Pages

Showing posts with label insaf. Show all posts
Showing posts with label insaf. Show all posts

Monday, February 24, 2014

*Perempuan dan Produk Beracun



Hai darlings~

Maaf lama tak menulis di sini. Rasa dah berkurun blog ini tidak ber-update. Kali ini saya terpanggil untuk mengisi ruangan ini dengan topic yang biasa-biasa tapi … hmm.. rasanya perlu disensasikan lagi. Perempuan dan produk beracun. Nah. Terus kamu akan membayangkan macam-macam, bukan? Slimming product, skin care, etc. etc. Produk untuk rapatkan keintiman dan supaya suami sayang pun ada. -.-“” 

Ok. Izinkan saya gunakan kata ganti diri “aku” dalam coretan kali ini. Aku rasa lebih selesa untuk menggunakan “aku” dan “kau” dalam entry kali ini. Maaf ye.

Baru-baru ini aku ada terbaca di dinding Facebook hasil perkongsian kawan-kawan tentang bahayanya satu produk kecantikkan ini. Collagen Plus Vit. E ringkasnya CPVE. Sebenarnya isu ini sudah lama. Bukan satu produk ni saja. Tapi dah berlambak-lambak produk beracun perempuan-perempuan kita ni dah terjebak. Kenapa? Isunya kenapa masih timbul lagi hal macam ni? Kenapa? Ada kau terfikir kenapaaaaaaaa??

Macam ni lah. Aku nak tanya kau-kau semua. Hisap rokok bahaya tak? Bahaya kannnn… Semua orang tahu orang hisap rokok itu dia telah membahayakan kesihatannya. Tak kisah la lelaki atau perempuan. Tapi kebanyakkan kita akan menumpukan isu hisap rokok membahayakan kesihatan ini beratnya jatuh pada golongan lelaki. Kan? Hari-hari suami/abang/boyfriend/bapak/atuk/pakcik kau-kau semua hisap rokok. Boleh imagine tahap kedegilan mereka pada produk yang telah disahkan membahayakan kesihatan ni. Mereka tak takut mati punnnn….

Jadi apa bezanya perempuan dengan produk beracun?? Bahaya ke tak bahaya? Bahaya juga kannnn….Semua perempuan terus takut bila dapat tahu produk yang dia dah guna tu mengandungi racun yang berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Terus buang produk tu. Takut nak guna lagi. Rasa menyesal. Down sangat! Terus rasa macam nak rendam muka dalam air zam-zam supaya kembali suci dari racun yang kononnya membahayakan diri dan menyebabkan kanser. Hah! Tu diaa… Takut kena kanser rupanyaaaa!!! Heh~

Macam ni lah. Jujur cakap. Sebenarnya aku ni pun tergolong dalam kategori perempuan-perempuan yang terjebak dengan produk beracun ni. Siapa yang tak nak cantik,kan? 
Mengikut pengalaman aku, produk kecantikan yang beracun yang pertama aku pakai adalah Natasya. Pastu bila dah ketagih dengan kulit cantik, bila dah stop guna produk Natasya aku try pulak guna macam-macam lagi lah produk. Tia Amelia. De Putih. Sri Mawar. Sendayu Tinggi. Ok. Ini produk buatan Malaysia yang aku rasa termasuk dalam isu produk beracun yang aku guna. Lain-lain yang tidak tersenarai memang tak pernah cuba. Oh. Produk Indonesia yang aku dah cuba Krim SJ dan CPVE tu lah. Hahaha! Teruk kan?? Nampak tak tahap kedegilan orang perempuan ni sama je dengan orang lelaki. Tapi serius cakap, dalam banyak-banyak tu, Sri Mawar je yang efeknya agak slow… memang tak nampak langsung. Rasa macam memang kau takkan puas pakai produk Sri Mawar sebab tak memberi efek yang kau nakkan sebenarnya. Tapi serius cakap, produk Sri Mawar memang tidak tersenarai pun produk yang beracun. Heh. Tapi tu lah. Mahal. Toner jer dah RM70. Belum lagi krim yang lain-lainnya. Pung pang pung pang adalah RM200++. Tak mampu den nak maintain. Heh~ 

