Pages

Showing posts with label hati perempuan. Show all posts
Showing posts with label hati perempuan. Show all posts

Monday, February 24, 2014

*Perempuan dan Produk Beracun



Hai darlings~

Maaf lama tak menulis di sini. Rasa dah berkurun blog ini tidak ber-update. Kali ini saya terpanggil untuk mengisi ruangan ini dengan topic yang biasa-biasa tapi … hmm.. rasanya perlu disensasikan lagi. Perempuan dan produk beracun. Nah. Terus kamu akan membayangkan macam-macam, bukan? Slimming product, skin care, etc. etc. Produk untuk rapatkan keintiman dan supaya suami sayang pun ada. -.-“” 

Ok. Izinkan saya gunakan kata ganti diri “aku” dalam coretan kali ini. Aku rasa lebih selesa untuk menggunakan “aku” dan “kau” dalam entry kali ini. Maaf ye.

Baru-baru ini aku ada terbaca di dinding Facebook hasil perkongsian kawan-kawan tentang bahayanya satu produk kecantikkan ini. Collagen Plus Vit. E ringkasnya CPVE. Sebenarnya isu ini sudah lama. Bukan satu produk ni saja. Tapi dah berlambak-lambak produk beracun perempuan-perempuan kita ni dah terjebak. Kenapa? Isunya kenapa masih timbul lagi hal macam ni? Kenapa? Ada kau terfikir kenapaaaaaaaa??

Macam ni lah. Aku nak tanya kau-kau semua. Hisap rokok bahaya tak? Bahaya kannnn… Semua orang tahu orang hisap rokok itu dia telah membahayakan kesihatannya. Tak kisah la lelaki atau perempuan. Tapi kebanyakkan kita akan menumpukan isu hisap rokok membahayakan kesihatan ini beratnya jatuh pada golongan lelaki. Kan? Hari-hari suami/abang/boyfriend/bapak/atuk/pakcik kau-kau semua hisap rokok. Boleh imagine tahap kedegilan mereka pada produk yang telah disahkan membahayakan kesihatan ni. Mereka tak takut mati punnnn….

Jadi apa bezanya perempuan dengan produk beracun?? Bahaya ke tak bahaya? Bahaya juga kannnn….Semua perempuan terus takut bila dapat tahu produk yang dia dah guna tu mengandungi racun yang berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Terus buang produk tu. Takut nak guna lagi. Rasa menyesal. Down sangat! Terus rasa macam nak rendam muka dalam air zam-zam supaya kembali suci dari racun yang kononnya membahayakan diri dan menyebabkan kanser. Hah! Tu diaa… Takut kena kanser rupanyaaaa!!! Heh~

Macam ni lah. Jujur cakap. Sebenarnya aku ni pun tergolong dalam kategori perempuan-perempuan yang terjebak dengan produk beracun ni. Siapa yang tak nak cantik,kan? 
Mengikut pengalaman aku, produk kecantikan yang beracun yang pertama aku pakai adalah Natasya. Pastu bila dah ketagih dengan kulit cantik, bila dah stop guna produk Natasya aku try pulak guna macam-macam lagi lah produk. Tia Amelia. De Putih. Sri Mawar. Sendayu Tinggi. Ok. Ini produk buatan Malaysia yang aku rasa termasuk dalam isu produk beracun yang aku guna. Lain-lain yang tidak tersenarai memang tak pernah cuba. Oh. Produk Indonesia yang aku dah cuba Krim SJ dan CPVE tu lah. Hahaha! Teruk kan?? Nampak tak tahap kedegilan orang perempuan ni sama je dengan orang lelaki. Tapi serius cakap, dalam banyak-banyak tu, Sri Mawar je yang efeknya agak slow… memang tak nampak langsung. Rasa macam memang kau takkan puas pakai produk Sri Mawar sebab tak memberi efek yang kau nakkan sebenarnya. Tapi serius cakap, produk Sri Mawar memang tidak tersenarai pun produk yang beracun. Heh. Tapi tu lah. Mahal. Toner jer dah RM70. Belum lagi krim yang lain-lainnya. Pung pang pung pang adalah RM200++. Tak mampu den nak maintain. Heh~ 

Maksudnya di sini orang perempuan memang suka dengan produk yang murah dan memberi kesan seperti yang diidamkan dengan cepat! Yes! Memang. Diulang lagi. PRODUK MURAH + KESAN CEPAT. Aku akui. Dan aku pasti ramai di luar sana yang mengaku “tak” tapi sebenarnya “iya”. Heh jangan nak tipu la. Mungkin ada yang tak terjebak. Sama ada kulit kau memang cantik sejak azali dan tak perlukan benda tu semua atau memang kau jenis yang tak kisah dengan kulit muka yang suram dan kusam asalkan kau rasa selamat dari racun. Kan? ;) Psstt… kau lupa sesuatu kawan. Kau rasa makanan yang kau makan setiap hari tu benar-benar bebas racun ke? Hehh~ *gelak tumbuh tanduk* 

Ini pendapat aku secara peribadi. Jadi, sama ada kau nak setuju ataupun tidak, terpulang. Baca je la entry ni dengan hati dan jiwa yang lapang lagi terbuka dan positive. Okey?` Ikut la sifu korang si DAO tu yang ajar korang untuk positive thinking. Gituu… Okey?` 

Menurut pendapat aku, hidup kita ini kena seimbang. Ada masa susah, ada masa senang. Bila kau susah, mesti kau akan berusaha untuk jadi senang. Bila kau rasa diri tak cantik, mesti kau akan berusaha merawat diri untuk jadi cantik. Kulit gelap mesti nak diputihkan. Jerawat bersepah haruslah dihapuskan. Benci tengok muka sendiri macam jalan tak siap. Rasa down gila. Rasa malu. Rasa hambar hidup. Semua rasa-rasa yang negative. Sebenarnya perempuan nak tampil cantik bukan lah untuk pandangan orang lain semata-mata. Bukan. Aku perempuan aku tahu lah! Sebenarnya 70% perasaan perempuan nak cantik adalah untuk meningkatkan keyakinan diri sendiri. Untuk diri sendiri. Faham tak orang lelaki?!` 30% lagi untuk tarik perhatian kalian. Cukup.

Sama ada produk itu beracun ataupun tidak, murah ataupun mahal, original ke tak original, aku yakin perempuan-perempuan ini (lihat gambar) pasti merasa diri lebih yakin setelah mendapatkan semula kecantikan mereka yang sebenar. Kulit bersih, cerah, bebas jerawat dan tak lagi kusam. Ya Allah. Indahnya ciptaan Mu. 




gambar: sumber google


Aku yakin sangat mereka sudah berusaha keras untuk dapatkan kecantikkan yang mereka idamkan. Rasa seperti hidup yang gelap gulita menjadi indah berwarna-warni disinari pelangi dan burung-burung pun berkicauan riang. Ceeewahh~ 

Tak salah sebenarnya kalau nak pakai produk beracun ni untuk mengembalikan semula kulit yang rosak kusam kelam tu. Kita guna racun untuk membunuh serangga perosak, bukan? Sama la hal nya isu ini. Guna racun untuk matikan kuman penyebab jerawat di kulit. Eh? Ntah la aku tak arif. Tapi kena beringat-ingat la. Racun tetap racun. Pada pendapat aku, penggunaan racun dalam kuantiti yang minimal ia tidaklah memudaratkan sepanjang hayat. Kau nak terus buang produk tu tak salah. Tapi yang tak berduit, nak buang mesti rasa macam… aduhaiiii~ aku paham perasaan itu. Paham sangat. Sila lah teruskan kalau kau tak merasa efek-efek buruk seperti orang lain rasakan. 

