Pages

Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Monday, February 24, 2014

*Perempuan dan Produk Beracun



Hai darlings~

Maaf lama tak menulis di sini. Rasa dah berkurun blog ini tidak ber-update. Kali ini saya terpanggil untuk mengisi ruangan ini dengan topic yang biasa-biasa tapi … hmm.. rasanya perlu disensasikan lagi. Perempuan dan produk beracun. Nah. Terus kamu akan membayangkan macam-macam, bukan? Slimming product, skin care, etc. etc. Produk untuk rapatkan keintiman dan supaya suami sayang pun ada. -.-“” 

Ok. Izinkan saya gunakan kata ganti diri “aku” dalam coretan kali ini. Aku rasa lebih selesa untuk menggunakan “aku” dan “kau” dalam entry kali ini. Maaf ye.

Baru-baru ini aku ada terbaca di dinding Facebook hasil perkongsian kawan-kawan tentang bahayanya satu produk kecantikkan ini. Collagen Plus Vit. E ringkasnya CPVE. Sebenarnya isu ini sudah lama. Bukan satu produk ni saja. Tapi dah berlambak-lambak produk beracun perempuan-perempuan kita ni dah terjebak. Kenapa? Isunya kenapa masih timbul lagi hal macam ni? Kenapa? Ada kau terfikir kenapaaaaaaaa??

Macam ni lah. Aku nak tanya kau-kau semua. Hisap rokok bahaya tak? Bahaya kannnn… Semua orang tahu orang hisap rokok itu dia telah membahayakan kesihatannya. Tak kisah la lelaki atau perempuan. Tapi kebanyakkan kita akan menumpukan isu hisap rokok membahayakan kesihatan ini beratnya jatuh pada golongan lelaki. Kan? Hari-hari suami/abang/boyfriend/bapak/atuk/pakcik kau-kau semua hisap rokok. Boleh imagine tahap kedegilan mereka pada produk yang telah disahkan membahayakan kesihatan ni. Mereka tak takut mati punnnn….

Jadi apa bezanya perempuan dengan produk beracun?? Bahaya ke tak bahaya? Bahaya juga kannnn….Semua perempuan terus takut bila dapat tahu produk yang dia dah guna tu mengandungi racun yang berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Terus buang produk tu. Takut nak guna lagi. Rasa menyesal. Down sangat! Terus rasa macam nak rendam muka dalam air zam-zam supaya kembali suci dari racun yang kononnya membahayakan diri dan menyebabkan kanser. Hah! Tu diaa… Takut kena kanser rupanyaaaa!!! Heh~

Macam ni lah. Jujur cakap. Sebenarnya aku ni pun tergolong dalam kategori perempuan-perempuan yang terjebak dengan produk beracun ni. Siapa yang tak nak cantik,kan? 
Mengikut pengalaman aku, produk kecantikan yang beracun yang pertama aku pakai adalah Natasya. Pastu bila dah ketagih dengan kulit cantik, bila dah stop guna produk Natasya aku try pulak guna macam-macam lagi lah produk. Tia Amelia. De Putih. Sri Mawar. Sendayu Tinggi. Ok. Ini produk buatan Malaysia yang aku rasa termasuk dalam isu produk beracun yang aku guna. Lain-lain yang tidak tersenarai memang tak pernah cuba. Oh. Produk Indonesia yang aku dah cuba Krim SJ dan CPVE tu lah. Hahaha! Teruk kan?? Nampak tak tahap kedegilan orang perempuan ni sama je dengan orang lelaki. Tapi serius cakap, dalam banyak-banyak tu, Sri Mawar je yang efeknya agak slow… memang tak nampak langsung. Rasa macam memang kau takkan puas pakai produk Sri Mawar sebab tak memberi efek yang kau nakkan sebenarnya. Tapi serius cakap, produk Sri Mawar memang tidak tersenarai pun produk yang beracun. Heh. Tapi tu lah. Mahal. Toner jer dah RM70. Belum lagi krim yang lain-lainnya. Pung pang pung pang adalah RM200++. Tak mampu den nak maintain. Heh~ 