Maksudnya di sini orang perempuan memang suka dengan produk yang murah dan memberi kesan seperti yang diidamkan dengan cepat! Yes! Memang. Diulang lagi. PRODUK MURAH + KESAN CEPAT. Aku akui. Dan aku pasti ramai di luar sana yang mengaku “tak” tapi sebenarnya “iya”. Heh jangan nak tipu la. Mungkin ada yang tak terjebak. Sama ada kulit kau memang cantik sejak azali dan tak perlukan benda tu semua atau memang kau jenis yang tak kisah dengan kulit muka yang suram dan kusam asalkan kau rasa selamat dari racun. Kan? ;) Psstt… kau lupa sesuatu kawan. Kau rasa makanan yang kau makan setiap hari tu benar-benar bebas racun ke? Hehh~ *gelak tumbuh tanduk* 

Ini pendapat aku secara peribadi. Jadi, sama ada kau nak setuju ataupun tidak, terpulang. Baca je la entry ni dengan hati dan jiwa yang lapang lagi terbuka dan positive. Okey?` Ikut la sifu korang si DAO tu yang ajar korang untuk positive thinking. Gituu… Okey?` 

Menurut pendapat aku, hidup kita ini kena seimbang. Ada masa susah, ada masa senang. Bila kau susah, mesti kau akan berusaha untuk jadi senang. Bila kau rasa diri tak cantik, mesti kau akan berusaha merawat diri untuk jadi cantik. Kulit gelap mesti nak diputihkan. Jerawat bersepah haruslah dihapuskan. Benci tengok muka sendiri macam jalan tak siap. Rasa down gila. Rasa malu. Rasa hambar hidup. Semua rasa-rasa yang negative. Sebenarnya perempuan nak tampil cantik bukan lah untuk pandangan orang lain semata-mata. Bukan. Aku perempuan aku tahu lah! Sebenarnya 70% perasaan perempuan nak cantik adalah untuk meningkatkan keyakinan diri sendiri. Untuk diri sendiri. Faham tak orang lelaki?!` 30% lagi untuk tarik perhatian kalian. Cukup.

Sama ada produk itu beracun ataupun tidak, murah ataupun mahal, original ke tak original, aku yakin perempuan-perempuan ini (lihat gambar) pasti merasa diri lebih yakin setelah mendapatkan semula kecantikan mereka yang sebenar. Kulit bersih, cerah, bebas jerawat dan tak lagi kusam. Ya Allah. Indahnya ciptaan Mu. 




gambar: sumber google


Aku yakin sangat mereka sudah berusaha keras untuk dapatkan kecantikkan yang mereka idamkan. Rasa seperti hidup yang gelap gulita menjadi indah berwarna-warni disinari pelangi dan burung-burung pun berkicauan riang. Ceeewahh~ 

Tak salah sebenarnya kalau nak pakai produk beracun ni untuk mengembalikan semula kulit yang rosak kusam kelam tu. Kita guna racun untuk membunuh serangga perosak, bukan? Sama la hal nya isu ini. Guna racun untuk matikan kuman penyebab jerawat di kulit. Eh? Ntah la aku tak arif. Tapi kena beringat-ingat la. Racun tetap racun. Pada pendapat aku, penggunaan racun dalam kuantiti yang minimal ia tidaklah memudaratkan sepanjang hayat. Kau nak terus buang produk tu tak salah. Tapi yang tak berduit, nak buang mesti rasa macam… aduhaiiii~ aku paham perasaan itu. Paham sangat. Sila lah teruskan kalau kau tak merasa efek-efek buruk seperti orang lain rasakan. 

Apapun produk tak semua orang serasi, kan? So, kau tahu diri kau. Jadi kau tak perlu melatah. Kalau ngam, kau boleh teruskan menggunakan produk tu. Tapi jangan terlampau bergantung sangat. Kalau tak ngam dan muka kau betul-betul dah mengalami “kejutan” akibat tindakbalas negative bahan beracun tu pada kulit muka kau, silalah cepat-cepat dapatkan rawatan pakar kulit. Heh. Hidup ini seimbang, bukan? Setiap racun pasti ada ubatnya. Yakin saja. Aku juga yakin tak semua orang mengalami efek yang buruk akibat penggunaan produk yang mengandungi racun. Mungkin ada di kalangan kita yang mempunyai kulit yang tahan lasak. Macam aku, produk Natasya memang betul-betul dah buat kulit aku cantik. Tapi sekejap je. Setahun dua. Pastu kulit muka aku rasa terbakar bila kena cahaya matahari terik. Azabnya kemain masa tu. Menyesal juga tapi aku tetap tak serik. Tetap berusaha mengembalikan semula wajah yang cantik putih berseri dengan bertukar produk. Hihi. So bagi yang tak bermasalah dengan produk beracun tu… aku nasihatkan kena juga pandai selang selikan dengan rawatan alternative lain untuk buang racun dalam badan. Contohnya detox. Minum la green tea (ini terapi aku) atau apa-apa yang boleh buat kau “membuang” dengan banyak setiap hari. Selain tu, amalkanlah berbekam. Sunah Nabi tu… Bekam bukan sahaja boleh di buat pada badan tau. Kat muka pun boleh. Pasti efek produk beracun tu dapat diatasi. Yang penting kau yakin yang kau akan baik-baik saja. 

