekarang ni aku ada satu isu yang aku nak ketengahkan kat korg..

**
biar muka lu nampk ganaz, jalan lu bikin laki2 cuak, janji hati lu lembut mcm marshmallow...
ni statement aku...
apa pendapat korang tentang perempuan mcmni?
ok maybe ade antara korg yg mcm xpaham lg kan...meh aku bg korg beberapa jenis pompuan mcmni

  1. rambut boy cut, baju nak boy nye cutting, jalan nak macho, suar nak style...
  2. rambut kasi pacak, jalan mmg jantan habis, style ckp mmg handsome, baju suar sume complete set jantan
  3. rambut dah ladies, baju xde pattern ladies, suar nak jeans selalu, kasut nak sporty, jalan dia,,pergh! kalau dr belakang mcm jantan zaman rock kapak, 
  4. tudung da comey, muka pon alahai comey gila...baju sume ala2 gadis muslimah sporty moden tapi jalan adui mak...JANTAN habis..
  5. muka sumpah comey, ko pakai plak shawl ala2 hana tajima, kasut kau pon dah pumps, tapi ko jalan mcm jantan , ko ckp kasar habis..
haaaa...ni antara golongan2 yang aku ckp awal2 td..
ok..aku ni tergolong dalam no 4..hahahhaha gebang habis aku ni...
xkisahla kan sapa pon aku...yang penting aku nak tau la jugak kan, apa buruknye perempuan mmcni?

**
bagi aku, dar personal aku,
aku lagi suka gadis2 mcmni even aku tau dorg ni lagi leceh dr gadis2 semasa yang ikut trend, high heels, make up segalan n etc...
aku suka sbb popmpuan2 mamni cool.. x mudah melatah bila jadi pape... biar dia sentap tapi dia rilek je...xpayah nak nangis mcm hareemmm, xpayah nak buat muka selalu.....

**
ade mmber aku pernah btau aku... 'aku suka la awek2 ganas ni.. rasa dorg cool... aku rela dapat awek ganas dr dapat awek tangkap leleh...boleh bikin gado la dpt awek cmtu' see!!
so dari point of view aku, aku dapat simpulkan gadis2 cmni adalah gadis cool, gadis sweet sbb dorg ni akan act cool dalam apa pon situasi.. 

**
jadila gadis yg cool, lembut biar bertempat, gedik berpada-pada, ganas biar kena pada cara, biar semua benda buat biar kena pada tempat dan keadaan... jangan nak gedik mcm haram, jangan depan public ko nak manja2 cam @#$%, pastu dpn public tu jugak ko nak bf ko peluk cium kau... come on la.... guna otak ye gadis2..

**
ok..aku nak tinggalkan korg dgn satu benda....

**
kalau korang ada 1 je peluang dalam hidup, korang rasa perlu ke korang buat semua benda yang jadah haram yang ntah pape dan merugikan hidup korg??? seperti kehilangan maruah diri???

**cuba clorox dan vanishkan otak korg dgn entry ni**


Confidence Kills

Hi you alls. Nama ai eszol. Ai baru sahaja dijemput menjadi penganjing disini. Bau kedai lagi taw penganjing ni. Apakah itu penganjing. Jangan tanya ai. Ai usahkan tahu maksudnya, mengeja penganjing tu pun ai tak reti taw! Ai datang sini sebab nak mencapub je. Tahu capub tu apa? CariPublisiti. Nanti glamour mak dekat sini, mak belanja la korang semua gambar-gambar sexy mak. So, marilah kita get back to the topic.

Montok tak ai?
Gambar diatas merupakan gambar ai sewaktu muda remaja. Ai tahu ai punyai bentuk badan yang mengiurkan. Jangan salah paham taw you alls. Ini gambar ai waktu zaman sebelum Malaysia start revolusi memakai tichel. So jangan cakap mak ni ingkar arahan tuhan taw sebab pakai jeans tayang punggung macam ni. Mak masa tu jahil. And you guys tak perlu la nak puji shape ai pun okay. Ai tahu siapa diri ai. Tapi lately ai selalu nampak ramai sangat wanita-wanita di luar sana yang level confidence-nye berlipat-lipat kali ganda. Kalah mak tahu. Nak tahu kenapa ai cakap dorang macam tu? Sebab ini.


