Pages

Showing posts with label catherine. Show all posts
Showing posts with label catherine. Show all posts

Monday, February 24, 2014

*Perempuan dan Produk Beracun



Hai darlings~

Maaf lama tak menulis di sini. Rasa dah berkurun blog ini tidak ber-update. Kali ini saya terpanggil untuk mengisi ruangan ini dengan topic yang biasa-biasa tapi … hmm.. rasanya perlu disensasikan lagi. Perempuan dan produk beracun. Nah. Terus kamu akan membayangkan macam-macam, bukan? Slimming product, skin care, etc. etc. Produk untuk rapatkan keintiman dan supaya suami sayang pun ada. -.-“” 

Ok. Izinkan saya gunakan kata ganti diri “aku” dalam coretan kali ini. Aku rasa lebih selesa untuk menggunakan “aku” dan “kau” dalam entry kali ini. Maaf ye.

Baru-baru ini aku ada terbaca di dinding Facebook hasil perkongsian kawan-kawan tentang bahayanya satu produk kecantikkan ini. Collagen Plus Vit. E ringkasnya CPVE. Sebenarnya isu ini sudah lama. Bukan satu produk ni saja. Tapi dah berlambak-lambak produk beracun perempuan-perempuan kita ni dah terjebak. Kenapa? Isunya kenapa masih timbul lagi hal macam ni? Kenapa? Ada kau terfikir kenapaaaaaaaa??

Macam ni lah. Aku nak tanya kau-kau semua. Hisap rokok bahaya tak? Bahaya kannnn… Semua orang tahu orang hisap rokok itu dia telah membahayakan kesihatannya. Tak kisah la lelaki atau perempuan. Tapi kebanyakkan kita akan menumpukan isu hisap rokok membahayakan kesihatan ini beratnya jatuh pada golongan lelaki. Kan? Hari-hari suami/abang/boyfriend/bapak/atuk/pakcik kau-kau semua hisap rokok. Boleh imagine tahap kedegilan mereka pada produk yang telah disahkan membahayakan kesihatan ni. Mereka tak takut mati punnnn….

Jadi apa bezanya perempuan dengan produk beracun?? Bahaya ke tak bahaya? Bahaya juga kannnn….Semua perempuan terus takut bila dapat tahu produk yang dia dah guna tu mengandungi racun yang berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Terus buang produk tu. Takut nak guna lagi. Rasa menyesal. Down sangat! Terus rasa macam nak rendam muka dalam air zam-zam supaya kembali suci dari racun yang kononnya membahayakan diri dan menyebabkan kanser. Hah! Tu diaa… Takut kena kanser rupanyaaaa!!! Heh~

Macam ni lah. Jujur cakap. Sebenarnya aku ni pun tergolong dalam kategori perempuan-perempuan yang terjebak dengan produk beracun ni. Siapa yang tak nak cantik,kan? 
Mengikut pengalaman aku, produk kecantikan yang beracun yang pertama aku pakai adalah Natasya. Pastu bila dah ketagih dengan kulit cantik, bila dah stop guna produk Natasya aku try pulak guna macam-macam lagi lah produk. Tia Amelia. De Putih. Sri Mawar. Sendayu Tinggi. Ok. Ini produk buatan Malaysia yang aku rasa termasuk dalam isu produk beracun yang aku guna. Lain-lain yang tidak tersenarai memang tak pernah cuba. Oh. Produk Indonesia yang aku dah cuba Krim SJ dan CPVE tu lah. Hahaha! Teruk kan?? Nampak tak tahap kedegilan orang perempuan ni sama je dengan orang lelaki. Tapi serius cakap, dalam banyak-banyak tu, Sri Mawar je yang efeknya agak slow… memang tak nampak langsung. Rasa macam memang kau takkan puas pakai produk Sri Mawar sebab tak memberi efek yang kau nakkan sebenarnya. Tapi serius cakap, produk Sri Mawar memang tidak tersenarai pun produk yang beracun. Heh. Tapi tu lah. Mahal. Toner jer dah RM70. Belum lagi krim yang lain-lainnya. Pung pang pung pang adalah RM200++. Tak mampu den nak maintain. Heh~ 

Maksudnya di sini orang perempuan memang suka dengan produk yang murah dan memberi kesan seperti yang diidamkan dengan cepat! Yes! Memang. Diulang lagi. PRODUK MURAH + KESAN CEPAT. Aku akui. Dan aku pasti ramai di luar sana yang mengaku “tak” tapi sebenarnya “iya”. Heh jangan nak tipu la. Mungkin ada yang tak terjebak. Sama ada kulit kau memang cantik sejak azali dan tak perlukan benda tu semua atau memang kau jenis yang tak kisah dengan kulit muka yang suram dan kusam asalkan kau rasa selamat dari racun. Kan? ;) Psstt… kau lupa sesuatu kawan. Kau rasa makanan yang kau makan setiap hari tu benar-benar bebas racun ke? Hehh~ *gelak tumbuh tanduk* 

Ini pendapat aku secara peribadi. Jadi, sama ada kau nak setuju ataupun tidak, terpulang. Baca je la entry ni dengan hati dan jiwa yang lapang lagi terbuka dan positive. Okey?` Ikut la sifu korang si DAO tu yang ajar korang untuk positive thinking. Gituu… Okey?` 

Menurut pendapat aku, hidup kita ini kena seimbang. Ada masa susah, ada masa senang. Bila kau susah, mesti kau akan berusaha untuk jadi senang. Bila kau rasa diri tak cantik, mesti kau akan berusaha merawat diri untuk jadi cantik. Kulit gelap mesti nak diputihkan. Jerawat bersepah haruslah dihapuskan. Benci tengok muka sendiri macam jalan tak siap. Rasa down gila. Rasa malu. Rasa hambar hidup. Semua rasa-rasa yang negative. Sebenarnya perempuan nak tampil cantik bukan lah untuk pandangan orang lain semata-mata. Bukan. Aku perempuan aku tahu lah! Sebenarnya 70% perasaan perempuan nak cantik adalah untuk meningkatkan keyakinan diri sendiri. Untuk diri sendiri. Faham tak orang lelaki?!` 30% lagi untuk tarik perhatian kalian. Cukup.

Sama ada produk itu beracun ataupun tidak, murah ataupun mahal, original ke tak original, aku yakin perempuan-perempuan ini (lihat gambar) pasti merasa diri lebih yakin setelah mendapatkan semula kecantikan mereka yang sebenar. Kulit bersih, cerah, bebas jerawat dan tak lagi kusam. Ya Allah. Indahnya ciptaan Mu. 




gambar: sumber google


Aku yakin sangat mereka sudah berusaha keras untuk dapatkan kecantikkan yang mereka idamkan. Rasa seperti hidup yang gelap gulita menjadi indah berwarna-warni disinari pelangi dan burung-burung pun berkicauan riang. Ceeewahh~ 

Tak salah sebenarnya kalau nak pakai produk beracun ni untuk mengembalikan semula kulit yang rosak kusam kelam tu. Kita guna racun untuk membunuh serangga perosak, bukan? Sama la hal nya isu ini. Guna racun untuk matikan kuman penyebab jerawat di kulit. Eh? Ntah la aku tak arif. Tapi kena beringat-ingat la. Racun tetap racun. Pada pendapat aku, penggunaan racun dalam kuantiti yang minimal ia tidaklah memudaratkan sepanjang hayat. Kau nak terus buang produk tu tak salah. Tapi yang tak berduit, nak buang mesti rasa macam… aduhaiiii~ aku paham perasaan itu. Paham sangat. Sila lah teruskan kalau kau tak merasa efek-efek buruk seperti orang lain rasakan. 

