Pages

Showing posts with label CINTA. Show all posts
Showing posts with label CINTA. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Kuasa Wanita!

Tiap kali purnama mengecilkan diri menyorok di balik sosok sosok awan gemala, imaginasi aku menerawang ke negara Astonia. Daripada menara empat tinggi sekata, aku duduk memperhati dengan ralit setiap jajahan disebalik tirai kaca. Di suatu sudut rumah berbumbungkan atmosfera, aku terpana melihatkan bidadari atas awan melabuhkan diri di atas pembaringan.

Aku merasakan suatu yang berbeza. Gumpalan darah yang manusia di bumi tua khabarkan sebagai hati, sepertinya sedang bergusti bersama sangkar tulang rusuk kiri yang kekurangan intipati. Prak! Prak! Prak! Sangkar terbuka. Hati mengeluarkan sayap bercabang lapan dan terus terbang. Terbang menuju ke kau. Ah siapa kau punya nama pun aku belum sempat berkenalan. Aku pejam mata. Aku bayangkan aku juga punya sayap. Puff! Keluar sayap bercabang empat. Kenapa empat tetapi tidak lapan seperti sayap yang hati punya? Ah aku tidak punya masa untuk bertanya. Aku perlu kejar hati! Aku terbang menelusuri atmosfera berbingkai simetri. Peh cemana hati itu bisa menyamai kelajuan cahaya? Ouh mungkin kerana hati mempunyai sayap bercabang lapan. 

Nah, hati menembusi tirai kaca kau punya dengan mudah. Aku syak hati guna ilmu hitam. Aku yakin aku juga boleh. Aku terbang undur kebelakang. Mengambil jarak untuk lajakan menembusi tirai kaca kau punya. Zaaaap! Pap! Aku melekat seperti serangga yang gembira mengejar cahaya kebahagiaan sedangkan dia tidak tahu bahawa itu cahaya lampu kenderaan. Ah sudah dahi aku merah. Pelanggaran yang kuat menyebabkan kau terpisat pisat menggosok mata. Tersedar daripada lamunan mimpi yang entah sempat atau tidak kau bina. Peh punya comel dah serupa Izara Aishah! Aku ternampak tulisan -LADY DIY- di sudut atas kiri kebaya moden putih yang kau pakai. Cikgukah siap ada name tag? Urban betei kerajaan bidadari pun ada jawatan cikgu. Kau terpandang aku, aku memandang kau. Kau terkejut. Aku buat buat cool. Seraya dengan itu kau mengeluarkan tongkat berbucu lima. Peh betul kau bidadari rupanya. Aku terkesima. Kau goyang goyangkan tongkat yang kau punya. Aku terpana. Hanya melihatkan adegan seperti drama dengan mata yang bercahaya. 

Blink! Asap berkepul. Aku kibas kibas menggunakan sayap. Eh sayap dah tak ada? Hasil pembalikan imej menerusi tirai kaca yang kau punya, aku melihat sesuatu yang aneh. Kenapa aku berwarna hijau? Kenapa lidah aku panjang? Kenapa aku menggerutu? Ah sudah! Kau sumpah aku menjadi katak? Kau mana faham bahasa katak. Macam mana kau nak faham bahawa aku cuma nak khabarkan yang hati aku sudah terbang kepada kau? Ong! Ong! Ong! Seraya itu juga hati mengeletekkan dirinya sendiri disebalik rambut ikal mayang yang kau punya. Lucu dengan kejadian aku mungkin. Aku bersuara dalam minda sebab aku dah tak boleh bersuara dalam hati lagi. Kan hati dah pergi kepada kau, bidadari. "Jaga hati aku baik baik!". Dalam bahasa katak lah tapinya.



*** 

kahkahkah. Macam faking pun ada jugak aku rasa apa yang aku up nie. Tapi nampak kan kuasa wanita tu? Bidadari itu wanita jugak.


Friday, January 20, 2012

Shooting Star!


[ Only your shadow close to me, Estrella. Your shadow. ]
 

A : Estrella, lelaki macam mana yang Estrella rasa sesuai untuk diri Estrella? The one's that you are waiting for?

E : Lelaki yang dapat jaga Estrella. Buat Estrella bahagia. Buat Estrella rasa menjadi wanita yang paling bertuah kerana memiliki lelaki yang sesempurna dia. Someone yang boleh buat Estrella tersenyum and rasa jatuh cinta all over again bila Estrella bangun tidur dan tatap wajah dia.

A : Did u find any guy that fit all the criteria that u want Estrella?

E : Nope. It's not easy as saying one, two, three Ashfi. 

A : Estrella, Estrella tahu tak kriteria yang Estrella tetapkan makin menjadikan Estrella susah untuk jumpa someone yang Estrella rasa betul betul sesuai untuk diri Estrella?

E : Sebab itulah Estrella letakkan kriteria macam tu. Bila Estrella susah jumpa, Estrella juga akan susah melupakan. Did u get my word Ashfi?

A : Yes. I get it. Estrella, kalau Ashfi kata Ashfi mampu dapatkan bintang untuk hadiahkan dekat Estrella, will u love me?

E : It's impossible Ashfi. Bintang kan jauh.

A : Ya. It's impossible. Sama macam apa yang Ashfi 'fikir'. Kalau Ashfi kata Ashfi mampu hembus angin ketenangan bilamana Estrella rasa serabut dalam kehidupan, will u love me?

E : Takde manusia yang mampu hembus angin untuk tenangkan insan lain melainkan insan tersebut tenangkan diri dia sendiri Ashfi. Semuanya terletak pada mental sendiri. Cara kita mengawalnya.

A : Yup. Sama macam apa yang Ashfi 'fikir'. 

E : Ashfi! Ashfi! Ada shooting star kat langit yang Estrella lihat! Make a wish cepat!





E : Ashfi, nak tahu apa yang Estrella wish-kan tadi?

A : Yup. Apa wish Estrella?

E : Estrella hope, Estrella dapat someone macam apa yang Estrella sebutkan tadi. And Estrella juga hope Ashfi dapat jumpa someone yang dapat buat Ashfi bahagia. Ashfi wish apa pula ya?

A : Ashfi just hope Estrella dapat baca hati Ashfi.

-tuut-

-tuut-

-tuut-



Talian di putuskan.
Estrella termenung. Bingung.
Ashfi melihat ke langit berharap akan ada lagi tiga puluh sembilan shooting star yang lalu agar dia dapat ulangi permintaan yang sama hingga cukup empat puluh kali.


 ******





Apa yang kau perlu tahu, wanita, kadang apa yang kau mahukan itu sukar untuk kau jumpa, sukar untuk kau peroleh. Makanya, apa yang perlu kau lakukan, lihat apa yang di sekeliling kau sekarang. Cuba kau tanya sama hati, apa yang buat hari hari kau terisi dengan senyuman. Apa yang buat kau rasa berteman.

Kadang, kau meletakkan kriteria yang terpaling tinggi untuk kau punya pendamping hati. Perkara itu yang menjadikan setiap mereka yang cuba mendekati kau tidak kelihatan sisi cinta untuk membahagia kau punya hati kerana telah di bayangi oleh kriteria terpaling tinggi yang kau telah senaraikan di awal awal lagi.

