Sunday, July 31, 2011

Alahai Bulan Puasa.


Entry repost lagi dari blog sendiri. Akibat kekangan masa dan idea, maka repost lah apa yang ada. ==


Ramadhan bakal menjengah tiba. Kedatangan Ramadhan biasanya disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran oleh umat Islam. Bulan penuh keberkatan. Bulan yang mula lah manusia berlumba-lumba cari karung guni nak isi banyak-banyak pahala. Kalau bulan lain Al-Quran cuma terletak cantik dalam almari kaca, sekarang lah masanya nak bawak keluar nak selak sehelai dua untuk dibaca. Tak begitu, cik Kiah? Hihi.

Fadhilat puasa menurut Islam, aku kira semua ringan jari kan untuk mengGoogle sendiri? Entry kali ni cuma nak cerita fenomena bulan puasa dan kebiasaan yang orang buad waktu bulan puasa.

Bila datang bulan puasa ni, waktu ni lah masjid masjid cantik cantik yang pada bulan bulan lain cuma menjadi 'hiasan' macam lampu kelap kelip jalan tu; mula berpenghuni dengan manusia yang ingin beribadat terutamanya solat tarawikh. Itu pun kebiasaan buat dalam 4 ke 8 rakaat. Nak buat sampai 20 rakaat? Hemphh. Kena fikir panjang dulu. Masuk rakaat ke lapan, belum masuk lagi pun 3 rakaat yang witir, dah mula kebas kaki dah macam nak patah pinggang sebab tak biasa buad solat sunat lama lama sangat. Ni mesti waktu buka tadi dok mencekik sampai nak terkeluar balik makanan. Sebab tu tak larat? Err. No komen. 

Aku kadangkadang turut berasa begitu waktu solat tarawikh. Lenguh sana. Kebas sini. Itu lah mindset kita. Macamanalah tak sakit badan sana sini. Bila waktu bulan puasa baru nak buat benda sunat. Baru nak istiqamah yang wajib. Macamana badan tu nak tahan lama kan? Haaaa. Tu dia dah mula dahhh nak bagi ceramah freeee. ;)


Biasanya awal bulan, penuh lah masjid tu waktu solat sunat tarawikh. Semangat Ramadhan masih membara katanya. Alhamdulillah, ramai yang datang mengimarahkan masjid. Bila dah hujung hujung bulan tu, "aik? dah lengang?" Kenapa? Apa api semangat tadi dah padam ditimpa hujan? Bukan sepatutnya 10 malam terakhir Ramadhan tu yang patut dikejar? "Bukan taknak pergi, tapi tu lah. Busyyyy buat persiapan raya ni." Ramai takde masa lah. Lagi lagi perempuan. Almaklumlah tak menyempat nak buad persediaan 'grand' untuk Raya katanya. Raya dah nak dekat ni. Padahal bulan puasa pun belum nak masuk lagi. ;P

Bila puasa, mula lah dah terliur bayangkan macam macam makanan yang ada kat Bazar Ramadhan. "Plan nak beli satu dua jenis je buat buka, kat rumah pun dah masak tadi. Beli air soya sebungkus dengan kuih singgit dah lah." Tu diaaa. Niat dah ada dah. Baekkk punya niat. Sampai je bazar, hamek kau. Ayam dah gumbira bergolek golek atas bara api dengan rempah dia yang dah menitis-nitis kat arang. Ikan pari bakar dah macam dok melambai lambai je mintak dibeli. Yang nasi kerabu dia, mak aih. Kecur air liuq. Banjir dah dalam mulut tu. Tak mampu nak tahan! Last last penuh tempat duduk belakang dengan makanan sampai tak nampak cermin belakang dah bila nak reverse kereta. Masih nak salahkan syaitan goda lagi ke? Hihi.

Kalau ikut kalendar, insyaAllah dalam hari Isnin dah mula puasa.

"Dah nak masuk bulan puasa dah? Alamakkk kain langsir baju raya kuih raya apa semua tak ready lagiiiii. Tak lama nak raya dahhh." Yang perempuan mula biru muka. Suspens punya pasal. Risau sangat kalau Raya nanti langsir tak berganti, baju raya takbeli. Takde yang baru, tak feel lah raya orang kataaaaa. Kebiasaannya orang kalau bab raya memang eksaited tak ingat dunia. Semua nak baru. Sofa baru. TV plasma nak baru. Sampai alas kaki pun nak baru juga? Masalahh kalau sampai macamtu. 

Takboleh salahkan orang juga, tengok je lah kat media massa media eletrik elektronik ke hapa semua. Yang kat tv, belum pun masuk bulan puasa dah sibuk tayang iklan Raya. "Sale Kamdar! Kain langsir kain baju termurah! Potongan sehingga 80%!" Tak sawan Mak Bedah sebelah tu nampak iklan macamtu? Boleh jadi taksenang duduk dibuatnya si Mak Bedah nak pergi serang Kamdar. Dah lah baru lepas selak surat khabar tadi penuh iklan SALE sampai juling bijik mata. Macamana lah nak tahan nafsu kalau dah macamtu kan? Hihi. Kesian Mak Bedah jadi bahan pulak. ;P

Raya, raya juga. Yang puasa ni lebih utama. Disamping banyak fadhilatnya, waktu ni lah kita nak jinakkan hawa nafsu yang dah memang obese besar tu. Kalau bulan puasa kita boleh kawal nafsu, kenapa tak boleh buat pada bulan bulan yang lain? Kalau bulan puasa boleh luangkan lebih masa untuk beribadat kepadaNya, kenapa bulan bulan lain takboleh? "Bukan takboleh, tak mampu nak tepis godaan syaitan je sebenarnya. Yelah. Bulan puasa kan syaitan kena rantai? Bulan lain dia tak kena rantai dahh", kata Ali kepada ibunya. ;P Bulan Syawal nak meraikan 'kemenangan' kita umat Islam setelah sebulan menahan lapar dan dahaga. Bukan takat tahan makan minum je, yang nurani tu juga kena tahan. Nak sambut 'hari kemenangan' tu pun berpada-pada lah. Sambut sederhana je. Walau dah menang pun, kena lah rendah diri juga ye dokk? Hihi.


Selamat Menghadapi Bulan Ramadhan! :)


Friday, July 29, 2011

Tips Untuk Sang Hati Yang Terjatuh Kepada Kawan Sendiri

Source sini.

Bila berkawan berteman rapat dengan yang berlawanan jantina, itu perkara tipikal bila hati tergeliat, tergelincir terlanjur terjatuh hati kepada sahabat sendiri. Itulah nak, mak pernah pesan "jangan berkawan rapat dengan jantina berlawanan, nanti berlaga perasaan." Kau takmau dengar. Hihi.


Tak salah berkawan dengan yang jantina berlawanan. Acapkali chemistry yang terbina agak awesome untuk ditahan. Bila ada perbezaan jantina, banyak yang boleh dikongsikan. Bukan kongsi perasaan, tapi banyak lagi benda yang mengajar erti tolak ansur dek kerana perbezaan.

Tips ni untuk perempuan2 yang terasa terjatuh hati pada kawan sendiri. First time nak tulis dalam bentuk point :P

1) Perkara paling utama adalah mindset. Bila tersedar ada perasaan aneh yang hadir bila bersama kawan, sila jangan drag dengan memikir perasaan tersebut atau cuba nak explore apakah perasaan yang sedang hadir tu. Ini dapat memgelak daripada perasaan tergali semakin dalam. "Mencegah lebih baik dari mengubati", kan? *tulis memang senang, tapi nak buad mungkin agak sulit, tapi sila cuba.

2) Biasalah kalau dah selalu spend time samasama, akan ada sisi romantik, ambil berat tu hadir tanpa disedari. Ada sifat sifat yang meruntun hati dan jiwa tu akan keluar dengan sendirinya. Jadi cuba jangan 'cepat tersentuh hati'. Perkara asas nak mengelak rasa 'suka' adalah setting pemikiran. Macamana nak buad macamtu? Fikir fikirkan sendiri. :P

3) Kalau cuma dia seorang kawan lelaki, sila cari lebih ramai lagi. :P Apakah? Begini. Bila ada lebih ramai kawan berlawanan jantina, anda boleh menelah/mengagak pola sifat mereka. Terkadang, hati jadi tergeliat jatuh hati disebabkan tersalah tafsir layanan si dia. Kerana kita tak cukup pengetahuan mengenai sifat kaum sejenis mereka. Mungkin sudah begitu cara dan sifat mereka. Bersikap gentleman dsb tu mungkin sudah menjadi kebiasaan bila mereka layan perempuan.

