Pages

Showing posts with label Comek. Show all posts
Showing posts with label Comek. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Kuasa Wanita!

Tiap kali purnama mengecilkan diri menyorok di balik sosok sosok awan gemala, imaginasi aku menerawang ke negara Astonia. Daripada menara empat tinggi sekata, aku duduk memperhati dengan ralit setiap jajahan disebalik tirai kaca. Di suatu sudut rumah berbumbungkan atmosfera, aku terpana melihatkan bidadari atas awan melabuhkan diri di atas pembaringan.

Aku merasakan suatu yang berbeza. Gumpalan darah yang manusia di bumi tua khabarkan sebagai hati, sepertinya sedang bergusti bersama sangkar tulang rusuk kiri yang kekurangan intipati. Prak! Prak! Prak! Sangkar terbuka. Hati mengeluarkan sayap bercabang lapan dan terus terbang. Terbang menuju ke kau. Ah siapa kau punya nama pun aku belum sempat berkenalan. Aku pejam mata. Aku bayangkan aku juga punya sayap. Puff! Keluar sayap bercabang empat. Kenapa empat tetapi tidak lapan seperti sayap yang hati punya? Ah aku tidak punya masa untuk bertanya. Aku perlu kejar hati! Aku terbang menelusuri atmosfera berbingkai simetri. Peh cemana hati itu bisa menyamai kelajuan cahaya? Ouh mungkin kerana hati mempunyai sayap bercabang lapan. 

Nah, hati menembusi tirai kaca kau punya dengan mudah. Aku syak hati guna ilmu hitam. Aku yakin aku juga boleh. Aku terbang undur kebelakang. Mengambil jarak untuk lajakan menembusi tirai kaca kau punya. Zaaaap! Pap! Aku melekat seperti serangga yang gembira mengejar cahaya kebahagiaan sedangkan dia tidak tahu bahawa itu cahaya lampu kenderaan. Ah sudah dahi aku merah. Pelanggaran yang kuat menyebabkan kau terpisat pisat menggosok mata. Tersedar daripada lamunan mimpi yang entah sempat atau tidak kau bina. Peh punya comel dah serupa Izara Aishah! Aku ternampak tulisan -LADY DIY- di sudut atas kiri kebaya moden putih yang kau pakai. Cikgukah siap ada name tag? Urban betei kerajaan bidadari pun ada jawatan cikgu. Kau terpandang aku, aku memandang kau. Kau terkejut. Aku buat buat cool. Seraya dengan itu kau mengeluarkan tongkat berbucu lima. Peh betul kau bidadari rupanya. Aku terkesima. Kau goyang goyangkan tongkat yang kau punya. Aku terpana. Hanya melihatkan adegan seperti drama dengan mata yang bercahaya. 

Blink! Asap berkepul. Aku kibas kibas menggunakan sayap. Eh sayap dah tak ada? Hasil pembalikan imej menerusi tirai kaca yang kau punya, aku melihat sesuatu yang aneh. Kenapa aku berwarna hijau? Kenapa lidah aku panjang? Kenapa aku menggerutu? Ah sudah! Kau sumpah aku menjadi katak? Kau mana faham bahasa katak. Macam mana kau nak faham bahawa aku cuma nak khabarkan yang hati aku sudah terbang kepada kau? Ong! Ong! Ong! Seraya itu juga hati mengeletekkan dirinya sendiri disebalik rambut ikal mayang yang kau punya. Lucu dengan kejadian aku mungkin. Aku bersuara dalam minda sebab aku dah tak boleh bersuara dalam hati lagi. Kan hati dah pergi kepada kau, bidadari. "Jaga hati aku baik baik!". Dalam bahasa katak lah tapinya.



*** 

kahkahkah. Macam faking pun ada jugak aku rasa apa yang aku up nie. Tapi nampak kan kuasa wanita tu? Bidadari itu wanita jugak.


Friday, January 20, 2012

Shooting Star!


[ Only your shadow close to me, Estrella. Your shadow. ]
 

A : Estrella, lelaki macam mana yang Estrella rasa sesuai untuk diri Estrella? The one's that you are waiting for?

E : Lelaki yang dapat jaga Estrella. Buat Estrella bahagia. Buat Estrella rasa menjadi wanita yang paling bertuah kerana memiliki lelaki yang sesempurna dia. Someone yang boleh buat Estrella tersenyum and rasa jatuh cinta all over again bila Estrella bangun tidur dan tatap wajah dia.