Apapun produk tak semua orang serasi, kan? So, kau tahu diri kau. Jadi kau tak perlu melatah. Kalau ngam, kau boleh teruskan menggunakan produk tu. Tapi jangan terlampau bergantung sangat. Kalau tak ngam dan muka kau betul-betul dah mengalami “kejutan” akibat tindakbalas negative bahan beracun tu pada kulit muka kau, silalah cepat-cepat dapatkan rawatan pakar kulit. Heh. Hidup ini seimbang, bukan? Setiap racun pasti ada ubatnya. Yakin saja. Aku juga yakin tak semua orang mengalami efek yang buruk akibat penggunaan produk yang mengandungi racun. Mungkin ada di kalangan kita yang mempunyai kulit yang tahan lasak. Macam aku, produk Natasya memang betul-betul dah buat kulit aku cantik. Tapi sekejap je. Setahun dua. Pastu kulit muka aku rasa terbakar bila kena cahaya matahari terik. Azabnya kemain masa tu. Menyesal juga tapi aku tetap tak serik. Tetap berusaha mengembalikan semula wajah yang cantik putih berseri dengan bertukar produk. Hihi. So bagi yang tak bermasalah dengan produk beracun tu… aku nasihatkan kena juga pandai selang selikan dengan rawatan alternative lain untuk buang racun dalam badan. Contohnya detox. Minum la green tea (ini terapi aku) atau apa-apa yang boleh buat kau “membuang” dengan banyak setiap hari. Selain tu, amalkanlah berbekam. Sunah Nabi tu… Bekam bukan sahaja boleh di buat pada badan tau. Kat muka pun boleh. Pasti efek produk beracun tu dapat diatasi. Yang penting kau yakin yang kau akan baik-baik saja. 

Bagi aku hidup kita tak perlu nak cepat melatah. Setiap racun pasti ada penawarnya. Asal saja kau amalkan hidup dengan kesederhanaan dan keseimbangan. Sama la juga dengan lelaki yang hisap rokok tu. Tak semua penghisap rokok menghidap sakit jantung. Ada juga yang perokok tegar tapi jantung dan organ dalamannya masih sihat. Mungkin juga dia mengamalkan aktiviti fizikal yang sihat walaupun dia hisap rokok. Haaa…. Kan. Tak semestinya si perokok tegar akan tamat riwayatnya disebabkan penyakit akibat rokok. Haaa… Nampak tak apa yang aku nak sampaikan di sini? So samalah juga dengan orang perempuan yang suka ambil risiko untuk cantik. Ah, apa la yang orang perempuan boleh buat untuk terus tampil cantik tanpa perlu mengambil risiko? Hidup ini juga penuh risiko. Baik tetap ada buruknya. Itu kejadian semulajadi alam. Setiap hari adalah penuh dengan risiko. Jadi tak perlulah paranoid sangat.

Untuk para pengeluar produk, aku bukanlah menyokong sangat dengan penjualan produk beracun korang tu. Sila lah buat research dengan lebih bersungguh-sungguh lepas ni. Jangan main tangkap muat, repack semula pastu jual. Haih. Usahakanlah keluarkan produk murah dan tidak terlalu berisiko. Permintaan tetap ada. Orang perempuan tetap akan membeli dan sentiasa mencuba. Aku pun tak tahu bila laaa orang perempuan ni nak berhenti. Hehehe. 

Oh ye. Produk Sendayu Tinggi yang mudah didapati di Watson sekarang tidaklah seteruk dulu. Kini lebih baik kot. Aku dah try. Korang pun boleh lah cuba kalau rasa-rasa nak tukar ke produk yang lebih terjamin kualiti dan harganya. Ini iklan tidak berbayar. Haha. Untung bisnes kau cik puan Rozita Ibrahim. Paling cikai pun, kalau nak pakai produk murah dan cepat kesannya, kembalilah kepada Fair & Lovely. Ramai yang dah lupakan jenama produk ni disebabkan lambakkan produk terbaru yang banyak testimoni kebabom depan mata! Hihi. Fair & Lovely ni tak lah cepat sangat pun kesan pencerahannya tapi ok-ok lah untuk dipakai sepanjang hayat. Serius yang ini dijamin tidak mengecewakan. Dulu hingga kini. ;) 

Tak puas hati dengan entry ni? Tak mau gaduh. Kau pergi la mengamuk sendiri-sendiri di sana… :p~ 



Sunday, July 28, 2013

Wanita

Tenaganya lemah, semangatnya gagah.
Dimarah dicerca sang suami yang lagak perkasa.
Dijadikan kuli, hamba di rumah sendiri sedangkan itu tanggungjawab suami.
Disalahkan kononnya tak pandai menjaga suami bila suami yang gatal mencari makan luar.
Dimaki lagi oleh si suami kerana tak pandai menjaga diri, badan yang longgar sanasini dikutuk dihina.
Padahal badan itulah yang memberi jasa melahirkan zuriat, memecah keringat semata untuk suami.

Hei suami, pernahkah kau hargai pengorbanan yang kami beri?
Pernahkah kau memberi pujian ikhlas dan menerima kami apa adanya?
Apa yang kau mahu sebenarnya? Muka Angelina Jolie badan Rozita Che' Wan?
Beri sini duit yang kau simpan supaya mampu aku puaskan nafsu serakah mata kau.
Pengorbanan yang kami berikan bukan harta sebagai balasan.
Cukuplah dengan kesetiaan dan kasih sayang yang tak pernah padam.

Thursday, October 4, 2012

*Pesanan Untuk Semua Gadis Yang Dicintai


Uuuweeeekkkkkkk... uuuwwweeeekkk... Sally termuntah di tepi longkang sebaik sahaja meminum minuman yogurt yang baru dibeli di kedai 24jam. Pucat. Sisa-sisa muntah di tepi bibir di lap. Berpaling. Lola yang duduk di atas tembok tepi longkang besar itu dari tadi memerhati.  Hambar. Diam.

"Apa tengok-tengok ?!" Herdik Sally.

Lola terkejut. Tunduk. Sally mengelap lagi sisa-sisa muntah di tepi bibir. Dia berjalan mendekati Lola. Mata bertentang mata. Lola menghulurkan minuman kotak yang masih penuh. Sally mengambilnya lalu meneguk sekali. Kotak dikembalikan pada Lola. Lola memandang hiba. Perlahan, Sally duduk di tepi, sebelah kiri Lola.

"Buat apa kau di sini? jual diri?!" Sally bersuara kasar.

"Bukan!" Jawab Lola.

"Kalau nak jual diri bukan di sini tempatnya!"

"Aku bukan nak jual diri."

"Jadi, apa kau buat di sini?"

"Panjang ceritanya."

“Huh!” Sally mengeluh kecil.

"Cerita lah. Aku ada banyak masa."

"Aku di halau dari rumah. Aku diperkosa dengan teman lelaki sahabat baik ku. Kemudian, aku di jual. Sekarang aku tak tahu nak pergi ke mana."

"Hahahaha… rosakk!" Sally gelak besar.

"Ya." Lola tunduk sedih.

"Ya! Memang dunia ini semakin kejam!" Sally bersuara. Matanya mengecil. Melemparkan pandangan kosong pada tembok di hujung sana.

Sejenak kedua mereka terdiam.

"Tadi kau muntah macam teruk. Kau sakit perut?" Lola memecah sunyi.

"Huhh!" Sally mendengus. Meraba perut.

"Aku pregnant!"

"Hah?!" terangkat kening Lola.

"Ya. Hidup ku juga sudah hancur!"

Seketika mereka sama-sama terdiam. Sepi menyelubungi. 
Dan mereka berpegangan tangan, menyusuri lorong gelap, di kepekatan malam. 

***

Salam untuk semua gadis,

Boleh kalian tempatkan diri di posisi Sally ataupun Lola? Apa perasaan? Hilang punca? Terasa mahu terjun KB Mall?` heh~

Mungkin sebab kita tidak pernah berada dalam situasi seperti mereka. Tapi tidak bermakna kita harus merasa megah. Kesucian tidak ternoda. Sebab kesucian bagiku terletak pada hati. Bukan pada pus-sy. Memanglah di situ terletaknya maruah seorang perempuan. Selapur dara yang nipisnya macam kulit bawang. Tapi kau lagi tidak bermaruah jika tega mengutuk dan menyingkirkan mereka yang sudah ternoda. Apa lagi jika mereka sendiri tidak rela. Mangsa.

