Friday, October 28, 2011

Situasi Putus Cinta: Lelaki vs Perempuan.

Situation 1: Guys.

"Hey dude! What's with that gloom face?"


"Girl aku. Kitorang dah clash. Dia kata hubungan ni takkan kemana."


"Chill sudehh. Dah jom siap! Match nak start dah ni. Jangan lupa sarung jersey merah tu. Tak feel la tengok bola takde jersey favourite team."


*Mood regained.


"Yelaa. Daripada kau stuck kat sini tak buad apa fikir girl kau yang dah jadi ex. Lagi baik kau lepak dengan kitorang."


"Ye la bro. Betul gak cakap kau. Lagipun benda dah jadi. Aku cuma harap dia bahagia je lah lepasni. Dah jom lah siap."

Tengok situasi di atas, aku rasa yang baca boleh dapat gambaran. Situasi 1, perempuan yang memutuskan hubungan. Dan lelaki tu bersedih dengan perpisahan tu. Tapi tak ambil masa yang lama untuk kembalikan mood. Satu dua ayat pujukan kawan dia bagi, dia dah boleh back to normal dan lakukan aktiviti seperti biasa dengan kawan-kawan.

To girls I would like to refer this.

Kita selalunya mudah menyalahkan dan meragui sang lelaki. Kenapa? Kerana lumrahnya, apabila hubungan kita berakhir, sebenarnya kita akan bersikap lebih paranoid dari biasa. Sehari lepas kata putus hubungan dibuad, ternampak dia lepak dengan kawan-kawan kat kopitiam favourite tempat dia selalu hang out. Dia ketawa. Bergurau senda. Makan pun berselera. Sedangkan kita tadi nak keluar rumah pun rasa tak bermaya nak melangkah. Tak ada mood nak bersiap memalit gincu secalit dua. Tup tup nampak dia, "waahh kemain seronok lagi kau lepas dah clash ya? Dulu bukan main janji bergunung-ganang. Tengok tengok kau macam happy je sekarang?"


True. Perempuan selalu curiga dan akan memerhatikan tingkah laku si lelaki yang baru bergelar ex-boyfriend. Ini reflex yang normal namanya. Tak kira lah hubungan putus disebabkan siapa. Tapi yang perempuan, once their relationship ended, ada tendency untuk permulaan waktu tu dia akan ambil berat akan reaksi ex-guy selepas clash. Masih sayang lagi atau tak. Itu bukan persoalan utama. Yang ingin dinilai di mata si perempuan; apa reaksi si dia bila dah putus.

"Adakah dia turut bersedih seperti aku?"
"Basahkah mandinya? Berselerakah makannya? Lenakah tidurnya?" bla bla bla and so on and so forth.

Tak kira tahap apa paranoia yang perempuan ada lepas relationship ended, what can I say is, guys, notice this. Perempuan ada paranoia dia sendiri once hubungan korang putus even though mungkin hubungan tu putus berpunca dari dia sendiri. Dan please be prepared. Anda akan menjadi bahan eksperimen mata ex-girl untuk suatu jangka masa.
Dalam jangka masa tertentu selepas clash, whatever responds or reactions yang anda bagi akan dinilai ex-girl anda. Macam menakutkan pula bunyinya. Hihi.

Ada sedikit nasihat buad yang perempuan. Yes, apa yang kita nampak, itu suatu impression. Bila kita nampak si dia macam senang hati, macam takde effect apa-apa lepas clash, padahal kita dah berbesen-besen air mata tumpah kerana dia; sila jangan assume dia tak peduli. Jangan assume dia penipu. Jangan nak emo kata dia tak bersedih atau terkesan dengan perpisahan korang. Siapa yang kata lelaki takkan menangis atau bersedih kerana perempuan yang dicintainya? Lebih-lebih lagi bila perhubungan dah berakhir. Siapa yang kata? Kita lah perempuan yang kata macamtu. Mungkin hakikatnya dia turut bersedih. Tapi dia tidak memperlihatkannya kerana tidak mahu dianggap lemah. Sometimes aku yang sebagai perempuan ini ada berfikir yang hati lelaki lebih kuat berbanding perempuan. Mereka berupaya menyembunyikan kesedihan. Dan masih mampu melakarkan senyuman dan melakukan aktiviti harian seperti biasa biarpun apa jua situasi yang berlaku di dalam hatinya.

