Pages

Showing posts with label AR. Show all posts
Showing posts with label AR. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

6 Situasi Tipikal Bercinta

Assalamualaikum,

Edisi cinta membangkitkan situasi tipikal dalam hubungan percintaan, cinta monyet, cinta serius,cinta suami-isteri mahupun cinta gila.

Situasi 1 : Bekas Terbuang Tidak Berguna
Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Situasi 2 : Alpa,Leka & Sesalan
Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Situasi 3 : Ketidak stabilan emosi sebuah ancaman
Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu.kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.dan apa yang mampu kita lakukan ketika itu adalah menyesali.


Situasi 4 : Benda busuk perlu dibuang dan digantikan baru.

Bila cinta putus ditengah jalan,usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Situasi 5 : Releven itu kunci

Jika bercinta,janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.Carilah lelaki terbaik yang boleh membimbing kalian ke Jannah.

Situasi 6 : Ambil cermin, tilik cela,kedutan,noda.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita.

Konklusi :
Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama.tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti.Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan,cuma masanya sekarang atau kemudian.Cinta itu suatu anugerah perasaan yang tidak ternilai.Cinta boleh muncul sekelip mata, begitu juga pergi meninggalkan kita.Anggap ianya sesutu yang unik.Tenang dan teruskan tabah menghadapi 6 Situasi

Source : Copy and edited from my previous blog


Thursday, June 2, 2011

Dari Rusuk Adam

Assalamualaikum

Aku adalah seorang dari kaum Hawa,
Aku dicipta dari rusuk Adam
Aku adalah penghias dunia
Aku juga penyesat tegar
Aku juga penurut hawa nafsu
Aku juga punca dibuangnya dari Syurga.
Oleh itu, martabat aku jatuh sehingga kaum Adam memandang rendah.

dan

Bila kaum Adam persoal, apakah kekuatanmu kaum Hawa?

Aku menjawab.
Berbekalkan tulang rusukmu,
Aku sentiasa dibelakangmu untuk menyokongmu,
Semasa jatuh dan bangunmu,
Aku juga berada di sisimu untuk memimpinmu,
Semasa kau alpa dengan dunia,
Aku juga kini dihadapanmu,
Untuk kau sentiasa bersemangat menyaingi aku,
Aku juga berada di atas mu,
Untuk kau sanjung diriku dlm kalangan temanmu,
Aku juga berada di bawahmu,
Untuk kau berikan simpati dan kasih sayang.

Aku boleh berada di mana-mana.Sejujurnya, aku boleh hidup tanpa kau,tapi kau,pasti hilang arah tanpa aku.

Jawab seorang Isteri sambil menonton Wanita Hari Ini.

Sekian.


Thursday, May 26, 2011

Sikap Memualkan

Assalamualaikum,

Tahukah kalian bahawa perempuan lebih banyak mempunyai sikap yg memualkan berbanding lelaki?Mungkin terdorong oleh nafsu yg lebih banyak drpd lelaki.

Lelaki menang dengan ego mereka, tetapi perempuan menang dengan 1001 sikap memualkan.Aku ada sejenis hobi.Aku suka blogwalking ke blog gadis-gadis cantik.Aku suka tengok cara mereka menggayakan hijab! Cantik!

Tapi itu bukan isu aku nak persoal hari ini.Isu hari ini adalah, dalam aku menjalankan blogwalking, aku terpana dengan kecantikan style mereka bertudung.Tapi yang mematikan mood aku adalah mereka suka SHOW-OFF.

Bukan tunjuk dada mereka angkara tudung singkat, bukan!Itu dah tipikal.
Isunya sekarang show-off benda lain.Pernah kalian nampak objek seperti :

Ipad, blackberry, iphone, DSLR, tiket Justin Bieber?

Ya, itu adalah antara perkara yang mereka pamerkan. Lagi satu cara show-off ialah dengan membuat checklist, bagi aku itu kalian boleh tempek di desktop, mahupun diary kalian.Kalau kalian menulisnya di blog dan blog itu umum, aku rasakan mcm kau nak menunjuk, terutamanya kalau kau dah dpt laksanakan perkara itu (material).