Apa kau pernah fikir apa masalah mereka? Mungkin tidak. Kau tak pernah peduli. Sebab kau tak pernah mahu mengenali. Aku sudi untuk mendengar kisah mereka. Cuma belum berkesempatan. Aku hidup di kalangan orang yang baik-baik dan biasa-biasa. Bukan di lorong hitam. Bukan di rumah tumpangan. Seperti kalian juga. Yang bisa seronok dengan hidup penuh ceria. Makan minum di tanggung. Belajar dan berjimba di ruang ber-aircond. Online dan menonton tv. Gosip sana-sini. Tahu mengejek dan memaki. "Ahh kau bodoh! Pemurah sangat bagi pus-sy pada lelaki!" Kan?` 

Sudah masanya kita berhenti menuding jari dan tonyoh kepala bertubi-tubi pada mereka yang akalnya cuma satu itu. Kerana mereka adalah kita. Kita hanya dibezakan dengan saiz akal dan nafsu. Ada akalnya kecil, nafsunya besar. Ada juga yang sebaliknya. Dan ada juga yang mampu menyeimbangkan keduanya. Kau yang mana? Aku pilih yang ke-tiga.  Walaupun aku tahu, bukan mudah. Tapi sekurang-kurangnya, untuk kita, aku masih mampu melakukannya. Sebab aku tak pernah menganggap mereka salah. 

Ada yang tidak setuju? Terpulang. Tapi bagi aku, orang macam Sally dan Lola masih layak hidup sempurna dan terbela. Berhenti menyokong membabi buta pada kata-kata sinis dan caci maki kaum adam --yang cuma tahu sedap kemudian buang lepas tu gelak sakan. Itu suatu kekejaman terhadap kaum sejenis tahuu! 

MEREKA adalah KITA yang sebelumnya. Kau dan aku, akan menjadi yang sebelumnya. Dan MEREKA pada masa depan, adalah dibentuk oleh KITA yang sekarang. 

AKU,KAU,MEREKA,KITA = Perempuan 

Psst... entry diulang tayang cuma tukar tajuk saja 


Friday, January 20, 2012

Shooting Star!


[ Only your shadow close to me, Estrella. Your shadow. ]
 

A : Estrella, lelaki macam mana yang Estrella rasa sesuai untuk diri Estrella? The one's that you are waiting for?

E : Lelaki yang dapat jaga Estrella. Buat Estrella bahagia. Buat Estrella rasa menjadi wanita yang paling bertuah kerana memiliki lelaki yang sesempurna dia. Someone yang boleh buat Estrella tersenyum and rasa jatuh cinta all over again bila Estrella bangun tidur dan tatap wajah dia.

A : Did u find any guy that fit all the criteria that u want Estrella?

E : Nope. It's not easy as saying one, two, three Ashfi. 

A : Estrella, Estrella tahu tak kriteria yang Estrella tetapkan makin menjadikan Estrella susah untuk jumpa someone yang Estrella rasa betul betul sesuai untuk diri Estrella?

E : Sebab itulah Estrella letakkan kriteria macam tu. Bila Estrella susah jumpa, Estrella juga akan susah melupakan. Did u get my word Ashfi?

A : Yes. I get it. Estrella, kalau Ashfi kata Ashfi mampu dapatkan bintang untuk hadiahkan dekat Estrella, will u love me?

E : It's impossible Ashfi. Bintang kan jauh.

A : Ya. It's impossible. Sama macam apa yang Ashfi 'fikir'. Kalau Ashfi kata Ashfi mampu hembus angin ketenangan bilamana Estrella rasa serabut dalam kehidupan, will u love me?

E : Takde manusia yang mampu hembus angin untuk tenangkan insan lain melainkan insan tersebut tenangkan diri dia sendiri Ashfi. Semuanya terletak pada mental sendiri. Cara kita mengawalnya.

A : Yup. Sama macam apa yang Ashfi 'fikir'. 

E : Ashfi! Ashfi! Ada shooting star kat langit yang Estrella lihat! Make a wish cepat!





E : Ashfi, nak tahu apa yang Estrella wish-kan tadi?

A : Yup. Apa wish Estrella?

E : Estrella hope, Estrella dapat someone macam apa yang Estrella sebutkan tadi. And Estrella juga hope Ashfi dapat jumpa someone yang dapat buat Ashfi bahagia. Ashfi wish apa pula ya?

A : Ashfi just hope Estrella dapat baca hati Ashfi.

-tuut-

-tuut-

-tuut-



Talian di putuskan.
Estrella termenung. Bingung.
Ashfi melihat ke langit berharap akan ada lagi tiga puluh sembilan shooting star yang lalu agar dia dapat ulangi permintaan yang sama hingga cukup empat puluh kali.


 ******





Apa yang kau perlu tahu, wanita, kadang apa yang kau mahukan itu sukar untuk kau jumpa, sukar untuk kau peroleh. Makanya, apa yang perlu kau lakukan, lihat apa yang di sekeliling kau sekarang. Cuba kau tanya sama hati, apa yang buat hari hari kau terisi dengan senyuman. Apa yang buat kau rasa berteman.

Kadang, kau meletakkan kriteria yang terpaling tinggi untuk kau punya pendamping hati. Perkara itu yang menjadikan setiap mereka yang cuba mendekati kau tidak kelihatan sisi cinta untuk membahagia kau punya hati kerana telah di bayangi oleh kriteria terpaling tinggi yang kau telah senaraikan di awal awal lagi.

Bangunlah wanita. Buka mata, buka hati. Cuba kau taburkan rasa cinta kepada dia yang saban hari tanpa kesal di wajah menanamkan benih gembira di dalam kau punya jiwa. Pada aku, mereka mereka yang selalu ada, buat kau tersenyum tawa itu punya lebih rasa menyempurna berbanding mereka yang kau tunggu namun susuk tubuh masih tidak muncul dalam bayangan mata.


Friday, December 30, 2011

"I Fall In Love With My Bestfriend."

Perspektif 1:
Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Hujahnya, lelaki dan perempuan bila bertambah rapat, maka akan timbullah di hati-hati mereka suatu perasaan lain. Perasaan cinta yang selayaknya tidak sesuai untuk dirasakan kepada seorang "kawan". Tiada istilah lelaki dan perempuan as bestfriends. Walau sikit pasti ada pernah menaruh perasaan.

Perspektif 2:
If you really got to understand what "friendship" really is, so kau punya niat adalah, "bersahabat", bukan "menaruh perasaan terhadap sahabat" itu. Siapa kata tiada istilah lelaki dan perempuan sebagai kawan baik? Many of them pernah berkawan baik dan remains as kawan baik walau sampai dah beranak-cucu. Of course you cannot be certain about feelings, but still, dalam dunia ni ada lelaki dan perempuan yang berkawan baik tanpa menaruh apa-apa perasaan. Who knows apa yang ada dalam hati? So kau tak boleh assume tiada lelaki dan perempuan yang berjaya menjadi kawan baik tanpa sebarang terbitan perasaan lain. Ehheh.

Well, what can I say is, literally, dalam dunia ni you will come through bunches of grapes this so-called case of "I Fall In Love With My Bestfriend" stuff.

Different people, different interpretation. Aku rasa based on what really happen in reality, many of bestfriends turn out to be "bestlover". Ini menggambarkan fenomena perspektif 1 adalah suatu perspektif yang banyak manusia pegang. Walau apa pun, aku masih tak menolak perspektif 2, sebabnya aku tak berani nak kata yang aku berasa PASTI, dalam dunia ni kawan baik berlainan jantina MESTI pernah SIMPAN perasaan antara satu sama lain. Sebab aku tak berupaya baca isi hati orang macam kau juga.

Sebenarnya, walaupun bukan kita punya upaya untuk tentukan pada siapa kita akan jatuh cinta, well kita masih punya upaya untuk "mindset" dan seal hati dan fikiran untuk tidak menyimpang dari niat sebenar untuk "berkawan baik" sahaja instead of keeping somekindof feelings yang berpotensi memberi mudarat pada persahabatan. Apa yang aku cuba sampaikan ialah; siapa je yang begitu PASTI untuk berkata, "aku tak mampu tepis perasaan ni" tanpa benar-benar berusaha menyeragamkan setting hati dan pemikirannya untuk "TIDAK" meneruskan perasaan itu jika ianya ada hadir dalam persahabatan? Suatu perasaan yang kita cukup perasan dan pasti ianya mendalam, belum tentu benar-benar dalam pun. Ya, macam kau kata lah, feelings tu abstrak dan rumit. Kalau kau mampu membuka pintu untuk perasaaan itu hadir, kau sudah tidak mampukah untuk membuka pintu sekali lagi untuk membiarkannya berlalu? Bila dah buka pintu, pasti boleh buka lagi jika ada daya dan usaha sebenarnya. In case kalau kau rasa perasaan itu sebenarnya tidak perlu hadir. Hihi.