Situasi yang ini adalah situasi umum. Tidak dicemari elemen kecurangan, ketidaksetiaan atau ketidakjujuran.

Stiuation 2: Girls.

"Sayang, hey kenapa menangis peluk-peluk lutut ni? Gaduh dengan Shah lagi yea?"


*Tersedu-sedan


"This time he decided to end it. Dia clashkan aku, Biha! Dia dah tinggalkan aku! Wuwuwuwuwu"
*Oke fine. Agak buruk menangis guna notation wuwuwu tu.


"Zue, calm down, okay? Jangan lah macamni."

"Biha, please leave me alone. Aku nak masa untuk bersendirian."


"err okay Zue. Sabar okay? Ada apa-apa nanti call Biha yea. Take care."


.....dan Zue pun mengunci pintu biliknya dan berhari-hari berkurung di dalam bilik dan menangis.  Mascara yang dah berjejeh kotor dibasahi air mata dah tak dipedulikan. Makan tak mahu. Mandi pun takmahu ke? Entah. Taktahu.

Situasi girls version ni ada banyak situasi sebenarnya. Aku amek satu contoh je la daripada banyak-banyak tu. Ini cuma satu situasi eh. Bukan mewakili semua perempuan yang ada.

Ada perempuan yang bila clash dia buad perangai macamni. Emo tahap memang dah takboleh nego lagi. Sedih dan muram. Berbungkam dalam bilik berhari-hari. Dan ada certain maximum paranoid-psycho cases, waktu jiwa tak stabil, dia call dan text bertubi-tubi dengan content herdikan, caci-maki dan ugutan kepada si ex-guy. Sampai satu tahap, ex-guy kena tukar nombor. Ada juga kes yang ex-girl serang ex-guy in public. Tapi tak pernah lagi aku witness kes yang ni. Ni kes perempuan psycho dah aku rasa.


This one I refer to guys pula.

Let's say kau dan si gadis A baru clash. Macam biasa, kau keluar rumah, pergi kedai cari barang. Tiba-tiba kau nampak dia. Kau pun tegur. Oke fine kalau tak tegur pun, kau senyum. Tak pasalpasal, "PAAANGGGGG!" Dia berlalu pergi dengan marah. Apa patut kau rasa?

"Apehal takpasalpasal aku kena pelempang pulak? Aku just nak berbaik dengan dia je. Apekedehal la perempuan ni." getus hati kau yang agak bengang diperlakukan sedemikian. Bagi kau, macam takbersebab je si A nak naik angin bagi pelempang free kat kau. Kau rasa kau dah cuba usaha dah untuk jernihkan hubungan at least sebagai kawan walaupun korang dah takde hubungan apa-apa dah. Kau bagi susu, dibalas dengan tuba.

Sebenarnya guys, situasi sebenarnya macamni.

Memanglah niat kau nak kekalkan hubungan baik. Tapi tindakan menegur dia waktu-waktu baru clash adalah suatu langkah yang tak berapa nak bijak.

"Takguna punya jantan. Kau baru clashkan aku lepastu kau boleh lagi buad-buad macam takde apa-apa yang dah berlaku ye? Amekaw penampar free aku dah bagi." ni pulak mungkin apa yang terdetik di hati si A lepas kau bertindak 'baik' menegur dia.


Kau harus tahu. Waktu-waktu baru clash ni perempuan emosi dia belum stabil lagi. Mungkin dia boleh terima perpisahan korang. Tapi mentally dia takbersedia bertembung, beramah-mesra, berjabat tangan. bertegur-sapa atau apa-apa je yang bermaksud ada komunikasi berlaku antara korang. Kalau boleh diorang akan cuba untuk tak terjumpa atau tak terserempak langsung dengan korang kat mana-mana. You got to understands that. Mungkin kau cepat sesuaikan diri dengan situasi. Tapi dia mungkin akan ambil masa lebih lama dari kau. Itu normal.

Putus cinta aku kira ramai dah merasa. Ada yang nak kongsi pengalaman putus cinta korang? Boleh leave comment kat bawah. Mungkin ada lagi yang jauh lebih menarik untuk dikongsikan? Guys. Aku butuh guys punya opinion apa. So guys, you are most welcomed untuk leave comment bagi pendapat kali ni. Yang girls pun, sila share if ada pengalaman ye. :P

Till then, see you guys next time!