Bagi aku hidup kita tak perlu nak cepat melatah. Setiap racun pasti ada penawarnya. Asal saja kau amalkan hidup dengan kesederhanaan dan keseimbangan. Sama la juga dengan lelaki yang hisap rokok tu. Tak semua penghisap rokok menghidap sakit jantung. Ada juga yang perokok tegar tapi jantung dan organ dalamannya masih sihat. Mungkin juga dia mengamalkan aktiviti fizikal yang sihat walaupun dia hisap rokok. Haaa…. Kan. Tak semestinya si perokok tegar akan tamat riwayatnya disebabkan penyakit akibat rokok. Haaa… Nampak tak apa yang aku nak sampaikan di sini? So samalah juga dengan orang perempuan yang suka ambil risiko untuk cantik. Ah, apa la yang orang perempuan boleh buat untuk terus tampil cantik tanpa perlu mengambil risiko? Hidup ini juga penuh risiko. Baik tetap ada buruknya. Itu kejadian semulajadi alam. Setiap hari adalah penuh dengan risiko. Jadi tak perlulah paranoid sangat.

Untuk para pengeluar produk, aku bukanlah menyokong sangat dengan penjualan produk beracun korang tu. Sila lah buat research dengan lebih bersungguh-sungguh lepas ni. Jangan main tangkap muat, repack semula pastu jual. Haih. Usahakanlah keluarkan produk murah dan tidak terlalu berisiko. Permintaan tetap ada. Orang perempuan tetap akan membeli dan sentiasa mencuba. Aku pun tak tahu bila laaa orang perempuan ni nak berhenti. Hehehe. 

Oh ye. Produk Sendayu Tinggi yang mudah didapati di Watson sekarang tidaklah seteruk dulu. Kini lebih baik kot. Aku dah try. Korang pun boleh lah cuba kalau rasa-rasa nak tukar ke produk yang lebih terjamin kualiti dan harganya. Ini iklan tidak berbayar. Haha. Untung bisnes kau cik puan Rozita Ibrahim. Paling cikai pun, kalau nak pakai produk murah dan cepat kesannya, kembalilah kepada Fair & Lovely. Ramai yang dah lupakan jenama produk ni disebabkan lambakkan produk terbaru yang banyak testimoni kebabom depan mata! Hihi. Fair & Lovely ni tak lah cepat sangat pun kesan pencerahannya tapi ok-ok lah untuk dipakai sepanjang hayat. Serius yang ini dijamin tidak mengecewakan. Dulu hingga kini. ;) 

Tak puas hati dengan entry ni? Tak mau gaduh. Kau pergi la mengamuk sendiri-sendiri di sana… :p~ 



Friday, August 2, 2013

*kenapa perempuan perlu ada kerjaya sebelum dan selepas kahwin?


sebab 

1) kita tak tahu panjang mana umur makbapak/suami kita
2) kita tak tahu sesetia mana suami kita lagi 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun...
3) kalau terbiasa tak bekerja, bila ada apa-apa masalah kewangan, sukar nak keluar dan mencari pekerjaan sebab tak biasa ditambah pula tiada pengalaman. 

sila hadam link di bawah ini. buka minda dan hati anda.
sampai bila nak hidup terus meminta-minta? 
sampai bila nak hidup terus bergantung pada orang lain? 
bukan tak boleh. tapi.. 
sampai bila???! 
cukupkahh???!
bukan satu orang. bukan dua orang. 
tapi ramai perempuan menghadapi masalah seperti ini. 
awak mahu hidup macam ni??? 

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/saya-perlukan-bantuan-1.187493 

Sunday, July 31, 2011

Alahai Bulan Puasa.


Entry repost lagi dari blog sendiri. Akibat kekangan masa dan idea, maka repost lah apa yang ada. ==


Ramadhan bakal menjengah tiba. Kedatangan Ramadhan biasanya disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran oleh umat Islam. Bulan penuh keberkatan. Bulan yang mula lah manusia berlumba-lumba cari karung guni nak isi banyak-banyak pahala. Kalau bulan lain Al-Quran cuma terletak cantik dalam almari kaca, sekarang lah masanya nak bawak keluar nak selak sehelai dua untuk dibaca. Tak begitu, cik Kiah? Hihi.