A : Did u find any guy that fit all the criteria that u want Estrella?

E : Nope. It's not easy as saying one, two, three Ashfi. 

A : Estrella, Estrella tahu tak kriteria yang Estrella tetapkan makin menjadikan Estrella susah untuk jumpa someone yang Estrella rasa betul betul sesuai untuk diri Estrella?

E : Sebab itulah Estrella letakkan kriteria macam tu. Bila Estrella susah jumpa, Estrella juga akan susah melupakan. Did u get my word Ashfi?

A : Yes. I get it. Estrella, kalau Ashfi kata Ashfi mampu dapatkan bintang untuk hadiahkan dekat Estrella, will u love me?

E : It's impossible Ashfi. Bintang kan jauh.

A : Ya. It's impossible. Sama macam apa yang Ashfi 'fikir'. Kalau Ashfi kata Ashfi mampu hembus angin ketenangan bilamana Estrella rasa serabut dalam kehidupan, will u love me?

E : Takde manusia yang mampu hembus angin untuk tenangkan insan lain melainkan insan tersebut tenangkan diri dia sendiri Ashfi. Semuanya terletak pada mental sendiri. Cara kita mengawalnya.

A : Yup. Sama macam apa yang Ashfi 'fikir'. 

E : Ashfi! Ashfi! Ada shooting star kat langit yang Estrella lihat! Make a wish cepat!





E : Ashfi, nak tahu apa yang Estrella wish-kan tadi?

A : Yup. Apa wish Estrella?

E : Estrella hope, Estrella dapat someone macam apa yang Estrella sebutkan tadi. And Estrella juga hope Ashfi dapat jumpa someone yang dapat buat Ashfi bahagia. Ashfi wish apa pula ya?

A : Ashfi just hope Estrella dapat baca hati Ashfi.

-tuut-

-tuut-

-tuut-



Talian di putuskan.
Estrella termenung. Bingung.
Ashfi melihat ke langit berharap akan ada lagi tiga puluh sembilan shooting star yang lalu agar dia dapat ulangi permintaan yang sama hingga cukup empat puluh kali.


 ******





Apa yang kau perlu tahu, wanita, kadang apa yang kau mahukan itu sukar untuk kau jumpa, sukar untuk kau peroleh. Makanya, apa yang perlu kau lakukan, lihat apa yang di sekeliling kau sekarang. Cuba kau tanya sama hati, apa yang buat hari hari kau terisi dengan senyuman. Apa yang buat kau rasa berteman.

Kadang, kau meletakkan kriteria yang terpaling tinggi untuk kau punya pendamping hati. Perkara itu yang menjadikan setiap mereka yang cuba mendekati kau tidak kelihatan sisi cinta untuk membahagia kau punya hati kerana telah di bayangi oleh kriteria terpaling tinggi yang kau telah senaraikan di awal awal lagi.

Bangunlah wanita. Buka mata, buka hati. Cuba kau taburkan rasa cinta kepada dia yang saban hari tanpa kesal di wajah menanamkan benih gembira di dalam kau punya jiwa. Pada aku, mereka mereka yang selalu ada, buat kau tersenyum tawa itu punya lebih rasa menyempurna berbanding mereka yang kau tunggu namun susuk tubuh masih tidak muncul dalam bayangan mata.


Sunday, November 13, 2011

A Ways to . . . .




Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak membalas pesanan ringkas yang di beri.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak menjawab panggilan yang bertubi tubi.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak meluangkan barang seminit dua untuk bertanya keadaan diri.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak memberi sebarang reaksi bila kau berkata kau sakit gigi.

Kawan, sahabat, friend, teman. Kau tidak sunyi. Tidak. Langsung tidak.
Cuba kau buka mata. Keluar daripada hitamnya jiwa. Kau lihat sekeliling. Masih ada hidupan bernyawa?
Daripada situ kau sudah dapat satu jawapan bahawa kau tidak sunyi. Masih ada yang menemani.