Apapun produk tak semua orang serasi, kan? So, kau tahu diri kau. Jadi kau tak perlu melatah. Kalau ngam, kau boleh teruskan menggunakan produk tu. Tapi jangan terlampau bergantung sangat. Kalau tak ngam dan muka kau betul-betul dah mengalami “kejutan” akibat tindakbalas negative bahan beracun tu pada kulit muka kau, silalah cepat-cepat dapatkan rawatan pakar kulit. Heh. Hidup ini seimbang, bukan? Setiap racun pasti ada ubatnya. Yakin saja. Aku juga yakin tak semua orang mengalami efek yang buruk akibat penggunaan produk yang mengandungi racun. Mungkin ada di kalangan kita yang mempunyai kulit yang tahan lasak. Macam aku, produk Natasya memang betul-betul dah buat kulit aku cantik. Tapi sekejap je. Setahun dua. Pastu kulit muka aku rasa terbakar bila kena cahaya matahari terik. Azabnya kemain masa tu. Menyesal juga tapi aku tetap tak serik. Tetap berusaha mengembalikan semula wajah yang cantik putih berseri dengan bertukar produk. Hihi. So bagi yang tak bermasalah dengan produk beracun tu… aku nasihatkan kena juga pandai selang selikan dengan rawatan alternative lain untuk buang racun dalam badan. Contohnya detox. Minum la green tea (ini terapi aku) atau apa-apa yang boleh buat kau “membuang” dengan banyak setiap hari. Selain tu, amalkanlah berbekam. Sunah Nabi tu… Bekam bukan sahaja boleh di buat pada badan tau. Kat muka pun boleh. Pasti efek produk beracun tu dapat diatasi. Yang penting kau yakin yang kau akan baik-baik saja. 

Bagi aku hidup kita tak perlu nak cepat melatah. Setiap racun pasti ada penawarnya. Asal saja kau amalkan hidup dengan kesederhanaan dan keseimbangan. Sama la juga dengan lelaki yang hisap rokok tu. Tak semua penghisap rokok menghidap sakit jantung. Ada juga yang perokok tegar tapi jantung dan organ dalamannya masih sihat. Mungkin juga dia mengamalkan aktiviti fizikal yang sihat walaupun dia hisap rokok. Haaa…. Kan. Tak semestinya si perokok tegar akan tamat riwayatnya disebabkan penyakit akibat rokok. Haaa… Nampak tak apa yang aku nak sampaikan di sini? So samalah juga dengan orang perempuan yang suka ambil risiko untuk cantik. Ah, apa la yang orang perempuan boleh buat untuk terus tampil cantik tanpa perlu mengambil risiko? Hidup ini juga penuh risiko. Baik tetap ada buruknya. Itu kejadian semulajadi alam. Setiap hari adalah penuh dengan risiko. Jadi tak perlulah paranoid sangat.

Untuk para pengeluar produk, aku bukanlah menyokong sangat dengan penjualan produk beracun korang tu. Sila lah buat research dengan lebih bersungguh-sungguh lepas ni. Jangan main tangkap muat, repack semula pastu jual. Haih. Usahakanlah keluarkan produk murah dan tidak terlalu berisiko. Permintaan tetap ada. Orang perempuan tetap akan membeli dan sentiasa mencuba. Aku pun tak tahu bila laaa orang perempuan ni nak berhenti. Hehehe. 

Oh ye. Produk Sendayu Tinggi yang mudah didapati di Watson sekarang tidaklah seteruk dulu. Kini lebih baik kot. Aku dah try. Korang pun boleh lah cuba kalau rasa-rasa nak tukar ke produk yang lebih terjamin kualiti dan harganya. Ini iklan tidak berbayar. Haha. Untung bisnes kau cik puan Rozita Ibrahim. Paling cikai pun, kalau nak pakai produk murah dan cepat kesannya, kembalilah kepada Fair & Lovely. Ramai yang dah lupakan jenama produk ni disebabkan lambakkan produk terbaru yang banyak testimoni kebabom depan mata! Hihi. Fair & Lovely ni tak lah cepat sangat pun kesan pencerahannya tapi ok-ok lah untuk dipakai sepanjang hayat. Serius yang ini dijamin tidak mengecewakan. Dulu hingga kini. ;) 

Tak puas hati dengan entry ni? Tak mau gaduh. Kau pergi la mengamuk sendiri-sendiri di sana… :p~ 



Friday, August 2, 2013

*kenapa perempuan perlu ada kerjaya sebelum dan selepas kahwin?


sebab 

1) kita tak tahu panjang mana umur makbapak/suami kita
2) kita tak tahu sesetia mana suami kita lagi 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun...
3) kalau terbiasa tak bekerja, bila ada apa-apa masalah kewangan, sukar nak keluar dan mencari pekerjaan sebab tak biasa ditambah pula tiada pengalaman. 

sila hadam link di bawah ini. buka minda dan hati anda.
sampai bila nak hidup terus meminta-minta? 
sampai bila nak hidup terus bergantung pada orang lain? 
bukan tak boleh. tapi.. 
sampai bila???! 
cukupkahh???!
bukan satu orang. bukan dua orang. 
tapi ramai perempuan menghadapi masalah seperti ini. 
awak mahu hidup macam ni??? 

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/saya-perlukan-bantuan-1.187493 

Friday, July 19, 2013

*Mesej Penting Untuk Perempuan

Asalamualaikum dan salam sejahtera kesayanganku

Macam-macam berita sejak kebelakangan ini yang aku dengar, baca dan cuba telan semuanya tapi serius aku tak mampu menahan diri dari terus berdiam dan biarkan golongan kita-kita ini terus-terusan menjatuhkan maruah diri sendiri mahupun terus menjadi mangsa keadaan atas kenaifan diri sendiri.

Mesej ini untuk kita; Perempuan 

Bercinta bagai nak rak siap sumpah janji segala tak semestinya lelaki itu akan menjadi suami anda.
Hari ini dia kekasih anda. Tak semestinya esok dia masih kekasih anda.
Hari ini dia kekasih anda. Tak semestinya juga esok dia menjadi kekasih yang setia untuk anda seorang sahaja.

Berkahwin dengan lelaki nampak warak tak semestinya boleh jadi suami yang baik.
Hari ini dia suami anda. Tak semestinya esok dia masih suami anda.
Hari ini dia suami anda. Tak semestinya juga esok dia suami anda seorang.

Hidup ini bukan sama macam kisah Cinderella atau Repunzel. 
"And they live happily ever after"

Ia juga bukan seperti dalam drama Winter Sonata. Hanya cinta seorang itu sahaja.

Wake up!
Belajar rajin-rajin. Kerja rajin-rajin. Kumpul duit. Kalau boleh belilah rumah sebelum kahwin. 
Itu persiapan kita. 
Takut-takut tak ada tempat nak tinggal selepas ini.
Jangan berharap sepenuhnya pada bakal atau suami anda.
Jangan berangan yang manis-manis sahaja.

Dia manusia. Boleh meninggal dunia, boleh menghilang, boleh curang.

Contoh banyak di sekeliling anda.
Wake up!

Hidup kena lebih realistik. Jangan terlalu percaya dan yakin pada lelaki. 
Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. 
Persiapkan diri untuk kepentingan diri sendiri. 

Rasa cinta sesama manusia hanya pinjaman dari Tuhan. 