Fadhilat puasa menurut Islam, aku kira semua ringan jari kan untuk mengGoogle sendiri? Entry kali ni cuma nak cerita fenomena bulan puasa dan kebiasaan yang orang buad waktu bulan puasa.

Bila datang bulan puasa ni, waktu ni lah masjid masjid cantik cantik yang pada bulan bulan lain cuma menjadi 'hiasan' macam lampu kelap kelip jalan tu; mula berpenghuni dengan manusia yang ingin beribadat terutamanya solat tarawikh. Itu pun kebiasaan buat dalam 4 ke 8 rakaat. Nak buat sampai 20 rakaat? Hemphh. Kena fikir panjang dulu. Masuk rakaat ke lapan, belum masuk lagi pun 3 rakaat yang witir, dah mula kebas kaki dah macam nak patah pinggang sebab tak biasa buad solat sunat lama lama sangat. Ni mesti waktu buka tadi dok mencekik sampai nak terkeluar balik makanan. Sebab tu tak larat? Err. No komen. 

Aku kadangkadang turut berasa begitu waktu solat tarawikh. Lenguh sana. Kebas sini. Itu lah mindset kita. Macamanalah tak sakit badan sana sini. Bila waktu bulan puasa baru nak buat benda sunat. Baru nak istiqamah yang wajib. Macamana badan tu nak tahan lama kan? Haaaa. Tu dia dah mula dahhh nak bagi ceramah freeee. ;)


Biasanya awal bulan, penuh lah masjid tu waktu solat sunat tarawikh. Semangat Ramadhan masih membara katanya. Alhamdulillah, ramai yang datang mengimarahkan masjid. Bila dah hujung hujung bulan tu, "aik? dah lengang?" Kenapa? Apa api semangat tadi dah padam ditimpa hujan? Bukan sepatutnya 10 malam terakhir Ramadhan tu yang patut dikejar? "Bukan taknak pergi, tapi tu lah. Busyyyy buat persiapan raya ni." Ramai takde masa lah. Lagi lagi perempuan. Almaklumlah tak menyempat nak buad persediaan 'grand' untuk Raya katanya. Raya dah nak dekat ni. Padahal bulan puasa pun belum nak masuk lagi. ;P

Bila puasa, mula lah dah terliur bayangkan macam macam makanan yang ada kat Bazar Ramadhan. "Plan nak beli satu dua jenis je buat buka, kat rumah pun dah masak tadi. Beli air soya sebungkus dengan kuih singgit dah lah." Tu diaaa. Niat dah ada dah. Baekkk punya niat. Sampai je bazar, hamek kau. Ayam dah gumbira bergolek golek atas bara api dengan rempah dia yang dah menitis-nitis kat arang. Ikan pari bakar dah macam dok melambai lambai je mintak dibeli. Yang nasi kerabu dia, mak aih. Kecur air liuq. Banjir dah dalam mulut tu. Tak mampu nak tahan! Last last penuh tempat duduk belakang dengan makanan sampai tak nampak cermin belakang dah bila nak reverse kereta. Masih nak salahkan syaitan goda lagi ke? Hihi.

Kalau ikut kalendar, insyaAllah dalam hari Isnin dah mula puasa.

"Dah nak masuk bulan puasa dah? Alamakkk kain langsir baju raya kuih raya apa semua tak ready lagiiiii. Tak lama nak raya dahhh." Yang perempuan mula biru muka. Suspens punya pasal. Risau sangat kalau Raya nanti langsir tak berganti, baju raya takbeli. Takde yang baru, tak feel lah raya orang kataaaaa. Kebiasaannya orang kalau bab raya memang eksaited tak ingat dunia. Semua nak baru. Sofa baru. TV plasma nak baru. Sampai alas kaki pun nak baru juga? Masalahh kalau sampai macamtu. 