4) Jangan biasakan luang masa berdua. Benda ni akan menyebabkan rasa suka berubah menjadi cinta. Biasakan habiskan masa dalam satu geng besar. Bukan gengster, tapi dengan satu kumpulan bersama kawan kawan yang lain. Tumpuan anda nanti akan menjadi lebih besar. Tidak ter'fokus' kepada si dia je.



Sunday, July 24, 2011

Perempuan Keras Kepala vs Lelaki Ego. Macamana Nak Handle?

Entry ni dikopipes lagi dari blog sendiri =..=

In relationship with dengan orang yang kau sayang mungkin takkan jadi satu hal besar kalau setakat perangai dia agak jengkel dan ego agak tinggi. Asal dah sayang, semua jadiii. Tapi orang kata kesabaran pun ada batasnya. Sebab tu ada waktu relationship kau tak tahan lama. Bukan tak sayang. Tapi mungkin tak berapa nak sabar. Tu je.

Pandangan aku kalau si perempuan jenis keras kepala, si lelaki pulak jenis ego. Kuat merajuk pulak tu; samaa je pandangan aku. Ground rules aku dalam hal hal relationship ni tetap sama; ketahanan sesuatu hubungan bukan disebabkan kesetiaan semata-mata. Kesetiaan sendiri tak menjamin hubungan tu berkekalan kalau sampai satu masa perasaan tu mati. Bagi aku, kalau kau nak long lasting relationship, perasaan sayang tu kena bersederhana. Jangan sayang sangat. Jangan jakun sangat. Jangan terlebih adrenalin nak eksaited eksaited sangat lah. Bila sayang bersederhana, kita tak lupa diri sangat. Bercinta pun takde lah rasa terapung apung sangat di awangan eh orang kata? Haa macamtuu. Bila kau terlampau sayang, bila dia buad salah, hati senang terluka susah nak terima. Bila silap sikit, luka dia lebih. Cuba sayang sederhana je, insyaAllah kalau dia buad salah pun, hati kita tak susah mana nak maafkan.

Aku nak kata jangan in relationship je la lagi senang; pun tak boleh juga. Sebab ada manusia yang in relationship. Ada manusia yang selesa single macam aku. Ehheheh. Untuk yang in relationship, first and foremost, sila moderate kan dulu perasaan kau pada si dia, baru semua masalah akan nampak lebih mudah nak selesai. Banyak benda dalam relationship ni melibatkan sisi emosi dan perasaan mengatasi akal. Agak merbahaya kalau emosi dan perasaan terlebih atau tak berapa nak stabil. Natijahnya, susah nak handle relationship.

Si perempuan keras kepala, si lelaki pulak ego. So macamana nak elak selalu bergaduh bertengkar berbaling pinggan?


Benda paling basic yang sebabkan pergaduhan bagi jenis pasangan macamni biasanya kurang toleransi dan diplomasi. Dah dua dua taknak kalah, so how la kan salah faham nak selesai? Orang ego, macam aku. Jadi aku faham macamana susahnya nak rendahkan alter ego yang memang tinggi tu. Lagi laaaah kalau yang ego tu lelaki. Kau tahu lah macamana lelaki punya ego kan? Diorang kalau dah ego, memang susah lah nak turunkan sikit ego tu. Tapi jangan melenting dulu. Lelaki ni ada satu sifat unik. Diorang mungkin keras, tapi bila seseorang perempuan berjaya curi hati dia, automatik sebenarnya dia jadi lebih bertolak ansur dan bertimbang rasa. Ni aku tengah bercakap pasal lelaki yang betul betul saaaaaayaaaang jatuh cinta dengan perempuan. Bukan yang kerja tukar perempuan macam tukar pakaian. I am talking about the truu lurveee. Yeck. ;P

Sifat normal perempuan, tak kira dia keras kepala mengalahkan bata atau konkrit simen, dia lembut hati. Lagi lagi bila benda melibatkan orang yang dia sayang. Keras kepala macamana pun, alahh keras kulit buah tembikai je. Luar keras, dalam penuh air. Cucuk guna jari sikit dah boleh tenggelam isi dia. Hihi. Apa apa je lah perumpamaan aku nak letak eh? Ni pun aku menulis tentang sifat umum perempuan. Aku tak kata semua perempuan keras kepala tu lembut hati. Ada yang keras luar dan dalam. Macam batu. Tapi yang ni mungkin yang feelingless lah. Aku boleh bet perempuan keras macamana pun, bila dia berperasaan, dia akan meliuk lentuk bila kena keadaan dan situasinya. Kuasa cinta kau jangan pandang rendah. Anugerah Tuhan yang indah macamtu, kau taktahuuuu apa dia boleh buad dalam hidup kau, kau tahu? Euwww jiwang.

Cara nak elak selalu bergaduh, aku rasa kalau tanya orang lain pun jawapan dia lebih kurang. Mesti ada tolak ansur. Tu la paling penting. Kepercayaan atau si trust tu penting juga. Tapi takguna trust sana trust sini tapi takde toleransi. So dua dua kena ada. Perempuan keras kepala? Lelaki ego? Jangan panik sangat lah. Kalau dua dua berperasaan sayang tu ada, insyaAllah toleransi tu ada. Dia hadir sendiri bila korang ada perasaan sayang tu. Sayang yang genuine okay. Bukan sayang hari ni, esok dah tak sayang lagi. Kamon lah. Takkan bila umur dah masuk 2puluh-an pun still nak tukarganti lagi? Aku expect a serious relationship tips2 yang aku tulis ni. Yang nak sukasuki je, tak sesuai baca benda ni aku rasa. Hidup kena racist sikit takpe kalau untuk kebaikan. Haha.


Lagi satu, kalau setakat benda kecik kecik tu, alah pandang ringan je sudah lah. Yang perempuan, aku tahu perempuan jenis ambil berat segala benda, kalau boleh yang paling kecik pun nak pandang besar besar. Tapi kita tak boleh nak expect lelaki perasan setiap satu benda yang kita nak diorang perasan. Err maksudnya lelaki tak pandang hal hal remeh temeh sangat macam perempuan pandang. Jadi kita pun kena faham sifat diorang dulu. Takboleh emo taktentu pasal je, tahu? Mungkin ada sesetengah perkara, diorang bukan sengaja nak tak perasan atau ambil ringan. Cuma mungkin benda tu bagi diorang benda remeh. Jadi sebelum kau nak emo tiba tiba amcam ada tendency nak menyalakan api pergaduhan tu, check dulu kau wajar tak wajar nak melenting tu. Nak melenting bila rasa perlu je. Agak-agak boleh tahan lagi tu, takpayah lah nak buad onar sangat. Ehhe.