Sikap ini aku simpulkan dalam ayat ini :

"I'm the only one who have this, and you can't or almost possible to have one"

Dan ini percakapan balas dari aku :

"Hell no girl,i can afford them all but will show it off to my readers.They can own that too!So please get your ass off"

Perbuatan demikian seolah menempek tahi di muka sendiri.Jika anda terasa di hidung, memang ianya untuk merendahkan hidung tinggi, mengurangkan perbuatan mendabik dan mendada.

Sorry if you get your butt hurt :)

















INI CONTOHNYA


Sunday, May 22, 2011

Annoying Ex Of Yours


Assalamualaikum,

Ini entri ringkas menjelaskan kejengkelan bekas kekasih mahupun sahabat.Entry ini ringkas dan berbahasa inggeris.

There are several things that annoyed lot after break up :

1) Your stupid ex will spread the bad story about you to others, to make it worst,to your current BF

2) When your ex cuddling you and begging you to come back to you.

3)Your ex will get annoyed if you are happy with other people.

4)Your ex do stalk you and pretend they don’t

5) Your ex find another guy/girl/friends that is way better than you in order to make you jealous. or distracted

6)Your ex pretend like they never meet you and totally forget about you both memories.

7) Your ex wanna be your friend, in fact you didn’t break up in a good way.

8) Asking you to stop contacting them and disturbing his/her new relationship,in fact you don’t!

Adakah kalian bersikap demikian terhadap sesiapa di sekeliling anda? Hentikan kerana ianya jengkel.Sungguh!

Yang berlalu tak akan berulang.Pandang hadapan, dan teruskan hidup dengan senyuman :)

Memberi air kepada tanaman umpama memberi nafas baru dalam kehidupan.Hargainya selagi termampu –AR-



Thursday, May 19, 2011

Pasangan Songsang

Assalamualaikum,

Isu ini mungkin dipandang remeh buat sesetengah kalian yang Normal.Tapi kalau kalian lihat sekeliling, ini boleh dikatakan fenomena! Mungkin kalian juga tak sedar betapa seriusnya isu ini.

Perkataan Gay, Lesbian dan Pengkid. ya, itu aku kategorikan songsang.

1) Gay

Aku tiada pengalaman dengan gay, jadi aku tak mampu mengulas.Cuma aku dengar cerita kalau gay mereka cenderung tergoda kepada lelaki yang menjaga penampilan dan berbadan sasa.Dan mereka cenderung untuk menunjukkan minat terhadap org itu.

Alah macam perempuan yang menggeletis nk goda lelaki lah.Tahu?

2) Lesbian

Isu ini diperkatakan hebat.terutamanya di sekolah berasrama yg mana semuanya adalah perempuan.Maksudnya sekolah perempuan lah.Mereka dikatakan cenderung berpeluk, bercium dan jika mereka nak menggoda, mereka akan merapati seseorang itu dan menunjukkan kemesraan.bermula dengan pegang tangan.dan seterusnya.

Mereka susah nak dikenalpasti.Pengalaman kawan aku, katanya roomate dia lesbian, selalu tengok kalau dia menukar baju.Suka tengok perlakuan kita, suka perlakuan membelai.

3) Pengkid

Ini senang dikenal pasti.Penampilan mereka mudah di kesan iaitu 95% menyerupai lelaki.Dikatakan mereka selalu mendapat awek cun.Mungkin lelaki patut belajar dengan mereka kalau nak awek cun.

Pengalaman aku mengenali pengkid, sumpah dia cute, tergoda sikit.Ehe, mereka super caring, dah nama asal pun perempuan, mereka sangat memahami.Undeniable.Dan mereka sanggup buat apa sahaja.katanya mereka ada komuniti sendiri?

Aku tiada jawapan ini.Selaku wanita tulen dan menyukai hanyalah lelaki tulen, jujur aku tak memahami perasaan kalian.Mungkin ada sebab kalian menjadi begitu.

Jadi kalian pembaca 1001 perempuan yang telah atau bercadang terlibat dgn hubungan sonsang, renungkan ini :

1) Seberapa lama kalian akan berada dalam hubungan itu?

2) Bilakah ibu atau bapa kalian akan mendapat menantu yang sewajarnya?

3) Apa pandangan rakan kalian yang normal?