Bangunlah wanita. Buka mata, buka hati. Cuba kau taburkan rasa cinta kepada dia yang saban hari tanpa kesal di wajah menanamkan benih gembira di dalam kau punya jiwa. Pada aku, mereka mereka yang selalu ada, buat kau tersenyum tawa itu punya lebih rasa menyempurna berbanding mereka yang kau tunggu namun susuk tubuh masih tidak muncul dalam bayangan mata.


Sunday, November 13, 2011

A Ways to . . . .




Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak membalas pesanan ringkas yang di beri.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak menjawab panggilan yang bertubi tubi.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak meluangkan barang seminit dua untuk bertanya keadaan diri.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak memberi sebarang reaksi bila kau berkata kau sakit gigi.

Kawan, sahabat, friend, teman. Kau tidak sunyi. Tidak. Langsung tidak.
Cuba kau buka mata. Keluar daripada hitamnya jiwa. Kau lihat sekeliling. Masih ada hidupan bernyawa?
Daripada situ kau sudah dapat satu jawapan bahawa kau tidak sunyi. Masih ada yang menemani.

Aku tahu. Keluarga, sahabat apalagi musuh tidak sama penangannya berbanding kekasih. Kekasih kau boleh cari. Siap boleh tuding  dengan jari kekasih yang bagaimana yang kau mahu cari. Tapi kau boleh cari keluarga cari teman dengan cara bagaimana kau mahu cari kekasih tadi? Aku tahu. Aku tahu. Memang kedengaran cliche. Tapi itu yang kau kena tanam dalam benak fikiran kau yang dah sebati dengan diri kekasih yang buat kau di gantung tidak bertali. Malah ada yang bodoh tuli bebal babi buang teman buang keluarga demi kekasih. Itu keji. Kalau kau kata kau boleh dapat teman dapat keluarga dengan cara kau dapatkan kekasih. Satu saja jawapan yang akan aku beri. FAKYEWWWW!

Ok lets make it clear girls. Pada aku as a lelaki, jika perhatian yang dahulunya diberikan kepada kau sangatlah almost 24/7 but lately sehari pun kadang kadang dia tak cari kau, boleh jadi dia sudah bosan. Ya. Bosan dengan hubungan kalian. Bosan weh kalau setahun, dua tahun gaya hubungan korang sama je. Mendatar. Muak. Macam kau makan kuih ketayap tawar sambil tenung gambar Dr Rozmey.

Cuba kau as a girls, ubah sikit gaya hubungan. Kalau boyfie kau minat MU, belikan dia jersey even dia dah ada. Tak payah nak yang ori sangatlah, Padang Besar sudah. Kau cari latest latest info tentang team bola yang dia minat. Kalau team dia menang, send la satu mesej congrate kat dia. Kalau team dia kalah jangan pulak kau dok menganjing. Mau kau kena penerajang sulung kang. Lelaki kalau fanatik bola lain sikit buasnya. kehkehkeh. Nak lagi true kau ajak dia tengok live match sama sama dekat mamak. Its sooooooo romantik u know.

Cara lain yang girls boleh buat, ubah cara pengggilan dekat boyfie korang tu. Daripada pesen beby-abang, papa-mama, ayah-ibu, errrr ok geli. Korang tukar la kepada panggilan yang ada sense of humor siket. Tak kan memanjang nak gedik gedik manja. Bored. Nak lagi sedap, panggil ke boyfie tu lu-gua. But selitkan la unsur humor. Jangan dok keras sangat serius panggil lu-gua. Pada aku, lagi happening relationship tu. Rasa macam layan kawan. Kau nak bergurau dekat tempat awam pun takde sape yang dok kisah kalau kau guna panggilan macam tu berbanding yang berbaby-baby dekat public.

Nak lagi bagus, kau tanya dekat boyfie tu apa yang dia nak untuk jadikan hubungan korang jadi menarik. Mana tahu girls yang tak bertudung, boyfie nak korang berubah kepada bertudung. Bagus apa. Even pada mulanya bertudung atas sebab 'boyfie suka', insyAllah nanti lama lama kau akan sedar kau bertudung kerana Allah. But if kau tanya apa yang boyfie nak untuk buat hubungan jadi menarik, boyfie kau just melembabkan diri, tunggu apa lagi. Just move on. Tak nampak sangat kau kurang side of attraction bila kena dump nanti. kahkahkah.

P/S : Ada yang kata blog ni dah macam Terfaktab sebab asyik up entri cinta. Lantaklah. kahkahkah.

Wednesday, November 9, 2011

BSS dan BPS.

Penulis 1001P memang lebih cenderung ke arah material "Cinta". Sebab kami tahu entry "cinta" tak pernah basi. #rolled eyes

Ada yang bercinta stail single. Bukan bercinta perasaan single. Tapi bercinta stail single. Bercinta perasan single, tu masalah namanya. Apa yang aku cuba nak sampaikan, bercinta, tetapi tidak diikat dengan status 'relationship'. Beza antara bercinta stail single dengan bercinta perasan single adalah seperti berikut :

Bercinta Stail Single (BSS)
Perasaan dizahirkan kepada si dia. Sebelah tangan yang bertepuk di sambut dengan sebelah tangan si dia. So " Tepuk Kedua Belah Tangan Berbunyi" ==" Tapi perasaan tu hanya mereka je yang mengerti. Kesetiaan dipateri. Tetapi tidak untuk hubungan itu. Jika mereka tu kawan, so the friendship remains. No new relationship is tied.

Bercinta Perasan Single (BPS)
Sikap tipikal orang bercinta yang cenderung curang. Ada komitmen (in relationship), tapi bila duduk seorang, mengaku single. Ada marka, tapi buad buad macam takde.

Kat pasangan dia kata "Aku Cinta Padamu, Hanya dikau seorang pujaan hatikuuu".
Kat orang lain, "Aku single lah. Couple? Wak luuu!"

Pesen orang mintak penampaq kat muka.

Bila Si Single Bercinta.

1) Macam takrifan BSS seperti di atas, orang jenis ni, dia bercinta. Dia punya pilihan hati. Dan si dia telah maklum mengenai itu. Masing-masing dah jelas dengan perasaan dan kedudukan masing masing.

2) Stail bercinta yang santai dan agak rare. Kenapa rare? Tak ramai manusia mood 'mengawan' yang boleh tahan diri untuk tidak jump into a relationship. Tak ramai yang boleh pastikan komitmen perasaan pada si dia akan terjamin setia tanpa sebarang ikatan 'relationship'. Sesetengah orang sangka, bercinta stail gini tak terjamin hubungan dan rasa cinta itu akan berkekalan. Ada yang takut nak bercinta single sebab tak mahu si dia dikebas orang. Tindakan in relationship sekurang-kurangnya memberi gambaran yang si dia dah kau cop untuk kau je. Declare yang dia officially gf/bf kau. In reality, yes. Bila berstatus gf/bf orang, tendency untuk orang lain nak menggatal kat dia tu kurang. Kalau still ada, tu petanda si dia tu jenis yang too hot to resist atau orang yang mengusha line tu jenis takpaham bahasa tak kisah kebas hak orang. Haha.