Untuk yang lelaki ego ni. Kau agak agak lah kan nak ego ego sangat bukan kau dapat apa pun? Takkan dengan awek sendiri pun kau nak letak tinggi tinggi sangat tingkat ego kau tu. Rendah rendah kan lah sikit. Consider sikit. Jangan nak berharap sangat perempuan je kena faham kau. Kau pun kena faham sifat dia juga. Nak sangat in relationship, kan? Jadi kau kena tahu daripada awal lah apa tanggungjwab yang kau kena ada. Aku salute ekceli dengan lelaki yang in relationship. Sebab tak semua lelaki berani pikul 'komitmen'. Sesetengah lelaki tak suka ada 'komitmen' sebab bagi diorang tu beban. Rasa terkongkong etc etc. Jadi kau kena sedar kau takboleh lah buad perangai perasan single pulakk. In relationship ni tanggungjawabnya lebih. Kalau sebelum ni kau takpayah nak jaga jaga hati sesiapa, sekarang kau dah ada hati yang nak dijaga. Hati perempuan pulak tu. Bukan senang. Sensitif kottttt. ;P


In relationship kalau dipandang side positif dia, takde benda maksiat tu semua, sebenarnya ni lah satu jalan atau medium korang melatih skill nak berumah tangga. Kalau in relationship pun takboleh handle, jangan mimpi lah nak in marriage with. Haha. Poyo gila kot? :P

Benda paling asas dia, faham satu sama lain. Bukan takat faham gitu gitu je, tau nama dia apa duduk kat mana anak siapa bangsa apa tu dah cukup. Tak. Sebab tu aku personally tak encourage sangat kalau kau baru kenal sehari dua terus jump into relationship. Sebulan dua lepas tu putus. WTFuuu. Sebab tu juga aku prefer kalau in relationship dengan orang yang kau kenal, kau rapat dan kau selesa ada chemistry tu penting. Tapi personally, kalau dah kenal dah rapat dah faham luar dan dalam tu, takperlu sangat lah nak in relationship. Kalau dah terbiasa kawan, kawan terus lah. Bagi sesetengah orang, mungkin lebih selesa begitu. Lepastu sampai masa, kahwin lah kalau ada jodoh. Moderation dalam perhubungan tu penting juga. Islam pun tak galak benda2 over sangat kan? :P

Tu je lah.

Hihi.

Thursday, July 21, 2011

Sejauh Mana Hilangnya Sifat Keperempuanan?

Entry kesihatan psikologi. Lama dah tak post entry dek kerana itchy blisters bahana si chicken pox. Kali ni entry mungkin agak sengal. Harap faham keadaan si penulis yang sedang berjuang menahan kegatalan dan parut badan. ==
                                     
                                                                        ********

Siang dan malam saling melengkapi. Siang memerlukan malam dan begitu juga lah macamana malam turut memerlukan siang. Siang tidak akan pernah dapat menggantikan peranan malam dan macamtu jugak lah apapun terjadi malam juga tidak akan pernah dapat menggantikan siang.

Macam ying dan yang.

Macam cas positif dan negatif.

Macam lelaki dan perempuan.

Lelaki. Dengan sifat lelaki. Dengan peranan mereka sebagai lelaki. Tahap kudrat lelaki. Fizikal lelaki begitulah lelaki. Macamanapun atau whutsodamneva takkan menjadi seorang perempuan. Telan lah apa jugak pun pil hormon atau eostrogen hormone booster unutk haluskan dan pejalkan kulit supaya boleh nampak macam perempuan. Potong lah apa pun bahagian yang terlebih supaya kau 'feel the soul' of being a perempuan. Tempeklah berapa paun daging di dada pun. Walau kau guna daging burger sekalipun. Kau tetap juga takkan ada mammary glands. Mammary glands yang super awesome mengeluarkan susu terbaik untuk si kecil yang masih menyusu badan. Kau takkan bisa mempunyai glands itu. Kalau ada glands pun ianya terletak di bawah. Glands yang tidak kurang awesome-nya nak dibanding dengan glands perempuan yang satu itu tadi. --"

Begitu juga perempuan. Berbengkunglah sampai sesak dada. Dek kerana nak menarah bukit yang sepatutnya dibiarkan membukit seperti itu. Dek kerana mahu meng'kambus' ketonjolan buah dada itu. Tidak perlu. Tidak perlu kau bersusah payah membedah membuang bukit itu untuk diberikan pula kepada si lelaki yang menyuntik hormon perempuan tadi. Tidak perlu berlagak begitu pemurah. Harta yang ada harus disimpan sebagai harta berharga. Bukit yang ada harus dibiarkan kerana sudah begitu fitrah dan keindahannya.


Mungkin jika kau terlalu berusaha menongkah arus menjadi jantina berlawanan, usaha tu tampak berjaya dengan jayanya. Yang lelaki sudah boleh menjadi Miss Malaysia Pahang ala ala Miss Tiffany Thailand. Yang perempuan sudah bisa solat Jumaat di saf paling hadapan sampai imam pun tak perasan kau perempuan. Luarannya kau berjaya. Nuraninya bagaimana pula? Kau tidak cerdik mana jika kau pernah berfikir Tuhan bisa tertipu dengan penampilan kau yang berjaya mengaburi mata manusia. Manusia. Apa yang ada jika tiada Tuhan Maha Pencipta? BOD-OH. Kau si bangang yang perasan cerdik. Masalah betul. BUkan patut dipuji tetapi layak diherdik.
                                                                 **********
Semua semua benda di atas ni ke tanda kau hilang sifat keperempuanan? Ya. Salah satu. Pada penampilan. Pada fizikal. Tapi aku takmahu menekankan berkenaan itu. Budak berhingus hijau pun tahu. Apa sifat keperempuanan kau yang hilang? Yang ini mungkin ada yang taktahu. Bukan taktahu. Takperasan.

Kau masih kekal sifat keperempuanan jika masih berpakaian dan berperlakuan perempuan? Tidak semestinya. Seperti malam dan siang yang ada ditekankan dalam kalam suci Allah. Bukan pada penampilan zahir siang dan juga malam itu sebenarnya yang cuba disampaikan. Ewah nak bajet alim pulak? Silakan anda meng'assume'. Penulis agak eksaited untuk jadi bahan 'assumptions' kali ini.

Macam entry berkaitan ideologi feminisme tgerdahulu yang pernah penulis yang sama ni up kan di 1001P. Women tries to empower themselves to overcome men powers. Kononnya memperjuangkan hak wanita. Tapi sedar tak kita yang menjadi terlalu overexpose dan terlalu lantang menuntut 'hak' itu bukan lagi suatu perkara normal? Superwoman? Perempuan berupaya melalkukan kerja lelaki. Perempuan boleh hidup tanpa lelaki. Seperti malam yang cuba mahu menjadi siang? Aku takmau komen. Korang komen sendiri lah nanti. ;P


Perempuan sekarang ramai yang tidak mahu ke dapur. Ini general statement. Jangan nak melenting taktentuhalaarahtujuan dulu. Truth or Lies? The truth. Ke dapur sekadar mencampak baju ke dalam mesin basuh otomatik yang melakukan semua kerja pembasuhan. Ke dapur sekadar menuju ke pintu bilik air untuk melabur bijih emas ke dalam tabung. Ke dapur bukan lagi dengan semangat dan minat tinggi untuk memasak mengisi perut satu keluarga. Tidak menghairankan waktu ini ramai perempuan mula benar benar serius memasak apabila mahu berumahtangga. Diulangtaip. apabila sudah mahu berumahtangga. Ouch. Butthurt sendiri? :P Ayat bekap : Perempuan sekarang ramai yang belajar tinggi-tinggi. Masuk universiti. Masuk ke dapur memasak pun cuma dapat dibuad bila balik kampung sekali-sekali. <--- agak logik. tapi boleh dikategorikan sebagai alasan. Aku tak bermaksud menaip sambil hidung kembang kempis perasan sendiri dah layak jadi chef topi tinggi.

Perempuan sekarang busy. Belajar tinggi kerja pun tinggi tinggi. Lelaki makin hari makin sakit gigi sakit gusi mengetap bibir lihat perempuan boleh berdiri gah tanpa lelaki. Content point dia lebih kurang macam entry ideologi feminisme. Personally bagi aku, perempuan semakin lama semkin terkakis sedikit demi sedikit fitrah keperempuanannya. Enough said. That is my own opinion. Seorang mahasiswi juga. Seorang perempuan yang mengambil jurusan majoriti lelaki juga. Seorang perempuan yang kelihatan masa depannya terarah berkerjaya seperti lelaki juga. Sebagai perempuan yang tibatiba kelihatan perempuan cuma di luarannya, tapi isi penghidupannya terlihat semakin hari, semakin diisi dengan bidang kerja-kerja lelaki.

Siapapun anda. Apa jua pun bidang kerja dan profesion anda. Berpeganglah pada fitrah asal penciptaan wanita. Kekallah menjadi sang bulan bercahaya di waktu malam. Dan biarkan si dia menjadi matahari menyinar di waktu siang. Kita saling bergantungan. Bukan saling bersaing dan berbalah mengenai peranan.