Jeans untuk mereka yang tidak perlu bernafas
Seluar kain lembut tayang buttcheek

Kemain betulkan dorang punya confidence. Mak nak challenge pun tak berani. Mana kan tidak, mak bila start lahirkan anak dua tiga orang ni terus insaf. Mana la mak nak pakai seluar ketat-ketat dah. Incik Asben marah la. Lagipun mak tahu kalau nak jadi macam dorang ni bukan setakat perlukan confidence berlipat kali ganda. Confidence itu juga perlu disemai bakti dengan sifat muka tebal dan telinga pekak demi mencapai kesejahteraan lestari dalam ber-fashion. Mak memang respect betul la dorang semua ini. Baka dorang ni memang terpelihara, istimewa dan hampir mustahil untuk pupus turun-temurun.

Actually mak dah rasa bosan dah nak cerita pasal pakaian ketat-ketat atau apa-apa yang menjolok mata ni. Cliche sangat dah bagi mak. Lagipun sebab mak rasa golongan yang takkan pupus ni pun ade satu lagi mukjizat yang tak ramai orang ada, kalis bala, kalis nasihat, kalis segala macam kalis lah yang ada. Tu pasal ada satu professor dari Zimbabwe pernah cakap, mereka yang berpakaian ketat-ketat mampu menjadikan diri mereka kalis peluru kerana pakaian yang ketat dapat mengelakkan penetrasi peluru ke dalam kulit kesan daya elastik pada pakaian tersebut. Kiranya mereka ni memang berbagai jenis kalis senang cerita. Tapi korang tak pelik ke macam mana orang Zimbabwe boleh cakap bahasa melayu? Persetankan mereka dan Professor Zimbabwe berkenaan.

Mak sebenarnya nak cerita pasal fashion. Almaklumlah, dulu kan mak bekas makeup artist. So, ilmu-ilmu fashion ade la jugak yang dah terbuku didada 36B mak ini. Tapi termelalut jauh pulak mak ni pergi. Malu mak taw!

Tapi korang semua tak nak tahu ke kenapa mak cakap "confidence kills" ? Mak pun kurang pasti sebenarnya kenapa mak cakap macam tu. Cuma yang mak tahu bila nak ber-fashion ni, first thing first korang kena ada adalah keyakinan diri. Kalau tak yakin janganlah kau berharap nak memakai apa-apa dengan penuh perasaan selesa dan bergaya. It may kill yourself, your dignity and also your love one. Cewah! terer tak mak speakong? Tapi satu jela mak nak pesan, buat semua benda biar bertempat. You alls kena ingat balik definasi zalim iaitu Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.



Dipetik daripada Twitter @eszolraar : Bila lemak lemak yang tepu dipadankan dgn seluar jeans yg ketat, anda tak perlu tanya mengenai selulit
raar


Thursday, May 19, 2011

*Jatuh Cinta

Jatuh cinta berjuta rasanya
Biar siang biar malam
Terbayang wajahnya


Jatuh cinta berjuta indahnya
Biar hitam biar putih
Manislah nampaknya


Dia jauh aku cemas tapi hati rindu
Dia dekat aku senang tapi salah tingkah
Dia aktif aku pura-pura jual mahal

Dia diam aku cari perhatian



Jatuh cinta berjuta indahnya
Di pandang di belai amboi rasanya
Jatuh cinta berjuta nikmatnya

Menangis tertawa karna jatuh cinta
Oh asyiknya



Perasaan jatuh cinta itu indah seperti menikmati cheese cake semasa harijadi.
Perasaan jatuh cinta itu indah seperti mendaki gunung fuji sampai ke puncak dan melihat matahari terbit di celah rimbunan bunga sakura. (ceh! khayalan melampau)
Perasaan jatuh cinta itu indah seperti kali pertama khusyuk mendirikan solat subuh di pagi Jumaat.
Perasaan jatuh cinta itu indah seperti …bla …bla. …bla... apa sajalah yang kau mahu huraikan. Yang pasti perasaan itu tersangatlah indah hingga tak tahu perlu diungkapkan bagaimana lagi. Kalau boleh di buat bentuk, akan jadilah seperti tugu berbentuk dua ekor ikan todak biru yang saling bercumbu di tengah roundabout bandaraya Kota Kinabalu. Atau pun boleh disamakan dengan menara berkembar KLCC yang teguh berdiri mencakar langit biru. Siang- matahari, pokok dan unggas menjadi saksi. Malam pula, bulan dan bintang mengganti. Tanda cinta berahi antara dua hati yang sedang dibuai asmara. Ahh, apa saja pun bisa menjadi simbol cinta. Simbol berahi. Simbol asmara.