Takboleh salahkan orang juga, tengok je lah kat media massa media eletrik elektronik ke hapa semua. Yang kat tv, belum pun masuk bulan puasa dah sibuk tayang iklan Raya. "Sale Kamdar! Kain langsir kain baju termurah! Potongan sehingga 80%!" Tak sawan Mak Bedah sebelah tu nampak iklan macamtu? Boleh jadi taksenang duduk dibuatnya si Mak Bedah nak pergi serang Kamdar. Dah lah baru lepas selak surat khabar tadi penuh iklan SALE sampai juling bijik mata. Macamana lah nak tahan nafsu kalau dah macamtu kan? Hihi. Kesian Mak Bedah jadi bahan pulak. ;P

Raya, raya juga. Yang puasa ni lebih utama. Disamping banyak fadhilatnya, waktu ni lah kita nak jinakkan hawa nafsu yang dah memang obese besar tu. Kalau bulan puasa kita boleh kawal nafsu, kenapa tak boleh buat pada bulan bulan yang lain? Kalau bulan puasa boleh luangkan lebih masa untuk beribadat kepadaNya, kenapa bulan bulan lain takboleh? "Bukan takboleh, tak mampu nak tepis godaan syaitan je sebenarnya. Yelah. Bulan puasa kan syaitan kena rantai? Bulan lain dia tak kena rantai dahh", kata Ali kepada ibunya. ;P Bulan Syawal nak meraikan 'kemenangan' kita umat Islam setelah sebulan menahan lapar dan dahaga. Bukan takat tahan makan minum je, yang nurani tu juga kena tahan. Nak sambut 'hari kemenangan' tu pun berpada-pada lah. Sambut sederhana je. Walau dah menang pun, kena lah rendah diri juga ye dokk? Hihi.


Selamat Menghadapi Bulan Ramadhan! :)


Tuesday, June 28, 2011

Perempuan Melayu Dan Sindiket Dadah. Kenapa??

Huh. Gua emo teruk kot hari ni. Apekedehal perempuan selalu kena point, bro? Gua memang tak puas hati. Tapi gua terpaksa emo sorang-sorang. Gua terpaksa peluk lutut gua kat tepi penjuru bilik sorang-sorang. Kenapa? Sebab memang dah realiti perempuan senang kena tipu kena perdaya. Pahit pun gua terpaksa telan.

Lu yang perempuan tu. Lu tak setuju dengan kata-kata gua? Lu nak buat muncung itik panjang berdepa-depa? Gua bagi lu tali. Lu orang ikat muncung lu orang sendiri. Hari ni gua tak layan perempuan muncung-muncung ni.

Gua tak main main bro. Gua serius.

Hari ni gua bernada serius. Gua punya entri hari ni takde benda-benda jiwang besi berkarat. So gua rasa takde sorang pun minah yang akan tersipu-sipu terkedip bulu mata lepas baca entry  ni. Kalau masih ada yang dok tergesel gesel jugak kat tepi tiang lepas ni, lebih baik lu blah. Pergi gesel kat tempat lain. Yang lelaki pun, lu orang kena baca kalau takmau awek lu lari tinggalkan lu sebab nak jadi penagih cinta lelaki Afrika. =..=

Perempuan melesia senang kena perangkap? Lebih tepat lagi kalau gua tulis; Perempuan Melayu kita senang jadi mangsa tipu daya? Lu yang bakal terasa tu. Siap sedia panggang punggung sendiri. Nasib lah lu panggang sampai masak ke tak. Gua nak cerita pasal isu semasa melibatkan lu yang perempuan Melayu. Gua nak beritahu pasal kes sindiket seludup dadah ke luar negara.

Gua bukan nak racist kat sini. Ni blog 1Malaysia. Heh? Gua bukan nak berat sebelah asyik nak kutuk bangsa sendiri. Tapi ini realiti bukan fantasi. Gua takcakap kes sindiket dadah antarabangsa ni takde perempuan bangsa lain yang terlibat. Tapi lu fikir sendiri. Bila ada kes entah apa-apa. Bukan bangsa Melayu jadi yang pertamaxx?
*gua buat xx tu sebab gua bangga. Gua nak bagi hug.

Apekejadahnya sebab perempuan Melayu suka sangat terjebak dengan sindiket ni? Gua list kan 2 modus operandi utama. Apa sebab perempuan Melayu kita senang betul masuk perangkap tipu daya. Lepastu lu orang sila ambil masa pergi sejukkan punggung tu.

1) Beroperasi dengan bertopengkan 'tawaran pekerjaan lumayan' yang menjanjikan kemewahan.

Lumrah bro benda ni jadi sebab utama perempuan melesia kena tipu. Waktu sekolah, bercinta. Habis waktu pergi sekolah, berjimba berpesta ria. Keluar slip peperiksaan, dakwat hitam macam mustahil nak guna tapi dakwat merah penuh atas slip. Huruf "G" hampir tertulis pada setiap subjek pelajaran yang lu orang amek. Tamat sekolah takat takat SPM je sebab dah tak minat belajar, tapi sibuk nak bekerja. Kerja kedai reload topup sebulan dua, resign. Bosan katanya lelaki hidung belang asyik datang kedai mengganggu. Gaji pun kecik sangat takat lepas nak buat makan minum sendiri. Kerja sana sini pun tak tetap. Asyik berhenti kerja. Macam biasa. Gaji kecik. Waktu belajar tak fikir pula masa depan. Dah habis sekolah dengan result ciput lagi nak demand gaji besar hidup mewah berumah berkolam renang.

