Wednesday, June 27, 2012

Sexual Harassment.


Sexual harassment adalah suatu situasi yang rata-rata wanita akan berasa insecure mengenai keselamatan diri. To be honest, rata-rata wanita yang menghadapi situasi seumpama ini kebanyakannya bakal berasa tidak selamat dan takut. Suatu perasaan yang sebenarnya memberi advantage kepada pihak penyerang.

Selak majalah wanita, menaip kata kunci ‘how to deal with sexual harassment’ di papan kekunci computer riba, jawapan hampir serupa. Begitu dan begini seperti yang awal lagi aku sangka. Kiranya sexual harassment itu hanya tertuju menjadikan wanita sebagai subjek mangsa dan lelaki sebagai penyerangnya.


Ada tanda tanya besar sekali di atas kepala,
“Lelaki yang ketagihan seks sebenarnya tidakkah dia sedang mengalami sexual harassment juga?”

Bagi aku, lelaki ketagihan seks sebenarnya walau luarannya kelihatan dia menikmati perlakuan itu, ada waktu dan ketikanya dia turut terketar duduk di suatu sudut dan menyesali perlakuannya. Maksud aku disini, nikmat seksual yang tersalur bukan pada jalannya itu berkadaran sebentar. Penyesalannya itu yang terasa lama dari nikmat yang pernah dirasa.

Ketagihan seks sebenarnya bukanlah bererti nafsunya hanya terlampias dengan melakukan hubungan kelamin. Ketagihan seks bermula dengan ketagihan yang dianggap kecil-kecil dahaja seperti ketagihan menonton filem lucah, melakukan masturbasi sendirian. Namun jika tak terbendung, barulah perlakuan kelamin secara rela atau dipaksa akan berlaku.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...