4) Bagaimana kekasih kalian nak mendapatkan zuriat? Tanpa organ alat sulit sewajarnya.

Aku pernah meluahkan kepada kekasih :

“Pengkid macam comel je, dah la sweet!!”

Jawabnya :

“Buat apa, bukan ada batang pun?”

Selamat tinggal. Hihi.

tumblr_lkzy92DQi41qb3045o1_500_large Tapi dia ni mewakili kesemua di atas



Saturday, May 14, 2011

Ibu dan Kau

Assalamualaikum,

Memandangkan hari ibu di lihat berleluasa dicanangkan tahun ini, mari kita lihat ianya dari sudut Islam.Ingin menceritakannya dengan ringkas agar tidak meleret.

Kembali ke kisah di zaman dahulu :

Kisah Teladan :

Seorang anak lelaki yg di mana sebelum ini memuliakan ibunya,menjaga solat dan beramal.Namun semenjak berkahwin, dia sedikit mengabaikan ibunya, dimana ibunya tinggal serumah dan diletakkan di bilik bawah, manakala dia di bilik atas bersama isteri. Ibunya berkecil hati kerana itu.

Hal kecil bukan? Akibatnya, ketika dia sedang nazak, dia tidak mampu mengucap. Sehinggakan nabi mengarahkan beliau dibakar kerana ibunya tidak memaafkan beliau.Mendengarkan itu, baru ibunya memaafkan dan beliau mampu mengucap dan meninggal dengan tenang.

Kuasa seorang ibu itu kuat.Kata-katanya merupakan doa mustajab.Jangan biarkan dia terasa hati walau sedikit.Dan aku sedang cuba melakukan ini.Insyaallah.

Rasionalnya hari ibu, walau ada khabar mengatakan ianya haram, aku merasakan ini sebahagian drpd cara nak memuliakan ibu bapa.Selain bersama/berhubung dengannya, tak salah jika satu hari kita mengekspresikannya dengan material.

Kau tak ada duit? Aku ada tengok Wanita Hari Ini minggu lepas.Seorang ustaz menjawab persoalan seorang pengacara yg sebelum tu bising2 cakap tak bagi hadiah.Beliau berkata :

“sebaik-baik pemberian untuk ibu adalah dengan berpuasa dan diniatkan pahala kepada ibunya”

Ambik kau, terkedu pengacara itu.Material bukan segalanya, tapi kalau nak bagi tak salah, niat kalian pasti di ketahui Allah, insyaAllah.

Eh cakap banyak pulak, muliakan ibu kalian ya? Sama-sama berdoa dan bertindak untuk tidak mengguriskan hati ibu. Goodbye.

795563212b2755d911843895af6b1229_large



Saturday, May 7, 2011

Idea buat kalian

Assalamualaikum ladies,

Ini entri jika kalian mempunyai blog dan tiada idea mengenai apa yg wajar kalian tulis di blog.Mungkin otak kalian kurang memberangsangkan masa ini.Jadi, nah, aku bg idea buat kalian ya?

Memperkenalkan tentang 10.Kalian boleh tulis ini di blog kalian setiap hari, mahupun hari2 berlainan.Asalkan kalian gembira.

TENTANG 10

day one : 10 things about me
day two : 10 things I love
day three : 10 things I hate
day four : 10 things I want to say to one person
day five : 1o wishes
day six : 10 items I can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of my favourite songs
day nine : 10 ways to win my heart
day ten : 10 final words

Motif?

Memberitahu pembaca blog kalian mengenai diri kalian.Selain anda boleh mengenali blogger yang lain juga.Hiburan semata-mata

Kelebihan Tentang 10 buat 1001 perempuan?

Oh tiada kelebihan, ini hanya idea utk kalian, sebab kalian tidak perlu kreditkan kpd kami.Kami tidak mencari publisiti ya? Ini sebagai hiburan saja.Kalian boring/tiada idea, boleh buat.

Aku juga akan buat ini dalam blog aku.Jumpa di sana.

tumblr_ljyk21MG2V1qc0ci1o1_500_large

Jadilah perempuan kental berjiwa besar-AR-

Selamat Tinggal Ladies :)



Saturday, April 30, 2011

Perempuan, berhenti melacur!