Aku tahu. Keluarga, sahabat apalagi musuh tidak sama penangannya berbanding kekasih. Kekasih kau boleh cari. Siap boleh tuding  dengan jari kekasih yang bagaimana yang kau mahu cari. Tapi kau boleh cari keluarga cari teman dengan cara bagaimana kau mahu cari kekasih tadi? Aku tahu. Aku tahu. Memang kedengaran cliche. Tapi itu yang kau kena tanam dalam benak fikiran kau yang dah sebati dengan diri kekasih yang buat kau di gantung tidak bertali. Malah ada yang bodoh tuli bebal babi buang teman buang keluarga demi kekasih. Itu keji. Kalau kau kata kau boleh dapat teman dapat keluarga dengan cara kau dapatkan kekasih. Satu saja jawapan yang akan aku beri. FAKYEWWWW!

Ok lets make it clear girls. Pada aku as a lelaki, jika perhatian yang dahulunya diberikan kepada kau sangatlah almost 24/7 but lately sehari pun kadang kadang dia tak cari kau, boleh jadi dia sudah bosan. Ya. Bosan dengan hubungan kalian. Bosan weh kalau setahun, dua tahun gaya hubungan korang sama je. Mendatar. Muak. Macam kau makan kuih ketayap tawar sambil tenung gambar Dr Rozmey.

Cuba kau as a girls, ubah sikit gaya hubungan. Kalau boyfie kau minat MU, belikan dia jersey even dia dah ada. Tak payah nak yang ori sangatlah, Padang Besar sudah. Kau cari latest latest info tentang team bola yang dia minat. Kalau team dia menang, send la satu mesej congrate kat dia. Kalau team dia kalah jangan pulak kau dok menganjing. Mau kau kena penerajang sulung kang. Lelaki kalau fanatik bola lain sikit buasnya. kehkehkeh. Nak lagi true kau ajak dia tengok live match sama sama dekat mamak. Its sooooooo romantik u know.

Cara lain yang girls boleh buat, ubah cara pengggilan dekat boyfie korang tu. Daripada pesen beby-abang, papa-mama, ayah-ibu, errrr ok geli. Korang tukar la kepada panggilan yang ada sense of humor siket. Tak kan memanjang nak gedik gedik manja. Bored. Nak lagi sedap, panggil ke boyfie tu lu-gua. But selitkan la unsur humor. Jangan dok keras sangat serius panggil lu-gua. Pada aku, lagi happening relationship tu. Rasa macam layan kawan. Kau nak bergurau dekat tempat awam pun takde sape yang dok kisah kalau kau guna panggilan macam tu berbanding yang berbaby-baby dekat public.

Nak lagi bagus, kau tanya dekat boyfie tu apa yang dia nak untuk jadikan hubungan korang jadi menarik. Mana tahu girls yang tak bertudung, boyfie nak korang berubah kepada bertudung. Bagus apa. Even pada mulanya bertudung atas sebab 'boyfie suka', insyAllah nanti lama lama kau akan sedar kau bertudung kerana Allah. But if kau tanya apa yang boyfie nak untuk buat hubungan jadi menarik, boyfie kau just melembabkan diri, tunggu apa lagi. Just move on. Tak nampak sangat kau kurang side of attraction bila kena dump nanti. kahkahkah.

P/S : Ada yang kata blog ni dah macam Terfaktab sebab asyik up entri cinta. Lantaklah. kahkahkah.

Thursday, October 6, 2011

Berlari. Dikejar. Mengejar.




Seringkali kita melihat permasalahan hati sebagai permasalahan yang merumitkan, melemaskan, membosankan dan segala me. Hal ini kerana hati menjadi elemen pelengkap kepada diri. Tanpa hati, ah bisa mati! Tanpa hati, kau ibarat layang layang yang kehabisan tali. Tiada arah. Melayang kekanan kekiri. Di kemudi oleh angin yang kita tidak dapat di ramal kemana akan di bawa pergi. 

Kau, kau dan kau pernah alami situasi di mana kau mengejar seseorang yang cuba menjauhkan diri daripada kau, sedangkan ada orang lain yang mengejar kau? Ya. Berkenaan itu yang aku ingin cuba kupas daripada sudut pandangan yang tak berapa nak tepat aku ini. Mari aku wujudkan situasi untuk memudahkan kalian memahami.

Alexandra menolak pelawaan Tommy untuk mencari akses memasuki hatinya. Sedangkan Evanessa meminati Tommy dan seboleh bolehnya mahu merapati Tommy.

Peh gila nama nak pesen London. Aku bukan apa, kang aku letak nama Jah, Yah, Ella sekalipun Siti kang ada yang terasa pulak ye dak? Kalau aku letak nama London takde maknanya omputih tu nak baca.