Perempuan type ni senang kena jerat dengan janji-janji pekerjaan yang tak guna slip peperiksaan tapi gaji lumayan boleh beli apartment, atau kondominium atas bukit. Kerjanya gampang. Lu boleh ke luar negara tak perlu nak modal apa. Lu cuma perlu bawak 'barang penting' dan hantar pada orang yang tertentu yang dah ditetapkan. Kau tak perlu buat apa sangat. Tak perlu banting tulang 4 kerat, tak perlu membazir keringat. Cuma pergi sampai kan barang. Gampang kan? Gaji banyak pula angka kosong kat belakang. Takpayah belajar tinggi-tinggi jadi ahli politik yang seumur hidup berkerut dahi memikirkan macamana cara nak majukan telan duit rakyat.

Biasanya memang perempuan jenis ini lah yang mudah kena umpan dengan pekerjaan yang menjanjikan kemewahan. Jangan terkejut kalau gua kata kebanyakan kes, perempuan perempuan ni semua takpernah tau pun selama ni yang dia dok usung sana sini tu dadah. =..=

2) Jerat manesnya kurma ini cinta lelaki warga asing.

Yang ni seriously gua sakit hati. Perempuan Melayu senang ditabur janji. Nak jerat diorang ni senang je. Lu takpayah sesusah nak tanam tebu tepi bibir ke apa. Sebab perempuan kita guna gula kampit je dah cukup nak buat diorang sangkut. Tapi gua cakap ni bukan untuk kau lah, bro. Untuk lelaki-lelaki berkulit hitam bertubuh sasa agak-agak muka bengis tahap karma punya. Gua sedang bercakap tentang lelaki Afrika. =..= Kenapa eh kebanyakan perempuan Melayu yang terjerat dengan sindiket ni suka cinta mati dekat lelaki warga asing Afrika? Gua blank. Serius gua blank. Lu orang ada cowok Afrika? Sila jelaskan sebabnya mengapa. Gua tensen ni memikir.

awhhhh =..=

Biasalah perempuan takberapa nak reti bersyukur. Dok skeptik dengan lelaki tempatan. Dok anti dok benci taknak tengok muka lelaki bangsa sendiri. Katanya lelaki bangsa sendiri jahat. Penipu. Main mainkan cinta. Katanya lelaki asing itu romantika. Memahami. Tahu ambil hati. Poket penuh dengan not not seratus ringgit. Setakat sejambak bunga hari hari, takdak hal lah. Lelaki Melayu? Hemphh. Nak harapkan sekuntum bunga pun, bertahun-tahun tunggu belum tentu boleh nak bagi. See? Lu tengoklah perangai eksyen perempuan Melayu kita sekarang.

Dan gua sedih. Kebanyakan kes terjerat cinta lelaki asing ni kebanyakan budak IPT macam gua. Takpasalpasal orang pandang gua amcam gua ada balak Afrika. Padahal balak gua pure jawa. Kesian balak gua. Bila dah terjerat cinta, jadi sayang gila. Lelaki asing ajak tinggalkan melesia kononnya nak bina hidup lebik baik di luar negara. Lu orang ikut. Lu orang konon setia. Lu orang tinggalkan keluarga. Konon lu orang rasa itulah cinta. Hakptui.

Harapkan panas sampai ke petang, tapi hujan pula di tengah hari. Takpasalpasal kantoi bawak dadah waktu lu kat luar negara. Lelaki lu sayang entah ke mana. Lu orang ke bicara. Kena penjara. Mana pergi cinta? Mana pergi jejaka Afrika? LOL.

Tuesday, May 24, 2011

Perempuan dan fesyen

Assalamualaikum girls and gays ;)

Fesyen dan perempuan takan dapat dipisahkan. Dari zaman penjajah dulu hinggalah disaat kita tak heran lagi keluar rumah 2,3pagi.

Malah kini, fesyen untuk gadis bertudung lebih havoc dan makin ramai gadis-gadis free hair diluar sana teruja untuk berhijab. Alhamdulillah.

Inilah yang aku katakan mangsa fesyen. Oh, gadis semasa.