Sekian terima kasih.

Wassalam. ;)

Monday, July 18, 2011

Ironi Persahabatan Dan Percintaan


Assalamualaikum..

Biasalah kalau Comek yang up entri. Ceduk kembali je dari blog sendiri . Fikiran kusut idea lari.




Persahabatan dan percintaan.
Perkenalan daripada persahabatan menimbulkan bibit bibit percintaan.
Ya. Kebanyakan percintaan bermula daripada persahabatan.
Namun tidak semua percintaan akan berakhir dengan persahabatan bukan?
Agak sukar dari pemahaman aku untuk mencapai takat itu.

Benar bukan?
Seperti kau kau dan kau dengan pasangan kau kau dan kau.
Bukan bermula daripada persahabatan?
Atau mungkin kalian Super Something yang baru pertama kali terjumpa sudah berkata.
"Eh kau cinta aku mari sini."
"Eh aku tahu kita ada jodoh, mari kita jalinkan hubungan."
"Eh aku cinta sama kau, mari kita berpimpin tangan."

Mungkin kalian akan mendapat tamparan berharga di kiri dan kanan.
Atau mungkin lebih bermakna jika kalian menampar diri sendiri supaya tersedar dari lamunan sang nelayan yang inginkan rumah di atas awan.
Atau lamunan gadis kampungan yang inginkan putera raja datang menadah tangan.

Gila bukan jika kalian mempunyai sifat psiko seperti itu.
Para bujang bujang dan duda berhias pun takut nak ada berhampiran dengan individu yang ada cop mohor Si Psiko di dahi.

Ya benar pada aku setiap perhubungan bermula daripada persahabatan.

                [ Kata yang indah bila mula mula di ucapkan. We Are Bestfriend. ]

Ada persahabatan yang akan kekal sebagai persahabatan.
Namun ada juga persahabatan yang menjadi sebuah hikayat percintaan si teruna dan si dara.
Ada beberapa kemungkinan yang menyumbang kepada permulaan titis titis cinta di dalam jiwa sang sahabat.
Kadang sang teruna rasa si dara mencintai dirinya.
Kadang sang dara rasa si teruna suka akan diri nya.

Perhatian yang di beri oleh sebelah pihak atau kedua dua belah pihak mampu untuk melekatkan nama si dia di tubir jiwa.

Situasi aku wujudkan bagi melihatkan gambaran.
1.) Minah sakit. Mamat sahabat Minah. Mamat hantarkan ubat ke rumah Minah. Minah terharu. Minah sudah mula angau bagai kena minyak dagu/senyoyong oleh Mamat.

2.) Abu jatuh motor. Abu patah kaki. Wana sababat Abu. Wana naik bas untuk melawat Abu. Wana sedih bila lihat kaki Abu berbalut. Wana kata dia nak lihat Abu berjalan semula. Abu terharu. Abu sudah jatuh cinta sama Wana.
(contoh ini juga dapat dilihat dalam drama drama tipikal Meleis)




      [ Persahabatan memungkin kan permasalahan dan kesedihan di kongsi bersama ]

Ya. Kebiasaan nya persahabatan menjadi tiket untuk menghamburkan segala rasa kepada dia.
Benar bukan?
Seperti yang kalian kalian biasa kata
"Sahabat sejati adalah individu yang selalu menjadi mata untuk menyatakan kesalahan kita. Menjadi telinga untuk mendengar cerita kita. Menjadi mulut untuk memberi kata semangat kepada kita. Menjadi tangan untuk memimpin tangan kita saat kita kabur untuk berada di atas landasan yang benar. Menjadi kaki untuk sama sama melangkah di kala kita memerlukan peneman."
Mungkin di atas situasi tersebut juga wujud rasa sayang, rasa kasih, rasa cinta terhadap si dia.


             [ Cinta itu indah jika di kongsi dengan orang yang berbeza dengan diri ]

Percintaan sukar di akhiri dengan sebuah persahabatan.
Aku di tahap 50/50 mengenai pernyataan ini.
Aku tidak menidakkan dan aku tidak mengiyakan.

Ya. Aku tahu ada yang menidakkan kata kata aku ini.
Ya. Aku tahu kalian punya pendapat yang bercanggah dengan aku.
Ya. Aku tahu akan ada yang mahu berkata.

"Eh aku masih bersahabat dengan bekas kekasih aku."
"Eh Mat, gua dengan awek gua dah macam member je."

Aku tidak menidakkan pandangan kau kau dan kau tentang ini.
Kau kau dan kau ada pandangan tersendiri.
Begitu juga dengan aku bukan?
So jangan nak menggelabah tak tentu hala ok?

Jika ada di buat kajian, adakah statistik akan menyatakan lebih 50% responden bersetuju bahawa percintaan boleh berakhir dengan persahabatan?
Aku tidak rasa boleh mencapai sehingga begitu.
Mungkin.

Seperti yang aku katakan tadi aku berada di tengah tengah mengenai pernyataan ini.
Aku punya ya dan aku punya tidak.
Kerana ada bekas kekasih yang aku masih jalinkan persahabatan dan ada juga yang tidak.


               [ Persahabatan selepas percintaan itu sebenar nya mengasyikkan ]

Benar. Kerana kau dan dia pernah berkongsi pelbagai cerita.
Kau dan dia pernah hidup bersama.
Tiap hari ada dia.
Tiap hari ada kau.
Tiap lembaran baru di dalam hidup kau, si dia juga menjadi insan pertama yang tahu mengenai nya.
Jadi bila bersahabat seperti sudah dapat di jangka apa respon yang akan di beri si dia jika kau berkata sesuatu.

Namun ada juga bahayanya.
Saat ini aku tersenyum sinis.
Jika kau bersahabat selepas bercinta, ada kemungkinan kau akan terjatuh cinta semula dengan si dia.
Aku sendiri pernah rasa.
Zaman zaman gelap dulu.
Namun kini sudah zaman terang insyAllah.
Cik awek jangan risau ya. keh keh keh.

Pada aku, itulah ironi persahabatan dan percintaan.

Ingin juga aku selitkan, percintaan bukan kata noktah kau akan tetap bersama dengan si dia. Dan bercinta tidak di semestinya kita akan di satu kan sebagai kekasih yang sah selagi Yang Maha Kuasa tidak mahukan begitu. Jiwa jantan aku tersentuh bila melihat wanita yang di uji keimanan dan cintanya sekaligus apabila bakal suaminya di cabut nyawa di saat hampir melangsungkan pernikahan dengan nya. Apa yang sempat arwah nyatakan hanya, lafaz nikah melalui telefon genggam sejurus sebelum kecelakaan. Jika cinta lebih kuat dari iman mungkin sudah menyalahkan Yang Maha Kuasa atas segalanya. Astaugfirullah.

So jika ada yang ingin berkongsi pendapat, boleh lontarkan di ruangan komentar di bawah atau hantar e-mail ke 1001PEREMPUAN.

Thursday, July 14, 2011

*Peranan Ibu Dalam Menjaga Kecantikkan Anak Gadisnya


Hai hai sayang sayang semua. Tajuk di atas sangat meletup ayatnya. Macam saya ini sudah mempunyai pengalaman menjadi ibu di usia muda. Mendukung bayi baru lahir pun masih takut-takut, lagilah nak cerita hal keibuan. Maaflah akak-akak sekelian. Saya ini belum berkahwin. Apapun, sebagai seorang gadis yang mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi ibu, dan sudah menyimpan hasrat untuk menjadi ibu yang paling best untuk anak-anak saya, ingin sangat saya berkongsi cerita dan pengalaman di sini. Entry kali ini mungkin agak bosan. Tiada gambar yang menarik untuk tatapan anda semua wahai homosapien XY. Untuk pengetahuan, entry ini adalah kesinambungan daripada entry saya sebelum ini iaitu peranan lingerie dalam membentuk tubuh badan seseorang perempuan. Yer. Apa kaitannya pula dengan golongan ibu?