Perasaan. Kadang-kadang bukan semua perasaan yang hadir tu sebenarnya perlu.
Mungkin ianya hadir atas dasar keliru.
Mungkin juga kerana kau rasa hati berseorangan dan kau rasa perlu seseorang untuk dicinta dan dirindu.
Bila hati dan rasa terisi, semuanya pergi seperti angin lalu.

Perasaan, mungkin juga hadir disebabkan kau tersilap tafsir layanan dia pada kau.
Bila kau dah tersedar, perasaan tu dengan segera hilang.
Perasaan. Siapa yang tahu?

Isu kawan baik lelaki dan perempuan yang pada masa yang sama juga sudah punya pacaran, aku tak rasa ada sebarang masalah di situ. Ya, kata dasarnya ialah "persahabatan". Kalau kau benar-benar faham apa sebenarnya persahabatan buat kau, surely, go on nak rapat tak berenggang macam belangkas pun kau punya hal.

In case, kawan baik tersebut tiba-tiba ada affair antara satu sama lain dan betray kekasih masing-masing, err well aku tak kata ia salah atau tak salah. Sebenarnya bergantung juga pada situasi.

Mungkin bersandarkan sebab kawan baik kau dah berpunya, jadi kau tak patut tak wajar nak ada perasaan kat dia. "Siapa yang mahu mencari kebahagian atas penderitaan orang lain?" Dan bila kau letakkan diri kau kat tempat si kekasih kawan baik tersebut, kau pun akan terluka sama dengan apa yang dia rasa. Jadi kau rasa ianya suatu yang salah untuk menyimpan perasaan pada kawan baik yang tersebut tadi. Masih juga pada aku lah, ianya menjadi salah bila kau fikir ianya salah, dan kau lakukan suatu perkara yang dianggap salah bagi orang lain juga. Tak salah jatuh hati pada kawan baik kau walaupun dia dah berpunya. Dengan kau yang selalu dengan dia, nampak sisi penyayang dan ambil berat dia, tak mustahil untuk hati kau terusik. Ianya menjadi salah kalau kau pula ada USAHA untuk dapatkan dia, dan pisahkan dia dengan orang yang sedang bersama dia. Yeah yang tu kalau kau buat, kau dikira pentingkan diri dan tak peduli perasaan orang lain.

Kalau cara kotor yang kau guna, lambat laun tahi juga yang kau dapat sebagai hasilnya nanti.

Lagipun, soal jodoh, hati dan perasaan ni susah juga nak cakap lebih-lebih. Jangankan kata kawan baik, suami/isteri orang pun kau sebat bila dah gila sangat berperasaan. Nak jatuh cinta pada kawan baik, pada aku perkara tipikal sangat lah. Ikut individu macamana cara nak handle perasaan tu. Satu je kau perlu tanya pada diri sendiri. Kau rasa perasaan tu perlu atau tak perlu ada sebenarnya? Kalau perlu, tinggal berusaha dan bertawakal lah lepastu apa pun perkara yang nak jadi. Kalau tak perlu, toksah sangat lah. Jangan dituruti sangat kemahuan tu. Takut bila dah tak mahu, ada yang menangis tak berlagu atau berlagu nada pilu. ;P

P/S: Entry ni kali ni aku rasa macam entry "selamat" je. Neutral. Hihi :3


Saturday, December 24, 2011

Kau, Adam.

Pesanan buat Adam,

Jangan bergurau sebarangan dengan hati perempuan.
Mungkin luarnya tampak teguh,
tapi hakikatnya hati nie mudah terusik.
Senang sekali goyah bila dipukul kata rindu.

Jangan seberangan kau memberi layanan mesra,
disertai madah cinta,
jangan sebarangan mengambil berat sekeping hati,
agar tiada yang terluka nanti.

Kau, Adam,

takkan tahu bila cinta bercambah,
kasih terpupuk dalam hati sang Hawa,
sedangkan kau, Adam,
tidak inginkan itu berlaku.
Malah tidak pernah terniat dalam hati kamu.
Untuk menyentuh hati itu.


Photo Courtesy: southern-proper
[link] jangan jadi gentleman sangat bang kang ada yang jatuh tak bersambut, sakit.



taken from Atika Katimin && Tumblr


Sunday, November 13, 2011

A Ways to . . . .




Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak membalas pesanan ringkas yang di beri.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak menjawab panggilan yang bertubi tubi.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak meluangkan barang seminit dua untuk bertanya keadaan diri.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak memberi sebarang reaksi bila kau berkata kau sakit gigi.

Kawan, sahabat, friend, teman. Kau tidak sunyi. Tidak. Langsung tidak.
Cuba kau buka mata. Keluar daripada hitamnya jiwa. Kau lihat sekeliling. Masih ada hidupan bernyawa?
Daripada situ kau sudah dapat satu jawapan bahawa kau tidak sunyi. Masih ada yang menemani.

Aku tahu. Keluarga, sahabat apalagi musuh tidak sama penangannya berbanding kekasih. Kekasih kau boleh cari. Siap boleh tuding  dengan jari kekasih yang bagaimana yang kau mahu cari. Tapi kau boleh cari keluarga cari teman dengan cara bagaimana kau mahu cari kekasih tadi? Aku tahu. Aku tahu. Memang kedengaran cliche. Tapi itu yang kau kena tanam dalam benak fikiran kau yang dah sebati dengan diri kekasih yang buat kau di gantung tidak bertali. Malah ada yang bodoh tuli bebal babi buang teman buang keluarga demi kekasih. Itu keji. Kalau kau kata kau boleh dapat teman dapat keluarga dengan cara kau dapatkan kekasih. Satu saja jawapan yang akan aku beri. FAKYEWWWW!

Ok lets make it clear girls. Pada aku as a lelaki, jika perhatian yang dahulunya diberikan kepada kau sangatlah almost 24/7 but lately sehari pun kadang kadang dia tak cari kau, boleh jadi dia sudah bosan. Ya. Bosan dengan hubungan kalian. Bosan weh kalau setahun, dua tahun gaya hubungan korang sama je. Mendatar. Muak. Macam kau makan kuih ketayap tawar sambil tenung gambar Dr Rozmey.

Cuba kau as a girls, ubah sikit gaya hubungan. Kalau boyfie kau minat MU, belikan dia jersey even dia dah ada. Tak payah nak yang ori sangatlah, Padang Besar sudah. Kau cari latest latest info tentang team bola yang dia minat. Kalau team dia menang, send la satu mesej congrate kat dia. Kalau team dia kalah jangan pulak kau dok menganjing. Mau kau kena penerajang sulung kang. Lelaki kalau fanatik bola lain sikit buasnya. kehkehkeh. Nak lagi true kau ajak dia tengok live match sama sama dekat mamak. Its sooooooo romantik u know.

Cara lain yang girls boleh buat, ubah cara pengggilan dekat boyfie korang tu. Daripada pesen beby-abang, papa-mama, ayah-ibu, errrr ok geli. Korang tukar la kepada panggilan yang ada sense of humor siket. Tak kan memanjang nak gedik gedik manja. Bored. Nak lagi sedap, panggil ke boyfie tu lu-gua. But selitkan la unsur humor. Jangan dok keras sangat serius panggil lu-gua. Pada aku, lagi happening relationship tu. Rasa macam layan kawan. Kau nak bergurau dekat tempat awam pun takde sape yang dok kisah kalau kau guna panggilan macam tu berbanding yang berbaby-baby dekat public.

Nak lagi bagus, kau tanya dekat boyfie tu apa yang dia nak untuk jadikan hubungan korang jadi menarik. Mana tahu girls yang tak bertudung, boyfie nak korang berubah kepada bertudung. Bagus apa. Even pada mulanya bertudung atas sebab 'boyfie suka', insyAllah nanti lama lama kau akan sedar kau bertudung kerana Allah. But if kau tanya apa yang boyfie nak untuk buat hubungan jadi menarik, boyfie kau just melembabkan diri, tunggu apa lagi. Just move on. Tak nampak sangat kau kurang side of attraction bila kena dump nanti. kahkahkah.

P/S : Ada yang kata blog ni dah macam Terfaktab sebab asyik up entri cinta. Lantaklah. kahkahkah.