3) Stail si single yang bercinta, the key is komitmen perasaan tidak kelihatan oleh orang lain but at the same time, they know who they are. Sedar diri yang hati dah berpunya. Pada masa yang sama juga, they know that they can't overreact. Sayang sederhana, tak cemburu buta, tak mengongkong. Sebab dari awal, they decided not to tie  a relationship. "Hey, kau kawan aku. Tapi kau jangan lupa, kau tu ada tempat istimewa dalam hati aku. So you should know where the boundary is."

4) The best part, takde anniversary ticker. Yang daisypath ke entah apa namanya tu. Biasanya kalau blogwalking kat blog especially blogger perempuan, kau jumpa lah nanti anniversary ticker tu. Tu maksudnya dia dah berpunya. Tu tak masuk lagi yang menepek gambar boyfriend kat dalam blog dia. Hihi. Bercinta stail single, takde istilah anniversary. Sebab bagi mereka, cinta tu takperlu dirai cuma pada hari-hari tertentu. Sepanjang tahun pun cinta mereka 'alive'.

Bila yang dah jalin hubungan perasan single.

1) Depan marka kemain macam dah takmau pandang orang lain dah. Bila kena tinggal dua tiga saat sat, mula lah buad perangai perasan single dia. Ulat bulu dah naik daun. Pantang yang dahi licin. Pantang yang peha gebu. Pantang yang rambut cacak tajam yang kalau cicak jatuh atas kepala kompom mati tercucuk punya; mula lah dia mula perasan single depan orang lain.

2) Kalau peribahasa "menanam tebu di pinggir bibir" orang selalu guna, orang BPS ni kita kena guna peribahasa yang tak terperi dia punya hyperbola. Kalau berkata-kata, dah tahap main tuang gula pasir kampit 10kg kat dalam mulut pun belum tentu setaraf nak compare betapa ber'gula'nya mulut diorang ni bila mengayat.

3) BPS ada kemungkinan pasang marka lebih dari satu. Ada tendency. Bila depan marka yang ini, dia kata "kau lah yang satu.". Di depan marka yang itu, "hanya kau di hatiku". Hakikatnya? satu tambah satu sama dengan dua. Err.

4) Orang bercinta perasan single dia suka dapat pujian daripada kawan-kawan dia. "Eh, awek lu macam minah Korea la. Muka lu macam daun pintu tandas tak siap pun boleh dapat awek cun cmtu eh? Hebat lah lu.". The truth is, mereka yang BPS ni dia pasang awek/boyfie pun cuma nak menunjuk depan orang. Kalau diorang betul betul serius dengan korang pun, dia jenis tak suka hidup terikat dengan komitmen. That's why dengan bersosial lebih atau pasang marka lain, diorang rasa 'carefreeeeee'. Saje main-main. Sebab bagi diorang, fasa bercinta belumpun lagi masuk fasa yang serius perlu komitmen.

5) Orang BPS tak takut rahsia mereka bocor. What's with the fear of kantoi? Ramai lagi kot marka aku. Sorang blah, ramai lagi yang beratur pegang slip nombor giliran. #Apa kau fikir ni ruang menunggu klinik ke?

6)


#Saje biar blank.

Kbai.



Friday, September 23, 2011

Gagal Lagi. Salah Siapa Ni?



Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Dalam perhubungan, ada pasang surutnya. Semacam pasang surutnya air laut. Tapi bila berkali kali perhubungan gagal, bila berkali kali bertukar pasangan dan tetap juga gagal? Adakah wujudnya keperluan menyalahkan takdir? Perlu. Itu jawapan yang terpacul keluar dari bibir manusia yang putus harapan dan tidak mahu mengakui khilaf sendiri.

Perhubungan pertama gagal. Mungkin jari telunjuk itu tanpa ragu naik hantu untuk dihalakan kepada pihak yang lagi satu. Perhubungan kedua gagal. Jari telunjuk mungkin stay disitu masih terhala kepada pihak lagi satu. Perhubungan ketiga gagal. Ego menebal yang tak terkakis mulai goyah. Si dia tidak disalahkan. Tapi takdir pula yang dilihat sebagai punca kesalahan. Takdir itu pula yang disalahkan. Kerana takdir yang dikatanya punca kesalahn itu, pengganti yang baru ditemukan. Janji dipateri, cinta disimpul mati. Bahtera dikemudi dan dilayari. Entah apa silapnya, perhubungan yang mulanya nampak indah itu tadi, turut gagal. GAGAL LAGI.

Sudah begitu banyak 'percubaan' perhubungan dan masih gagal. Sudah bersilih ganti pasangan. Yang beraut wajah bersegi, yang bujur sirih, dan entah yang bagaimana lagi raut wajah pasangan yang pernah hadir dan singgah bertandang. Masih lagi gagal. Di mana jari telunjuk yang begitu naik hantu itu pergi? Elok disimpan di dalam poket seluar sendiri je lah. Sebab terlalu galak menunjuki jari ke muka orang lain, diri sendiri terlupa. Bila jari yang satu itu dihalakan ke muka orang lain, jari lain yang berbaki tidak sedari menunjuki batang hidung sendiri. Jangan dilupa. Berkali-kali hubungan gagal, pasangan itu berbeza. Tapi adakah kita terlupa sesuatu? Di dalam semua perhubungan yang gagal itu lah, kita tetap ada. Duduk menetap. Yang satu lagi yang berganti.

Berhentilah mengangkat jari telunjuk ke muka orang lain. Biar jari itu berehat. Bila diluruskan jari, biarlah ia lurus bersama jari jari yang lain. Bila jari diregang dan dibengkokkan, biarlah kelima-lima jari itu melakukan perihal yang sama. Berhentilah menjadi begitu 'pilih kasih' dengan si jari telunjuk itu. Dia juga tidak diminta dicipta hanya untuk diangkat, ditunjuki dan ditudingtuding ke arah orang lain.


Bila hubungan berkali kali gagal. Renung diri sendiri. Jika selama ini diri sibuk mengambil tahu menjaja cerita dan perlakuan orang lain. Untuk kali yang ini, tolonglah kenali diri itu siapa. Sifat diri itu bagaimana.

Adakah kau terlalu pushy? Bila si dia kesana kemari harus digantung walkie talkie dileher? Berapa tapak melangkah pun dia harus menyediakan 'laporan' untuk dihantar khabar beritanya. Alasan kau nak buad dia macamtu? Ambil berat. YA. Memang ambil berat. Sampai berat rasa beban pada bahu si dia kau buad. Setiap kali berkomunikasi, dah macam temuduga TESL pula jadinya. Kena provide What? Why? Who? When? and How?. What are you doing? Why are you doing so? When are you gonna back home? bla bla bla. Tapi bagus juga buad macamtu kan. Dari asalnya sebelum dia kenal kau, cuma Okay Thanks Bye je dia tahu cakap, sekarang dia dah boleh cakap Bahasa Inggeris dengan fluent. Perlu tabik hormat kottt. Heh.