Ibu adalah orang yang paling dekat sekali dengan anak perempuannya dalam hidup. Ibu adalah wanita yang melahirkan dan membesarkan dan lebih mengenali fizikal anak sedari lahir hinggalah dia dewasa. Oleh itu, golongan ibu mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk kecantikkan anak gadisnya seawal usia muda lagi. Bagaimana bentuk dan tingkah laku serta tabiat anak perempuannya berhubung kait secara langsung dengan didikan dan ajaran dari ibunya. Sesibuk mana pun golongan ibu pada tugasan harian sebagai pekerja dan urusan dalam rumahtangga, jangan lupa mengambil berat tentang kecantikkan anak perempuan anda.

Semasa saya berada dalam darjah 3, saya  mengenali seorang kawan perempuan yang sebaya. Orangnya berkulit putih cerah kemerahan dan baru tumbuh dada. Saya juga sama. Dada sudah mula rasa sakit-sakit bengkak semacam. Saya sudah pandai malu untuk tidak berbaju dalam. Saya belajar memakai tank top untuk kaver bengkak di dada sebelum mengenakan uniform sekolah. Kawan saya itu, biarlah saya namakan dia sebagai Vero. Di dalam kelas Vero duduk di sebelah saya dan dia adalah seorang anak ustazah. Pada usia yang masih hingusan lagi dia sudah bertudung berbaju kurung ke sekolah. Saya masih lagi dengan uniform biru tua paras lutut.

Satu hal yang unik tentang Vero ialah jari tangannya. Jari-jarinya panjang dan melentik bengkok ketepi –tepi keluar. Setiap kali kami membanding-bandingkan tangan dan jari masing-masing, saya pasti akan ketawakan dia. Lucu tengok jarinya yang melentik tapi tidak lurus ke depan. Pelik pun ada. Untuk apa membanding-bandingkan tangan dan jari itu janganlah di tanya. Saya pun dah tak ingat kenapa. Biasalah budak-budak. Sesuatu yang pelik pasti kita akan mentertawakannya. Curious pun ada.

“kenapa jari tangan awak macam tu?”
“entahhh. Memang tangan saya macam ni sejak lahir”

***

“mama, mama nak tahu tak orang ada kawan kann… tangannya melentik pastu macam ni… haa macam nii jari tangannya maa…” sambil menunjukkan pada mama dengan aksi memaksa jari-jari menjadi bentuk seperti jari tangan si kawan,-Vero.

“mama dia tak urut la tuu sejak baby. Tangan baby kan lembut semasa baru lahir. Masa tu mungkin tangan dia lahir-lahir jer memang macam tu, pastu mama dia biarkan. Bila dah besar tu yang jadi macam tu…”

“mama selalu picit lurut-lurutkan jari-jari sayang tauu… terutama time sayang tidur. Mama buat begitu supaya tangan jadi  cantik dan nampak runcing. Tengok tangan sayang niii… runcing kannn?” 
“owhh… ye ke macam tu ma?” sambil senyum tanda bangga punya mama yang penyayang dan prihatin.

***

Apapun dialog di atas bukanlah untuk menyalahkan mama Vero tak pandai jaga anak. Mungkin dia muda lagi masa tu dan tak sedar akan kejadian jari tangan Vero. Dan kalaupun mamanya Vero sedar akan kejadian itu, mungkin juga dia tak tahu apa yang harus dilakukan. Hanya berserah dan redha saja dengan takdir Tuhan. Bersyukur anaknya selamat dan sihat dilahirkan. Itu sudah memadai baginya.

Pepatah mengatakan, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Anak diibaratkan sebagai kanvas putih. Apa lukisan yang kita lakarkan padanya, itulah warna dan rupanya. Anak juga diibaratkan sebagai tanah liat. Apapun bentuk yang kita ukirkan padanya, itulah kejadiannya.  

Pada usia 11 tahun, kalau tak silaplah yer… Ini saya cuba remind balik. Dada saya sudah sepenuhnya bengkak. Sudah mula kelihatan bonjolan. Malu?? Yerr saya akui saya malu dada sudah tumbuh. Selalu nak jalan membongkok. Sebab nak kaver dari di lihat oleh kawan-kawan. Tapi mama selalu marah. Siap kena tepuk belakang kuat-kuat supaya jangan jalan membongkok. Lama-kelamaan saya pasrah. Yer saya sudah mempunyai dada yang terbonjol dan seharusnya saya berbangga. Ada rahsia di sebalik buah dada saya ini. Semuanya kerana mama. Lain kali saya ceritakan okey… buat masa ini saya rasa agak malu untuk berkongsi di sini. Yang pasti mama memang menjaga buah dada saya sejak awal tumbuh lagi sehingga saya masuk sekolah menengah. Masa tu mama dah lepaskan tanggungjawabnya  pada coli untuk menjaga buah dada saya. Hihi~ *blushing 

Seingat saya, saya mula memakai coli pada umur 12 tahun. Suatu hari tu mama bawa saya pergi ke pasaraya untuk membeli belah. Memang selalunya mama akan keluar shopping dengan saya. Kemana pergi mama selalu bawa saya. Hari itu mama menyuruh saya memilih coli. Saya dengan riangnya membelek-belek jenama bee dees. Fabriknya yang lembut dan bentuknya yang comel menarik perhatian saya. Kakak salesgirl yang tolong pilihkan. Kakak salesgirl siap jeling-jeling ke arah dada saya untuk mendapatkan saiz yang bersesuaian. Malu jugak di tengok macam tu tapi saya peduli apa. Saya dah excited sangat sebab pada hari itu saya akan memiliki coli pertama di dalam hidup saya. Mama menyuruh saya mencuba beberapa helai di dalam fitting room. Sebab dah selalu sangat tengok mama pakai coli setiap kali selepas mandi, jadi saya dah tahu macamana nak pakai. Kali pertama memakai coli sikitpun saya tak rasa kekok malah tak sabar untuk mengenakannya pergi ke sekolah.

Suatu hari tu, saya menjadi tumpuan sebab pakai coli pergi ke sekolah. Budak-budak lelaki yang tengok saya saling berbisik sesama mereka lalu ketawa. Entah apa yang lucunya saya pun tak tahu. Lalu sejak hari itu saya selalu di ejek dan di buli oleh budak-budak lelaki kerana saya pakai coli pergi ke sekolah. Saya buat tak endah jer dengan ejekan mereka. Saya anggap mereka budak hingusan yang tak merasa lagi sakitnya anu mereka bila dikhatan. Coli pun mereka nak geli-geli. Macam tak pernah tengok coli kakak tergantung kat ampaian rumah jer. Ahh.. bodoh sungguh budak-budak lelaki. Mereka tak tahu lagi disebalik coli itu ada sesuatu yang ... ...yang ... okkk! dah tak tahu nak sambung ayat apa. Cikgu-cikgu lelaki pula ada yang suka mengusik-ngusik saya. Saya anggap cikgu-cikgu lelaki itu memahami yang saya sudah menuju dewasa. Ohh… serius saya tak tahu kalau ada dikalangan cikgu-cikgu itu adalah pedophilia. Haihh~ naïf sungguh saya masa tu.

Mama mengajar saya untuk membawa fail lekap ke dada supaya budak lelaki tidak memegangnya. Mama selalu pesan,”jangan bagi budak lelaki pegang. Haram!” Yang bestnya, sejak hari itu saya rasa hebat pula sebab kawan-kawan perempuan menjadikan saya sebagai rujukan tentang coli dan juga cara-cara memakai pad dengan betul. Yer, pada usia 12 tahun saya sudah datang haid.

Pengalaman kali pertama datang haid memang saya panik gila. Siapa tak panik tiba-tiba anu berdarah!! Nasib baik mama ada menenangkan. Hari tu jugak mama ajar doa mandi hadas besar. Disuruh hafal sebab nanti dah habis darah tu nanti mandi dah tahu nak baca apa. Selang beberapa hari kemudian, mama memberikan saya 2 helai long girdle. Haa… masa tu lah saya mengenali long girdle. Mama cakap,

“Pakai ni supaya tak takut bocor”
”Pakai ni setiap kali datang haid supaya pad tak jatuh masa berlari-lari waktu bersukan.”

