Pages

Showing posts with label Sarang Platipus. Show all posts
Showing posts with label Sarang Platipus. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

of Bra and Panties!!

warning: ENTRI INI MUNGKIN TERLALU TERBUKA DICERITAKAN WALAUPUN SUDAH BEBERAPA KALI DITAPIS/FILTER..TAPI INI UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA..

memahami wanita bukan mudah..
walaupun kau ada 9 akal sekali pun..
kerana 9 nafsu yang ada pada wanita,
kadangkala berada diluar jangkaan..

ingat senang nak jadi perempuan...nak kene pikir macam-macam..
-hari ni nak pakai baju apa?
-hari ni nak buat mask muka apa? timun ke susu?
-jap lagi nak makan makanan yang tak menggemukkan apa?
-apa aku nak buat hari ni untuk bagi si dia pandang, bagi si dia sayang?
-berat dah makin naik, macam mana ni?
-hari ni nak buat tudung fesyen apa?
-kenapa period tak datang on time?
-puasa tak ganti lagi tp nak dekat raya ni macam mana?
-malam ni nak masak apa?

tapi ada sesetengah wanita yang mengambil mudah ke atas beberapa perkara..
kadang-kadang sikap macam tu perlu, sebab terlampau memikirkan benda-bende remeh ni kadangkala menyusahkan diri sendiri orang kata..
TAPI..............

mengambil ringan terhadap penjagaan bra dan panties adalah sangat TAK PATUT!

apa yang membezakan lelaki dan perempuan secara fizikalnya??!
semua tahu..
perempuan ada ini, lelaki ada itu...[read:vagina&penis]
perempuan ada ini, lelaki takda itu...[read:breast]

semua benda perempuan ada extra kalau nak bandingkan dengan lelaki..
extra weight!
extra lemak!
extra body parts!
tapi ada satu bahagian je lelaki lebih panjang daripada wanita..paham-paham sendiri..


so bahagian-bahagian extra ini perlu dijaga dengan baik..
especially bahagian yang sangat penting untuk masa depan itu...
tengok dada masing-masing..ye...dada!....
tengok kat kemaluan masing-masing pulak..dah shave ke blum?
bahagian yang dua itu perlu dijaga dengan baik..

ambil mudah bahagian itu aku maksudkan ialah apabila..

1. memakai saiz yang tidak sepatutnya.
kemonnn la ladies...takkan barang sendiri pon tak tahu saiz..ok, kalau betul-betul ada yang tak tahu..pergi kat google..pergi google macam mana cara yang betul untuk ukur saiz bra dan seluar dalam yang sepatutnya dipakai..
saiz yang tidak tepat misal kata terlalu ketat adalah bahaya..aku penah tengok dekat tv, pasal ada perempuan tu dia ada masalah pernafasan sebab bra yang dipakai terlalu ketat..dan aku penah baca juga kat majalah tentang bahayanya seluar dalam yang dipakai terlalu ketat..cuba google...benda-benda itu kau patut tahu sebagai seorang wanita..
longgar sangat pon tak bagus..bra dipakai untuk support extra lemak yang kau ada di dada...kalau pakai longgar sangat, nanti tak cantik la shape nya..

2. tidak membasuh dengan baik
yang ini aku paling tak boleh terima...aku penah nampak orang basuh bra dan panties dengan washing machine..bagi aku ini sangat tak patot..sebab..
-washing machine hanya membasuh gitu-gitu aja..jadi secara totalnya, kebersihan 100% tak terjamin..walaupun kau guna serbuk pencuci yang bagus sekalipun...
-boleh merosakkan bra dan panties itu sendiri..mana tak nya, bila dah berspin anak-anak kecik tu, rosak la segala dawai besi, ropol renda dan sebagainya..
-bra dan panties kau pakai di tempat-tempat yang sulit, then kau basuh dengan baju-baju orang lain apabila kau masukkan ke dalam mesin basuh...lain la kalau baju dalam tu kau sornag punya..haiyaa!
-sendiri pakai, sendiri basuh la..bukan susah..masa nak mandi tu, basuh la sekali...takkan nak tunggu 2-3 hari kumpul basuh masa nak basuh baju gna machine..habis kalau yang pesen basuh baju seminggu sekali tu..macam mana? bra dengan panties kau kumpul sampai seminggu ke?? humak hai..