Dari mata seorang lelaki, perempuan skrg di lihat terlalu murah dan mudah didapati.Nisbah 1:10 sudah cukup buktikan betapa perempuan perlu melacurkan diri untuk mendapat seorang lelaki yg belum pasti mampu membawa dirinya mencium Jannah.
Jannatul Firdaus, Jannatul Khuldi, Jannatul Ma’wa, Jannatul Adnin, itu semua nama molek, yg belum pasti kau ke sana bukan?Ke kau tak tahu apa itu? Tanya mr.google then.
Melacurkan diri ini aku klasifikasikan meluas.Sungguh.Dan antara sedar mahupun tidak,kekhilafan ini mungkin pernah berlaku kpd aku juga.Paling mudah dikenalpasti :
1)Melacurkan muka yang kalian rasakan cantik
Rata-rata yg membaca 1001 perempuan pastinya ada blog bukan? Relakah kalian muka kalian dilacurkan utk tatapan orang asing yg datang ke blog kalian? Kalau di facebook aku faham, mungkin semuanya adalah rakan yg kau kenali, yg kau berjumpa setiap hari, itu boleh di maafkan.
Muka cantik sebagai anugerah,namun jgn lupa ianya hanyalah pinjaman.Sanggupkah kalian muka cantik kalian dijadikan bahan melancap buat lelaki?
2) Melacurkan Tubuh Badan
Tidak cukup muka, pakaian perempuan sekarang,sudah tidak melambangkan perempuan bersopan, seorg lelaki bertanya kepada aku
“kenapa perempuan melayu suka pakai short kalau keluar? dah macam amoi”
Aku menggumam dan tak tahu nak menjawab.Mungkin kalian tidak melampau batas sampai mendedahkan aurat sebegitu kan? Bagaimana pula membalut tubuh dgn pakaian ketat dan singkat? Sehingga nampak bentuk buah dada kalian, terpulang kecil atau besar?Dan legging kalian itu?
3) Melacurkan Rambut
Wanita bertudung juga terlibat, hairan ya? Aku malas pertikai buat yg tidak bertudung, semoga kalian mendapat hidayah.Buat yg bertudung, aku bertudung tidak sempurna, tiada tudung labuh menutupi sehingga pinggang, tidak tidak, tp aku tidak lagi bersanggul tinggi untuk faktor mencantikkan rupa tudung dan kelihatan bergaya.
Nasihat permulaan, kembalilah kpd tudung bawal sekiranya kalian tak pandai memakai shawl secara labuh.Itu aku konsider lebih sopan walau old fashion.
Dan gadis sekalian,lihat pandangan lelaki ini mengenai tudung : GabanMorka : Hijab Phenomenon
4) Melacur menggunakan produk kosmetik
Ya, kebebasan make up ketika keluar di tangan kalian,aku sendiri memakai eyeliner dan lipstick ketika keluar, namun betulkan niat kalian, bukan untuk menarik perhatian, sebaliknya menambah keyakinan diri berhadapan public.Begitu juga dengan perfume.
Tak perlu berlebih-lebihan dalam setiap perkara.Cukuplah besederhana, ini pesan Ibu aku.
5) Melacur dengan perbuatan murah
Tak perlu berkelakuan pelacur dan merendahkan martabat wanita, jgn menjadi terlalu murah untuk merapati semua lelaki yg baru anda kenal, melainkan jika dia benar benar seorg kawan yg anda dah kenal.Lelaki skrg sangat tipikal.jangan terlalu mudah cair dan tergoda.Sememangnya mulut mereka manis, bercakap lembut gigi dari lidah.
Pelihara diri dari keluar malam, pergaulan terlalu bebas, malam memang bahaya untuk perempuan, bukan sahaja tanggapan negatif, malah lelaki akan merasakan kalian sangat murah dan sporting untuk dibawa ke ranjang.
Dan untuk pengetahuan kalian, aku bukanlah paling layak untuk berbicara soal ini kerana aku bukanlah sempurna, namun tak salah saling mengingati dan mendedahkan realiti gadis masa kini.Di blog aku masih ada gambar aku, dan kata kata aku tidaklah semanis gula, tapi lebih pahit untuk ditelan berbanding hempedu.
calm,not,hell,yea,funny,bitch,calm,slap-590755d52d5a8807ca3a5cb604d50318_h_large
“Wanita tidak dapat disamakan dgn epal, kerana ianya hanyalah buah, wanita juga bukan bekas kaca yg berdebu dan perlu di cuci selalu, wanita juga bukan berada di sangkar emas untuk diperhati dan bukan utk di sentuh, malah,wanita lebih daripada itu, wanita itu insan teristimewa, teragung ciptaan Allah” –AR-