==”

Saya iyakan saja. Dulu-dulu mana ada pad yang bersayap. Jadi kebocoran tepi memang sering berlaku. Sekarang tidak lagi dengan adanya pad yang bersayap dan ukuran yang memanjang kebelakang. Saya mengamalkan memakai long girdle itu sehingga lah habis spm.

Saya menyesal bila berhenti memakai long girdle sejak itu. Silap mama sebab tak bagitahu fungsi sebenar long girdle itu dari awal. Kalau tahu, memang saya takkan berhenti memakainya. Sekarang ini perut, peha dan pinggang semakin mengembang. Saya perlu meremajakan semula kesemuanya. Haihh~

Menjadi ibu yang prihatin tentang kecantikkan anak gadisnya tidak lah susah mana. Apa yang arwah mama saya lakukan pada saya selama ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa menjaga kecantikkan haruslah bermula sedari usia awal remaja lagi.

Tahu takkkk,…!! Saya tak sabar nak kahwin, ada anak perempuan dan berkongsi segalanya dengan anak perempuan saya tuu...! 


>>.<< 

Tuesday, July 12, 2011

Salah Cara Untuk Mendapatkan Bahagia

Ini adalah entri panjang-berjela-bosan-tahap-dewa. So pada kalian yang meluangkan masa membaca entri ini peluk-cium-sayang aku bagi. keh keh keh. Ini entri lama aku dari SINI. Aku up kembali khas untuk sahabat aku yang mengalami masalah seperti ini. So kalau ada readers lain yang mempunyai masalah sama, jom kita kongsi di ruangan komentar di bawah. :)
 
 
                   [ Kadang kala cara yang salah di guna untuk mendapatkan ini ]

Ya. Aku mengeji insan sebegini.
Insan yang tidak tahu menghormati.

Apa yang kalian akan kata jika kalian sudah berpunya dan secara tiba tiba ada insan yang kalian tidak pernah rapat meluahkan isi hati sambil menyuarakan hasrat ingin menjadi penyeri sedangkan sudah berkali kali kalian  katakan bahawa itu semua tidak mungkin akan terjadi?
Psiko bukan?

Buat apa kau mahu mencantas gembira yang orang rasa?
Buat apa kau mahu membunuh saat orang sedang bahagia?
Buat apa kau mahu kan dia yang sudah berpunya?
Buat apa?

Kau mahu menjadi sang juara yang melonjak lonjak gembira seperti kera sedangkan ada insan lain yang tersungkur derita hasil daripada kata cinta yang kau hamburkan sebenarnya penuh dengan nista?
Kau mahu menjadi sang pencinta yang setia konon nya sedangkan ada hati yang kau bantai dengan belati saat kau menaburkan segala janji?

Dengarlah. Dia sudah berpunya.
Masih ada ramai manusia di luar sana yang bersendirian.
Yang mahukan perhatian.
Yang mahukan belaian.
Cubalah. Mana tahu kau dapat.

  [ Kadang kala kita tidak menjadi diri sendiri untuk mendapatkan apa yang di hajati ]

Manusia.
Pantang di beri perhatian oleh insan yang berlaian jantina.
Pantang di ambil kisahnya.
Lalu cepat di jaja cerita.
"Minah minat aku."
"Mamat gila bayang dengan aku."

Mungkin jika kau tahu kebenaran atas segala apa yang kau katakan kau akan berjalan mengundur kerana tidak mahu manusia sekeliling melihat rupa kau yang kebodohan menahan malu.

Susah.
Jika tak di ambil peduli di kata hidup di dunia ciptaan sendiri.
Jika di tanya keadaan diri di kata hendak mencari publisiti.
Manusia kini terperuk dengan ideologi yang membuta tuli menuding jari.
Begini di kata sudah moden dari segala segi?

Manusia ada samanya tidak kira wanita lelaki.
Mereka masih ada segumpal darah merah yang bernama hati yang mempunyai sama fungsi.
Mereka masih ada rasa ingin bercinta dan di cinta.
Mereka masih ada rasa ingin menyayang dan di sayang.
Mungkin sebab itu juga mereka sering salah erti apa yang di beri.

Ya. Jangan juga kau salahkan dia yang mengejar kau setiap masa.
Mana mungkin dia akan menyeberang jika kau tidak menyediakan jambatan?
Mana mungkin dia akan cuba membuka pintu hati kau jika kau tidak menampal tanda Selamat Datang?

                               [ Tidak perlu kau begini untuk membuat dia lari ]

Ya.
Tidak perlu kau tunjukkan rasa benci.
Cukuplah jika kau nyatakan berulang ulang bahawa kau sudah ada peneman di hati.
Jika dia berdegil, jangan kau penat untuk nyatakan lagi.
Manusia akan cepat malu jika berkaitan soal hati.

Jangan kau tunjuk gaya sahabat yang setia pada manusia yang sebegitu rupa.
Bukan aku ingin merubah kau menjadi si kejam. Bukan.
Sedangkan besi waja asalnya di cair kan bukan?
Inikan lagi kau sang perempuan.

Seperti yang aku katakan tadi, manusia sering menyalah erti perhatian yang di beri.
Persahabatan dan percintaan di tembak serupa. Gila.
Mungkin dia hidup di dunia yang penuh melankoli.
Seperti si nanar yang ketawa bila di puji dan tersenyum bila di keji.
Tidak dapat membeza pujian dan cacian. Sadis.

Aku hanya dapat memberi pendapat.
Namun semua terpulang kepada kau sahabat.
Adakah kau mahu menjadi sahabat setia yang di sangka menyemaikan benih cinta kepada dia?
Adakah kau mahu di kata kejam sedangkan itu kau punya cara untuk mengekalkan bahagia yang kau rasa?
Terpulang. Aku hanya mampu melihat cara yang kau guna.

Monday, July 11, 2011

*Gadis Gedik



ini adalah cetusan rasa seorang lelaki terhadap seorang gadis



aku menemuinya di sini 




Girls Day Out - Part 1

lepak2...hangout dengan kawan2... and of course lepak dengan gf2 kita kan?
lupakan tentang lepak dengan kawan2 lelaki atau lepak dengan bf sendiri...
jom kita bercakap tentang lepak bersama girlfriends kite..ngeeee



bila kata nak melepak, hangout,member kata "hey babe! jom kuar??" mulut laju meluncur kata ok! we meet there!
hati melonjak gembira tahap x ingat.. cepat2 bukak cimb click or maybank2u check duit ade bape...
yela, nk kuar xkan xde duit
tapi kalau dah kata keluar dgn gf, duit xde pon sanggup keluar...
window shopping pon xpe...janji dpt keluar kan?? :)

*credit to zaratika *
*sorry kidnap gambar kamu*


bila keluar, bersiap mcm nak keluar dgn bf, liliat tudung sana, lilit tudung sini,
eyeshadow sikit, blusher sikit, eyeliner wajib, lip gloss sikit...
and tadaaaaaaa
sudah santek!!! jom keluar!!

bila keluar mulut masing2 macam mami jarum.....
and there we are,....GOSSIP TIME!!!!!!
you know gossip dan perempuan mmg xdpt dipisahkan... apa2 yang kita buat mesti ada gossip..
sebab tu perempuan ni senang masuk syurga dan sennag masuk neraka,,, sbb bnd2 mcm ni lah..so, gadis2 cantik, ingat ye! gosip2 jugak, tapi berpada ye... :)
ok! back to the gossip part.... time tu citer zaman sekolah, citer buruk or sweet pasal pakwe masing2, pasal SALE kat mall, pasal secret admire, pasal brandly new make up, n blablabla
semua tu adalah antara benda2 yang korang bualkan...