3. membeli yang tidak berkualiti
main beli dan pakai je..janji ada..huu!..jangan..kadangkala, yang kau pakai tu material dia tak sesuai untuk kulit kau..nanti mula la mengundang pelbagai masalah kegatalan, kemerah-merahan, melecet dan sebagainya..
nanti dah tak cantik bahagian itu..huuu!...tamau la macam tu!...tak mengapa melaburkan extra money walaupun orang tak nampak apa yang kau pakai tu..itu untuk kelebihan diri sendiri juga..sendiri punya barang, sendiri mesti pandai mahu jaga...

4. main pakai ikut suka
aku rasa tak ramai yang betul-betul tahu cara yang betul untuk pakai bra..panties tu biasa takda masalah sangat..kedudukan bra yang betul, iaitu tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah pada bahagian atas abdomen adalah sangat penting..yang ini pon kau boleh google.
apabila kau pakai terlalu tinggi, sampai ter-Push Up kau punya breast, nanti tak cantik..dan tali yang berada betul-betul di atas scapula akan menghadkan pergerakan..manakala apabila terlalu rendah, sama je macam kau tak pakai bra..tak ada support untuk breast kau..
nanti masa muda lagi, breast kau akan kelihatan macam orang yang dah berusia punya breast sebab terlalu melondeh...

5. masa pemakaian
memang la nak kasi cantik, lawa bentuk ke apa..tapi jangan pakai 24 jam..nak tidur, bukak la..kesian diorang [read:vagina&breast], nanti lemas pulak kalau 24jam kau kurung dalam bra& panties..macam manusia, bahagian itu juga perlu kan fresh air untuk bernafas..jadi, pandai-pandai pikir sendiri la..


itu sahaja buat masa sekarang...mungkin ada yang tak berpuas hati kerana aku tak dapat nak cerita detail sangat, tapi aku memikirkan ketidakselesaan sesetengah pihak yang mungkin tidak selesa kalau aku explain dalam-dalam sangat..sorry!..skang dah tahu, lepas ni jangan ambil mudah lagi...SAYANGILAH BARANG KITA!!


Wednesday, June 15, 2011

Kisah Cinta Wanita Pertama..

Ini kisah cinta paling sweet...wajib baca!
Aku kat rumah, berseorangan dalam bilik..sedang menikmati apa itu SUNYI..macam kali pertama aku post kan entri ini kat blog aku..ni kali kedua..aku edit sedikit dan letakkan di sini...dah lama tak dapat kesunyian yang macam ni...aku rasa sangat lega dan puas..kalau boleh aku nak sentiasa macam ni..tapi mana ada orang yang boleh hidup sorang sampai bila-bila..kalau takda family atau pasangan pon, atleast mesti kita perlukan sahabat..masa tu tengah borak dengan abang aku kat ym pasal satu kisah cinta sejati, tiba-tiba aku teringat, kisah cinta Nabi Adam a.s. dulu dengan perempuan pertama dalam dunia, HAWA..kaum hawa sekalian..mari baca..


Waktu mula-mula Allah ciptakan Nabi Adam a.s., baginda keseorangan je..sendirian dalam syurga..sebatang kara tanpa sahabat ..memang syurga tu indah...cantik..macam-macam ada..segala jenis mahkluk..tapi Nabi Adam a.s. adalah satu-satunya manusia pada ketika itu..mestilah Nabi Adam a.s teringin nak berkawan...mana taknya..dalam syurga, bukan nya Nabi Adam a.s. kene bekerja, hanya duduk-duduk sahaja..bermalas-malasan sambil menikmati keindahan syurga..baginda mesti kesepian..Nabi Adam tetap bersyukur dengan apa yang baginda ada..tak pernah baginda merungut langsung pada Allah...tapi, Allah kan Maha Mengetahui...macam mana selindung pon, Dia tetap tahu apa dalam hati hambaNya..

Jadi masa Nabi Adam a.s. sedang nyenyak tidur, Allah minta malaikat Jibril mencabut tulang rusuk sebelah kiri baginda..Nabi Adam a.s. tak rasa apa-apa pon masa Jibril cabut tu..dengan kuasa Allah yang boleh mnjadikan apa-apa menurut kehendakNya, dengan hanya berkata "Kun!", Hawa pon tercipta..Hawa lah merupakan manusia kedua yang menghuni syurga lepas nabi Adam.