Thursday, July 11, 2013

*Perempuan: Cantik atau Hodoh? Pilihan Di Tangan Sendiri






“Ehhh, kak long kau kenapa dah tak cantik?? Amboii dulu kemainn lagi makeup.” 
“Alahh makcik ni… itu dulu-dulu zaman muda-muda. Orang kan dah duduk kampung sekarang ni. Dulu duduk kat KL lain laa…. Zaman tu dah berlalu cik… Sekarang ni dah tua. Dah jadi pompuan kampung dahh… Takde dah nak makeup-makeup tuu… Takde makne dah haa…”
“Ha’a kan. Kau sekarang dah betul-betul jadi pompuan kampung. Kulit pun dah gelap dah cik tengok. Hampir cik tak kenal. Dari tadi cik dok perati siapa laaa minah pakai kain batik dok terkebil-kebil tengok aku ni. Yer laaa kau dulu tiap kali datang rumah hahh! Makeup tebal dress up macam nak pegi kenduri! Hahaha…” 
“Bukan la tak makeup langsung makcik. Pakai juga kalau keluar dan pergi kenduri. Setakat duduk rumah jadi surirumah ni takdenye saya nak makeup-makeup bagai makcikkk…Takde kerja saya nak buat semua tu haa… Buang tabiat ape dah tua-tua ni!” 

***
 “Kak Rin ni asal time masak jer mesti dia dah siap-siap nak pegi melingkup! Takut di suruh masak letteww…” 
“Ehh… xde lah. Manada orang nak keluar”
“Kak Rin ni nak masuk dapur puuunn nak pakai bedak. Putih hahh dah macam tepung gomak!” 
“Tak de laa… Panas laa… Sebab tu pakai krim muka. Manada bedak tebal. Biase jer kott”
“Ohh panas ye kak Rin. Yer laa rumah kampung memang panas. I ni tak pakai bedak okey jerr”

***

Asalamualaikum wahai sayang-sayang sekelian. Lama tak up entry untuk blog ini. Jadi di hari mulia ini, tergerak hati ini untuk membicarakan soal penampilan diri kita. Beginilah. Situasi di atas adalah berdasarkan kisah benar cuma watak dan latar belakang tempat adalah dirahsiakan. Buat masa ini tidak ada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia. Jika ada pun, ianya adalah suatu kebetulan. Heh~

Situasi pertama--- yang menegur kak long itu adalah seorang makcik berumur dalam lingkungan lewat 40-an. Yang ditegur itu pula adalah seorang perempuan, sudah berkahwin, ada anak seorang dan sedang mengandung anak kedua. Berumur dalam 27 tahun. Rasa-rasa uolsss, perempuan berumur 27 tahun tua sangat ke? 

Si kak long menganggap dirinya sudah tua. Yer la. Dah bersuami, dah ada anak seorang berumur dalam 3 tahun lebih. Lagi pula sekarang sedang sarat mengandung menunggu kehadiran cahaya mata kedua. Badan pun dah kembang. Nak bergaya pun mood dah turun tahap zero. Sebab dia fikir dia dah takde point untuk melawa lagi dah. Dah ada laki dah pun… Nak nak lagi duduk kawasan kampung. Sapelah yang nak nengok ye dak? 

Come on girls!! Takkan lah hanya sebab kau dah berhijrah semula ke kampung halaman, meninggalkan kerjaya impian atas dasar komitmen dengan hubungan suami, anak dan keluarga kau terus bertukar menjadi Cinderella versi kena buli! Cinderella versi kena buli pun tak lah sebegitu hodoh. Heh. Aku tak cakap dia hodoh. Cuma bagi aku sebagai perempuan yang sudah menjadi isteri dan mempunyai anak berumur 3 tahun dalam usia 27 tahun adalah tidak patut melabel diri sebagai tua. Kenapa mesti men-tua-kan diri? Kenapa?? Aku jadi tertanya-tanya. Perlu ke men-tua-kan diri hanya sebab kau dah ada suami, kau ni isteri orang, kau dah pernah beranak, maka kau pun berubah menjadi tua mental dan tua fizikal. Tua mental tu aku faham la. Maksudnya kau dah lebih matang dari sebelum itu. Sebelum menjadi isteri, sebelum ada suami, sebelum ada anak. Fikiran dan segala tindakan sudah berubah mengikut perubahan keadaan diri dan persekitaran. Lebih matang. Dah banyak makan garam.

Tua fizikal bagi aku adalah segala rutin kecantikan zaman sebelum menjadi isteri, sebelum ada suami, sebelum ada anak menjadi berubah 360 darjah selepas menjadi isteri, ada suami dan ada anak. Kalau dulu rajin makeup dan dress up lawa-lawa walaupun hanya duduk di rumah tak kemana-mana, sekarang dah malas dan rasa tak perlu makeup dan dress up lawa-lawa di rumah sebab dah ada suami dan anak-anak. Kehadiran suami dan anak-anak ibarat kulat dalam kehidupan perempuan selepas berkahwin ke? Seperti kehadiran insan-insan tersebut menjadi penghalang untuk kita perempuan kekal cantik seperti sewaktu sebelum adanya mereka. Alahai… Pelik aku. Yang muda, terasa diri tua lalu men-tua-kan diri. Ada yang tua pula masih tetap ingin kelihatan seperti orang muda. Macam Cik Ta kita tuu… Walaupun dia dah berumur, rasanya sebaya kot dengan makcik yang menegur kak long tu tapi dia nampak muda dan lebih jelita dari perempuan sebayanya. Setanding dengan perempuan berumur 27 tahun kott… 

Kenapa mesti tua fizikal sebelum usia? Fikiran tua tak apa dik. Jangan la fizikal pun turut tua hanya sebab status diri sudah berubah. Maksudnya dari segi penampilan diri. Fizikal berubah selepas berumahtangga tu normal. Kebanyakkan kita perempuan (tak kira perempuan asia atau eropah) fizikal terutama tang perut, peha, lengan dan dada akan mengembang akibat perubahan hormone dan tabiat makan. Tapi janganlah sampai terus hilang seri. Kadang ada perempuan walaupun dia dah montel selepas berkahwin tapi tetap nampak cantik dan anggun sebab dia masih rajin menjaga kulit dan kesihatan dalamannya. Kes si kak long ni memang aku tak boleh terima. Kau masih muda kot. Baru 27 tahun. Jangan disebabkan sifat yang malas menjaga penampilan diri akan merosakkan kerukunan rumahtangga yang dibina. 