Jatuh cinta itu bukan lah lucah. Siapa bilang lucah memang dia pendek akal. Mahu aku hempuk kepalanya ke dinding rumah jiran sebelah. Jika di tanya pada budak sekolah sekarang, macam-macam ungkapan cinta mereka boleh berikan. Tapi zaman awal 90-an dulu, kalau aku bercakap pasal cinta mak mesti marah. Uhh!

“Cinta itu bila saya berjalan berpegangan tangan bersama Tasya.” –Ravinder, 11 tahun.

“Cinta itu di sekolah kami sama-sama, pergi tuisyen sama-sama, pergi mengaji sama-sama dan bermain sama-sama di padang depan rumah.” –Alisia, 9 tahun.

“Cinta itu ialah mummy cium tangan daddy, pastu daddy cium mummy, pastu saya dan adik cium daddy dan mummy sebelum pergi sekolah.” –Danish 6 tahun.

"Cinta itu ermm... bila dia hadiahkan saya perfume BVLGARI pada Hari Valentine." -Nurul, 16 tahun.

Orang bilang, bila cinta sudah melekat, gula jawa pun rasa coklat. Kikikikiii~ sampai macam tu sekali penangan cinta. Sama ada cinta itu jarak jauh atau pun dekat, cinta sekarang tiada alasannya. Tiada istilah perbezaan umur mahupun bangsa. Tempat lahir dan juga keturunan. Saiz badan dan warna kulit. Topup dan bil internet. Duit? ;p~ Mungkin boleh berkongsi poket. Ahh, yang penting hati sudah suka sama suka. Sudah saling terpesona. Kau + Aku = Kita.

Untuk perempuan yang pertama kali merasa debaran cinta itu, aku ucapkan tahniah. Jaga perasaan itu elok-elok jangan sampai kau berbogel di atas ranjang tanpa akad nikah yang sah. Tapi aku tak salahkan kau jika kau terpusing tiga ratus enam puluh darjah saat cinta menguasai diri. Kau rela, dia tak paksa. Tapi kalau si dia tidak bertanggungjawab atas kekhilafan mu itu, dan dia menuduhmu murah dan sundal dan apa saja panggilan puaka untuk dirimu, jangan lah menyesal. Nasi sudah menjadi bubur. Tapi tidak bermakna bubur tidak boleh dijamah lagi. Tapi rasanya agak ... hmm kurang enak. Kau nak jadi nasi atau nak jadi bubur? Pilihan di tangan sendiri. Heyy...! Bubur itu makanan untuk orang sakit tahu! 

Untuk perempuan yang sudah beberapa kali merasa debaran cinta dan ada yang sudah tidak rasa lagi debaran seperti pertama kali dulu, seperti aku, ehem… di doakan semoga cinta kali ini lebih bertahan lama. Moga cinta kali ini kekal sampai ke syurga. Ya.. moga kau tidak dikhianati lagi. Moga kau tidak di sakiti lagi. Moga kau tidak kecewa lagi untuk ke lapan belas juta kalinya. Moga kau tidak lagi berlaku curang. Bawa-bawa bertaubat. Hal yang lepas usah di kenang. Kalaupun masih sukar untuk dilupakan, janganlah sampai memudaratkan hubungan yang baru mula berkembang. Moga segala yang baik-baik saja untukmu...

Tapi jika masih lagi kecundang, kau aku nasihatkan mandilah air bunga tujuh jenis tujuh warna tujuh tempayan. Aku ulang. Mandilah air bunga tujuh jenis tujuh warna tujuh tempayan. Bukan jumpa bomoh. Tapi mandi sendiri. Baca selawat dan niatkan. Bagi yang bukan Islam pun boleh cuba. Masa mandi tu niatkanlah untuk kesihatan jiwa. Bunga itu sebenarnya untuk mengembalikan semula aura seri yang sudah hilang. Dah kau asyik kecewa menangis sampai sembap mata, sudah tentu seri wajah pun padam. Kau pakai makeup tebal pun masih tak akan dapat naikkan seri dalaman tu. Percayalah. Setiap apa yang kita impikan haruslah ada usaha untuk mendapatkannya di samping tidak lupa untuk berdoa. Heyy... bukankah cinta dan bunga saling senggama? ;) Ada perempuan yang tak suka bunga? Dia pentipuukkk!  

Untuk pasangan yang sedang bercinta, aku ucapkan selamat berbahagia. Aku doakan bahagia kalian sampai ke syurga.

pstt...muah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...