Friday, October 28, 2011

Situasi Putus Cinta: Lelaki vs Perempuan.

Situation 1: Guys.

"Hey dude! What's with that gloom face?"


"Girl aku. Kitorang dah clash. Dia kata hubungan ni takkan kemana."


"Chill sudehh. Dah jom siap! Match nak start dah ni. Jangan lupa sarung jersey merah tu. Tak feel la tengok bola takde jersey favourite team."


*Mood regained.


"Yelaa. Daripada kau stuck kat sini tak buad apa fikir girl kau yang dah jadi ex. Lagi baik kau lepak dengan kitorang."


"Ye la bro. Betul gak cakap kau. Lagipun benda dah jadi. Aku cuma harap dia bahagia je lah lepasni. Dah jom lah siap."

Tengok situasi di atas, aku rasa yang baca boleh dapat gambaran. Situasi 1, perempuan yang memutuskan hubungan. Dan lelaki tu bersedih dengan perpisahan tu. Tapi tak ambil masa yang lama untuk kembalikan mood. Satu dua ayat pujukan kawan dia bagi, dia dah boleh back to normal dan lakukan aktiviti seperti biasa dengan kawan-kawan.

To girls I would like to refer this.

Kita selalunya mudah menyalahkan dan meragui sang lelaki. Kenapa? Kerana lumrahnya, apabila hubungan kita berakhir, sebenarnya kita akan bersikap lebih paranoid dari biasa. Sehari lepas kata putus hubungan dibuad, ternampak dia lepak dengan kawan-kawan kat kopitiam favourite tempat dia selalu hang out. Dia ketawa. Bergurau senda. Makan pun berselera. Sedangkan kita tadi nak keluar rumah pun rasa tak bermaya nak melangkah. Tak ada mood nak bersiap memalit gincu secalit dua. Tup tup nampak dia, "waahh kemain seronok lagi kau lepas dah clash ya? Dulu bukan main janji bergunung-ganang. Tengok tengok kau macam happy je sekarang?"


True. Perempuan selalu curiga dan akan memerhatikan tingkah laku si lelaki yang baru bergelar ex-boyfriend. Ini reflex yang normal namanya. Tak kira lah hubungan putus disebabkan siapa. Tapi yang perempuan, once their relationship ended, ada tendency untuk permulaan waktu tu dia akan ambil berat akan reaksi ex-guy selepas clash. Masih sayang lagi atau tak. Itu bukan persoalan utama. Yang ingin dinilai di mata si perempuan; apa reaksi si dia bila dah putus.

"Adakah dia turut bersedih seperti aku?"
"Basahkah mandinya? Berselerakah makannya? Lenakah tidurnya?" bla bla bla and so on and so forth.

Tak kira tahap apa paranoia yang perempuan ada lepas relationship ended, what can I say is, guys, notice this. Perempuan ada paranoia dia sendiri once hubungan korang putus even though mungkin hubungan tu putus berpunca dari dia sendiri. Dan please be prepared. Anda akan menjadi bahan eksperimen mata ex-girl untuk suatu jangka masa.
Dalam jangka masa tertentu selepas clash, whatever responds or reactions yang anda bagi akan dinilai ex-girl anda. Macam menakutkan pula bunyinya. Hihi.

Ada sedikit nasihat buad yang perempuan. Yes, apa yang kita nampak, itu suatu impression. Bila kita nampak si dia macam senang hati, macam takde effect apa-apa lepas clash, padahal kita dah berbesen-besen air mata tumpah kerana dia; sila jangan assume dia tak peduli. Jangan assume dia penipu. Jangan nak emo kata dia tak bersedih atau terkesan dengan perpisahan korang. Siapa yang kata lelaki takkan menangis atau bersedih kerana perempuan yang dicintainya? Lebih-lebih lagi bila perhubungan dah berakhir. Siapa yang kata? Kita lah perempuan yang kata macamtu. Mungkin hakikatnya dia turut bersedih. Tapi dia tidak memperlihatkannya kerana tidak mahu dianggap lemah. Sometimes aku yang sebagai perempuan ini ada berfikir yang hati lelaki lebih kuat berbanding perempuan. Mereka berupaya menyembunyikan kesedihan. Dan masih mampu melakarkan senyuman dan melakukan aktiviti harian seperti biasa biarpun apa jua situasi yang berlaku di dalam hatinya.

Situasi yang ini adalah situasi umum. Tidak dicemari elemen kecurangan, ketidaksetiaan atau ketidakjujuran.

Stiuation 2: Girls.

"Sayang, hey kenapa menangis peluk-peluk lutut ni? Gaduh dengan Shah lagi yea?"


*Tersedu-sedan


"This time he decided to end it. Dia clashkan aku, Biha! Dia dah tinggalkan aku! Wuwuwuwuwu"
*Oke fine. Agak buruk menangis guna notation wuwuwu tu.


"Zue, calm down, okay? Jangan lah macamni."

"Biha, please leave me alone. Aku nak masa untuk bersendirian."


"err okay Zue. Sabar okay? Ada apa-apa nanti call Biha yea. Take care."


.....dan Zue pun mengunci pintu biliknya dan berhari-hari berkurung di dalam bilik dan menangis.  Mascara yang dah berjejeh kotor dibasahi air mata dah tak dipedulikan. Makan tak mahu. Mandi pun takmahu ke? Entah. Taktahu.

Situasi girls version ni ada banyak situasi sebenarnya. Aku amek satu contoh je la daripada banyak-banyak tu. Ini cuma satu situasi eh. Bukan mewakili semua perempuan yang ada.

Ada perempuan yang bila clash dia buad perangai macamni. Emo tahap memang dah takboleh nego lagi. Sedih dan muram. Berbungkam dalam bilik berhari-hari. Dan ada certain maximum paranoid-psycho cases, waktu jiwa tak stabil, dia call dan text bertubi-tubi dengan content herdikan, caci-maki dan ugutan kepada si ex-guy. Sampai satu tahap, ex-guy kena tukar nombor. Ada juga kes yang ex-girl serang ex-guy in public. Tapi tak pernah lagi aku witness kes yang ni. Ni kes perempuan psycho dah aku rasa.


This one I refer to guys pula.

Let's say kau dan si gadis A baru clash. Macam biasa, kau keluar rumah, pergi kedai cari barang. Tiba-tiba kau nampak dia. Kau pun tegur. Oke fine kalau tak tegur pun, kau senyum. Tak pasalpasal, "PAAANGGGGG!" Dia berlalu pergi dengan marah. Apa patut kau rasa?

"Apehal takpasalpasal aku kena pelempang pulak? Aku just nak berbaik dengan dia je. Apekedehal la perempuan ni." getus hati kau yang agak bengang diperlakukan sedemikian. Bagi kau, macam takbersebab je si A nak naik angin bagi pelempang free kat kau. Kau rasa kau dah cuba usaha dah untuk jernihkan hubungan at least sebagai kawan walaupun korang dah takde hubungan apa-apa dah. Kau bagi susu, dibalas dengan tuba.

Sebenarnya guys, situasi sebenarnya macamni.

Memanglah niat kau nak kekalkan hubungan baik. Tapi tindakan menegur dia waktu-waktu baru clash adalah suatu langkah yang tak berapa nak bijak.

"Takguna punya jantan. Kau baru clashkan aku lepastu kau boleh lagi buad-buad macam takde apa-apa yang dah berlaku ye? Amekaw penampar free aku dah bagi." ni pulak mungkin apa yang terdetik di hati si A lepas kau bertindak 'baik' menegur dia.


Kau harus tahu. Waktu-waktu baru clash ni perempuan emosi dia belum stabil lagi. Mungkin dia boleh terima perpisahan korang. Tapi mentally dia takbersedia bertembung, beramah-mesra, berjabat tangan. bertegur-sapa atau apa-apa je yang bermaksud ada komunikasi berlaku antara korang. Kalau boleh diorang akan cuba untuk tak terjumpa atau tak terserempak langsung dengan korang kat mana-mana. You got to understands that. Mungkin kau cepat sesuaikan diri dengan situasi. Tapi dia mungkin akan ambil masa lebih lama dari kau. Itu normal.