Aku pernah baca satu artikel ni. Memang boleh pakai juga la fakta-faktanya. Tapi lupa dapat kat mana. Artikel tentang 6 sebab yang paling popular yang menyebabkan suami curang. 6 sebab itu adalah:-

1. Nafsu seks
2. Digoda
3. Memang kaki perempuan
4. Balas dendam
5. Sudah tabiat
6. Keegoan

Tapi di sini aku nak fokuskan yang no. 1 tu je. Ini kerana dari no. 1 tu lah punca ke 2, ke 3, sampai ke 6 berlaku. Dan no. 1 itu ada kaitannya dengan kita:- perempuan. Lagi-lagi sebagai isteri. Hehhhh~ 

Para ustaz  pun ada cakap, isteri kena jaga 2 perkara ini kalau nak suami sayang sampai mati. Kena pandai pikat suami. Memikat suami bukannya susah, hanya 2 perkara sahaja yang perlu dijaga iaitu jaga 2 nafsu suami:-

1. Nafsu perut
2. Nafsu batin

Tak nak cakap pasal nafsu yang no. 1 sebab itu semua sudah sedia maklum. Nafsu yang no. 2 tu yang paling berkait dengan fizikal perempuan. Lagi-lagi fizikal isteri. Hehhh~

Nafsu lelaki yang no. 2 tu hanya nak yang 'itu' sahaja. Jadi buat isteri walau macamana keadaan sekalipun layanan yang ‘itu’ mesti tiptop. Ustaz pun ada ajar kann… Isteri kena laa berhias dan berpakaian bersih cantik dan wangi dirumah, agak hati suami tertambat tak pandang perempuan lain lagi dahh… Sebab ini adalah punca utama kes perceraian berlaku. Lelaki tak akan cakap sebab kenapa dia curang. Lelaki tak akan cakap apa yang dia suka dan tak suka secara terang-terang depan isteri. Jadi kalau nak rumahtangga bahagia dan selamat, ia bermula dari diri kita sebenarnya. Tak perlu jadi secantik Cik Ta tapi cukuplah jaga kebersihan dan seri diri untuk suami dan anak-anak. 

Bukanlah nak cakap yang kita orang perempuan jer kena jaga, orang lelaki pun kena jaga penampilan diri walaupun sudah berumahtangga. Tapi kan sekarang ni aku tengah cakap pasal hal si kak long. Jadi penekanan isu ini sudah tentu tentang satu pihak saja iaitu pihak kita:- Orang perempuan. 

Situasi kedua itu adalah aku. Bakal adik ipar aku memang selalu jer cam nak buli-buli aku. Ehh. Jawapan yang aku beri itu adalah spontan. Sebenarnya aku tak tahu nak jawab apa. Sebab rasanya dah memang tabiat aku kott… lepas mandi akan pakai krim muka sapu losyen dan sebagainya sebelum memulakan kerja. Takde lah sampai tepek foundation bagai. Setakat tepek sedikit press powder atau paling malas pun aku tepek bedak baby jhonson je di muka supaya tak berminyak. Aku tahu aku tak secantik Neelofa. Tapi tak salah kan, berhias untuk kekalkan kecantikan diri yang Tuhan dah beri. Kena lagi dengan cuaca panas berbahang sebenarnya memang aku takut kulit aku menjadi gelap. Dah la memang aku ni tak secerah Adira. Aku adalah Sabahan yang tak rupa Sabahan punn… Jadi memang aku takut panas. Perlukah aku ditegur sebegitu rupa? Salah ke aku berhias diri di dalam rumah? Kena lagi bukan rumah aku. Rumah bakal mertua kot. Ini lah mentality orang kita. Lagi-lagi orang yang dah lama duduk kampung. Bukan nak cakap orang kampung tak pandai bergaya. Tapi tu lah… Kenapa nak mengata? Aku pun asal dari kampung juga. Orang kampung juga macam dia. Dan aku bukanlah perempuan kampung yang lupa asal-usul. Macam ni je lah. Cantik atau hodoh pilihan di tangan kita sendiri. Kalau kau rasa dengan meng-“hodohtua”-kan diri kau boleh bahagia, teruskan. 

Aku pelik kenapa ada sesetengah perempuan (sebenarnya aku lebih suka panggil wanita bagi yang dah berumahtangga) totally change terutama dari segi penampilan diri bila dah berkahwin beranak pinak. Sama ada semakin bergaya atau semakin selekeh. Risau juga dengan diri ini. Kurr kurr kurr~

Cantik sangat pun salah, selekeh sangat pun tak boleh. Maksudnya di sini kita sebagai orang perempuan kena la pandai bergaya ikut suasana. Walaupun tidak bekerja dan hanya duduk di rumah, bukan alasan untuk tampil selekeh di depan suami, anak-anak dan keluarga. Kalau suami tak tegur, orang lain yang akan tegur. Macam kes kak long, makcik sendiri yang tegur. Kalau kau rasa kau tak terkesan dengan teguran itu, kau patut rasa terkesan bagi pihak suami kau. Kalau dapat suami yang jenis lepas cakap lagi bagus tau, dari dapat suami yang diam dan makan dalam. Suami tegur tandanya dia sayang. Prihatin. Peduli pasal kau. Kalau tak tegur tandanya bukan tak sayang. Tapi kesian. Huhuu~ 

Boleh baca entry abang 360 kita ini yang bertajuk Perempuan Dilarang Membaca Post Ini. Baca sekali komen-komen di dalamnya. Renungan buat kita. 




Friday, October 5, 2012

*Hak Wanita Dari Pukul 6ptg ~ 6pg


Ini penting untuk pengetahuan kita semua wahai Perempuan/Gadis/Wanita 

Sila baca dan kongsi dengan orang yang anda sayangi. Info ini saya perolehi dari email. 

Seorang peguam (lelaki) menceritakan satu insiden seperti berikut:-

"Seorang gadis muda telah diperkosa oleh seorang lelaki menyamar sebagai seorang pegawai berpakaian preman, ia memintanya datang ke balai polis kerana dia dan teman lelakinya tidak memiliki lesen memandu. Ia menyuruh budak lelaki  itu pergi untuk mendapatkan lesen dan meminta gadis itu untuk menemaninya ke balai polis.
Namun membawanya ke suatu tempat terpencil di mana kejahatan mengerikan dilakukan."

Sebenarnya, undang-undang jelas menyatakan bahawa antara 6petang sehingga 6 pagi, seorang wanita memiliki hak untuk menolak untuk pergi ke balai polis, biarpun jika surat perintah penangkapan telah dikeluarkan terhadapnya.

Ini adalah isu peraturan bahawa seorang wanita dapat ditangkap antara 6 petang hingga 6 pagi, HANYA jika dia ditangkap oleh petugas WANITA dan dibawa ke balai polis yang kesemuanya pegawai polis WANITA.

Dan jika dia ditangkap oleh seorang pegawai LELAKI, itu harus diBUKTIkan bahawa terdapat pegawai wanita sedang bertugas pada saat penangkapan.

Ini sangat bagus untuk pengetahuan tentang HAK WANITA. Sejauh mana hal kepenggunaan masih harus dilihat dalam situasi apa pun. Tapi seperti yang dikatakan, PENGETAHUAN ADALAH KEKUATAN. Saya hanya berniat untuk berkongsi maklumat ini dengan anda. Sesungguhnya saya memang tidak tahu dan saya yakin ramai diluar sana juga tidak tahu akan hal ini – sila ambil maklum  ..... Dan sila sampaikan maklumat ini kepada sesiapa yang anda kenal .......



Thursday, October 4, 2012

*Pesanan Untuk Semua Gadis Yang Dicintai


Uuuweeeekkkkkkk... uuuwwweeeekkk... Sally termuntah di tepi longkang sebaik sahaja meminum minuman yogurt yang baru dibeli di kedai 24jam. Pucat. Sisa-sisa muntah di tepi bibir di lap. Berpaling. Lola yang duduk di atas tembok tepi longkang besar itu dari tadi memerhati.  Hambar. Diam.

"Apa tengok-tengok ?!" Herdik Sally.

Lola terkejut. Tunduk. Sally mengelap lagi sisa-sisa muntah di tepi bibir. Dia berjalan mendekati Lola. Mata bertentang mata. Lola menghulurkan minuman kotak yang masih penuh. Sally mengambilnya lalu meneguk sekali. Kotak dikembalikan pada Lola. Lola memandang hiba. Perlahan, Sally duduk di tepi, sebelah kiri Lola.