Wednesday, October 26, 2011

Bila Krisis Melanda; "Saya Perlukan Masa"

"Saya perlukan masa untuk tenangkan fikiran."

Pernah mengalami situasi di atas dalam perhubungan? Hubungan cinta ni kalau boleh kau map atas kertas dan buat pengiraaan statistik, kau sebenarnya boleh plot data tu sebagai graf, kau tahu? This is actually serious okay. Aku bukan main-main. The thing is, who on Earth yang ada hubungan terlalu mendatar yang mencatatkan graf uniform distribution? You know what I mean? Terlalu mendatar? Yang puncaknya almost mencatat satu garisan lurus? Gila la master siaaaaakk. *sarcasm*

Ada waktu dan ketika keadaan begitu aman harmoni. Tapi seperti ramalan cuaca juga, ada masa ribut salji atau gempa bumi hadir tanpa disedari. Cuma bezanya, cuaca alam boleh diramal, tapi tidak untuk cuaca yang dalam hati. So in case sebelum berlaku apa-apa yang tak diingini, bersedia sediakan payung sebelum hujan--SENTIASA.

Kalau gaduh masam sekejap lepas tu tak sampai sehari dah boleh senyum-senyum balik, okay itu perhubungan sihat namanya. Tapi bila gaduh dah mula tak bercakap berhari-hari then salah sorang dah mula "perlukan masa", traffic light dah tunjuk tanda amaran "berhenti" agaknya? Jadi kena ambil tahu tanda-tanda amaran yang hadir dalam perhubungan. contohnya ayat "saya perlukan masa" ni. Mungkin tu satu petanda yang hubungan korang mula nak meretak dan si dia dah mula berasa tawar hati dengan perhubungan korang.


Situasi "perlukan masa" ni ada dua. Satu, si dia perlukan masa kerana betul betul nak tenangkan fikiran dan sediakan diri untuk membina hubungan yang lebih baik dengan korang. Ini kira benda baik. Bila dia perasan yang hubungan semakin hambar, for the very least dia ada effort nak jernihkan hubungan dia dengan memperbetulkan diri dia sendiri instead of blaming you. Bagus lah ada jari telunjuk tetapi tak guna cuma untuk menuding, kan?

Jadi bila ada situasi pertama ni muncul, berilah dia masa. Kau dah cukup baik dapat si dia yang tak menyalahkan kau bila hubungan ada masalah. Sebaliknya dia cuba perbaiki diri. Even though mungkin sebenarnya bukan salah dia, tapi salah kau sendiri.


Dalam perhubungan, biasa lah memang susah untuk salah seorang mengaku kesilapan bila hubungan ada masalah. Dah taknak mengaku salah, menuding-nuding lah ke dia. Kadang-kadang, mungkin realitinya orang ketiga tak wujud. Tapi punya lah taknak nak mengaku salah sendiri tu, watak orang ketiga yang tak pernah wujud pun tiba-tiba jadi ada. Sebab tu hubungan selalu goyah dan ada yang tak tahan asyik goyah, hubungan makin lama makin tak kukuh and lastly ended. Pathetic betul lah, tahu?

Probability "saya perlukan masa" jenis pertama ni mungkin tak berapa tinggi nak dibanding probability jenis kedua.

"Saya perlukan masa" jenis kedua adalah benda common yang biasa terjadi bila si dia kata "saya perlukan masa". Iaitu hubungan akan berakhir setelah kita memberikan dia masa untuk menenangkan fikiran. For girls, mungkin korang pernah putus hubungan dalam situasi menggunakan alsan "saya perlukan masa" ni, kan? Ada sesetengah lelaki, they have no guts to directly tell their girls that they wanna end it. Situasi "no guts" ni pun ada dua; no guts yang bermaksud tak berani sebab dia dah curang kat belakang, atau "no guts" yang diorang sebenarnya takmahu lukakan hati korang kalau dia berterus-terang nak hentikan hubungan atas sebab-sebab tertentu. And of course, bukan takut nak clash sebab dah curang.

Korang pun faham kan? Ada sesetengah hubungan yang putus bukan disebabkan kecurangan atau ketidaksetiaan. Mungkin ada faktor-faktor yang tak boleh dielakkan? Who knows?