Adakah mungkin kau terlalu selalu menyalahkan dia bila ada perselisihan faham? Setiap kali bertengkar, asyik dia dapat lebam. Padahal kau yang start baling periuk belanga dulu. Setiap kali bertengkar, hanya kau yang layak menerima 'maaf', hanya dia yang layak mengucapkan 'maaf'. Bila bertengkar, cuma kau yang layak tarik muncung sedepa. Dia cuma layak untuk senyum dengan pujukan penuh usaha supaya kau akan kembali tersenyum seperti sediakala. One-way memanjang je jadinya. Jalan raya pun ada two way. Inikan pula dalam hal perhubungan. Ehemhem. Kalau cuma one way, orang akan cuma bergerak sehala, dan takkan bertembung muka. Err. Lebih kurang macamtu lah kot? errr.


Kadangkala kena lah menelan pahit air liur sendiri. Kena lah sekali sekala merasa kelat sendiri. Kena akui, kadangkadang diri ada silap. Doplohpat jam tuding orang, entah bilanya nak perasan salah yang berpunca datangnya dari diri sendiri.

Sit back. And relax. Bye. *Dah abes idea*


Sunday, September 4, 2011

woman.

A woman has great strengths.
She can deal with stress and carry heavy burdens.
She smiles when she feels like screaming.
She sings when she feels like crying.
She cries when she’s happy, and laughs when she’s afraid.
Her love is unconditional.
There’s only one thing wrong with her is










She forgets what she’s worth!

So perempuan di luar sana, sayangi diri anda kerana... *tipikaltagline*
Dirimu begitu berharga.


credit here.

Monday, August 1, 2011

*Perempuan dan Seks


Alicia. sebaya aku juga. sudah berumahtangga. baru juga tahun lepas. aku banyak belajar dari dia tentang bla bla bla. ya. sangat banyak. tak perlu aku huraikan sepenuhnya. baca saja entry ini dengan tekun. 

Alicia seorang perempuan yang berkulit sawo matang. bukan putih gebu macam maria ozawa. tapi dia punya pakej lengkap untuk membuatkan lelaki di luar sana tangkap leleh setiap kali memandangnya. serius. aku tak tipu. walaupun aku lebih cantik dari dia, lebih putih dari dia, ayat perasan tapi ini betul tak tipu ;p tapi dia punya aura, sangat berbeza. dia hilang dara pada usia enam belas tahun.  pertama kali bercium pada usia empat belas tahun. mungkin tak sama standard dengan remaja perempuan zaman sekarang. sekarang lagi advance kan?` tapi bagi aku dulu dulu, itu sudah cukup wow! kau sangat berani la Alicia! aku tak berani komen apa apa. dia mahu hilang dara di usia muda. suka hatinya lah. aku cuma menjadi pendengar yang setia. setiap kali ada masalah, aku lah tempat dia mengadu. ya... masalah selalunya selepas dia melakukan perhubungan terlarang itu. lewat seminggu tak datang haid, dia datang mengadu. aku? aku suruh dia cek doktor. dia tak mahu. akhirnya, dia mengajak aku berjumpa mbak jamu. aku sekadar menjadi teman. apa yang dibualkan dengan mbak jamu itu aku pun tak tahu apa apa. sudah beberapa kali juga. masa tu tingkatan lima. ada juga mbak jamu tu promote jamu perawannya. aku menolak. sebab tak pandai minum jamu. kalau pil, aku boleh lah telan. ini air. eewwww... tapi Alicia. aku tengok dia minum jamu tu macam minum milo saja. selang dua hari selepas itu, khabar gembira keluar dari mulutnya. dia sudah datang haid. alhamdulillah... aku mengucap syukur. dan setiap kali itu juga aku berpesan, jangan buat lagi! jangan lepas dalam. ceh! pandai aku kan. tapi lepas lepas lepas itu, dia buat lagi dan lagi dan lagi... dia sudah ketagih. pesannya padaku, "kau jangan sekali kali cuba! faham?!` ringan ringan tak apa. jangan masuk dalam" haihh~ ada jugak kawan macam ni kan. 

lepas spm aku sambung belajar di luar daerah. Alicia semakin liar. aku tiada, dia semakin hilang arah. ya. dia pernah menangis menelefonku. katanya, akulah segalanya. tanpa aku, dia mudah terpengaruh. dia tak dapat kawal nafsu. ahh.... ada aku pun dia memang sudah terlajak perahu. dia juga suka buat hal sendiri. nasihatku macam sikit saja yang dia guna. selebihnya, dia buat ikut kepalanya sendiri. tapi nasihatnya, sampai sekarang aku masih pegang. mungkin dia selesa aku menjadi pendengar dan peneman di kala dia susah. itu saja. setiap kali cuti semester, aku akan pulang dan kami akan habiskan masa berbual panjang. arwah mak pernah tegur. jangan kawan rapat sangat dengan Alicia ni. tapi aku degil. aku rasa tiada kawan lain lagi yang lebih rapat selain dia yang boleh cerita segala macam cerita. dan sampai sekarang, dia masih sahabat yang bermasalah. ahh.. panjang cerita. 

dipendekkan, sejak berkahwin tahun lepas, dia belum pun ada tanda tanda hamil. dia sangat risau sebab keluarga pihak lelaki sudah mengata dia macam macam. tak subur lah. mandul lah. dia sedih. sangat sedih. aku? tumpang sedih. sebabnya, aku pun tak tahu macam mana nak bantu dia supaya boleh hamil cepat. nak ajar dia tentang posisi posisi terbaik semasa berjimak untuk mudah dapatkan anak, rasanya aku tak layak. dia jauh lebih hebat. nak promote supplement untuk cepat hamil, lagi lah aku tak tahu sangat. bila dia refer doktor, kedua mereka suami isteri tiada masalah. cuma belum rezeki. itu yang pasti. 

sepanjang penglibatannya dalam perhubungan terlarang, dia memang tak pernah mengadu pasal hamil. tak pernah langsung! adakah sebab jamu itu?` adakah jamu itu sudah banyak membunuh telur telur yang sepatutnya menjadi ..... huuu -.-"""

bila sudah berkahwin, zuriat lah yang paling penting. yang paling di tunggu tunggu setiap ahli keluarga. kalau dulu, dia tunggu bila akan datang bulan, sekarang dia berharap dia tak datang bulan. berharap telur telur dapat bersenyawa dengan sempurna. berharap perut akan membusung selayaknya bagi wanita yang sudah berumahtangga. 

hidup ini penuh dengan ujian kan?`  

***

Apa yang berlaku pada Alicia mungkin berlaku pada anda. atau pada kawan-kawan anda. boleh jadi juga berlaku pada saudara-saudara perempuan di dalam family anda. 