"Buat apa kau di sini? jual diri?!" Sally bersuara kasar.

"Bukan!" Jawab Lola.

"Kalau nak jual diri bukan di sini tempatnya!"

"Aku bukan nak jual diri."

"Jadi, apa kau buat di sini?"

"Panjang ceritanya."

“Huh!” Sally mengeluh kecil.

"Cerita lah. Aku ada banyak masa."

"Aku di halau dari rumah. Aku diperkosa dengan teman lelaki sahabat baik ku. Kemudian, aku di jual. Sekarang aku tak tahu nak pergi ke mana."

"Hahahaha… rosakk!" Sally gelak besar.

"Ya." Lola tunduk sedih.

"Ya! Memang dunia ini semakin kejam!" Sally bersuara. Matanya mengecil. Melemparkan pandangan kosong pada tembok di hujung sana.

Sejenak kedua mereka terdiam.

"Tadi kau muntah macam teruk. Kau sakit perut?" Lola memecah sunyi.

"Huhh!" Sally mendengus. Meraba perut.

"Aku pregnant!"

"Hah?!" terangkat kening Lola.

"Ya. Hidup ku juga sudah hancur!"

Seketika mereka sama-sama terdiam. Sepi menyelubungi. 
Dan mereka berpegangan tangan, menyusuri lorong gelap, di kepekatan malam. 

***

Salam untuk semua gadis,

Boleh kalian tempatkan diri di posisi Sally ataupun Lola? Apa perasaan? Hilang punca? Terasa mahu terjun KB Mall?` heh~

Mungkin sebab kita tidak pernah berada dalam situasi seperti mereka. Tapi tidak bermakna kita harus merasa megah. Kesucian tidak ternoda. Sebab kesucian bagiku terletak pada hati. Bukan pada pus-sy. Memanglah di situ terletaknya maruah seorang perempuan. Selapur dara yang nipisnya macam kulit bawang. Tapi kau lagi tidak bermaruah jika tega mengutuk dan menyingkirkan mereka yang sudah ternoda. Apa lagi jika mereka sendiri tidak rela. Mangsa.

Apa kau pernah fikir apa masalah mereka? Mungkin tidak. Kau tak pernah peduli. Sebab kau tak pernah mahu mengenali. Aku sudi untuk mendengar kisah mereka. Cuma belum berkesempatan. Aku hidup di kalangan orang yang baik-baik dan biasa-biasa. Bukan di lorong hitam. Bukan di rumah tumpangan. Seperti kalian juga. Yang bisa seronok dengan hidup penuh ceria. Makan minum di tanggung. Belajar dan berjimba di ruang ber-aircond. Online dan menonton tv. Gosip sana-sini. Tahu mengejek dan memaki. "Ahh kau bodoh! Pemurah sangat bagi pus-sy pada lelaki!" Kan?` 

Sudah masanya kita berhenti menuding jari dan tonyoh kepala bertubi-tubi pada mereka yang akalnya cuma satu itu. Kerana mereka adalah kita. Kita hanya dibezakan dengan saiz akal dan nafsu. Ada akalnya kecil, nafsunya besar. Ada juga yang sebaliknya. Dan ada juga yang mampu menyeimbangkan keduanya. Kau yang mana? Aku pilih yang ke-tiga.  Walaupun aku tahu, bukan mudah. Tapi sekurang-kurangnya, untuk kita, aku masih mampu melakukannya. Sebab aku tak pernah menganggap mereka salah. 

Ada yang tidak setuju? Terpulang. Tapi bagi aku, orang macam Sally dan Lola masih layak hidup sempurna dan terbela. Berhenti menyokong membabi buta pada kata-kata sinis dan caci maki kaum adam --yang cuma tahu sedap kemudian buang lepas tu gelak sakan. Itu suatu kekejaman terhadap kaum sejenis tahuu! 

MEREKA adalah KITA yang sebelumnya. Kau dan aku, akan menjadi yang sebelumnya. Dan MEREKA pada masa depan, adalah dibentuk oleh KITA yang sekarang. 

AKU,KAU,MEREKA,KITA = Perempuan 

Psst... entry diulang tayang cuma tukar tajuk saja 


Monday, September 19, 2011

*Hubungan Wanita Dan Duit


Ia ibarat cinta yang tiada nokhtahnya kecuali mati. Simbiosis yang erat antara wanita dan duit tidak dapat di sangkal. Walaupun orang cakap duit bukan segala-galanya, namun jauh di sudut hati seorang wanita menganggap tanpa duit maka akan kiamatlah dunia! bersedia untuk mati dan terus ke neraka.


Lelaki. Kalian jangan anggap ada wanita boleh hidup tanpa duit. Ohh.. hipokrit semata-mata jika ada wanita yang berkata sedemikian. Tahu tak setiap langkah kaki kita di dunia ini perlukan duit?! Jauh di sudut hati saya tahu, setiap wanita sangat sangat sangattt mendambakan duit yang cukup untuk menampung kehidupan mereka sampai ke tua.


Apakah kepentingan duit pada seseorang wanita dan bagaimana cara untuk memastikan seseorang wanita itu TIDAK PUTUS HUBUNGAN dengan duit walau apa keadaan sekalipun. 





Wanita pada masa kini lebih panjang umur dan hidup lama berbanding lelaki. Jadi, sebagai wanita kita sepatutnya risau akan keadaan kita pada masa depan. Tapi tak ramai wanita sedar akan kepentingan menyimpan dana (DUIT) untuk keperluan akan datang atau saat-saat yang tidak diduga. 

Berikut adalah apa yang harus anda bimbangkan:- 

1) Gangguan Kerjaya - Wanita cenderung lebih bersifat keibuan dan mementingkan keluarga. Semasa muda dan masih bekerja dan belum berumah tangga, wanita cenderung menyara orang tua dan adik-adik yang masih sekolah. Wang gaji setiap bulan habis untuk memenuhi keperluan rumah, yuran sekolah adik dan ubat-ubatan. Bagi wanita yang terpaksa pula berhenti kerja untuk menjaga orang tua yang sudah terlalu uzur, sudah tentu akan menghadapi risiko kebuluran. Erhh.. Tak lah sampai kebulur tapi pasti stress bila memikirkan hal-hal yang memerlukan wang. Mana nak dapat duit setiap bulan kalau tidak bekerja ye dak?` 

Lain pula jika sudah berumahtangga. Berkahwin dan mempunyai anak kecil. Wanita akan mengambil cuti rehat yang lama. Tiga bulan cuti tanpa gaji misalnya akan membawa masalah pada wanita walaupun ada suami yang menanggung makan minum dan pampers anak. Dengan gaji suami RM3000 sebulan sudah pasti tidak dapat menampung beban sewa/loan rumah, loan dua biji kereta (suami isteri masing-masing ada kenderaan), semua jenis bil (astro, air, elektrik, telefon dsbgnya), pampers anak bini, makan minum dan pakaian. Sanggupkah anda wahai wanita menggadai/menjual semula aset yang dibeli hasil titik peluh sejak sekian lama?` barang kemas misalnya. 

2) Pendapatan Yang Lebih Rendah - Secara purata dari segi pendapatan, wanita mendapat kurang daripada lelaki. Walaupun jurang nampaknya semakin kecil, sebab sekarang ini wanita mendapat hak yang hampir sama rata dengan lelaki tapi dari segi kuasa, lelaki masih lebih daripada wanita. Jadi, sedar-sedarlah wahai kaum wanita, kita masih "miskin" berbanding lelaki. Apa lagi kalau wanita itu tidak pandai buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Hanya mengharap gaji bulanan atau elaun dari orang tua/suami. 