Ok. Biasanya perkara ini akan berlaku begini:



Aku mengejar tanpa henti. Kadang kadang kau berhenti, toleh kebelakang tersenyum manis/sinis lihat aku masih merapati. Kau tahu senyuman kau tu buat aku makin bersemangat untuk mengejar even aku tak dapat tafsir itu sokongan atau sindiran. Tapi lepas seketika, kau sambung larian kau semula. Entah sampai kemana dan entah sampai bila. Dan aku? Aku jadi macam Seth Tan nak pikat Nora Elena pada permulaan cerita. Boo.

Berlainan pula dengan yang mengejar aku. Dia mengejar aku sedangkan aku mengejar yang di hadapan. Kau nak tahu bila waktunya aku akan melayan yang mengejar aku? Ketika aku berehat selepas penat mengejar. Sekejap sahaja waktu itu, sebelum aku teruskan mengejar semula selepas penat aku reda. Cilaka bukan?

Sampai bila perkara ini akan berlaku? Selagi tiada yang mahu mengalah atau selagi tiada yang mahu beri akses untuk insan lain masuk ke dalam hati. Seperti watak yang aku pegang dalam cerita ini, aku rasa aku perlu move on daripada apa yang aku kejar dan berikan perhatian pada yang mengejar aku. Ya, jika langkah ini yang aku ambil, mungkin yang aku kejar itu akan berasa kecewa aku berpatah balik dan tidak teruskan mengejar. Lagi cilaka jika dia langsung tak perasan yang aku dah move on dari membontoti dia.



Tapi pada aku, move on itu perlu. "Jangan kau kejar senja sebab lepas senja, malam akan tiba. Jangan kau kejar pagi, sebab lepas pagi, akan muncul tengahari. Tapi apa yang kau perlu lakukan, cuba sesuaikan diri dengan apa yang kau lalui. Sebab kau akan rasa semuanya sekali."
Korang faham ke tak yang aku cakapkan nie? Ah. Maksud mudahnya, cuba lepaskan apa yang kau kejar tu. Walau kau suka dia macam apa sekalipun. Sampai bila kau nak jadi macam mat gian tak dapat dadah? Cuba terima apa yang mengejar kau. Sebab yang kau kejar, belum tentu kau akan dapat. Tapi apa yang mengejar kau tu tentunya dah ada depan mata kalau kau berhenti mengejar yang di hadapan.
Faham?

Nasihat aku, jangan sampai dua dua terlepas sudah.

p/s : Kadang kadang berkenaan hati nie memang cilaka kalau di ikutkan.

Monday, September 19, 2011

Surat Kepada Bakal Wife(s)

Kehadapan bakal bakal wife(s) yang kanda kasihi. Pertamanya sekali ingin kanda nyatakan bahawa kanda hanya insan biasa yang banyak terdapat di desa desa seluruh Selatan Malaysia. Berkulit sedikit putih ala ala Pan-Asian yang menjadi punca kejelesan mamat mamat kampung sebelah menyebelah dan tak kurang juga menyebabkan ramai cik cik awek yang nak dok mengusha. Tapi ini bukan tandanya kanda sorang player mahupun pusher sekalipun boyer (baca : buaya). Kanda seorang yang setia hendaknya jika jodoh kita panjang. Tapi kalau dah takdir jodoh kita tak berapa nak panjang, hanya redha yang kanda boleh khabarkan kepada dinda. See, awal awal lagi dah nampak kebaikan kanda kan?

Perenggan di atas dah cukup rasanya untuk kanda memperkenalkan diri kanda secara fizikalnya kepada bakal bakal wife(s) kanda. Tak perlu rasanya kanda kenalkan banyak banyak di sini. Kita akan punya a very long first night moment untuk kita saling mengenali. Kan lebih sweet gitu ye dak?
Kanda tidak menetapkan sebarang kriteria luaran kepada bakal bakal wife(s) kanda. Cukuplah punya wajah seperti Lisa Surihani ataupun Hana Takasima Hana Tajima. Cukuplah. Kanda dah bersyukur sangat sangat.
Kanda tak demand ok dalam memilih bakal wife(s). Kanda juga harap bakal bakal wife(s) kanda bertudung. Kan lebih comel plus super duper sweet bila dinda bertudung. Mak abah kanda pun surely akan sayang betei dengan dinda. Kat situ dinda dah dapat bonus benefit tau. Kalau yang tak bertudung tu boleh juga. Nanti kanda akan didik perlahan lahan. Kanda tak gunakan kekerasan. Cukuplah kanda gunakan ayat ayat sarkastik yang membuat bakal bakal wife(s) kanda nanti tersipu sipu malu.