Untuk si penyelingkuh (selingkuh-curang dalam bahasa Indonesia), ayat "saya perlukan masa" adalah sebaris ayat yang digunakan sebagai ayat alasan nak putus dengan korang. Orang kata, masa nak jalin hubungan dulu kemain beradab siap jemput masuk dalam hati lah, tanya "Would you be the queen of my heart"-ewww eww lah, bila dah taknak, macam kurang ajar pulak main tinggal macamtu je. So "Saya perlukan masa" ni kira langkah beradab jugaklah sebelum diorang menyingsing kaki seluar dan angkat kaki blah dari hidup korang or whatever. Walaupun "perlukan masa" tu cuma lesen alasan semata-mata.

#Ekceli aku sendiri taksangka boleh terfikir alasan-alasan bodoh untuk yang kaki selingkuh ni untuk ditaip. =..=

Tapi in real life, susah kita nak jangka hati manusia. Even orang tersayang macam si cinta hati. Langkah selamat bila satu hari nanti ada sesiapa yang terjebak dalam situasi "Saya perlukan masa", fikir yang tak elok dulu takpe. Then, buad persediaan mental. Bila dia nakkan masa, beri dia masa. Lepastu, fikir optimis. If ever hubungan korang akan jadi lebik baik lepas fasa "perlukan masa", boleh la tarik nafas lega dan teruskan hubungan menjadi lebih baik daripada waktu dulu. Bear in mind, korang takkan ulangi hubungan hambar yang dulu. If ever lepas fasa tu, hubungan korang berakhir, redha la. Anggap je takde jodoh. Dalam dua kemungkinan, salah satu akan berlaku. Jadi sebelum ia berlaku, sediakan mental yang kuat. Takut kalau-kalau hubungan berakhir lepas tu.


Kalau si dia jenis yang elok takde ribut-ribut tiba-tiba perlukan masa untuk tenangkan fikiran, mungkin ada benarnya dia betul-betul mahu tenangkan fikiran seketika. Berikan dia masa yang dia perlukan.

Kalau si dia dah terbiasa jenis ribut-ribut dan ada history pula selingkuh dengan kau, tiba-tiba "perlukan masa", be cautious itu mungkin petanda hubungan korang mungkin akan berakhir. Bila itu berlaku, jangan tergesa-gesa assume. Mungkin juga dia benar-benar perlukan masa, siapa tahu? Berikan juga dia masa. Lepastu kau bersedia lah hadapi apa jua kemungkinan yang ada.


Membuad keputusan dalm perhubungan ni sama je situasi dengan membuad pilihan dalam kitar hidup. Ada flowchart. Ada dua options, Yes or No. Dan secara normalnya, kita cuma mampu untuk memilih salah satu options. Kalau Yes, maka jalan hidup yang kau ambil akan berbeza dengan jalan hidup No. And vice versa. Tapi tak mustahil, jalan antara Yes and No akan bersilang dan bertemu pada satu lagi jalan yang sama. Di jalan yang itu, kau sekali lagi harus memilih sama ada Yes atau No. Proses memilih dan membuad keputusan dalam hidup adalah suatu proses yang berulang-ulang. Tiap kali, kau harus memilih antara dua pilihan. Setiap kali, kau perlu memilih yang terbaik untuk keadaan diri kau masa tu.

So, let the best options win.

Monday, October 24, 2011

Perangai Perempuan


Hello  
weak girls that pretend you are taff,

Perempuan kan bila dah ada boyfriend(s) usually agak depends pada boyfriend(s) dia tu. And guys selalunya suka kalau girl diaorang depends pada dia walaupun ada half yang tak suka pada girls yang asyik minta tolong itu ini sikit-sikit tanya shawl yang ni cantik tak, warna eye shadow ni match tak dengan kasut ai, Kotex ke Laurier yang sesuai. Eh?

And pada time ni kawan-kawan yang rapat dengan dia dulu kawan makan bersama 3 kali sehari, teman sebantal sekatil semua dah mula renggang. Maklumlah duk sedap-sedap bercerita bergosip, kau angguk - angguk tapi mata tak lepas dari hp, tangan tak lepas duk menaip sms. Mana kawan yang tak terasa cik adik manis oiii.