Putus cinta aku kira ramai dah merasa. Ada yang nak kongsi pengalaman putus cinta korang? Boleh leave comment kat bawah. Mungkin ada lagi yang jauh lebih menarik untuk dikongsikan? Guys. Aku butuh guys punya opinion apa. So guys, you are most welcomed untuk leave comment bagi pendapat kali ni. Yang girls pun, sila share if ada pengalaman ye. :P

Till then, see you guys next time!

Wednesday, October 26, 2011

Bila Krisis Melanda; "Saya Perlukan Masa"

"Saya perlukan masa untuk tenangkan fikiran."

Pernah mengalami situasi di atas dalam perhubungan? Hubungan cinta ni kalau boleh kau map atas kertas dan buat pengiraaan statistik, kau sebenarnya boleh plot data tu sebagai graf, kau tahu? This is actually serious okay. Aku bukan main-main. The thing is, who on Earth yang ada hubungan terlalu mendatar yang mencatatkan graf uniform distribution? You know what I mean? Terlalu mendatar? Yang puncaknya almost mencatat satu garisan lurus? Gila la master siaaaaakk. *sarcasm*

Ada waktu dan ketika keadaan begitu aman harmoni. Tapi seperti ramalan cuaca juga, ada masa ribut salji atau gempa bumi hadir tanpa disedari. Cuma bezanya, cuaca alam boleh diramal, tapi tidak untuk cuaca yang dalam hati. So in case sebelum berlaku apa-apa yang tak diingini, bersedia sediakan payung sebelum hujan--SENTIASA.

Kalau gaduh masam sekejap lepas tu tak sampai sehari dah boleh senyum-senyum balik, okay itu perhubungan sihat namanya. Tapi bila gaduh dah mula tak bercakap berhari-hari then salah sorang dah mula "perlukan masa", traffic light dah tunjuk tanda amaran "berhenti" agaknya? Jadi kena ambil tahu tanda-tanda amaran yang hadir dalam perhubungan. contohnya ayat "saya perlukan masa" ni. Mungkin tu satu petanda yang hubungan korang mula nak meretak dan si dia dah mula berasa tawar hati dengan perhubungan korang.


Situasi "perlukan masa" ni ada dua. Satu, si dia perlukan masa kerana betul betul nak tenangkan fikiran dan sediakan diri untuk membina hubungan yang lebih baik dengan korang. Ini kira benda baik. Bila dia perasan yang hubungan semakin hambar, for the very least dia ada effort nak jernihkan hubungan dia dengan memperbetulkan diri dia sendiri instead of blaming you. Bagus lah ada jari telunjuk tetapi tak guna cuma untuk menuding, kan?

Jadi bila ada situasi pertama ni muncul, berilah dia masa. Kau dah cukup baik dapat si dia yang tak menyalahkan kau bila hubungan ada masalah. Sebaliknya dia cuba perbaiki diri. Even though mungkin sebenarnya bukan salah dia, tapi salah kau sendiri.


Dalam perhubungan, biasa lah memang susah untuk salah seorang mengaku kesilapan bila hubungan ada masalah. Dah taknak mengaku salah, menuding-nuding lah ke dia. Kadang-kadang, mungkin realitinya orang ketiga tak wujud. Tapi punya lah taknak nak mengaku salah sendiri tu, watak orang ketiga yang tak pernah wujud pun tiba-tiba jadi ada. Sebab tu hubungan selalu goyah dan ada yang tak tahan asyik goyah, hubungan makin lama makin tak kukuh and lastly ended. Pathetic betul lah, tahu?

Probability "saya perlukan masa" jenis pertama ni mungkin tak berapa tinggi nak dibanding probability jenis kedua.

"Saya perlukan masa" jenis kedua adalah benda common yang biasa terjadi bila si dia kata "saya perlukan masa". Iaitu hubungan akan berakhir setelah kita memberikan dia masa untuk menenangkan fikiran. For girls, mungkin korang pernah putus hubungan dalam situasi menggunakan alsan "saya perlukan masa" ni, kan? Ada sesetengah lelaki, they have no guts to directly tell their girls that they wanna end it. Situasi "no guts" ni pun ada dua; no guts yang bermaksud tak berani sebab dia dah curang kat belakang, atau "no guts" yang diorang sebenarnya takmahu lukakan hati korang kalau dia berterus-terang nak hentikan hubungan atas sebab-sebab tertentu. And of course, bukan takut nak clash sebab dah curang.

Korang pun faham kan? Ada sesetengah hubungan yang putus bukan disebabkan kecurangan atau ketidaksetiaan. Mungkin ada faktor-faktor yang tak boleh dielakkan? Who knows?

Untuk si penyelingkuh (selingkuh-curang dalam bahasa Indonesia), ayat "saya perlukan masa" adalah sebaris ayat yang digunakan sebagai ayat alasan nak putus dengan korang. Orang kata, masa nak jalin hubungan dulu kemain beradab siap jemput masuk dalam hati lah, tanya "Would you be the queen of my heart"-ewww eww lah, bila dah taknak, macam kurang ajar pulak main tinggal macamtu je. So "Saya perlukan masa" ni kira langkah beradab jugaklah sebelum diorang menyingsing kaki seluar dan angkat kaki blah dari hidup korang or whatever. Walaupun "perlukan masa" tu cuma lesen alasan semata-mata.

#Ekceli aku sendiri taksangka boleh terfikir alasan-alasan bodoh untuk yang kaki selingkuh ni untuk ditaip. =..=

Tapi in real life, susah kita nak jangka hati manusia. Even orang tersayang macam si cinta hati. Langkah selamat bila satu hari nanti ada sesiapa yang terjebak dalam situasi "Saya perlukan masa", fikir yang tak elok dulu takpe. Then, buad persediaan mental. Bila dia nakkan masa, beri dia masa. Lepastu, fikir optimis. If ever hubungan korang akan jadi lebik baik lepas fasa "perlukan masa", boleh la tarik nafas lega dan teruskan hubungan menjadi lebih baik daripada waktu dulu. Bear in mind, korang takkan ulangi hubungan hambar yang dulu. If ever lepas fasa tu, hubungan korang berakhir, redha la. Anggap je takde jodoh. Dalam dua kemungkinan, salah satu akan berlaku. Jadi sebelum ia berlaku, sediakan mental yang kuat. Takut kalau-kalau hubungan berakhir lepas tu.


Kalau si dia jenis yang elok takde ribut-ribut tiba-tiba perlukan masa untuk tenangkan fikiran, mungkin ada benarnya dia betul-betul mahu tenangkan fikiran seketika. Berikan dia masa yang dia perlukan.

Kalau si dia dah terbiasa jenis ribut-ribut dan ada history pula selingkuh dengan kau, tiba-tiba "perlukan masa", be cautious itu mungkin petanda hubungan korang mungkin akan berakhir. Bila itu berlaku, jangan tergesa-gesa assume. Mungkin juga dia benar-benar perlukan masa, siapa tahu? Berikan juga dia masa. Lepastu kau bersedia lah hadapi apa jua kemungkinan yang ada.


Membuad keputusan dalm perhubungan ni sama je situasi dengan membuad pilihan dalam kitar hidup. Ada flowchart. Ada dua options, Yes or No. Dan secara normalnya, kita cuma mampu untuk memilih salah satu options. Kalau Yes, maka jalan hidup yang kau ambil akan berbeza dengan jalan hidup No. And vice versa. Tapi tak mustahil, jalan antara Yes and No akan bersilang dan bertemu pada satu lagi jalan yang sama. Di jalan yang itu, kau sekali lagi harus memilih sama ada Yes atau No. Proses memilih dan membuad keputusan dalam hidup adalah suatu proses yang berulang-ulang. Tiap kali, kau harus memilih antara dua pilihan. Setiap kali, kau perlu memilih yang terbaik untuk keadaan diri kau masa tu.

So, let the best options win.