kenapa perempuan boleh terjebak dengan seks sebelum bernikah? hal ini berlaku sudah lama. sejak zaman nenek moyang kita lagi. sejak zaman jahiliah lagi. zaman di mana perempuan hanya di anggap sebagai simbol seks dan untuk memuaskan nafsu lelaki sahaja. perempuan tidak layak untuk memimpin. sebab perempuan di anggap terlalu fragile. emo dan tidak bijak dalam semua hal. termasuklah seks. perasaan perempuan di ranjang juga tidak pernah di ambil kira. tugas perempuan cuma baring, kangkang dan lelaki goyang. selesai inzal, perempuan ditinggalkan terkangkang sendirian. sama ada si perempuan sudah cukup puas ataupun tidak, itu langsung tidak dihiraukan oleh lelaki. seks pada ketika itu hanya untuk lelaki. bukan perempuan. perempuan perlu menurut segala kemahuan lelaki. kalau tidak, penerajang akan menjadi hidangan di badan. pada zaman dulu, seks sangat menakutkan orang perempuan.  

tapi itu dulu. lelaki sekarang lebih prihatin. lebih lembut dan sabar membelai. memberi dengan sepenuh hati. melayan perempuan sehingga ke titisan terakhir tanpa perasaan ego yang tinggi. belaian yang diberikan dengan sepenuh "kasih sayang". perempuan juga semakin bijak untuk memenuhi tuntutan batin mereka. perempuan sekarang tidak malu segan silu untuk meminta. juga bijak mengemudi kapal yang sedang berlayar. pokoknya, kata apa saja. perempuan boleh buat semua yang diminta dan begitu juga lelaki. akan buat apa saja asal sama-sama merasa nikmatnya. 


saya tak akan menyentuh soal agama di sini. semua pun tahu seks di luar nikah itu adalah haram. apa agama sekalipun melarang sebenarnya. semua agama mengeji pasangan yang tidak mampu menjaga iman mereka. sebab itu upacara perkahwinan wujud dalam semua agama. semua kita mahukan yang baik-baik sahaja bukan?` cuma, ada juga di kalangan pemimpin agama yang seperti ketam. mengajar yang baik-baik tapi dia sendiri pun buat juga hal yang terkutuk itu. ok... saya teremo bila menulis sambil teringatkan kisah-kisah yang pernah dibaca dan didengar sebelum ini... juga apa yang terjadi di depan mata saya sendiri. bukan sahaja pemimpin di kalangan lelaki. malah ada juga pemimpin perempuan.

persoalannya kenapa? kenapa? kenapa? betul bukan`.... seks penting untuk manusia. sama ada untuk mendapatkan zuriat atau pun saja-saja untuk suka-suka. seks adalah nikmat dunia yang tak terkata. seks adalah merangkumi segala aspek urusan dunia. politik, ekonomi, dan segalanya.  dalam dunia bisnes misalnya, seks diibaratkan sebagai starter dan pencuci mulut dalam hidangan.  hubungan bisnes dimulakan dengan perjanjian. sebaik sahaja perjanjian dimeterai,  hubungan dieratkan dengan semangat bekerjasama. semangat itu di bawa sampai ke bilik tidur. saling bekerjasama bukan?` kemudian, bila bisnes membuahkan hasil, ia akan diraikan penuh gilang-gemilang. dalam riang berpesta makan segala, tak lupa diri dihadiahkan dengan hidangan "kerjasama yang penuh kasih sayang". lega bukan? seronok juga iya~ biasa tengok cerita mat salleh bukan`? semua itu sangat tipikal. sangaaaaaaaaaaaaaaaaattt tipikal! dan kita, manusia yang hidup di garisan khatulistiwa penuh adab dan budaya sopan santun yang tinggi, pun terjebak sama dengan adengan yang sangaaaaaaaattttttt tipikal itu. 


nak cakap semua ini berlaku kerana pengaruh media? mungkin juga. tapi jangan lupa. masing-masing kita punya kemahuan. punya keinginan. tak perlu di ajar. apa yang berlaku pada Alicia, bukan atas kehendaknya 100%. bukan!! saya berani katakan ianya bukan sebab saya kenal Alicia. kenal sangat-sangat. dari kecil sama-sama main guli dan mandi sungai. 


nipisnya iman kita ini adalah senipis kulit bawang (betulkan saya kalau silap yer). mana mungkin pokok bergoyang kalau tiada angin yang meniupnya. dan Alicia, antara golongan perempuan yang tidak mampu menolak salah satu nafsu yang sembilan itu. 


terus terang saya katakan, saya menyalahkan lelaki 100% bila berlakunya seks sebelum nikah. kadang-kadang lelaki cuma main-main saja. tapi perempuan cepat terasa. sensitif jiwanya. bila di pujuk di rayu, perempuan mana yang tak sayu. apa lagi bila saat itu perempuan terjerat dengan perasaan cinta. antara cinta dan nafsu, sudah tiada beza. tidak mampu dibezakan. bukan tak waras. bukan tak tahu halal haram. tapi perempuan,... itulah. itu kelemahannya. mudah menyerah. semua kerana cinta.


ayat tipikal yang biasa kita baca,"perempuan menggunakan seks untuk mendapatkan cinta; lelaki menggunakan cinta untuk mendapatkan seks."  


rasanya 80% perempuan yang terjebak dengan hubungan seks sebelum menikah adalah disebabkan "mabuk cinta". 20% lagi kerana menjadi mangsa. mangsa kepada lelaki yang buas, seperti kes haruan makan anak, ataupun kes-kes pemerdangangan orang. ya.. kes pelacuran. bisnes yang paling lama bertahan di dunia.  kes culik dan tipu kerana terpengaruh. dan biasanya ditipu oleh lelaki yang dikenali. malah mungkin juga oleh lelaki yang dicintai.


orang cakap seks itu sedap. sekali rasa pasti nak lagi. dan lagi dan lagi. itulah yang terjadi pada Alicia. setelah pelbagai rintangan yang dilalui bersama teman lelakinya, syukurlah Alicia akhirnya berkahwin jugak dengan lelaki yang telah "menodainya". menyentuh dan meratah tubuhnya sebelum sah bergelar suami. bagaimana pula dengan nasib perempuan lain diluar sana yang telah ditipu oleh pasangan sendiri?!` habis madu sepah dibuang. dan lelaki dengan mudah memutuskan "anggap lah kita tiada jodoh".   


kesian sungguh jadi perempuan. bila sudah terlanjur, macam-macam sanggup dilakukan. sama ada menggugurkan kandungan, ataupun bertahan selama sembilan bulan kemudian buang. kalau tak pun, akan jadi seperti Alicia. lewat datang bulan dah menggelabah. macam-macam ubat sanggup ditelan. 


apa yang boleh saya katakan, perempuan sekarang perlu belajar mengenali lelaki. perlu ilmu yang tinggi dalam mengenal dan membezakan kata-kata manis lelaki sama ada kata-kata itu benar manis yang berpanjangan atau cuma manis dibibir saja. kerana terlajak perahu boleh undur semula. terlajak tindakan, menyesal pun tak guna. lelaki yang baik, dan benar-benar berkomitmen dalam hubungan, bukan atas dasar cinta semata-mata tapi sedar akan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan wanita disekelilingnya, pastinya dia boleh bersabar dan mengawal nafsu.      

kalaupun ada perempuan yang memang pesen senang diajak bermalam, dia antara golongan perempuan yang bermasalah dan telah menjadikan dirinya sebagai hamba nafsu. dalam fikirannya cuma anu anu anuuuuu saja. serius ada juga perempuan yang macam tu. tapi tak ramai. semuanya berlaku kerana kurang didikan, dan kurang kasih sayang. dengan melakukan seks sahaja dia merasakan ada yang "sayang". walhal,... haih~ dia tak tahu dia cuma jadi bahan eksperimen lelaki binatang. 