3) Hidup Bersendirian - Berbanding lelaki, wanita pada masa kini lebih cenderung hidup bersendiri lebih lama.  Lambat berkahwin misalnya. Seolah-olah tiada lelaki yang cocok buatnya untuk menjadi peneman hidup. Ada juga wanita yang menganggap hidup sendiri lebih bebas dan tidak perlu fikir akan tanggungjawab yang besar pada keluarga dan rumahtangga. Silapnya ada wanita yang lupa akan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Hidup bersendirian sepatutnya kita mempunyai masa yang panjang untuk mengumpul dana sebagai persiapan pada masa depan yang tidak diduga. Tapi sebaliknya, wanita lebih cenderung menghabiskan wang yang ada untuk shopping, bercuti dan sebagainya. Ada juga wanita solo hidup menanggung beban orang lain. Beban hutang boyfriend misalnya. Dari mata kasar orang lain yang melihat wanita bujang yang berkarier hidup senang dan kaya. Golongan inilah yang mudah diperdaya oleh sebahagian lelaki atau boleh jadi sahabat baik sendiri. 

4) Pergantungan Hidup - Kebanyakkan wanita sedari lahir sudah biasa bergantung hidup dengan orang tua. Bila sudah berkahwin pula, wanita dijaga oleh suami. Dalam hal ini, wanita sering menganggap bahawa segala-galanya akan dijaga untuk mereka. Bayangkan apa yang akan terjadi pada wanita ini sekiranya berlaku hal yang tidak diingini seperti kematian orang tua atau perceraian dengan suami? 


INGAT! adik beradik, saudara mara terdekat malah sahabat baik sekalipun tidak dapat membantu anda bila ia melibatkan hal DUIT! 


Berikut adalah perkara yang perlu anda beri tumpuan:-


1) Keutamaan - Wanita perlu memahami dengan jelas apa yang menjadi keutamaan dalam hidupnya. Orang tua, adik beradik, kekasih, suami, anak-anak dan diri sendiri. Jangan bermimpi untuk menjadi kaya raya dengan harta orang tua yang akan ditinggalkan. Jangan bermimpi akan berkahwin dengan lelaki jutawan. Berkerja dan mula menyimpan dana dari sekarang. Merancang perbelanjaan juga penting. Wanita cenderung berhabisan menjelang perayaan dan juga ketika jualan murah. Tidak salah kerana apa yang dilakukan para wanita biasanya bukan cenderung untuk diri sendiri tapi untuk semua orang disekelilingnya. Keluarga dan keperluan rumah.  Tapi jangan lupa simpan sebahagiannya untuk diri sendiri. Ini penting untuk memenuhi hal-hal yang tidak terduga seperti yang telah dinyatakan di atas. 


2) Terbalikkan Hasrat - Sebagai ibu bapa, menjadi hasrat utama untuk memberikan yang terbaik pada anak-anaknya. Ya, wanita sebagai ibu. Sedia memenuhi semua tuntutan anak-anak demi kesenangan mereka pada masa depan. Memberi pelajaran dan keselesaan hidup. Dan kemudian, berharap si anak dapat membalas semula jasa mereka. INGAT! peranan wanita sebagai anak dan peranan wanita sebagai ibu sangat berbeza. Kehendak dan keperluan juga berbeza. Jika anda benar-benar menyayangi anak anda, sebagai orang tua anda harus sediakan dana yang secukupnya sebagai persiapan di hari tua agar tidak menyusahkan anak-anak yang baru nak mula merasa hidup susah (cabaran mencari kerja dan mulakan hidup berumahtangga). 


3) Peluang - Terokai setiap peluang untuk menjana pendapatan dapat memaksimumkan keupayaan anda untuk terus menyimpan. Bekerja dan carilah duit semasa muda dan masih sihat. Peluang-peluang lain seperti hidup di taja sugardaddy atau boyfriend juga jangan di pandang mudah. Menyimpan selagi boleh kerana sampai masanya anda juga akan ditinggalkan. Ok. Bunyi agak mengarut di situ tapi realitinya tetap berlaku. 


4) Pendidikan - Tambahkanlah ilmu kewangan anda dari semasa ke semasa. Belajar menyimpan mengikut pelan kewangan yang baik. Rancang kewangan untuk jangka masa panjang dan juga untuk jangka masa pendek. Disiplinkan diri dan jangan malu untuk bertanya pada orang yang berjaya bagaimana cara dia bekerja dan menguruskan kewangannya. Jaga pergaulan dan tiru gaya hidup yang selari dengan diri anda selagi tidak membebankan untuk masa kini dan pada masa depan. 


Saya yang menulis ini juga sedang belajar menguruskan dana untuk masa depan saya. Diharap perkongsian pada kali ini dapat membantu wanita-wanita di luar sana supaya lebih bersedia menghadapi masa depan yang penuh pancaroba. 


Seks bukanlah segala-galanya pada wanita. Tanpa seks, kita masih boleh teruskan hidup dengan ceria dan bahagia. Yang penting, ada duit! Betul bukan?! Jadi, jangan berangan banyak sangat. Lakukan dan bertindaklah dari sekarang. 


 :) 


Friday, August 5, 2011

*Diet Pantas Turun 5kg Di Bulan Ramadhan!



Salam Ramadhan sayang sayang sekelian. 

Cabaran yang paling besar ketika puasa adalah memastikan badan cukup nutrisi yang diperlukan dan memastikan kemasukan air yang betul supaya tidak dihidrasi. Apabila kita berpuasa, kita akan rasa kekeringan lebih cepat walaupun sebenarnya tidak. Rasa kering cuma ditekak tetapi badan akan cuba menahan air daripada keluar. Tahukah anda, kita kehilangan lebih banyak air ketika bersenam berbanding ketika berpuasa. Sebab tu orang yang aktif bersukan akan mengurangkan aktivitinya pada waktu siang. 

Hal yang paling utama ketika berpuasa adalah mengenai pemakanan. Eh, saya takkan tulis bab kerohanian, pasal ibadat segala. Sebab saya kan nak cakap pasal diet semata-mata. Yer, masa ini lah kita kena work out untuk menurunkan berat badan dan membentuk semula tubuh kita. Bagi orang perempuan, tampil cantik semasa raya itu penting. Mana tahu, ada makcik-makcik yang terbekenan untuk dijadikan menantu. Tak ke beruntung macam dapat durian runtuh!! Haa~ jadi, jangan bermimpi untuk makan makanan yang banyak dijual di bazar Ramadhan jika ingin berdiet kencang dan turun 5kg dalam masa sebulan ini!! 

 Ini antara pilihan menu yang saya sarankan untuk turun 5kg dalam masa sebulan berpuasa

- Oat
- Ikan
- Kurma
- Sayuran
- Buahan
- Tempe (soya)
- Susu/atau minuman Yogurt

Elakkan makanan bergaram tinggi ketika sahur kerana ianya akan menyebabkan badan dehidrasi lebih cepat. Lebihkan pengambilan makanan berserat tinggi untuk menggelakkan rasa lapar sepanjang hari. 

Kenapa saya tak senaraikan nasi dalam pilihan menu di atas? Ini kerana, nasi mengandungi kanji yang lebih. Ia membekal lebih lemak. Tukarkan nasi kepada oat. Ia lebih mudah dihadam dan berkhasiat. Lagipun, oat membantu menyerap kolesterol dalam badan. 