Hawa hanya perhatikan Nabi Adam a.s. tidur..dari apa yang aku baca,hawa melihat baginda sebagai seorang lelaki yang kacak...bila Nabi Adam a.s. terjaga, memang terkejut besar lah baginda tengok hawa..hawa macam wanita lain, dicipta ada perasaan malu..waktu diperhatikan Nabi Adam a.s., terus dia berpusing sebab menyembunyikan tubuh badannya...paham-paham la kan..Hawa ni digambarkan sebagai perempuan yang serba-serbi sempurna..dari segi rupa, sifat kewanitaan dan peribadi....kiranya siapa yang pandang, konfem terpikat..padanlah dengan Nabi Adam a.s. kan..sebab melalui apa yang aku baca, takda satu pon cacat pada tubuh badan baginda kerana Allah cipta baginda secara terus, secara langsung tanpa apa-apa perantaraan..Wallahua'lam..

Sambung tadi..Nabi Adam pon terus bangun dari pembaringan, bila baginda pandang hawa, baginda tahu hawa tu perempuan based on bentuk fizikal yang berlainan daripada tubuh badan baginda..Nabi Adam a.s. bersyukur dan terus memuji Allah...Nabi Adam a.s. terpikat kepada rupa Hawa...baginda tanya kat Hawa, siapa gerangan dan buat apa kat sini..hawa yang memalu tu pon jawab dia adalah hawa dan dijadikan untuk baginda..Nabi Adam a.s. pon jemput Hawa datang pada dia, tapi Hawa malu..Hawa bagitahu, kalau baginda nak, baginda lah yang datang pada dirinya..Sebab itulah memang dah tersurat sejak dulu, sifat perempuan adalah didatangi bukan mendatangi..

Waktu Nabi Adam a.s. datang kat hawa, menghulurkan tangan, tiba-tiba terdengar suara yang menyuruh baginda kawal diri dan tidak bergaul dengan hawa melainkan secara halal iaitu dengan mahar dan menikah..kalau tak silap aku, mahar hawa yang Allah kenekan pada Nabi Adam a.s. ialah selawat ke atas Muhammad s.a.w walaupun pada ketika itu Nabi Muhammad s.a.w belum diciptakan..kiranya Allah dah explain awal-awal tentang Rasullullah, penghulu segala rasul tu...lepas habis menikah, selawat dengan disaksikan oleh semua yang berada di syurga, mereka pon halal antara satu sama lain..

 Cinta yang datang kerana-Nya lebih berkat..insyaAllah


Itulah kisah macam mana Adam dan Hawa bersatu..kalau apa yang aku tulis ni salah, betulkan la..sebab ni melalui apa yang aku tahu, apa yang aku baca dan belajar..antara kisah cinta yang paling sweet bagi aku..


Wednesday, June 1, 2011

Datin vs Ustazah..

Dunia itu indah, cukup indah..
Tapi akhirat lebih bahagia..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ini entri lama juga...di blog aku..harap maaf kalau dah ada yang penah baca...

Datin Hasnah dan Ustazah Rahmah merupakan dua sahabat karib yang sudah berkawan sejak kecil lagi..sudah hampir 5 tahun mereka tidak berjumpa...suatu hari, Ustazah Rahmah datang melawat Datin Hasnah di rumah beliau..mereka berborak panjang..antara perkara yang mereka bincangkan..


Datin Hasnah : laki aku bakal jadi tan sri tau!
Ustazah Rahmah : suami saya seorang ustaz..
Datin Hasnah : kesiannya kau..mesti hidup susah kan...
Ustazah Rahmah : alhamdulillah..

Datin Hasnah : anak sulung aku bakal jadi engineer!
Ustazah Rahmah : anak sulung saya bakal jadi cikgu..
Datin Hasnah : tak standardnya..engineer profesion kelas pertama tau!
Ustazah Rahmah : alhamdulillah...