Tapi pernah terfikir tak kadang-kadang kau sampai jadi mangsa fesyen sampai bagi peluang kat pelancap-pelancap diluar sana menambah dosa kau sebab menaikkan nafsu serakah mereka yang memang tak pernah turun.

Pakaian pelangi yang kau banggakan tu pulak, pernah terfikir tak akan jadi bahan umpatan. Kau fikir kau tak berdosa? Kau berdosa juga sebab kau berlebihan sehingga membuatkan orang sekeliling mengumpat. Kan Tuhan dah pesan, bersederhanalah dalam semua perkara.

Yang membuatkan aku terdetik untuk share isu ni bila seorang kawan aku. NON-MALAY. Bercerita pada aku tentang gadis melayu islam yang gila berfesyen. Sehinggakan dia naik jelik dan rimas dengan shawl-lilit-tanpa-pin-yang-serabai yang jadi trend sekarang ni. Sumpah aku malu masa dengar dia cerita. Haish.

Lagi satu yang aku tak berkenan, bila gadis-gadis melayu islam ni yang buat vlog tutorial cara-lilit-shawl-hala-tajila. Haish. Nampak leher, dada semua. Bukan perempuan je tahu yang boleh buka youtube tu. Tapi semua gender satu dunia ni tengok leher jinjang dada mantap kau. So, apa maknanya lagi bertudung? Tapi ada satu video tutorial yang sangat menarik minat aku.

Dia sangat menjaga aurat dan shawl yang dipakai memang gerenti menutup apa yang patut

Tak salah sebenarnya berfesyen. Tak salah kalau nak cantik. Tapi semua perkara ada batasnya. Sedangkan dalam beribadat pun nabi pesan supaya tidak berlebihan (betulkan kalau aku salah). Inikan pula perkara yang tak ada membawa apa-apa kredit di padang mahsyar kelak.

Kan manis macam ni.

Ini peringatan. Bukan untuk kau sahaja perempuan. Tapi aku juga. Alang-alang dah pakai tudungkan, sama-samalah kita cuba menyempurnakan apa yang patut. Islam tak memaksa. Tapi sekali bila kau berada dalam agama Islam, kau mesti ikut peraturan yang ditetapkan. Contoh paling mudah kau diberi pilihan kerja swasta atau gomen. Kalau kau pilih gomen, kau ikutlah peraturan yang dah termaktub. No choice.

Monday, May 23, 2011

material plastik

Eh, yooouuu! tau tak nanti Apple nak release Iphone 5 pulak akhir tahun nie? I nak tukarlah, Iphone 4 nie dah ramai yang pakai la." tanya Lisa pada Mira sambil gigih bermain Angry Bird dalam Iphone 4 putih yang disalut dengan berlian blingblingnya.

I taula, tapi sekarang kan glemer lagik kalau pakai Samsung Galaxy series? Stylo lah babe. You nie kan
tak up-to-date langsung la." kata Mira sambil mencebik bibirnya yang ala Kilafairy. Taknak mengaku kalah dengan Lisa, dia mengeluarkan Samsung Arc yang baru dibelinya semalam.
                                                                               .......

Hi materialistic girlsssss,
 

Pernah tak berjumpa or terlibat dengan situasi di atas? Maybe not including that gadget but something else perhaps.  But girlsssssssss as I know mana boleh orang lain lebih dari dia kann? Kalau boleh nak dia je paling ngetopps ,paling retiss. However, sweethearts ;

Have you ever thought that life is so unfair, that life sucks, that u are “poor”?

And there is other girls that is so sty-lo with their blingbling jewellery, LV beg, Gucci watch and Jimmy Choo pumps? The increasing jealousy can turned into hatred as you can't get what they have just because you don't have the branded things this hot stuff girl have. Some girls, willing to do anything just to be in the same level or be treated like a princess in their life circle. Pointnya, aku rasa girls sekarang sudah terlalu mewah. Nak apa je dapat, and aku rasa parents prefer bagi apa saja dekat anak perempuan dia. Laptop, branded hp or designer clothes.  Mungkin based on girl's performance in studies or their *konon-konon baik punya perangai depan mak bapak.
 

 Tapi, aku bet ramai yang tak pernah rasa puas hati. Kalau boleh semua yang latest dia nak. Ipad keluar dia nak then keluar pulak Ipad 2 nak jugak. Kiranya dia soranglah yang up-to-date. Girls, your mind keep telling you that you are poor as you can't get what you want. It is just because your parents won't let you have these and that although they can afford it. Don't be so immature and selfish girls. Your parents may have something more important to do with the fulus than give it to you as your shopping expenses. And you happily shopping online, choosing shawls, skirts, make up and etc. Morever, as years passed by the trends change. Trend of the teens nowadays is DSLR, Iphone 4 or Samsung tab. New clothes from Adidas, handbags from Guess or perfume from Ralph Lauren is hard to get. Far from your reach. Or you can't get more pocket money to buy unnecessary things.