Kenapa tiada menu ayam atau daging? Heyyy~ kan nak turun 5kg dengan pantas! Jadi, elakkan mengambil protein yang sukar dihadam. Gantikan dengan soya(tempe) atau ikan dah cukup. Lagipun, hari raya nanti pasti pelbagai juadah daging dan ayam akan terhidang. Jadi, anggap saja anda juga berpuasa dari memakan ayam dan daging untuk sebulan ini. 

Elakkan makanan berminyak dan meminum minuman sejuk semasa berbuka. Adalah lebih baik anda makan kurma dan menikmati bubur oat dan sup sayur. Cukup! 

Nak lagi mantap, ambillah apa-apa slimming supplement yang tidak mengandungi racun berjadual sepanjang puasa ini. Hasinya mungkin lebih marvelous!

Kenapa Ramadhan sering dikaitkan dengan kurma?

Kurma bukan sekadar sunnah. Ia mengandungi campuran glukosa dan fruktosa. Mengandungi potassium yang tinggi, sekitar 64 peratus lebih tinggi daripada pisang. Mengandungi beta-D-glucan yang mana merupakan serat larut air yang menyebabkan rasa kenyang.

Kenapa badan saya susut ketika puasa dan naik mendadak selepas raya?
Perlu diingatkan, ada kemungkinan berlaku penurunan kadar metabolisma semasa berpuasa. Selepas tamat puasa, kadar metabolisme jauh lebih rendah dan ketika itu kebanyakan orang akan makan tak ingat dunia dan menyebabkan badan mengembang semula bagai di-pump. Malah, berat badan boleh naik mendadak dua kali ganda dari berat sebelum berpuasa. Oleh itu, jagalah pemakanan anda selepas berpuasa nanti. Ok~


*Senarai menu di atas juga sangat bagus untuk golongan ibu-ibu yang menyusukan anak dan juga yang sedang mengandung. Tapi perempuan mengandung yang mengidam macam-macam tu, tunaikan aje lah apa yang nak di makan. Kesian pulak kat baby dalam perut tu nanti kann..... 




Monday, August 1, 2011

*Perempuan dan Seks


Alicia. sebaya aku juga. sudah berumahtangga. baru juga tahun lepas. aku banyak belajar dari dia tentang bla bla bla. ya. sangat banyak. tak perlu aku huraikan sepenuhnya. baca saja entry ini dengan tekun. 

Alicia seorang perempuan yang berkulit sawo matang. bukan putih gebu macam maria ozawa. tapi dia punya pakej lengkap untuk membuatkan lelaki di luar sana tangkap leleh setiap kali memandangnya. serius. aku tak tipu. walaupun aku lebih cantik dari dia, lebih putih dari dia, ayat perasan tapi ini betul tak tipu ;p tapi dia punya aura, sangat berbeza. dia hilang dara pada usia enam belas tahun.  pertama kali bercium pada usia empat belas tahun. mungkin tak sama standard dengan remaja perempuan zaman sekarang. sekarang lagi advance kan?` tapi bagi aku dulu dulu, itu sudah cukup wow! kau sangat berani la Alicia! aku tak berani komen apa apa. dia mahu hilang dara di usia muda. suka hatinya lah. aku cuma menjadi pendengar yang setia. setiap kali ada masalah, aku lah tempat dia mengadu. ya... masalah selalunya selepas dia melakukan perhubungan terlarang itu. lewat seminggu tak datang haid, dia datang mengadu. aku? aku suruh dia cek doktor. dia tak mahu. akhirnya, dia mengajak aku berjumpa mbak jamu. aku sekadar menjadi teman. apa yang dibualkan dengan mbak jamu itu aku pun tak tahu apa apa. sudah beberapa kali juga. masa tu tingkatan lima. ada juga mbak jamu tu promote jamu perawannya. aku menolak. sebab tak pandai minum jamu. kalau pil, aku boleh lah telan. ini air. eewwww... tapi Alicia. aku tengok dia minum jamu tu macam minum milo saja. selang dua hari selepas itu, khabar gembira keluar dari mulutnya. dia sudah datang haid. alhamdulillah... aku mengucap syukur. dan setiap kali itu juga aku berpesan, jangan buat lagi! jangan lepas dalam. ceh! pandai aku kan. tapi lepas lepas lepas itu, dia buat lagi dan lagi dan lagi... dia sudah ketagih. pesannya padaku, "kau jangan sekali kali cuba! faham?!` ringan ringan tak apa. jangan masuk dalam" haihh~ ada jugak kawan macam ni kan. 

lepas spm aku sambung belajar di luar daerah. Alicia semakin liar. aku tiada, dia semakin hilang arah. ya. dia pernah menangis menelefonku. katanya, akulah segalanya. tanpa aku, dia mudah terpengaruh. dia tak dapat kawal nafsu. ahh.... ada aku pun dia memang sudah terlajak perahu. dia juga suka buat hal sendiri. nasihatku macam sikit saja yang dia guna. selebihnya, dia buat ikut kepalanya sendiri. tapi nasihatnya, sampai sekarang aku masih pegang. mungkin dia selesa aku menjadi pendengar dan peneman di kala dia susah. itu saja. setiap kali cuti semester, aku akan pulang dan kami akan habiskan masa berbual panjang. arwah mak pernah tegur. jangan kawan rapat sangat dengan Alicia ni. tapi aku degil. aku rasa tiada kawan lain lagi yang lebih rapat selain dia yang boleh cerita segala macam cerita. dan sampai sekarang, dia masih sahabat yang bermasalah. ahh.. panjang cerita. 

dipendekkan, sejak berkahwin tahun lepas, dia belum pun ada tanda tanda hamil. dia sangat risau sebab keluarga pihak lelaki sudah mengata dia macam macam. tak subur lah. mandul lah. dia sedih. sangat sedih. aku? tumpang sedih. sebabnya, aku pun tak tahu macam mana nak bantu dia supaya boleh hamil cepat. nak ajar dia tentang posisi posisi terbaik semasa berjimak untuk mudah dapatkan anak, rasanya aku tak layak. dia jauh lebih hebat. nak promote supplement untuk cepat hamil, lagi lah aku tak tahu sangat. bila dia refer doktor, kedua mereka suami isteri tiada masalah. cuma belum rezeki. itu yang pasti. 

sepanjang penglibatannya dalam perhubungan terlarang, dia memang tak pernah mengadu pasal hamil. tak pernah langsung! adakah sebab jamu itu?` adakah jamu itu sudah banyak membunuh telur telur yang sepatutnya menjadi ..... huuu -.-"""

bila sudah berkahwin, zuriat lah yang paling penting. yang paling di tunggu tunggu setiap ahli keluarga. kalau dulu, dia tunggu bila akan datang bulan, sekarang dia berharap dia tak datang bulan. berharap telur telur dapat bersenyawa dengan sempurna. berharap perut akan membusung selayaknya bagi wanita yang sudah berumahtangga. 

hidup ini penuh dengan ujian kan?`  

***

Apa yang berlaku pada Alicia mungkin berlaku pada anda. atau pada kawan-kawan anda. boleh jadi juga berlaku pada saudara-saudara perempuan di dalam family anda. 