Datin Hasnah : anak aku yang no.2 kat paris sekarang..belajar fashion designing..
Ustazah Rahmah : anak no.2 saya kat mesir..belajar pasal syariah..
Datin Hasnah : Syariah je?..ada keje ke esok lusa nanti..
Ustazah Rahmah : InsyaAllah..

Datin Hasnah : anak aku yang bongsu dapat SBP..terbaik dalam Malaysia..
Ustazah Rahmah : anak bongsu saya masuk sekolah pondok...
Datin Hasnah : ish ish...sekolah pondok je?
Ustazah Rahmah : alhamdulillah...

Datin Hasnah : Harijadi aku hari tu, aku dapat Ipad..kau dapat apa?
Ustazah Rahmah : Al-Quran..
Datin Hasnah : emm..Ok la tu daripada tak dapat apa-apa kan..
Ustazah Rahmah : alhamdulillah..

Datin Hasnah : masa lapang, aku selalu pegi shopping kat pavilion, driver aku hantar naik kereta Ferraro..
Ustazah Rahmah : saya tak banyak masa lapang, sebab saya kene pergi masjid ajar kelas fardu ain..naik bas..
Datin Hasnah : ooo..kesian!
Ustazah Rahmah : alhamdulillah..

Datin Hasnah : Rumah banglo ni aku beli sendiri tau..guna duit aku..bayar cash!
Ustazah Rahmah : alhamdulillah..murah rezeki awak..
Datin Hasnah : Kau ada rumah yang kau beli sendiri tak?
Ustazah Rahmah : Kat dunia ni takda la..kat akhirat nanti, InsyaAllah...




Sesetengah orang lebih berbangga dengan harta dan kelebihan yang Allah pinjamkan di dunia..tapi sesetangah orang memilih untuk bersederhana di dunia kerana bagi mereka, dunia hanyalah persinggahan sementara..kehidupan di alam sana lebih mereka nantikan..kita bagaimana?


Sunday, May 29, 2011

yang terbaik..

Perempuan dianugerahkan padanya 1001 cinta..
Perempuan dikurniakan padanya 1001 rasa..
Perempuan diberikan padanya 1001 kesakitan..
Perempuan dihamparkan padanya 1001 kemanisan...

Kerana pada perempuan terbit segala yang indah,
Kerana pada perempuan juga timbul segala fitnah...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ini entri lama diblog aku..tapi aku rasa tak semua orang dah baca..jadi aku edit balik khas untuk renungan dan tatapan para wanita..aku bagi kau semua 5 situasi kat sini..situasi ni boleh terjadi pada sesiapa sahaja..dan ada antara situasi ini yang sudah pon terjadi pada beberapa orang yang aku kenali...

1. Kalau ada seorang lelaki yang mengalami kecacatan pada salah satu saraf di tulang belakangnya kerana eksiden..dia seorang yang agak jambu paras rupa..miliki kerjaya, duit, kereta, bijak dan personaliti yang sangat menawan..namun kemalangan yang menimpa dirinya membuatkan dia tidak berupaya untuk memuaskan kehendak batin pasangan nya dan tidak mampu mempunyai zuriat satu hari kelak apabila sudah berkahwin..Dia mengambil keputusan untuk kekal bujang..baginya, dia tidak mahu mana-mana wanita mengahwini dirinya kerana kekurangan itu...aku nak tanya secara jujur pada semua wanita..ada tak siapa-siapa yang sanggup berkorban dan berkahwin dengan lelaki ini??..kalau kau sanggup, kau memang TERBAIK..

2. Andaikan diri kau seorang yang sangat cantik..lemah lembut..baik budi bahasa..satu hari perkara yang tak diduga berlaku..semua anggota sebelah kanan tercedera, luka, dan lumpuh..buruk sebelah badannya..ada tak mana-mana lelaki kat sini yang sanggup berkahwin dengan kau, mengambil kau sebagai isteri, menjaga kau dan tidak berasa malu untuk memperkenalkan kau di khalayak ramai..ada??..kalau ada, dia memang TERBAIK..