Bakal bakal wife(s) kanda yang sangat cantik-ayu-jelita, kanda tergolong dalam keluarga yang besar. Adik beradik mak ramai. Sama juga dengan adik beradik abah. Kanda juga punya sembilan adik beradik. So kepada bakal bakal wife(s) kanda, jangan terkejut atau mengherdik kanda jika kita punya anak yang ramai juga. Bukan niat kanda mahu jadikan dinda seperti kilang industri. Sungguh bukan. Kanda kan baik, jangan lupa. Kalau dah Allah beri kita rezeki anak yang ramai, redha je dinda. Kanda tahu sakit bersalin adalah sakit kedua selepas mati. Kanda tahu. Lagipun syahid dinda kalau dah di takdirkan meninggal dunia ketika melahirkan. Jangan ingat kanda buta agama ya dinda. Kanda tahu itu semua. Lagipun dinda, semasa tempoh berpantang, bakal bakal wife(s) kanda yang lain akan jaga dinda baik baik. Jangan takut. Diorang sayang dinda macam kanda sayang dinda juga. See bertuahkan mendapat suami seperti kanda?

Bakal bakal wife(s) kanda yang sangat kanda kasihi. Di sini ingin kanda nyatakan juga bahawa kanda sangat sangat sayangkan Futsal kanda. Jika dinda dinda sudah memenuhi kuota, ingin kanda masukkan Futsal di tempat kelima sebagai reserve. Dinda, percayalah kanda berFutsal bukan sekadar bersuka ria. Kanda hanya ingin menyihatkan badan dan lari seketika dari mendengar bebelan dinda. Dan kanda berjanji bukan setiap hari kanda berFutsal. Cukuplah seminggu sekali. Dan dan juga kanda tidak akan berFutsal pada malam kegemaran dinda. Jangan risau. Kanda sangat memahami orangnya. Jangan kata kanda bangang kerana tergolong dalam sepuluh manusia yang berebutkan bola yang tiada perasaan dan tiada rupa cantik menawan. Kanda tahu dinda ada niat untuk berkata demikian. Hanya hantu hantu Futsal yang mengerti nikmatnya. Sama je macam kegilaan shopping dinda tu. Even kanda tak pernah faham, tapi kanda sanggup laburkan duit untuk minat dinda tu. See kanda sangat sangat pemurah orangnya. Lagipun daripada kanda habiskan masa dengan mencari pucuk pucuk muda sebagai ulam makan malam lebih baik kanda berFutsal ye dak? keh keh keh.


Hanya satu warning yang ingin kanda beri kepada bakal bakal wife(s) kanda. Kanda tak kisah jika dinda sokong team bola yang berlainan daripada kanda. Sungguh kanda tak kisah. Tapi jangan sesekali mengeji, memaki, mengutuk Manchester United kesayangan kanda. Sungguh boleh menimbulkan pergaduhan. Bola merapatkan cinta. Tapi jika dinda memasukkan unsur yang boleh mengurangkan tahap kesabaran kanda, alamatnya dinda akan tidur di sofa sedangkan kanda tidur di atas tilam Vono King Size kita. Jangan nak keluarkan kata tipikal "Dinda tak kisah. Kanda tu yang padan muka tidur sorang sorang!" Wait. Wait. Dinda kena berfikir dulu sebelum bersuara. Dinda kena ingat masih ada wife(s) kanda yang menunggu setiap masa. Jangan nanti dinda pulak yang menangis berlagu Gerimis Mengundang pulak kang. keh keh keh.

Kanda rasa cukuplah kiranya kanda tamatkan di sini sahaja. Jika ada kekurangan kanda akan utus kan di lain hari. Kepada bakal bakal wife(s) kanda, utusan doa akan kanda kirimkan bila kanda sudah mengetahui nama nama dinda. 

Yang Ikhlas Mendua Tiga Empatkan Mu.
-Kanda Pan-Asian Negeri Selatan-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...