kenapa perempuan boleh terjebak dengan seks sebelum bernikah? hal ini berlaku sudah lama. sejak zaman nenek moyang kita lagi. sejak zaman jahiliah lagi. zaman di mana perempuan hanya di anggap sebagai simbol seks dan untuk memuaskan nafsu lelaki sahaja. perempuan tidak layak untuk memimpin. sebab perempuan di anggap terlalu fragile. emo dan tidak bijak dalam semua hal. termasuklah seks. perasaan perempuan di ranjang juga tidak pernah di ambil kira. tugas perempuan cuma baring, kangkang dan lelaki goyang. selesai inzal, perempuan ditinggalkan terkangkang sendirian. sama ada si perempuan sudah cukup puas ataupun tidak, itu langsung tidak dihiraukan oleh lelaki. seks pada ketika itu hanya untuk lelaki. bukan perempuan. perempuan perlu menurut segala kemahuan lelaki. kalau tidak, penerajang akan menjadi hidangan di badan. pada zaman dulu, seks sangat menakutkan orang perempuan.  

tapi itu dulu. lelaki sekarang lebih prihatin. lebih lembut dan sabar membelai. memberi dengan sepenuh hati. melayan perempuan sehingga ke titisan terakhir tanpa perasaan ego yang tinggi. belaian yang diberikan dengan sepenuh "kasih sayang". perempuan juga semakin bijak untuk memenuhi tuntutan batin mereka. perempuan sekarang tidak malu segan silu untuk meminta. juga bijak mengemudi kapal yang sedang berlayar. pokoknya, kata apa saja. perempuan boleh buat semua yang diminta dan begitu juga lelaki. akan buat apa saja asal sama-sama merasa nikmatnya. 


saya tak akan menyentuh soal agama di sini. semua pun tahu seks di luar nikah itu adalah haram. apa agama sekalipun melarang sebenarnya. semua agama mengeji pasangan yang tidak mampu menjaga iman mereka. sebab itu upacara perkahwinan wujud dalam semua agama. semua kita mahukan yang baik-baik sahaja bukan?` cuma, ada juga di kalangan pemimpin agama yang seperti ketam. mengajar yang baik-baik tapi dia sendiri pun buat juga hal yang terkutuk itu. ok... saya teremo bila menulis sambil teringatkan kisah-kisah yang pernah dibaca dan didengar sebelum ini... juga apa yang terjadi di depan mata saya sendiri. bukan sahaja pemimpin di kalangan lelaki. malah ada juga pemimpin perempuan.

persoalannya kenapa? kenapa? kenapa? betul bukan`.... seks penting untuk manusia. sama ada untuk mendapatkan zuriat atau pun saja-saja untuk suka-suka. seks adalah nikmat dunia yang tak terkata. seks adalah merangkumi segala aspek urusan dunia. politik, ekonomi, dan segalanya.  dalam dunia bisnes misalnya, seks diibaratkan sebagai starter dan pencuci mulut dalam hidangan.  hubungan bisnes dimulakan dengan perjanjian. sebaik sahaja perjanjian dimeterai,  hubungan dieratkan dengan semangat bekerjasama. semangat itu di bawa sampai ke bilik tidur. saling bekerjasama bukan?` kemudian, bila bisnes membuahkan hasil, ia akan diraikan penuh gilang-gemilang. dalam riang berpesta makan segala, tak lupa diri dihadiahkan dengan hidangan "kerjasama yang penuh kasih sayang". lega bukan? seronok juga iya~ biasa tengok cerita mat salleh bukan`? semua itu sangat tipikal. sangaaaaaaaaaaaaaaaaattt tipikal! dan kita, manusia yang hidup di garisan khatulistiwa penuh adab dan budaya sopan santun yang tinggi, pun terjebak sama dengan adengan yang sangaaaaaaaattttttt tipikal itu. 


nak cakap semua ini berlaku kerana pengaruh media? mungkin juga. tapi jangan lupa. masing-masing kita punya kemahuan. punya keinginan. tak perlu di ajar. apa yang berlaku pada Alicia, bukan atas kehendaknya 100%. bukan!! saya berani katakan ianya bukan sebab saya kenal Alicia. kenal sangat-sangat. dari kecil sama-sama main guli dan mandi sungai. 


nipisnya iman kita ini adalah senipis kulit bawang (betulkan saya kalau silap yer). mana mungkin pokok bergoyang kalau tiada angin yang meniupnya. dan Alicia, antara golongan perempuan yang tidak mampu menolak salah satu nafsu yang sembilan itu. 


terus terang saya katakan, saya menyalahkan lelaki 100% bila berlakunya seks sebelum nikah. kadang-kadang lelaki cuma main-main saja. tapi perempuan cepat terasa. sensitif jiwanya. bila di pujuk di rayu, perempuan mana yang tak sayu. apa lagi bila saat itu perempuan terjerat dengan perasaan cinta. antara cinta dan nafsu, sudah tiada beza. tidak mampu dibezakan. bukan tak waras. bukan tak tahu halal haram. tapi perempuan,... itulah. itu kelemahannya. mudah menyerah. semua kerana cinta.


ayat tipikal yang biasa kita baca,"perempuan menggunakan seks untuk mendapatkan cinta; lelaki menggunakan cinta untuk mendapatkan seks."  


rasanya 80% perempuan yang terjebak dengan hubungan seks sebelum menikah adalah disebabkan "mabuk cinta". 20% lagi kerana menjadi mangsa. mangsa kepada lelaki yang buas, seperti kes haruan makan anak, ataupun kes-kes pemerdangangan orang. ya.. kes pelacuran. bisnes yang paling lama bertahan di dunia.  kes culik dan tipu kerana terpengaruh. dan biasanya ditipu oleh lelaki yang dikenali. malah mungkin juga oleh lelaki yang dicintai.


orang cakap seks itu sedap. sekali rasa pasti nak lagi. dan lagi dan lagi. itulah yang terjadi pada Alicia. setelah pelbagai rintangan yang dilalui bersama teman lelakinya, syukurlah Alicia akhirnya berkahwin jugak dengan lelaki yang telah "menodainya". menyentuh dan meratah tubuhnya sebelum sah bergelar suami. bagaimana pula dengan nasib perempuan lain diluar sana yang telah ditipu oleh pasangan sendiri?!` habis madu sepah dibuang. dan lelaki dengan mudah memutuskan "anggap lah kita tiada jodoh".   


kesian sungguh jadi perempuan. bila sudah terlanjur, macam-macam sanggup dilakukan. sama ada menggugurkan kandungan, ataupun bertahan selama sembilan bulan kemudian buang. kalau tak pun, akan jadi seperti Alicia. lewat datang bulan dah menggelabah. macam-macam ubat sanggup ditelan. 


apa yang boleh saya katakan, perempuan sekarang perlu belajar mengenali lelaki. perlu ilmu yang tinggi dalam mengenal dan membezakan kata-kata manis lelaki sama ada kata-kata itu benar manis yang berpanjangan atau cuma manis dibibir saja. kerana terlajak perahu boleh undur semula. terlajak tindakan, menyesal pun tak guna. lelaki yang baik, dan benar-benar berkomitmen dalam hubungan, bukan atas dasar cinta semata-mata tapi sedar akan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan wanita disekelilingnya, pastinya dia boleh bersabar dan mengawal nafsu.      

kalaupun ada perempuan yang memang pesen senang diajak bermalam, dia antara golongan perempuan yang bermasalah dan telah menjadikan dirinya sebagai hamba nafsu. dalam fikirannya cuma anu anu anuuuuu saja. serius ada juga perempuan yang macam tu. tapi tak ramai. semuanya berlaku kerana kurang didikan, dan kurang kasih sayang. dengan melakukan seks sahaja dia merasakan ada yang "sayang". walhal,... haih~ dia tak tahu dia cuma jadi bahan eksperimen lelaki binatang. 


=="         


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...