3. Kalau seorang lelaki yang sudah bertunang, dan tiba-tiba sebulan sebelum tarikh pernikahan nya berlangsung ditimpa kemalangan..kemalangan itu menyebabkan rahang mulutnya sebelah kiri bergerak ke sebelah kanan..selepas beberapa pembedahan..doktor berjaya meletakkan rahang nya di tempat yang asal namun di kedua-dua belah rahang nya terdapat besi yang menyokong serta mulutnya terpaksa dijahit di bahagian bawah..lelaki itu hanya boleh makan dan minum menggunakan straw..dan tidak boleh berjalan..andaikata, kau seorang perempuan dan merupakan tunang dia, sanggupkah kau meneruskan perkahwinan tersebut??sanggup kah kau hidup dan menjaga dirinya walaupon dia tak mampu mencari nafkah buat keluarga dan tidak berupaya membesarkan anak-anak bersama kau??..kalau kau sanggup, kau memang TERBAIK..


4. Kalau suami kau berkerja di sebuah kilang atau makmal yang mempunyai banyak bahan kimia berbahaya..Satu hari kemalangan besar telah berlaku di makmal tersebut menyebabkan makmal itu terbakar dan bahan kimia tertumpah ke atas badan suami kau.terhakis sebahagian anggota badannya...dan kau mempunyai 6 orang anak untuk dibesarkan dan masih bersekolah rendah...kos perbelanjaan sekolah yang tinggi serta kos rawatan suami kau lagi..apa yang akan kau buat???lari tinggalkan suami dan anak-anak?? kerja pagi petang siang malam menyara keluarga???..pilih la yang TERBAIK..

5. Kalau kau sudah berkahwin selama 10 tahun dan masih tidak dikurniakan cahaya mata, tiba-tiba satu hari kau dapat khabar gembira..diri kau mengandung..tapi malangnya, kau disahkan menghidapi Aids..adakah kau akan ambil keputusan untuk gugurkan kandungan itu yang 10 tahun kau tunggu-tunggu??atau kau akan bunuh anak dan diri kau kerana bimbang kalian akan membuatkan suami kau berjangkit dan bakal memalukan dirinya??atau pon kau nak jadi selfish, biarkan anak tu lahir dan menderita hidap penyakit aids disebabkan kau??..pilih yang mana bagi kau TERBAIK..


Sempurna sangat kah cinta kau pada pasangan kau??bukti kan..cuba bayangkan diri kau betul-betul berada dalam kelima-lima situasi ni...sanggup kah kau??sekadar cakap je siapa pon boleh, tapi bila betul-betul kene pada diri sendiri..baru kau tahu macam mana seksanya kau rasa..tak ramai yang tabah hadapi dugaan macam ni..Selama ni kau boleh berbangga sebab kau ada cinta yang kononya kau kata sempurna sedangkan kau dengan pasangan kau belum pernah diuji dengan ujian sebegini rupa...kalau kau sanggup terima kelima-lima orang kat atas ni, memang kau akan buat satu pengorbanan besar untuk cinta..


Saturday, May 28, 2011

Kau Yang Bernama Cinta

Perempuan,
hatinya lembut..
biar 1001 kemarahan kau lempiaskan..
dia tetap suka..

Perempuan,
hatinya asyik..
biar 1001 kebencian kau curahkan..
dia tetap cinta..

Kerana perempuan itu ibarat madu...
manisnya dia, tidak terkata..
Kerana perempuan itu adalah ratu...
tinggi peribadinya, padanya jua lah syurga...



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 
Tajuk : Kau Yang Bernama Cinta 
Nukilan : Platipus

"abang nak keluar mana malam2 ni?"
"woi!!..kau jangan nak sibuk2 tanya mana aku nak pegi, suka hati aku lah...bukan kene mintak izin kau pon.."
"tapi sya kan tengah sarat mengandung ni, tunggu masa je..abang teman la sya kat rumah ni.."
"kau ni perempuan tak bersyukur..aku nak kat kau pon dah kira bagus..kau ingat ya, aku dah berapa kali ulang ni..aku kawen dengan kau sebab kesian!!!..kesian!!..paham?!!"
"abang tak cintakan sya??"
"cinta aku hanya untuk kekasih aku..walaupon dia dah ada lelaki lain, aku tetap akan dapatkan dia!!"
"dia isteri orang bang.."
"pegi mati la kau, pangg!!!!!"

mengalir air mata aisyah saat mengenangkan bagaimana kasarnya dia dilayan oleh suaminya sendiri..lelaki yang dicintainya sepenuh hati..memang salah nya kerana berdegil ingin mengahwini faizal tiga tahun lalu..lelaki yang sedang dilanda kekecewaan kerana ditinggalkan kekasihnya..namun, baginya, faizal merupakan perkara terbaik yang pernah muncul dalam hidupnya..cintanya pada faizal sentiasa kembang harum mekar mewangi..faizal la cinta pertamanya..sedang aisyah asyik mengelamun, dania yang berusia dua tahun menarik lengan bajunya..