Monday, April 18, 2011

Manjakan Dirimu

Assalamualaikum,

Aku nak bagi tips ringkas utk mencantikan diri.Aku pun jarang buat, tp sekali sekala seronok juga!

1) Scrub seluruh badan

Pergi mana mana kedai, beli scrub badan, mudah dapatkannya di body shop, seperti juga scrub muka, ianya bertujuan membuang sel kulit mati di badan.Tapi ini bukan untuk amalan hari hari, seminggu sekali saja.Cuma sapukan dan lulur di seluruh badan,tak salah duduk dalam toilet 30 minit untuk ini.

Hasilnya: Kulit akan terasa lebih segar dan bersih,anda akan merasai kelembutan.Pergi dapatkannya sekarang.

2) Penjagaan Rambut

Pastikan memakai syampu beserta conditioner agar rambut neutralize balik.Conditioner adalah untuk dipakai di hujung rambur, bukan di kulit kepala, kerana fungsinya untuk mengurangkan rambut bercabang. Anda juga boleh membeli kapsul kecantikan rambut, dan aplikasikannya 2 minggu sekali.

Hasilnya : Rambut cantik macam Fasha Sandha.

3) Penjagaan Muka

Bercakap utk diri sendiri juga, rajinkan diri untuk mencuci muka, pemakaian toner sangat ponting untuk seimbangkan kelembapan dan segarkan wajah.Sekali sekala tak salah jika aplikasikan masker yg boleh didapatkan di guardian/watson dengan harga kurang RM10, ajak kawan ramai ramai kalau nak seronok, dan jgn lupa hirisan timun untuk kesegaran mata! Ini efektif, no joke!

Hasilnya : Kulit muka yang licin dan penegangan kulit muka oleh Masker

4) Make up mengikut kesesuaian majlis

Keluar tanpa solekan ibarat tak lengkap masa kini.Aplikasikan sekurangnya bedak alas dan lip balm.Bedak alas dpt menghalang debu/kotoran hinggap di muka, jadi ianya sebagai lapisan perlindungan. Rajinkan diri mencari teknik make up yg sesuai,pelbagaikan pengetahuan, ianya pasti berguna, tak lah kau mcm badut bila keluar.

5) Penjagaan kuku kaki & tangan

Potong kuku mengikut masa, seminggu sekali rendam kan kaki dalam air suam dan masukkan garam kasar,boleh dapatkn juga di body shop, dan beli sekali penyental kaki. Kulit akan jadi halus dan bersih sangat!

kalau malas, cuma pergi mana mana padicure/manicure berhampiran, average harga RM40-RM70, tak salah jika sekali sekala mencantikkan diri! Hasilnya superb!

tumblr_kqzqjv2wxF1qzdiqvo1_400_largeBeing a beautiful lady isn’t hard.Be clean and neat! –AR-



Thursday, April 14, 2011

Cinta dan Hormon

Assalamualaikum,

Hello ladies,bercerita isu menarik yg aku jumpa masa googling semalam.Kita perempuan memang seringkali dipengaruhi hormon, perubahan hormon dan 1001 soal hormon.Tapi pernahkah kita kaji dgn lebih mendalam dan mengaitkannya dgn Cinta? Ya, aku kaitkan dia dgn cinta sbb its a big thing, everbody will fall in love, or maybe is in love. :)

Jom straight to the point.Jenis jenis hormon dan kecenderungan sikap/karakter seseorang :

1) Dopamin
Mempunyai perasaan ghairah atau bersemangat dalam waktu yang singkat.Di mana maksudnya, anda bercinta dan seronok utk masa yg singkat saja, dan perasaan itu sneang datang dan senang pergi.

2)Serotonin
Pada umumnya, jenis ini diklasifikasikan sebagai seorang yg setia.Mereka juga rela berkorban dan lakukan apa saja untuk membahagiakan pasangan agar hubungan berkekalan.