GIRLS DAY OUT
bagi aku sebagai seorang perempuan, hari tu adalah hari yang paling bahagia...tanpa bf, dan hanya perempuan..kalau dapat yang sekepala, sama2 kuat shopping, sama2 kepala gila, memang paling masyuk...
kadang2 lepak kat kedai makan je sampai 2 jam..borak pasal cerita2 terkumpul...order air sampai 2 3 gelas..
oh! heaven gile habaq hang! ngeeeee

kalau dapat shopping sekali, mmg best! ade pakar runding gitu,, bg idea mn cantik dan mana buruk.. kadang2 shopping tu xdela seberapa pon, tapi part mencari barang tu yang mcm gila.. tapi itu yang paling best moment kan? kalau dah buat investment yg banyak pon xsedar... cari sampai 10 kedai then end up beli brg kat kedai 1st pergi... tp xpe..u girls keluar dengan kawan2 yang sama kepala... semua jenis xkisah berjalan.. :)
untuk gadis2 yang type2 jaga kulit, lepak THE FACE SHOP, BODY SHOP, CRABTREE or WATSON pon dah boleh sampai sejam...try2 sana, try2 sini... last2 end up x beli pape..itu kemestian...

tu belum lg cerita pasal movie, ice skatting, bowling, karaoke...n etc
kalau nak cerita kat sini mesti x habis... so tgu GIRLS DAY OUT part 2 ye gadis2...ngeeeee

Sunday, July 10, 2011

LET'S PARTY!

Adakah anda ingin berparti? Tidak pernah? Lupakan bayangan anda seperti berclubbing, disco atau minum di kafe-kafe jika anda rasa mahu berparti sepuasnya bersama teman anda. Istilah ‘parti’ itu bermaksud acara yang dilakukan untuk bersuka-ria. Bersuka-ria di tempat awam dan terbuka bukanlah satu pilihan yang terbaik kerana anda hilang kebebasan untuk lakukan apa sahaja, lebih-lebih lagi jika anda adalah perempuan Islam dimana kita wajib menjaga tingkah laku kita di hadapan bukan muhrim. Girls, di rumah bujang pun kita boleh berparti tau!


Parti bersama girlfriends adalah perkara yang paling menyeronokkan. Perempuan boleh  lakukan apa sahaja. Anda boleh bermain makeover, contohya ber make-up, cipta gaya tudung yang baru, main mix and match baju dalam almari, makan popcorn sambil menonton cerita, bergossip, dan banyak lagi! Anda dan teman perempuan anda hanya perlu tetapkan waktu dan sedikit perincian untuk menjadikan parti anda lebih bermakna. 

Ingat, berparti bukan bermakna anda perlu bersusah payah untuk bersiap-sedia. Sebaiknya private parti antara girlfriends ni limitkan antara 3-5 orang sahaja. Kalau terlalu ramai, dikhuatiri ada yang akan terpinggir. Pilihlah antara teman terbaik anda untuk mendapat kepuasan maksimum!




PILIH TEMA


Pilih tema pakaian. Anda boleh pilih tema contohnya seperti tema sesebuah movie, tema retro (kembali pada zaman lama), atau anda memilih tema superstar. Anda boleh menjadi mana-mana artis kesayangan anda dengan memakai seperti mereka. Tiru gaya ‘make-up’ mereka. Kemudian anda boleh buat ‘catwalk’ sambil bersuka-ria. Kemudian, undi siapa yang tampil paling cantik pada malam itu. Mana tahu fesyen pelik yang dibawa oleh anda itu boleh menjadikan anda Madonna versi Malaysia? Kelebihan berparti di rumah ialah anda bebas buka tudung dan bergaya tanpa halangan!




BERKUMPUL BERSAMA


Setelah bergaya, bolehlah buat movie marathon. Pilih genre filem yang anda suka dan tonton beramai-ramai. Ataupun sebelum itu, arahkan kawan-kawan bawa satu cerita setiap seorang dan tonton beramai-ramai. Selain itu, jika anda minat menyanyi, anda boleh berkaraoke. Ingat, karaoke jangan sampai menggangu jiran sebelah pula ya. Anda boleh menyanyi lagu kegemaran anda ketika zaman sekolah dahulu, atau lagu superstar kegemaran, mengikut citarasa. Boleh juga main tuju lagu untuk kawan-kawan. 

Selain karaoke, anda boleh main kuiz-kuiz atau trivia. Beri hadiah kepada siapa yang boleh jawab soalan. Contohnya trivia seperti: “sebutkan nama ketua tingkatan yang pernah ketuk ketampi depan kelas?” contoh saja. Beri soalan-soalan yang kelakar dan mengimbau kenangan. Be creative.




ATURKAN GAMES


Tak kiralah games apa, anda boleh main Monopoly, kad UNO, True or Dare atau main musical chair. Mungkin juga bermain games Playstation dan lawan siapa yang menang. Boleh buat carta markah, siapa yang paling banyak mengumpul markah akan dikira sebagai pemenang. Atau jika tak mahu bermain games, boleh buat story-telling macam cerita hantu pada tengah malam dengan memasang hanya lilin di dalam rumah. Pillow fight pun best jugak kan? 


 
SOME OTHER GIRLIE STUFF


Arahkan setiap kawan yang hadir supaya bawa satu album gambar lama dan bergelak senda sambil melihat gambar ketika muda-mudi. Setiap gambar akan memberi seribu kisah untuk diceritakan semula. Pasti anda akan teringat ketika zaman dahulu, dan masa inilah anda akan mula bergossip bila lihat gambar kawan-kawan yang lain. Selain itu, boleh juga buat spa treatment. Bolehlah bergilir-gilir mengurut. Masa inilah anda boleh kongsi apa-apa petua kecantikan. Contoh aktiviti spa ialah buat rawatan manicure/pedicure bersama-sama. *bukan urut lebih-lebih ya girls~

Atau ketika inilah anda boleh kongsi rahsia-rahsia. Tulis dalam kertas, masukkan dalam kotak dan cabut kertas tu. Exchange secret antara kawan-kawan. Sebaiknya aktiviti ‘telling your secret’ ni dilakukan di penghujung parti. Kalau awal-awal tak surprise la kan. *secret ni bukanlah secret yang orang amanahkan, tapi secret tentang diri anda sendiri.

 

AKTIVITI MAKAN-MAKAN


Anda boleh buat barbeku. Atau masak bersama-sama. Sebagai contoh, kalian bersepakat mahu menikmati hidangan ala-ala Itali. Bolehlah mencari resipi masakan Itali dan bolehlah masak sendiri di rumah. Atau yang senang, buat steamboat sendiri. Beli bahan-bahan seperti sayur, seafood, perencah sup dan sos cicah thai. Kalau air pula, boleh buat jus koktel. Selain itu, boleh juga buat float. Banana split. Makan aiskrim, atau mix and match air dengan aiskrim. Boleh mengikut selera masing-masing ya!

 


Selepas berparti, anda boleh pulang atau sleepover sahaja bersama-sama. Sebelum tidur, pasti ada bedtime stories. Pasti sukar anda untuk lelapkan mata kerana cerita terlalu banyak antara anda semua, lebih-lebih lagi jika parti ini bersifat reunion.



Okey girls, are you ready going to party now?



*sumber gambar adalah dari Google 
dari penulis import, aida




Saturday, July 9, 2011

gadis dan senyum

*tgk sana ade pasangan tua sedang berpegangan tangan dengan romantisnya*
*bulan ni dapat bonus 3 kali ganda gaji bulanan*
*ade kiriman bunga dari seseorang yang x diketahui siapa*

kalau korang berada dalam situasi kat atas, apa yang korang buat? apa reaksi korang? kalau aku, pastinya aku akan senyum..

Dalam fisiologisenyum adalah ekspresi wajah yang terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua ujungnya, atau pula di sekitar mata. Kebanyakan orang senyum untuk menampilkan kebahagian dan rasa senang. *nmpk sgt aku copy paste wiki* but itu bukan motif sebenar... apa yang aku cuba tonjolkan adalah senyum tu sendiri...

*gadis dan senyum*

bagi aku gadis dan senyum tu mcm isi dengan kuku. senyum tu dengan gadis bukan satu fenomena asing tapi fenomena neutral yang berlaku tanpa perlukan propaganda lebih2 untuk biarkan gadis2 ni senyum. senyum tu melambangkan betapa korang bahagia dengan kehidupan korang sekarang..

orang kata senyumla walau sesukar mana hidup kita..  setiap orang yang senyum ada punca dan sebab mereka sendiri.. ada yang senyum sebab teringat peristiwa lama.. ada yang senyum sebab teringat si buah hati pujaan..ada yang senyum bila dendamnya terbalas.. see! manusia senyum atas banyak sebab..

ade seorang gadis cantik mengadu bahawa dia susah nak memberikan senyuman... kata aku, senyumla.. murahkan diri dengan senyuman.. bagi aku, senyum nampak gigi tu adalah menarik... tapi lain orang lain cara sneyum kan...