Sunday, May 22, 2011

bila sudah tiada..

Assalamualaikum,
  
Pernah tak terbayang tiba-tiba perempuan itu, yang selalu setia di sisi, yang sanggup mendengar luahan hati kau, bagi sokongan, sanggup buat apa sahaja demi kau tiba-tiba.. hilang. 

Hilang dari hidup kau. Masa itu dia takkan lagi melihat kau dengan rasa kasih, takkan lagi kedengaran suara lembutnya memujuk kau yang merajuk,takkan lagi kau dapat sentuh dan merasa kehangatan daripadanya. Pada masa tu apa yang kau akan buat? Meraung? Menangis menyesal? Apa gunanya lagi bila dia sudah tak mampu bersuara,melihat segala kesedihan kau tu. Kalau dulu pasti, tanpa ragu ditepuk-tepuk bahu dan dirangkul erat. Itu dulu. Kini?
Boleh kau bayangkan bagaimana hidup kau tanpa dia di sisi? 
Imaginasi korang memang liar kan? then cuba bayang bila satu hari kau bangun dan kau tak nampak dia. Bila azan Subuh yang dilaungkan bilal, kau peluk erat bantal itu. Ditariknya selimut menutupi paras kepala agar  tidurmu lebih enak. Kedengaran suara sayu ayah meminta kau bangun. Kau mengiring, pejam celik sampil ligat membuat keputusan. Dengan liat kau bangun. Hari ini terasa sunyi. Selalunya kau terbangun dek ketukan di pintu kayu itu beserta ngomelan perempuan itu, susah payah kau tinggalkan selimut yang tebal itu pabila telinga sudah kepanasan mendengar bebelan dia di pagi yang dingin ini. 

Usai solat Subuh, tanpa wirid dan doa kau melangkah ke dapur. Suasana sepi.  Selalunya kedengaran tingkah kuali dengan senduk bersama aroma nasi goreng kampung kegemaran kau tapi hari ini dapur itu sunyi tanpa penghuni setianya. Yang ada hanyalah lambakan pinggan mangkuk di singki yang sudah beberapa hari tidak dicuci. Kaki melangkah, mata mencari, mulut mula menutur kata apabila tiba-tiba minda berkata yang perempuan itu sudah tiada. Mutiara putih mula luruh di pagi yang kelam itu. Pipi gebumu basah, esakan makin meninggi. 

Mungkin sekarang bagi kau dia hanyalah perempuan biasa. Yang hanya tau melakukan kerja rumah. Tempat kau meminta wang, tempat kau cari apabila lapar. Nanti bila dia sudah tiada, masa tu jugak kau akan rindu kat dia. Rindu masakan dia, rindu omelan rindu kehadiran dia rindu dan rindu je yang ada dalam kamus hidup kau. Cukupkah segala yang kau lakukan untuk dia sekarang? Nak balas jasa,tak mungkin akan terbalas. 

Kalau tak mampu buat sesuatu yang istimewa untuk dia, cukuplah kau jadi anak yang baik, yang tidak menyakiti hati dia dengan suara kau yang tinggi itu. Dia tak perlu semua itu, sebab she have the best gift Allah can give her. You know what?
It's you. Bila kedengaran teriak kau sebaik dilahirkan hilang semua sakitnya. Hanya rasa gembira menyaluti hati si ibu. Dipanjatkan rasa syukur kepada Yang Esa.

Jangan sampai dia menitiskan air mata duka sebab kau yang tak sedar diri. Kau hidup kau ada atas dunia ni sebab perempuan itu juga tahu? Sila berpijak di bumi nyata ini. Air mata hanya untuk orang yang dikasihi bukan kerana disakiti oleh orang yang tak kenang budi. Satu hari nanti, hari ketiadaan dia akan datang juga. Tapi bila hari tu akan datang kita semua tak tau. Tak siapa tahu bila maut datang menjemput, samada kita dulu atau dia.  Jadi hargai dia sekarang manalah tahu kau yang pergi dulu sebelum dia. Kalau kau mati dulu, biar dia bangga sebab kau mati sebagai anak yang menurut kata bukannya si celaka. 

Bersediakah anda untuk hari itu?



 
# Esok-esok, bila Umi dah takde, baru awak rasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...