=="         


Sunday, June 19, 2011

Kopi Lavender dan Antiseptik

Saban hari dia berdiri di tengah-tengah jejantas itu seorang diri; mengait dan melerai memori lampau, mengelar dan mengubat kembali luka hati yang terlalu dalam. Memerhatikan segala macam jenis kenderaan yang lalu lalang dalam kesamaran lampu-lampu jalan, pandangannya jelas kosong. Sesekali bayu yang menyapa pipinya tidak tersedar menyentuh reseptor-reseptor rasa. Tidak langsung terungkap jerih perih sukarnya perasaan menahan sebak yang bersesak di kelongsong dadanya. Entah kenapa dia berasa denyutan jantungnya terlalu mencengkam.

 Dia menoleh ke suatu sudut di hujung jejantas itu; suasana kelabu, monokrom, hitam putih. Semacam wayang gambar yang berulang-ulang bermain di matanya.  Mod imbas kembali menguasai benak. Di dalam kesuraman, kupingnya jelas menangkap bait-bait perbualan  itu. Konversasi  yang telah lama dirindui. Tapi entah bila ingatannya terlupa mengenai itu.

“Cos if one day you wake up and find that you’re missing me 
And your heart starts to wonder where on this earth I could be 
Thinking maybe you’ll come back here to the place that we’d meet
And you‘ll see me waiting for you on the corner of the street 
So I’m not moving, I’m not moving..”

Petang yang hanya segaris senja itu melihat. Mengamati dua insan remaja yang sedang khayal berkongsikan “earphone”;  si lelaki bernyanyi-nyanyi kecil, memegang kemas tangan si gadis. Mereka bahagia barangkali. Walaupun dengan hanya momen mudah seperti itu. Jejantas itu. Suatu simbolik kompleks. Seperti suatu signifikasi hubungan segala macam rasa yang hanya mereka mengerti perasaan yang hanya fragmen-fragmen abstrak. Cinta zaman sekolah. Cinta anak-anak remaja yang indah.

“Ida, I minta maaf. I sangat sayangkan you. You have sacrificed a lot for me. “The Man Who Cant’ Be Moved” jadi saksi kita. Last night I repeatedly listened to this song. Entah dah berapa banyak kali I dengar, sampai tertidur. Lepas ni I dengar lagu ni je. Ni lagu kita, Ida.”

Malam itu dia ke jejantas itu lagi. Berjaket bulu tebal, berseluar khaki ton hijau kusam, serta ditemani lagu Far Away yang di atur ke mod “repeat” di mp3 “playlist” MWalker G700 silver yang tergantung kemas di kolar leher. Sejuk. Kegigilan jelas terasa. Tangannya erat memegang secawan kopi pekat yang masih panas beraroma lavender.  Berbaju kait tebal tidak menghalangnya berasa kesejukan embun malam yang terampai di udara. Langit malam itu tidak berbintang. Hanya hamparan gelap. Sesekali kelihatan wajah pucatnya tunduk menahan keharu-biruan kenangan lampau. Dia tidak sanggup mengenangnya, tetapi hatinya jelas terlalu tegar; degil untuk terus-terusan ke jejantas itu; dan mengenang kembali kenangan-kenangan mengguris dan ternyata terlalu pahit.Dia beralih, menghenyakkan batang tubuhnya ke tembok jejantas, mengeluh. “Siapa sahaja yang mengerti?”, hatinya mengusik. Dia harus berlalu pergi. Sewajarnya.

                Sembilan belas tahun. Umur yang dikira cukup untuknya merasakan kepahitan cinta lalu. Dia telah cukup menginterpretasi istilah “perpisahan” di dalam kamus hidupnya. Dia telah menjadi cendekiawan; serta seorang profesor dalam menterjemah kisah itu. Dia menekan butang “on” pada MWalker di tangan kiri. Telinganya meneliti bait-bait lagu Crush nyanyian finalis American Idol musim ke 7; David Archuleta yang ligat diputarkan di corong-corong radio antarabangsa dan tempatan. Anak matanya tepat merenung paparan skrin komputer LG FLATRON ez T530S yang dalam perkiraannya sudah hampir genap 4 tahun menjadi teman setia. Entah. Dia dapat merasakan gejolak hati  yang tidak menentu semacam frekuensi “alternating current” yang meluap-luap melebihi voltan rintangan pada tahap infiniti. Suatu perasaan yang terlalu aneh dan begitu asing menyerang kotak fikirannya yang sedang dirundung  emosi yang tidak tergambar dek kata-kata. Berkecamuk. Berlegar-legar penuh energi. Berserabut. Abstrak.


Perkenalan itu terlakar di atas kanvas persahabatan yang baru terhampar untuk suatu ketika. Dia sedar hatinya tidak memerlukan pembaikpulihan. Hatinya telah tegar dengan tohmahan kelukaan. Hati dan perasaan sememangnya tidak terjangkau. Dalam perkenalan bernama persahabatan itu, mereka mula menaruh benih-benih harapan dan kebahagiaan. Anak-anak remaja yang mudah tersentuh. Anak-anak remaja yang mudah beralih arah. Anak-anak remaja yang tidak bersalah; menjadi mangsa ketidakadilan perasaan. Bait-bait puitisnya perasaan yang baru bercambah ternyata masih di awal perjalanan. Belum sempat bahtera perasaan itu berlabuh ke pulau kebahagiaan, badai menghempas tiada belas; mengaramkan bahtera di tengah lautan kekecewaan; yang benar-benar meranapkan.

Di dalam cuaca perasaan yang tidak menentu, masing-masing berbungkam. Dia berasa terlalu pedih; lebih terkesan daripada kisah lalunya. Insan itu yang digelarnya “sahabat” benar-benar menggoncang dunianya. Dia di pihak yang didakwa. Dia bersalah terhadap insan yang bergelar “sahabat” itu. Sesekali jiwanya berpuing-puing natijah daripada tindakannya yang cuba menterjemah terbitan perasaan aneh yang mula membentuk antara mereka. Jelas perasaan itu terlalu asing bagi sesuatu yang diistilahkan sebagai “persahabatan”.