*ini untuk si gadis yang pakai pendakap gigi*

*senyum nampak gigi :)*

*senyum ni? *

*warna kulit x dapat bezakan senyuman manis kita*

*pilih mana satu senyum kamu*

*happy family*

jujur aku katakan aku suka stalk profile gadis2 cantik dan gadis2 comel.. yelah, diri sendiri x comel mana, xcantik mereka... jadi pengakhirannya, aku hanya mampu stalk profile si cantik2 ni je.. maafkan saya tapi sumpah korang sweet2 gitu..

pernah dengar lagu senyum yang najwa nyanyi tu? 
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

kalau kita senyum, yang pasti orang lain akan senyum jugak..  untuk si gadis, senyumla... bukan susah.. senyj  dari hati itu senyum yang terbaik..

kalau korang nak tau,senyum ni ada byak kelebihan. Antara kelebihan senyum adalah mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, lantas menjadikan seseorang itu berasa lebih selesa dengan diri sendiri. Senyum boleh mengundang ketawa, dan seterusnya mampu meredakan ketegangan dan kerunsingan. Mungkin juga, senyum mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau memulakan sebuah ikatan.

yang ni pulak aku jumpa bila aku godek2 pasal apa tu senyum..
kata dia, senyum tu kene 227.. bibir ke kanan 2cm, ke kiri 2cm, dan senyumla selama 7 saat... kurang 7 saat, kurang ikhlas... :)

ade jugak senyum 127... yang 1 itu maksudnya org yang senyum tu kene senyum bertujuan untuk menyatukan hati. give and take,  hati yang memberi dan menerima senyum.. no 2 dan 7 sama mcm yang 227... :)

untuk si gadis2 cantik dan comel, senyumlah...
benda mudah dan sederhana tapi penuh makna
x susah tapi cukup istimewa
x mahal tapi mampu jadi the best moment ever

*aku pun bukanla sweet mana bila senyum, bukan lah cantik mana bila senyum.. tapi aku juga mampu senyum bila setiap kali aku rasa aku perlu senyum*



Thursday, July 7, 2011

Memahami Ideologi Feminisme

Aku rasa baca tajuk je ada yang dah bersedia nak menguap sebesar mulut badak air. Benda cinta, bulat mata. Tapi kalau benda fakta? Apekedehal? Ehem.

Aku akan cuba buad rahang korang tak teralih kedudukan gara-gara terlebih besar buka mulut untuk menguap. Aku akan cuba buad mata korang tak berair kerana menahan mengantuk sebab entri boring. Aku cuba. Tapi tak janji. Err.


Perempuan. Kau kena faham apa itu feminisme. Ini adalah untuk mengelakkan korang jadi emo dan rasa feminisme tu satu-satunya saluran yang ada untuk menegakkan hak korang sebagai homosapien bervagina.

Sebelum tu. Meh kenal dulu apa itu feminisme secara ringkas. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila jangan malas. Google sendiri. Secara ringkasnya feminisme ni berlandaskan isu jantina yang berlandaskan perjuangan menegakkan hak hak wanita yang terasa tidak diendah atau diketepikan. Diskriminasi terhadap wanita, hak kebebasan berpakaian atau pergaulan, hak untuk mendapat peluang pekerjaan setaraf dengan lelaki bla bla bla. Benda utamanya, kesamarataan hak antara lelaki dan wanita.

Dari satu perspektif, feminisme ni berunsur positif kerana membela nasib wanita mangsa ketidakadilan. Contohnya eksploitasi seks, penggunaan wanita sebagai iklan perdagangan dan sebagainya. Dari perspektif yang lagi satu macamana? Ada yang menyalahgunakan peluang membela hak wanita tu untuk bertujuan untuk memberi lebih banyak kebebasan dan menuntut hak yang lebih luas mengatasi lelaki pulak. Orang kata, diberi betis, nak peha. Apa barang betis? Drumstick lah best? Heh.

Kenapa aku rasa ideologi ni agak berbahaya? Sebab bila perempuan menggunakan nama 'feminisme' dengan emosi, perempuan lupa diri. Mungkin asasnya menuntut hak-hak wanita yang menghadapi ketidakadilan. Macam diekspoitasi lelaki, penderaan seksual dan fizikal atau pengenepian hak penjagaan anak etc. Tapi bila perempuan mula terbiasa mempunyai 'kebebasan hak bersuara', kita akan lihat antara contoh di bawah dan apa akan jadi.


1) Kebebasan hak berpakaian
Bila perempuan mengeksplotasi kebebasan untuk berpakaian, apakah natijahnya? Mengikut statistik kebanyakan kes rogol yang berlaku, salah satu penyebab utamanya adalah mangsa sendiri berpakaian menjolok mata sehingga berdarah bijik mata si perogol yang melihatnya. Kesannya, 'pedang si pemangsa yang sedia terhunus akan menjadi sensitif dan tidak tentu arah untuk menuju ke sarung pedang yang digemari'. Ya. Sila bertempik dan memaki hamun si perogol kerana dia tidak pandai mengawal kesensitifan pedangnya sehingga sarung pedang kita pula yang menjadi mangsa. Tetapi harus diingat, pokok tidak bergoyang jika tiada angin. Tadi pedang dan sarungnya. Sekarang pokok berangin pulak.

2) Kebebasan Menjawat Jawatan (Pekerjaan) dan Kebebasan Berkomunikasi.
Tengok zaman sekarang, dalam bidang korporat keparat misalnya, sudah ramai manusia bervagina yang mempunyai kuasa. Menjadi orang atasan. Menjadi ketua. Ada juga yang "girlfriend aku boss aku kat tempat kerja. Aku mat despatch jee" dan ramai gadis cantik berjawatan Boss terlalu sibuk bekerja menjawat gelaran 'andartu'. Lelaki pun takut nak mengusha. Sebab perempuan gaji besar. Kalau yang jodoh dah sampai dulu, ada sang suami yang berasa rendah diri sebab makan gaji bini. Wanita menjadi terlalu sibuk dengan kerja, sehingga taktau buad kerja rumah. Bukan semua. Jangan emo dulu pleasee? Tak semua lah. Tapi adaaaaa. Dek kerana sibukkan hal kerja, perempuan mula sudah lari dari sifat dan tanggungjawab mereka di rumah.

3) Ideologi Feminisme sebagai medan persaingan tidak sihat antara perempuan dan lelaki.
Populasi lelaki yang jatuh menjunam, populasi perempuan yang mencanak naik. Setiap seorang lelaki waktu ni boleh sangat nak beristeri empat bagi me-restore nature balance. Kata lelaki, kesian tengok perempuan sunyi. Berkongsi kasih sayang kan lebih manis. Lelaki menjadi lebah. Isteri pula bermadu-madu. Eheheh lari topik. Ideologi ni boleh mencetuskan prasangka dan permusuhan antara perempuan dan lelaki. Perempuan mula mencari salah lelaki. Pada perempuan, lelaki mula tuding tuding jari. Kesannya, ada yang anti lelaki. Ada yang simpati sesama jantina sendiri. Ada yang terlanjur sayang, jadi pasangan sejenis pula gara-gara asyik nampak kekurangan lelaki dan kelebihan kaum sejenis sendiri. Merbahaya!


Ideologi feminisme jika dilihat pada suatu sudut, memang positif. membela nasib dan hak wanita. Tapi jangan nak taksub sangat lah weh sampai jadi ideologi utama dalam hidup pula kan. Perempuan senang emo. Itu fakta lah weh. Takut bila bebas berideologi, terikut-ikut emosi. Jadi lah pemikir yang bersederhana. Bukan yang ekstrem. Keh keh keh. *tiru Comek.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...