"anak ibu dah bangun ye..nak susu ke?"
angguk dania..sambil mata bundarnya tersenyum memandang ibunya..comel..tak ubah macam rupa aisyah..tapi entah mengapa, faizal tetap memandang bekas kekasihnya sebagai wanita terbaik dalam hidupnya..aisyah perlahan bangun untuk ke dapur, membuat susu dania..5 minit kemudian..

"nia sayang, susu dah siap"
manja si dania datang pada ibunya, sambil baring di ribaan aisyah..aisyah menyuap botol susu tersebut ke mulut dania..sambil mengusap-usap lembut rambut anaknya..jemari comel dania menggenggam erat botol susu terebut..

"nia sayang..ingat pesan ibu..dah besar nanti..kalau nak cari pasangan, cari lelaki yang betul-betul sayang kan nia..bukan yang nia sayang..sebab lelaki yang nia sayang, belum tentu menyayangi nia macam ibu sayang kan nia..macam ayah sayang kan nia.."
mengalir lagi mutiara jernih dari alis mata aisyah...seingatnya, tak pernah lagi melihat faizal melayan dania..kadang-kadang sewaktu anak kecil tersebut datang pada faizal untuk bermanja, dihalau dan dimarahi tanpa belas kasihan...dania yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa itu, seringkali menangis..

"bu, amau angis"..ucap dania pada ibunya..aisyah hanya tersenyum..5minit kemudian, dania sudah tertido di tepi aisyah..botol susu dania entah kemana bergolek..tangan dania erat memeluk patung beruang pemberian ibunya..

tiba-tiba aisyah lihat air mengalir dari celah-celah kakinya...dia cuba bangun perlahan-lahan...dia yakin, saatnya telah tiba...dia menjerit-jerit minta pertolongan tapi sayang, tiada siapa melainkan nia dan dirinya di rumah itu...sewaktu sedang perlahan-lahan menuju ke telefon rumah untuk menghubungi faizal,

"bukkkk!"
aisyah terjatuh kerana terpijak botol susu anaknya tadi..kepala nya terhentak ke lantai..aisyah tidak sedarkan diri...darah mengalir dengan banyak...dania terjaga..menangis teresak-esak mengejutkan ibunya.."bu, angun la...angun..."

seminit kemudian faizal tiba, terkejut melihat aisyah dalam keadaan berlumuran darah..

"sya!!...kenapa ni??!!..nia, napa ibu macam ni!!?"
diangkat aisyah dan dibawa masuk ke dalam kereta secepat mugkin...nia turut dibawa sama..setibanya di hospital, aisyah mendapat rawatan kecemasan..faizal mundar-mandir di luar wad kecemasan..menyesal dengan sikap sambil lewa nya pada aisyah..dania masih menangis sambil tangannya tidak lepas memegang patung beruang itu tadi..

sejam kemudian, doktor keluar dan faizal meluru ke arah doktor...
"doktor, isteri dan anak saya macam mana??"
"tahniah, awak dapat anak lelaki.."
"isteri saya??"
"maafkan kami, hentakkan di kepalanya sangat kuat..kami tak berjaya menyelamatkan beliau..."

faizal meraung menangis teresak-esak..inilah salahnya,..mensia-siakan cinta dan kasih sayang seorang isteri yang setia..dia menyesal kerana tidak pernah melayan aisyah dengan baik..4 tahun sudah berlalu, dania dan danish, tidak berpeluang merasa kasih sayang seorang ibu..baru kini dia sedar akan cinta aisyah pada dirinya dan anak-anak mereka.."aisyah, kau lah yang bernama cinta", itu yang sering diungkapkan faizal pada dirinya..semoga roh aisyah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman..amin~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...