3)Estrogen
Jenis ini cenderung lembut dalam percintaan, namun mudah rapuh.Mungkin juga mempunyai banyak ragam dan masalah dalam perhubungan.

4) Testosteron
Cenderung egois dan memaksa semuanya berjalan mengikut keinginannya. Mereka lebih fokus membentuk keluarga dan menginginkan hubungan percintaan berkembang seperti keinginannya

Baiklah, persoalan, pada tahap ini di manakah level hormon anda? Hormon wanita berubah, bila hari biasa, hari period, mengandung, stress, dan macam macam lagi, semua ini dipengaruhi/mempengaruhi hormon dalam badan.

Jadi soalan aku terjawab kenapa aku kadang2 rasa no 1, kadang2 no 2 dan selalu no 3, no 4 pun selalu jugak.Semuanya angkara hormon. Ya?

tumblr_ljho56JhIs1qep56go1_500_large



Monday, April 11, 2011

Kau Yang Bernama Sahabat

Assalamualaikum,

Perempuan katanya mementingkan nilai seorg sahabat.Bila mana kita di suatu tmpat baru, pastinya kita mencari kawan baru yg sekepala.Dan bila dah jumpa, kawan itu yg di bawa selama hidup kat tempat itu.Tapi bila dah pindah, adakah dia masih bersama kau atau kau membuat kitaran baru di atas ditempat baru?

Aku sejujurnya tidak mempunyai kawan baik buat masa ini.Ya, sebab aku rasakan kawan baik aku dah cukup banyak sejak aku tadika.Naik ke sekolah rendah.Menengah.Matrikulasi.Universiti. And hasilnya? Tak semua termampu utk aku berhubung setiap hari,minggu mahupun bulan!

Dulu pernah rapat.menangis bersama,cerita masalah.berkongsi kasih.Namun kenyataan apabila suatu hari kita terpaksa berenggang dgn mereka dan buat kwn baru.Persoalan, adakah mereka masih seperti dulu?

Rasa asing mula menyelinap dalam diri apabila sekian lama tak berjumpa tapi tiba tiba nak bermesra.Nak ketawa kembali.Sangat awkward moment.Aku selalu laluinya bila reunion dgn mereka.Rasa mcm, err, aku nak cakap apa?

Kawan baik yg dulunya sangat rapat mungkin boleh jadi seorg yang sgt asing bila dah lama tidak berhubung,sebaiknya aku menjadikan telefon bimbit aku sebagai kawan baik.

Kawan itu juga mungkin menjadi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, duri dalam daging. bila mana dia tengok kelebihan korang, dia mula bersifat seperti pepatah itu.Kawan bukanlah prioriti.Ya, kita perlu kawan utk hidup.namun ianya bukanlah mutlak.Abah berpesan
"kawan kawan juga, jangan jadi hamba kawan".
Jalan mudah, kekasih aku, aku jadikan 3 dalam 1. Kekasih merangkap sahabat dan abang sbg penasihat.Dan kalau kekasih kau tak matang, jangan cuba buatkan dia 3 dalam 1.ya?

Jadi kau nilailah kawan kau sejak kecil smpai sekarang.Berapa peratus kau masih berhubung, ketawa, rapat macam dulu? Sebab kitaran manusia adalah sama.Pergi tempat baru jumpa kawan baru.

when is the last time you capture photo this friendly?
and when is the last time you hook up together?


Sunday, April 10, 2011

Perempuan Sekarang Kena Kental


Assalamualaikum,
Menjadi perempuan kena kental sebab :
Orang cakap perempuan lemah dan cepat menangis,
Orang cakap juga perempuan skrg berperangai teruk,
Orang cakap juga perempuan skrg boleh dibeli
Orang cakap juga perempuan suka menonjolkan diri dgn 1001 gambar
Orang cakap juga perempuan skrg pemalas dan tidak pandai masak
Orang cakap juga perempuan skrg materialistik
Orang cakap juga perempuan skrg suka bergaya melampau
Orang cakap juga perempuan skrg gedik
Orang cakap juga perempuan skrg memilih lelaki, macam bagus sgt.
Orang cakap juga 1001 penghinaan terhadap perempuan walau dia sebaik baik manusia.