“Hey bila kau nak bercakap dan melayan aku macam biasa huh?”, pertanyaannya mati spontan. Tanpa berbalas, sahabat itu berlalu pergi meninggalkannya dengan sedikit kotoran “kebencian” terlihat di wajahnya. “Tuhan sahaja yang tahu bila, Ida. I just can’t look into your eyes. It’s killing me.” Dia berbisik kecil ketika melangkah pergi. Jelas sekali persahabatan mereka tidak seindah dulu. Masing-masing berpaling daripada melihat wajah masing-masing. Ke sana sini sudah bersendirian, tidak seperti kebanyakan harinya mereka berjalan bersama. Ke mana-mana juga tidak dilihat kelibat mereka bersama. Peti masuk di telefon bimbit mereka tidak ada lagi mesej-mesej mereka seperti dahulunya. Tidak ada lagi jenaka dan ketawa yang berhamburan. Tidak ada lagi walaupun sebaris ayat.

 Mereka pelakon yang berbakat di atas pentas kehidupan yang terlalu penuh dengan ketidakjujuran. Dia merindui saat-saat mereka berkongsi tawa dan tangis. Detik-detik mereka bertentang mata dan berlaga perasaan. Mereka menyedari perasaan itu, tetapi cuba menidakkan. Berlari sehabis kudrat daripada hakikat. Memaling ke arah bertentangan; berpura-pura tidak menyedari atau merasai sebarang keganjilan itu. Keretakan persahabatan itu mencelikkan mata yang “buta”, mengejutkan jiwa yang “tidak mempeduli”, menyergah emosi yang “lalai”. Waktu-waktu sukar itu menyedarkan mereka; sehabis manapun daya mereka berlari dan menghindar, hati dan perasaan itu tidak juga hilang, apinya tidak juga terpadam. Hangatnya tidak juga beransur sejuk. Cinta itu tidak juga menyusut. Sebaliknya bertambah sebati di dalam darah dan denyut nadi.


“Riz, aku rindukan kau. Seriously, I hate all this stuffs that tear us apart. Stop this ego, will you? Aku rasa hidup aku serba tak kena bila kau tak ada. Semua seems dull, you can tell without needing to see or talk  to me, kan? Riz, please. Aku tak sanggup dah nak hadapi semua ni. Next week aku akan balik ke rumah ibubapa aku. Mungkin balik terus. I will leave this place. Dah masanya aku balik rumah sendiri. My dad will fetch me. I will damn miss you. Tapi terpulanglah pada kau. Aku dah cuba berbaik. If the respond is negative, I won’t complain. Maybe all this happen due to my fault. I’m sorry and farewell, friend.”

Satu pesanan ringkas dikirim. “Message is delivered”. Pastinya sahabat itu akan membacanya.  Entah apa yang berlaku seterusnya, dia berserah kepada tuhan. Jika setakat ini sahaja perkenalan mereka, sesungguhnya dia bersyukur pernah mengenali sahabatnya itu. Ya. Hatinya meronta. Dia sedar kasih sayang itu bukan sekadar buat seorang sahabat. Tetapi egonya begitu tebal hingga tidak terhakis dengan apa-apa jua peluntur “pengakuan” atau “penyesalan”.

Hari-hari seterusnya berlalu dengan begitu suram. Masa yang diharungi merangkak dengan terlalu perlahan dan menyakitkan. Namun tidak juga telefon bimbitnya menjerit memanggil ada pesanan ringkas baru menerjah peti masuknya. ”Riz, kau benar-benar dah memutuskannya. Baiklah, aku harus teruskan hidup ni tanpa dia nampaknya.” Dia menghela nafas yang lain macam panjangnya; cuba melepaskan segala kepedihan barangkali. Barang-barangnya sudah siap dikemas. Kini dia hanya menunggu di lapangan terbang menunggu giliran penerbangannya. Dia tunduk layu, sebutir permata jernih jatuh tidak disedarinya. Hatinya terlalu sebak dengan hakikat itu. Dia menangis sepuasnya di lapangan terbang itu. Bajunya kebasahan. Dalam kesedihan yang terlalu mencengkam benak, seseorang menghulurkan sehelai sapu tangan rona merah. Dia terlalu mengenali sapu tangan itu. “Riz!!”


Sahabat itu tersenyum bersama air mata yang mengalir. Dia berdiri dan memeluk “sahabat” kesayangannya itu. Erat. Sapu tangan itu jatuh ke lantai tidak lagi terhirau. Mereka berpelukan dan menangis. Rambutnya yang ikal dan panjang kehitaman diusap dan dibelai lembut. Belaian itu sudah terang lagi bersuluh hanyalah layak diberikan kepada seorang yang dicintai, bukan sekadar seorang sahabat yang disayangi. Kecelaruan perasaan mereka akhirnya terurai. Sentuhan itu merungkai segala-galanya. Mereka terlalu letih berlari daripada hakikat gelora perasaan. Mereka berhenti dan menghadapi perasaan itu. Akhirnya mereka melempar jauh-jauh ego itu. Dibuang jauh-jauh ke ruang yang tidak mungkin lagi dapat dicapai.

Cuaca kembali pulih dan mentari itu mula menyinar; melimpahi segenap ruang hati yang dulunya gelap; sunyi tidak berpenghuni. Kanvas baru dibentang seluas alam. Kanvas Kebahagiaan. Kanvas Persahabatan itu digulung dan disimpan di dalam ruang kenangan. Kanvas putih bersih yang baru terhampar dicoret penuh warna-warni dan dilimpahi dengan wangian beraroma lavender. Dihiasi gah dengan senyuman yang dibingkai di dalam hati. Luka-luka lama diubati dengan antiseptik di dalam kit pertolongan cemas “cinta”. Denyutan jantung mereka berirama seragam, menbentuk nota-nota lagu harmonis. Bahtera mereka berjaya melabuhkan sauhnya di pulau harapan. Bahtera itu berjaya dikemudi. Nakhodanya berjaya sampai ke destinasi. Ada kanvas baru yang bakal dihampar; Kanvas Kebahagiaan Abadi. Dan pelukisnya adalah mereka yang dulunya “sahabat” itu.


by : dearly I D A


Monday, May 23, 2011

poli-gam-i

kawan aku, lelaki.
cerita perihal kekasih nya pada aku.
aku, mendengar dengan penuh khusyuk.

" awek aku, dia pandai n ok je. tapi dia jadi teruk bila ayah dia kahwin lain. ayah dia abaikan dia ngan adik2 dia, mak dia pun macam dah tak peduli kat diorang bila taw ayah dia kahwin lain"

lebih kurang macam ni la maksudnya.

isu yang aku cuba bangkitkan, kat sini.