Saturday, September 10, 2011

susah senang memilih

dulu gua pernah jd awek orang... gua sayang gila babi..sayang mcm nak mati..gua korban masa gua semata2 nak teman dia bila dia susah.. gua beli hadiah mcm2 bila birthday dia walaupun gua xde duit... hari2 gua pikir nak buat surprise apa untuk dia... gua makan apa, gua teringat kat dia... bykla kenangan gua dengan dia... tapi sayang, hubungan kami terputus tengah jalan...

gua patah hati.. gua kurung diri gua dalam bilik..gua nangis in silent mode..gua takut mama gua marah.. seminggu gua diam jd tunggul kat rumah...sepatah org tanya sepatah gua jawab.. kira gua silent habis la.. gua pandang barang dia bagi, gua nangus...gua pandang baju dia bgi,gua nangis... dah jadi minah murah air mata... kalau jual mmg gua boleh dpt untung baik punya.... 

gua single beberapa tahun...sampai gua jumpa sorg mamat  ala2 cina... gua suka laki mata sepet... gua bajet dia boleh buat gua happy..tapi haram... lagi taik dia bagi gua... dia main kayu 7 belakang gua... gua kasi kata putus gua nak backoff... gua sedih lagi... gua benci laki.. gua rasa laki semua mcm gampang.. xde hati perut...gua xpercaya laki dah...

gua habis belajar utk level 1... gua up g blajaar level 2..  gua masuk tempat yg laki pompuan nisbah 1 : 15.. gua sorg je ala2 gadis dalam kelas.. pergh! first impression gua mmg A lah kan! tp gua teruskan...semangat belajar gua masih tinggi....

1 sem gua duk situ, gua terima lamaran member gua.. kali ni gua xbrani buat keputusan..gua tanya mmber gua.. bg peluang kat diri sendiri kata dorang..gua kata gua takut. nnt gua kn tinggal lg... dorg kata xsalah pon... gua diam... diam tanda setuju... kali ni gua kapel jauh.. beribu2 batu... gua kapel jarak malaysia oversea habaq hang... tapi kali ni gua tahan sebulan je.. xde x factor kata dia.. gua rasa sedih tp xde tahap gila babi sbb gua dlm proses pre trial...

pastu ada 4 5  org mamat dtg kat gua dengan pakej yg mmg gua suka... dtg lamar gua.. gua reject semua.. gua kata ada jodoh, ada la... gua mmber je dengan mamat2 ni... gua kuar dengan dorg, gua lepak dengan dorg, gua makan dengan dorg..tapi dalam hati gua, gua nak tunggu salah sorg dr dorg sbb gua mmg suka dorg... cuma bukan masa lg..

sampai satu masa, sorang2 tinggalkan gua.. sorang2 bla dengan awek masing2... sekarang gua duk diam2 tgk dorang happy dengan awek masing2... gua senyum tapi hati gua nangis...


gua citer, gua kongsi bukan sebab gua nak luah perasaan hati gua yang mmg sedih tapi gua xnk org lain rs apa gua rasa.. kalau ada berpuluh laki datang kat kau, jangan senang2 kau grab mana berkenan di hati... kau tunggu dan tunggu...sampai satu masa, sorang sorang akan angkat kaki dengan awek dorg... tinggalkan korg mcm tu je.. nnt yg betul2 stay tu lah yang betul2 ikhlas dengan korang...

-gua xtau haram jadah apa yang paksa gua menulis lagi-


Sunday, September 4, 2011

woman.

A woman has great strengths.
She can deal with stress and carry heavy burdens.
She smiles when she feels like screaming.
She sings when she feels like crying.
She cries when she’s happy, and laughs when she’s afraid.
Her love is unconditional.
There’s only one thing wrong with her is










She forgets what she’s worth!

So perempuan di luar sana, sayangi diri anda kerana... *tipikaltagline*
Dirimu begitu berharga.


credit here.

Tuesday, August 23, 2011

Raya Edition - Umi

this entry originally is posted in my blog.
and aku share kat sini sebab dah lama gile tak hupdate.
 

Slow-slow sapukan concealer kat pipi umi. Then oles dengan pressed powder natural dari Avon. Umi tengah baca buku Keluarga yang muka depannya Erra Fazira. Leka aku make up kan umi sambil bergosip. Usai saja aku main make up -make up  dengan umi, umi keluar dari bilik aku. Aku duduk kat birai katil. Air mata mula mengalir laju. Menangis bila ingat balik apa yang dah jadi dua minggu ni.

I ask my mummy for :

new baju kurung for raya - She gave me 4 pair of it.

new shawls to match with baju kurung - She buy it.

new brooch for Raya - Next day it is on my desk.

make up kit -  tonight, she got me full set of Avon's.

Kad Raya nak hantar kat kawan-kawan - All 20 of it she gave it to me, plus guide me on what to write when I am out of idea.

air bandung and nasi briyani for breaking fast - Immediately she cooked it although she's tired from teaching.
permission to sew baju Melayu for Vanilla - She said yes and compliment my works when I show it to her.

a new watch as the old ones it broken - Will give it to me when we are shopping for my new semester later.

new semester fees around 1.6k - She's willing to paid it in full as I don't take ptptn and I don't work during the long holiday.
 
things to bake the chocolate chips biscuit - she runs to nearest shop and buy all the ingredients. Helps me configure the recipe and else.

for a car to drive to UMK - she will think about it.

pocket money - she gave it.

Ya Allah, sedeyh gilee kot. Nak menangis bila mummy bagi set Avon tadi. Semua yang aku minta aku dapat. It is enuff already mummy. I don't need anything else. I just need you. Sekarang baru aku sedar, baru appreciate lebih mummy dengan apa umi dah buat. Semua kat atas tu list dalam dua minggu ni apa yang aku minta ngan umi. Baru dua minggu, bukan 20 tahun okeyy, and dah banyak gila wish aku nak and all of it semua umi bagi. With Allah helps, Umi grants my all my wish.  

I am thanksful ya Allah. To have her as my mother. All these time all the feelings yang aku rasa mak orang lain lebih baik, lebih sporting apa semua aku tolak jauh-jauh buang dalam laut. It's not true. Allah dah bagi ibu yang terbaik buat aku. Aku dah merasa cukup. 
Cukup dengan apa yang aku ada sekarang.

With what Umi have done, memang aku tak mampu balas, but I hope that someday bila aku ada anak, aku nak dia rasa macam apa aku rasa sekarang. Bersyukur sebab aku yang jadi mak dia sebagaimana aku bersyukur umi jadi ibu aku. Although itu akan takes a lot of time dengan rebel, harsh words and everything yang akan buat aku sedih kecewa dengan anak aku kejap aku nak dia tahu it will be worth it bila dia rasa macam apa aku rasa malam ni.

Aku nak umi hidup lama lagi. So that, umi sempat tengok aku berjaya. Umi dapat tengok hasil dia besarkan aku. Umi dapat tengok aku bahagia dengan cucu dia. :')
Ya Allah, aku sayang umi aku.
if this what it takes to me realise how lucky I am, yes aku dah sedar. 

Thanks Umi.



Thursday, June 16, 2011

Seth Nora Elena. Hyperbola?

Apa main bola bola pulak ni? *Emo

Kau kenal Seth? Seth Tan Abdullah. Tak kenal? *jegil biji mata* Jangan nak menipu sunat pula kat sini. Semua yang ada telebisyen mesti kenal dia. Terutamanya peminat TV3. Btw dia ni dah jadi gilaan ramai homosapien bervagina kat luar sana tu. Aku? Walaupun dekat U haramjadah nak jumpa telebisyen, tonton.com.my kan ada? Ehhe.



Nora Elena memang rating dia tgh menggilagila up waktu skrg ni. Dengan tak semena mena herogades Aaron Aziz dan si jelita Siti Saleha menjadi bualan mulut makcik makcik dan anak anak dara kampung seluruh melesia. Watak Seth suami kepada Nora Elena seringkali dikatakan "ouh sweetnyaa!" atau "gila lah. romantik s*al mamat ni". Heppp jangan mencarut. Tuhan taksuka. Kau si perempuan2 di luar sana tu, betul kan Seth waktu ni telah menjadi suatu fenomena yang memenuhi kriteria menjadi lelaki idaman? Fine. Tolak tepi kes dia pernah merogol Nora. Kalau dia tak buad benda tu, dia dikira almost perfect lah kot. Tapi kalau dah takde peristiwa tu, tu bukan cerita Nora Elena lagi dah. Dah jadi cerita aku.