Sebab itu lidah manusia setajam pisau.

In fact, 1001 cacian yg org bagi kau patut ambil sbg iktibar, tanpa mereka siapa lah nk bagitahu perangai buruk kau orang.Sebab itu kau kena Kental.Setakat kena tembak di blog, kau perlu kental,setakat kawan mengutuk/tikam belakang kau kena kental, setakat lelaki datang nak mengorat dan kau tak suka, kau kena kental walau dia kacak, setakat fail dalam exam kena kental dan teruskan perjuangan.Setakat tak dapat apa kau mahukan dalam hidup, kau kena Kental.

KENTAL. itu kekuatan yg diperlukan,KENTAL bukan Ego, ya?




Friday, April 8, 2011

Perempuan Dan Aktiviti Boring


Assalamualaikum,
Anda perempuan dan sedang membaca entri ini dan sila nilai kehidupan seharian.
Lihat betapa boringnya hidup majoriti drpd kalian jika dibandingkan dengan lelaki.

1) Awal pagi bersiap ke kelas/tempat kerja.Pukul berapa anda bangun dan berapa lama tempoh anda ambil untuk siap?

2) Berapa lama tempoh anda ambil untuk iron baju/tudung,memilih warna yang sesuai dan seterusnya memakainya.

3) Berapa banyak peralatan losyen/foundation/compact
powder/eyeliner/eyeshadow/blusher/lipstick/lipbalm/moisturizer/mascara/concealer/lip liner/fake eyelash/apa apa yg aku tak mampu nak senarai kat sini yang kau perlukan setiap hari.

4) Berapa lama pula anda ambil masa untuk menunggu kawan anda yg lain bersiap (sekiranya tunggu kawan di hadapan kolej/pintu pagar sekolah/ofis)?

5) Bila pergi restoran/cafe/kantin, berapa lama masa anda ambil utk memilih atau lebih tepat menilai setiap jenis makanan di situ? Dan jika dihidang secara buffet, berapa kali anda ambil nasi dan mencedoknya keluar semula? Dan pilih ayam berapa kali anda belek ayam tersebut?

6) Bila ke pusat membeli belah, berapa kali anda pusing kedai sama, berapa masa anda peruntukkan utk memilih sesuatu pakaian dan berapa kali anda masuk fitting room?

7) Kenapa anda suka bergambar di dalam toilet?

8) Kenapa kalau diwaktu boring anda lebih gemar menonton cerita korea berbanding keluar rumah dan mengeluarkan peluh?

9) Kenapa anda suka mengurungkan diri dalam rumah berbanding mencuba suka ekstrem di luar? Perempuan tak mampu atau tak mempunyai kudrat sehebat lelaki?

10) Kenapa perempuan study awal sebulan drpd lelaki tetapi lelaki mampu study sehari utk cover apa yg anda baca selama sebulan?

11) Kenapa perempuan lebih banyak bercakap drpd berfikir?Seperti bertih jagung, tahu?

12) Kenapa anda suka melirik kepada perempuan berpakaian pelik dan kemudian berbisik kepada kwn sebelah "eh tgk dia tu"

13) Kenapa anda tak boleh nampak pantulan diri anda sendiri?Nanti automatik tgn memegang tudung atau rambut?

14) Kenapa bila outing atau bersiar-siar anda mesti ke shopping complex? kenapa tidak air terjun? pusat paintball? panjat bukit? main futsal? wall-climbing?

Dah jawab soalan? Dan sila membuat perbandingan sendiri mengenai soalan di atas kepada lelaki.Berapa banyak aktiviti boring anda buat dan berapa banyak masa anda habiskan dalam hidup?

mungkin boleh kaji kembali dan kurangkan aktiviti kurang berfaedah, perempuan perlu berdikari, tak perlu terlalu bergantung kepada kawan.Kawan katanya memakan kawan sendiri.Terpulang kepada anda, satu soalan sy, berapa ramai antara anda masih berhubung baik bercerita gosip dgn kawan tadika/sekolah rendah anda? kawan dtg dan pergi, tak perlu habiskan masa utk buat perkara di no 4 ya?

Itu sahaja.Selamat tinggal.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...