P O L I G A M I

aku bukan nak bercerita mengenai hukum poligami. bukan juga nak melarang atau menentang. bukan juga nak salahkan lelaki. bukan juga nak menubuhkan persatuan anti-poligami-sedunia. bukan.
cuma nak mengajak kalian berfikir. 

memang berpoligami sunnah nabi, dapat pahala. tapi jangan lupa ada syarat-syaratnya dan tanggungjawabnya besar. bukan kecil.

kalau kau mampu berlaku adil dalam "semua aspek", ok. itu hak kau sebagai seorang lelaki.
tapi kena ingat satu perkara. dunia sekarang dah tak sama dengan dulu. isteri sekarang dah tak sama dengan isteri dulu-dulu. anak sekarang dah tak sama dengan anak dulu-dulu. 

banyak yang dah berbeza. jadi kesannya pun berbeza.

dan kau perempuan perempuan yang sudah terjebak dengan cinta-laki-orang, cepat2 la jauhkan diri. walau kau sayang dia bagai nak rak pun, elakkanla selagi boleh elak. lelaki bukannya seketul tu je.

aku bukan nak melarang atau menentang, cuma aku nak kau dan kau dan kau. cubalah bayangkan kalau kau di tempat perempuan yang dipoligamikan dan anak yang mempunyai bapa yang mempoligamikan ibunya.
cubalah bayangkan sendiri.

lepas tu mai habaq kat ak.




Thursday, May 19, 2011

*Jatuh Cinta

Jatuh cinta berjuta rasanya
Biar siang biar malam
Terbayang wajahnya


Jatuh cinta berjuta indahnya
Biar hitam biar putih
Manislah nampaknya


Dia jauh aku cemas tapi hati rindu
Dia dekat aku senang tapi salah tingkah
Dia aktif aku pura-pura jual mahal

Dia diam aku cari perhatian



Jatuh cinta berjuta indahnya
Di pandang di belai amboi rasanya
Jatuh cinta berjuta nikmatnya

Menangis tertawa karna jatuh cinta
Oh asyiknya



Perasaan jatuh cinta itu indah seperti menikmati cheese cake semasa harijadi.
Perasaan jatuh cinta itu indah seperti mendaki gunung fuji sampai ke puncak dan melihat matahari terbit di celah rimbunan bunga sakura. (ceh! khayalan melampau)
Perasaan jatuh cinta itu indah seperti kali pertama khusyuk mendirikan solat subuh di pagi Jumaat.
Perasaan jatuh cinta itu indah seperti …bla …bla. …bla... apa sajalah yang kau mahu huraikan. Yang pasti perasaan itu tersangatlah indah hingga tak tahu perlu diungkapkan bagaimana lagi. Kalau boleh di buat bentuk, akan jadilah seperti tugu berbentuk dua ekor ikan todak biru yang saling bercumbu di tengah roundabout bandaraya Kota Kinabalu. Atau pun boleh disamakan dengan menara berkembar KLCC yang teguh berdiri mencakar langit biru. Siang- matahari, pokok dan unggas menjadi saksi. Malam pula, bulan dan bintang mengganti. Tanda cinta berahi antara dua hati yang sedang dibuai asmara. Ahh, apa saja pun bisa menjadi simbol cinta. Simbol berahi. Simbol asmara.

Jatuh cinta itu bukan lah lucah. Siapa bilang lucah memang dia pendek akal. Mahu aku hempuk kepalanya ke dinding rumah jiran sebelah. Jika di tanya pada budak sekolah sekarang, macam-macam ungkapan cinta mereka boleh berikan. Tapi zaman awal 90-an dulu, kalau aku bercakap pasal cinta mak mesti marah. Uhh!

“Cinta itu bila saya berjalan berpegangan tangan bersama Tasya.” –Ravinder, 11 tahun.

“Cinta itu di sekolah kami sama-sama, pergi tuisyen sama-sama, pergi mengaji sama-sama dan bermain sama-sama di padang depan rumah.” –Alisia, 9 tahun.

“Cinta itu ialah mummy cium tangan daddy, pastu daddy cium mummy, pastu saya dan adik cium daddy dan mummy sebelum pergi sekolah.” –Danish 6 tahun.

"Cinta itu ermm... bila dia hadiahkan saya perfume BVLGARI pada Hari Valentine." -Nurul, 16 tahun.

Orang bilang, bila cinta sudah melekat, gula jawa pun rasa coklat. Kikikikiii~ sampai macam tu sekali penangan cinta. Sama ada cinta itu jarak jauh atau pun dekat, cinta sekarang tiada alasannya. Tiada istilah perbezaan umur mahupun bangsa. Tempat lahir dan juga keturunan. Saiz badan dan warna kulit. Topup dan bil internet. Duit? ;p~ Mungkin boleh berkongsi poket. Ahh, yang penting hati sudah suka sama suka. Sudah saling terpesona. Kau + Aku = Kita.

Untuk perempuan yang pertama kali merasa debaran cinta itu, aku ucapkan tahniah. Jaga perasaan itu elok-elok jangan sampai kau berbogel di atas ranjang tanpa akad nikah yang sah. Tapi aku tak salahkan kau jika kau terpusing tiga ratus enam puluh darjah saat cinta menguasai diri. Kau rela, dia tak paksa. Tapi kalau si dia tidak bertanggungjawab atas kekhilafan mu itu, dan dia menuduhmu murah dan sundal dan apa saja panggilan puaka untuk dirimu, jangan lah menyesal. Nasi sudah menjadi bubur. Tapi tidak bermakna bubur tidak boleh dijamah lagi. Tapi rasanya agak ... hmm kurang enak. Kau nak jadi nasi atau nak jadi bubur? Pilihan di tangan sendiri. Heyy...! Bubur itu makanan untuk orang sakit tahu! 

Untuk perempuan yang sudah beberapa kali merasa debaran cinta dan ada yang sudah tidak rasa lagi debaran seperti pertama kali dulu, seperti aku, ehem… di doakan semoga cinta kali ini lebih bertahan lama. Moga cinta kali ini kekal sampai ke syurga. Ya.. moga kau tidak dikhianati lagi. Moga kau tidak di sakiti lagi. Moga kau tidak kecewa lagi untuk ke lapan belas juta kalinya. Moga kau tidak lagi berlaku curang. Bawa-bawa bertaubat. Hal yang lepas usah di kenang. Kalaupun masih sukar untuk dilupakan, janganlah sampai memudaratkan hubungan yang baru mula berkembang. Moga segala yang baik-baik saja untukmu...

Tapi jika masih lagi kecundang, kau aku nasihatkan mandilah air bunga tujuh jenis tujuh warna tujuh tempayan. Aku ulang. Mandilah air bunga tujuh jenis tujuh warna tujuh tempayan. Bukan jumpa bomoh. Tapi mandi sendiri. Baca selawat dan niatkan. Bagi yang bukan Islam pun boleh cuba. Masa mandi tu niatkanlah untuk kesihatan jiwa. Bunga itu sebenarnya untuk mengembalikan semula aura seri yang sudah hilang. Dah kau asyik kecewa menangis sampai sembap mata, sudah tentu seri wajah pun padam. Kau pakai makeup tebal pun masih tak akan dapat naikkan seri dalaman tu. Percayalah. Setiap apa yang kita impikan haruslah ada usaha untuk mendapatkannya di samping tidak lupa untuk berdoa. Heyy... bukankah cinta dan bunga saling senggama? ;) Ada perempuan yang tak suka bunga? Dia pentipuukkk!  

Untuk pasangan yang sedang bercinta, aku ucapkan selamat berbahagia. Aku doakan bahagia kalian sampai ke syurga.

pstt...muah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...