Pages

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadan


Salam Ramadan Al-Mubarak,
kepada mereka yang bergelar muslim sekalian.

Sudah Ramadan ke-5 pada hari ini. Sudah 5 hari kita berterawih dan bersahur.
Inilah kali pertama 1001 Perempuan menyambut bulan puasa ini.
Diharapkan pada Ramadan kali ini, kita berbuat sebanyak mungkin ibadah berkualiti dengan ikhlas. Bersyukurlah kita semua kerana mampu menjenguk, menikmati dan mengharungi Ramadan pada tahun ini dengan amannya. *ayat skema*




‎5th Day Dua



اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

O Allah let me be, in this month, from among those who turn repentant and ask forgiveness for their sins; let me be from among those who do good and obey (Thee); let me be from among those who are Thy close friends, through Thy kindness O the Most Merciful.

Ya Allah, jadikanlah aku di bulan ini diantara orang-orang yang memohon pengampunan, jadikanlah aku diantara hamba-hamba-Mu yang soleh dan setia dan jadikanlah aku diantara para kekasih-Mu yang dekat dengan-Mu, dengan kelembutan-Mu wahai Yang Paling Pengasih dari semua pengasih.

Semoga Ramadan Al-Mubarak ini mampu beri kita perubahan untuk menjadi yang lebih baik dan berkekalan, bukan hanya sementara bulan Ramadan sahaja.


Kami semua di sini juga ingin saling mengingatkan perempuan di luar sana agar tidak culas bangun sahur serta mengharapkan bonda semata-mata untuk menyediakan juadah pagi itu sedangkan kita masih lagi enak dalam comforter sambil memeluk erat bear kesayangan.

Dan janganlah kamu terlalu banyak berbelanja untuk iftar, berpada-padalah dan bukankah lebih elok kita sama-sama mengasahkan seni masakan kita yang hampir berkarat ketika ini. Khusus buat mereka yang merupakan pelajar universiti yang asyik bercuti sekarang ini, janganlah asyik mengumpul lemak sahaja.

Untuk mereka yang takut menghadapi kenaikan berat badan melampau akibat penjamahan kuih muih dan lauk pauk yang enak di bulan puasa, tips yang boleh dikongsi adalah :

  • Waktu sahur ; makan 3 biji kurma dan sebotol air masak. (1.5L) sesungguhnya air masak mampu menghilangkan lapar.
  • Waktu berbuka ; makan 3 biji kurma dan sebotol air masak (1.5L) selepas tu pegi solat Magrib sebelum menjamah makanan berat.
  • Don’t overeat (also because it’s sunnah, we should fill our stomachs of 1/3 food, 1/3 water and 1/3 air)
  • Cubitlah kuih sekadar merasa. 

Extras :

Jaga mata, kurangkan semua drama yea, Gossip Girl, Pretty Little Liars and all. ;)

Sekian.

source : here and here




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...