Tuesday, August 2, 2016

Dia: Lelaki Yang Setanding Ayah.

Dalam seumur hidup seorang perempuan, ada seorang manusia yang sentiasa menjadi lelaki pertama. Dalam segala-galanya,

Lelaki pertama yang menyentuhnya.
Membelai rambutnya, 
Mencium dahinya, 
Menyeka air matanya. 
Memeluknya erat, 
Memberinya hangat yang tidak tertanding dengan dunia dan segala isinya.

Ayah.

Ya. Ayah. Dia yang takkan pernah ada dua. Sebab dia satu-satunya. 

Duduknya di belakang tabir, ucapannya sedikit, tingkah lakunya ringkas. Peranannya besar yang hanya dia seorang tahu, Sedang susah senang ibu senang dibidik mata, ayah terlihat seakan bersahaja, sedang pada atas bahu, entah apa yang digalasnya, entah maha berat mana yang ada dalam fikirannya. 

Entahkan kejang sendi-sendi.
Entahkan banyak tertumpahnya keringat.
Entahkan seliuh jari sendiri yang berselirat urat,
Entahkan tangis lagi besar dari senyuman kelat.
Entahkan berapa kali jatuh bangunnya sendiri,
Tetapnya gagah mengengsot, mengheret kaki.

Bila besar perempuan itu, dari merangkak sehingga tahu berjalan sendiri. Dia berlari dari dakapan ayah, dia bertemu seorang lelaki. 

Dia berhenti, 
Lelaki ini dilihatnya begitu asing. 
Senyumannya berbeza. 
Tenungan matanya tidak sama ayahnya. 
Tetapi perasaanya, aneh sekali. 
Mengapa hangat, dingin yang berlegar disekelilingnya, sama?
Mengapa begitu tenang, amannya?
Mengapa dia berbeza sosok dengan ayah,tetapi terasa begitu serupa?
Perhatiannya.
Perasaannya.

Perempuan, bila suatu hari kau berjumpa lelaki asing yang membuat ayah terasa dekat.
Lelaki asing yang menyayangi, melindungi, mendahului seperti ayah.

Maka, dia orangnya.

"FIND A MAN WHO RESEMBLES YOUR FATHER,
A MAN WHO PROTECTS YOU LIKE HIS DAUGHTER."







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...