Seriously saying, seriously betul betul ada orang yang boleh dikatakan seorang suami almost reach to purrrr-fectt macam dia ni ke? Kat akak akak yang dah bersuami, soalan ni seriously adik bukak utk akak2 sekalian menjawabnya. adik? :P

Untuk lakonan drama, nampak gila sweet bergulagula gila si Seth ni. Macam aku. Aku yang berjiwa agak jantan ni tetiba ter'berangan' nak satu stok suami macamni kalau boleh kahwin banyak. HAHAHAPAKAHH? >_< 

wuwuwuw handsomee *menangisss T__T

Siapa taknak weh lelaki supercool macamni. Waktu tengok cite ni seriously aku rasa penonton2 perempuan dia dok tumbuk tumbuk bantal geram je tengok si elena yang selalu tak hargai keromantisan Seth tu. Yang opah opah mesti dok tenyeh tenyeh sireh dengan muka takpuas hati. Yang makcik kat dapur main baling baling lesung sebab kontrol marah punya pasal. Handsome. Penyabar. Romantik. All in one package semua ada kat Seth. Tapi bila aku cuba berangankan dia, minda aku asyik nak hasut aku; "kamon lah. mana ada real life lelaki gila perfect mcm dia". Well kenyataan ni mungkin meranapkan impian2 lelaki yang mahu menjadikan Seth sebagai sifu memikat wanita diorang kan hahahaha. Takboleh blah. 

Tu pendapat aku je. Budak hingus hijau lagi.Takde pengalaman bersuami :P Belummm. Bukan takdeee. :PP But well actly aku sangat takut dengan perlambangan lelaki baik yang 'hyperbola' tentang watak Seth. Sebab ini menjadikan naluri wanita seperti aku asyk nak mengharapkan lelaki purr fect walau pada hakikatnya tiada manusia perfect atas mukabumi ni. Jika demikian perasaan kebanyakan perempuan kat melesia ni, melopong lah lelaki lelaki lain yang ada.

Dan kau tahu? Halusnya, ini agak menyakitkan perasaan isteri isteri yang mendapat suami buas liar suka bagi cop tapak tangan kat muka isteri. Kalau dah para suami diorang lagak perangai dah macam baru keluar zoo, lelaki diorang memang bukan macam Seth, tapi mungkin lah macam si kaki pukul bini dia dalam cite ni, Encik Khairul. -_-" Tetiba takut nak berkahwin pulaa. ;P Para suami yang baik hati romantika sekali pun mesti jeles tengok bini sendiri dok melekat tak berkelip tengok Seth Tan kat telebisyen tu. Suami akak kawan aku pun mengaku dia agak tercabar sebab dia rasa Seth Tan tu hyperbola betul dia punya sweetness. Nyum! Hisap jari le si suami bila Seth Tan dah ke udara di telebisyen depan isteri :P 

Impak sesuatu drama kat telebisyen kat kehidupan seharian perempuan memang ada kot. Pada aku sendiri lah. Kadang2 layan drama sampai kelenjar air mata dah takde stok air lagi dah untuk dirembeskan. Walaupun Seth cuma lakonan, pasti ada perempuan yang mengharap bertemu lelaki macam dia ni. Ratio lelaki kepada perempuan dah lah sikit, perempuan yang bilangannya lebih banyak lagi nak demand demand segala. Kesian gak kadang2 kat kaum Adam ni. :P 

sumpah I taknak lelaki lain :P

Kat gegurls semua, bukan nak kata lelaki macam Seth ni takde kat dunia nyata. Tak adil bagi lelaki kalau nak cakap macamtu. Tapi kena jadi relevan dan realistik sikit. Lelaki macam Seth ni mungkin rare untuk senang senang nak dijumpai waktu kau lepak2 kat luar. Tapi still. Tak salah nak mengidam lelaki macam dia. tapi jangan obses sangat. Terima lah pasangan anda seadanya. Dan jangan demanding sangat nak jugak lelaki pilihan hati tu menepati ciri ciri lelaki idaman. Bila dah memang dia untuk kau, kadang2 lelaki untuk kau tu langsung tak menepati kriteria yang kau nak. Tapi, kau tetap akan sayangkan dia, kan? Kita sebagai perempuan pun tak sempurna. 

Kat sesiapa yang dah dapat lelaki idaman memasing tu, kira alhamdulillah lah. Dah rezeki korang. 

*Sentap dan jeles

P/S : Bila aku nak bertemu The One aku? *gedik.


Wednesday, June 15, 2011

Don't Be Bakka


Aku bet semua tau pasal kisah dongeng Disney about Cinderella, Snow White, Rapunzel, Jasmine and Mulan. Semua girls di atas akan menderita dulu before happily ever after with their Princes Charming. Well darling, this entry is based on their story in a crooked way.

Not everyone will get their HAPPY ENDING. Not everyone will be happy with their lovers. But somehow they will be happy doing something with someone they never thought of. Furthermore, they can't even imagine to be happy after going through pool of despair, breaking heart also tears.



People, we have the RIGHTS to live happily.

Why being sad and sober, if can be happy do what we want?
KIta hidup hanya sekali. Mati juga sekali. Kita bukan hidup selama-lamanya di dunia ni, jadi appreciate dengan life kita yang ada. Be positive. Take the risks that you haven't think off. For me, I want to do bungee jumping, scuba, climb Mt. Kinabalu and few risky activities. That's my happiness. It lies when I do that breath taking activities. Everyone have things or person that can make them happy. So find it and enjoy your life. Have faith with it.

Girls, dari dulu sampai sekarang, I don't ever understand why kau nak bersedih, sanggup terseksa dalam relationship yang kau sendiri tak pasti akan kekal atau tidak. It is different if you are married you have to bear it till your last will to save it.But if that marriage make you suffer, didn't have life why still keep it. Okeyy di sini bukan aku nak menggalakan perceraian but aku perhatikan ramai perempuan yang sampai lebam kerja nak sara keluarga, bagi makan anak bayar bil semua tapi diorang menderita akibat suami tak betanggungjawab.

Why? Adakah sebab takut kehilangan tempat bergantung?
It makes no sense sebab selama nie kau yang bekerja sara hidup.
Takut dengan perlian orang apabila bergelar janda tambah lagi janda berhias? Persetankan. Ini hidup kau.
Last reason is aku rasa semua orang sukar mau terima bahawa diri dia dah tak diperlukan lagi oleh orang yang disayangi. Rasa being replaced itu sangat menyakitkan.



Girls, if kau tak bahagia, kau asyik menumpahkan air mata mengenangkan sikap boyfriend yang tak tentu hala, berlagak macam single walaupun berdua, tak pernah nak menghargai kau, dan dah terlalu lama kau bertahan dengannya, cuba ambik tindakan berani and lepaskan diri kau dari derita itu. Kumbang bukan seekor. Kau nak buang masa kau dengan lelaki yang tak reti menilai kasih sayang kau? Untuk apa? Sedangkan kau boleh dapat kebahagiaan kau lebih lagi dari bersama dia dengan kawan-kawan yang ada. Kau boleh enjoy tanpa kongkongan, tak lagi report kepada si dia tiap masa.

This is just a matter of time before kau meletup and musnahkan diri kau sendiri. Kepedihan yang disimpan terlalu lama boleh bertukar menjadi racun pada jiwa. Pasif and negatif jadi santapan harian kau. Aku cuma nak bagitau, kita perempuan kena kuat walaupun tanpa lelaki. Tinggikan ego, jangan jadi lemah sebab dia atau kuat sebab dia. Please jadi kuat untuk diri sendiri. Sebab dia macam mana pun satu saat akan tinggalkan kita jua. Masa itu kita sendiri. Tak ada sapa yang mampu memujuk kau lagi time tu.

Kalau kau ditinggalkan or meninggalkan dia, mulanya memang susah tapi kau kena terima kenyataan itu. Kau memang akan bersedih, apatah lagi perempuan dikurniakan dengan riban-riban perasaan dan mudah dikuasai emosi. Cuba kuatkan diri. Menangislah untuk pujuk diri kau sendiri. Hadapi kenyataan itu dengan teguh bahawa kau dan dia dah tiada apa-apa.

Sayang, if it meant to be, it will always meant to be. Biarlah takdir putar belitkan kehidupan kau sekalipun, kalau dah jodoh kau dengan dia, korang tetap akan jumpa. Kalau tak, pasti kau akan jumpa yang lagi baik dari cinta hati sebelum nie. Apa yang penting kau kena bangkitkan balik diri kau tuh. Senyum dan hadapi hari-hari kau. Mungkin akan ada yang jatuh hati dengan senyuman kau itu berbanding orang benci melihat mata sembap dan muka yang masam mencuka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...