To this aku girl *rolling eyes* yang selalu nak text 24/7 and call boyfriend(s) 5,6 kali sehari sila berhenti ! Kau dah sesakkan nafas mereka. Hello hello hello .  Baby please, they got their own life and so are you. Kita pun kena ada space jugak. Alone doesn't means you are lonely, even in crowded place you can feel lonely sometimes are you? Give a break to your boyfriend(s) and find your friends ! Guys hate clingy women. Just as space enhances bonding, sticking to the man all the time makes him repel from his girfie.


Spend some time like before you found your so called soulmate(s). Sebelum ni kau senang je hidup takde diaorang dah ada diaorang why kena limitkan diri sendiri by being faithfully with them all the time. Hidup ni bukan untuk bercouple saja okeeyyyy!. Kawan-kawan kau nak letak mana babe? Masa kau single dulu kemain janji nak jadi soul sister, BFF laa then kena usha sket mula ke langit tujuh dah lupa dahhh sapa bagi pinjam baju time kau nak detim dulu. cis cis cis.
*waitwait, aku bukan suruh korang curang okey* 
What I means is, free yourself, tade sapa bole sekat kebebasan kau except kau yang menyekat kebebasan kau sendiri.

Tu satu hal, then then sharing stories about hal rumah takde tangga lagi pada kawan-kawan. yes, memang perlu tapi janganlah sampai details and kau je nak tunjuk lemah konon-konon boyfriend(s) kau gunakan kau duk marah-marah padahal kalau itu memang salah kau yang duk busy kat sana body kat sini. And if kawan kau bermurah hati meminjamkan telinga mereka untuk mendengar and lidah untuk memberi nasihat yang BAIK sahaja please timbangkan dulu dengan situasi kau tu. Jangan nadenade nak ikut semua kang kapal yang boleh diselamatkan tu jadi debu.

After that girls, kau jangan fikir negatif jepp. You know when your boyfriend(s) tak text kau ke tak angkat call ke diaorang ada hal kot. Main basket *ehem*, futsal ke study, karok, wayang dengan awek lain mana kau tau? Please please jangan lah 24/7 nak curiga ke hape. Well although some of you dah ada history yang boyfriend(s) buat perangai kan? Tapi kadang-kadang sesak juga kalau kita kena bagi report apa semua ye tak. Consider if boyfriend(s) korang tu buat macam tu? Tak rasa lemas ke? Dah tuuu yang kau duk fikir negatif kau runingkan fikiran kau jep, duk memikir tah hape hape dia buat dengan bimbo mana dia berskype perempuan mana dia bertext,padahalllllllllll dia kat sana duk elok-elok buat assignment tesis pasal fish breeding. *ehemehem*


Finally suggestion aku, kau cari few second-dhal distraction from getting too attached to him. Kau suka futsal, jom tempah satu court kita jumpa malam nanti. Suka bergosip? Log in Facebook, find minah kepoh tu, suka masak, hah buat kek biskut jual kat kawan-kawan dapat jugak untungnya.Make sure kau fill time kau dengan buat something jangan fikir sangat boyfriend(s), lagipun boyfriend(s) je punn. Kalau dah jadi hubby time tu buat jep apa kau nak.

Girls, if we show to someone how much we can live without them, surely the more they will take us from granted babe. And and if kaulah kan kau nak ke girlfriend yang asyik depends pada kau je.? Kalau time senang tape, bayang kau tengah susah dia pulak duk merengek-rengek nak itu ini suruh buat itu ini. Tak ke serabut haa, time nie kau baru rasa. Lelaki suka girls depend pada dia sebab diaorang bole boost ego *opst* and they respect independent girl. Bear this in your mind. Keep it tight. Just for a reminder, however I know your boys is good aite? ;)



psst! ini boss suruh aku up in a short notice so.... -.-'' kbai


Saturday, October 8, 2011

BERANI GAGAL


Sebenarnya aku bukan jenis membaca buku ilmiah/motivasi gini. Kalau pun baca, tak sampai suku mukasurat aku dah cari buku lain. Tapi tajuk ni buatkan aku terselak-selak dua tiga kali jugaklah. Dan aku berjaya habiskan membaca dalam satu malam.

Apa yang menariknya buku ni, penulis menceritakan tentang kegagalan diri dia sendiri sebelum ni dan jugak kegagalan semua tokoh-tokoh besar. Bagi aku apa yang lagi menarikkan aku untuk terus membaca adalah kerana penulis mengaitkan semua isi alam semesta ini dengan kegagalan untuk mendapat kejayaan.

Trylah baca tengok. Mana tau kot-kot lepas ni boleh jadi kaya? Haha.






Thursday, October 6, 2011

Berlari. Dikejar. Mengejar.




Seringkali kita melihat permasalahan hati sebagai permasalahan yang merumitkan, melemaskan, membosankan dan segala me. Hal ini kerana hati menjadi elemen pelengkap kepada diri. Tanpa hati, ah bisa mati! Tanpa hati, kau ibarat layang layang yang kehabisan tali. Tiada arah. Melayang kekanan kekiri. Di kemudi oleh angin yang kita tidak dapat di ramal kemana akan di bawa pergi. 

Kau, kau dan kau pernah alami situasi di mana kau mengejar seseorang yang cuba menjauhkan diri daripada kau, sedangkan ada orang lain yang mengejar kau? Ya. Berkenaan itu yang aku ingin cuba kupas daripada sudut pandangan yang tak berapa nak tepat aku ini. Mari aku wujudkan situasi untuk memudahkan kalian memahami.

Alexandra menolak pelawaan Tommy untuk mencari akses memasuki hatinya. Sedangkan Evanessa meminati Tommy dan seboleh bolehnya mahu merapati Tommy.

Peh gila nama nak pesen London. Aku bukan apa, kang aku letak nama Jah, Yah, Ella sekalipun Siti kang ada yang terasa pulak ye dak? Kalau aku letak nama London takde maknanya omputih tu nak baca.

Ok. Biasanya perkara ini akan berlaku begini:



Aku mengejar tanpa henti. Kadang kadang kau berhenti, toleh kebelakang tersenyum manis/sinis lihat aku masih merapati. Kau tahu senyuman kau tu buat aku makin bersemangat untuk mengejar even aku tak dapat tafsir itu sokongan atau sindiran. Tapi lepas seketika, kau sambung larian kau semula. Entah sampai kemana dan entah sampai bila. Dan aku? Aku jadi macam Seth Tan nak pikat Nora Elena pada permulaan cerita. Boo.

Berlainan pula dengan yang mengejar aku. Dia mengejar aku sedangkan aku mengejar yang di hadapan. Kau nak tahu bila waktunya aku akan melayan yang mengejar aku? Ketika aku berehat selepas penat mengejar. Sekejap sahaja waktu itu, sebelum aku teruskan mengejar semula selepas penat aku reda. Cilaka bukan?

Sampai bila perkara ini akan berlaku? Selagi tiada yang mahu mengalah atau selagi tiada yang mahu beri akses untuk insan lain masuk ke dalam hati. Seperti watak yang aku pegang dalam cerita ini, aku rasa aku perlu move on daripada apa yang aku kejar dan berikan perhatian pada yang mengejar aku. Ya, jika langkah ini yang aku ambil, mungkin yang aku kejar itu akan berasa kecewa aku berpatah balik dan tidak teruskan mengejar. Lagi cilaka jika dia langsung tak perasan yang aku dah move on dari membontoti dia.



Tapi pada aku, move on itu perlu. "Jangan kau kejar senja sebab lepas senja, malam akan tiba. Jangan kau kejar pagi, sebab lepas pagi, akan muncul tengahari. Tapi apa yang kau perlu lakukan, cuba sesuaikan diri dengan apa yang kau lalui. Sebab kau akan rasa semuanya sekali."
Korang faham ke tak yang aku cakapkan nie? Ah. Maksud mudahnya, cuba lepaskan apa yang kau kejar tu. Walau kau suka dia macam apa sekalipun. Sampai bila kau nak jadi macam mat gian tak dapat dadah? Cuba terima apa yang mengejar kau. Sebab yang kau kejar, belum tentu kau akan dapat. Tapi apa yang mengejar kau tu tentunya dah ada depan mata kalau kau berhenti mengejar yang di hadapan.
Faham?

Nasihat aku, jangan sampai dua dua terlepas sudah.

p/s : Kadang kadang berkenaan hati nie memang cilaka kalau di ikutkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...