Maksudnya di sini orang perempuan memang suka dengan produk yang murah dan memberi kesan seperti yang diidamkan dengan cepat! Yes! Memang. Diulang lagi. PRODUK MURAH + KESAN CEPAT. Aku akui. Dan aku pasti ramai di luar sana yang mengaku “tak” tapi sebenarnya “iya”. Heh jangan nak tipu la. Mungkin ada yang tak terjebak. Sama ada kulit kau memang cantik sejak azali dan tak perlukan benda tu semua atau memang kau jenis yang tak kisah dengan kulit muka yang suram dan kusam asalkan kau rasa selamat dari racun. Kan? ;) Psstt… kau lupa sesuatu kawan. Kau rasa makanan yang kau makan setiap hari tu benar-benar bebas racun ke? Hehh~ *gelak tumbuh tanduk* 

Ini pendapat aku secara peribadi. Jadi, sama ada kau nak setuju ataupun tidak, terpulang. Baca je la entry ni dengan hati dan jiwa yang lapang lagi terbuka dan positive. Okey?` Ikut la sifu korang si DAO tu yang ajar korang untuk positive thinking. Gituu… Okey?` 

Menurut pendapat aku, hidup kita ini kena seimbang. Ada masa susah, ada masa senang. Bila kau susah, mesti kau akan berusaha untuk jadi senang. Bila kau rasa diri tak cantik, mesti kau akan berusaha merawat diri untuk jadi cantik. Kulit gelap mesti nak diputihkan. Jerawat bersepah haruslah dihapuskan. Benci tengok muka sendiri macam jalan tak siap. Rasa down gila. Rasa malu. Rasa hambar hidup. Semua rasa-rasa yang negative. Sebenarnya perempuan nak tampil cantik bukan lah untuk pandangan orang lain semata-mata. Bukan. Aku perempuan aku tahu lah! Sebenarnya 70% perasaan perempuan nak cantik adalah untuk meningkatkan keyakinan diri sendiri. Untuk diri sendiri. Faham tak orang lelaki?!` 30% lagi untuk tarik perhatian kalian. Cukup.

Sama ada produk itu beracun ataupun tidak, murah ataupun mahal, original ke tak original, aku yakin perempuan-perempuan ini (lihat gambar) pasti merasa diri lebih yakin setelah mendapatkan semula kecantikan mereka yang sebenar. Kulit bersih, cerah, bebas jerawat dan tak lagi kusam. Ya Allah. Indahnya ciptaan Mu. 




gambar: sumber google


Aku yakin sangat mereka sudah berusaha keras untuk dapatkan kecantikkan yang mereka idamkan. Rasa seperti hidup yang gelap gulita menjadi indah berwarna-warni disinari pelangi dan burung-burung pun berkicauan riang. Ceeewahh~ 

Tak salah sebenarnya kalau nak pakai produk beracun ni untuk mengembalikan semula kulit yang rosak kusam kelam tu. Kita guna racun untuk membunuh serangga perosak, bukan? Sama la hal nya isu ini. Guna racun untuk matikan kuman penyebab jerawat di kulit. Eh? Ntah la aku tak arif. Tapi kena beringat-ingat la. Racun tetap racun. Pada pendapat aku, penggunaan racun dalam kuantiti yang minimal ia tidaklah memudaratkan sepanjang hayat. Kau nak terus buang produk tu tak salah. Tapi yang tak berduit, nak buang mesti rasa macam… aduhaiiii~ aku paham perasaan itu. Paham sangat. Sila lah teruskan kalau kau tak merasa efek-efek buruk seperti orang lain rasakan. 

Apapun produk tak semua orang serasi, kan? So, kau tahu diri kau. Jadi kau tak perlu melatah. Kalau ngam, kau boleh teruskan menggunakan produk tu. Tapi jangan terlampau bergantung sangat. Kalau tak ngam dan muka kau betul-betul dah mengalami “kejutan” akibat tindakbalas negative bahan beracun tu pada kulit muka kau, silalah cepat-cepat dapatkan rawatan pakar kulit. Heh. Hidup ini seimbang, bukan? Setiap racun pasti ada ubatnya. Yakin saja. Aku juga yakin tak semua orang mengalami efek yang buruk akibat penggunaan produk yang mengandungi racun. Mungkin ada di kalangan kita yang mempunyai kulit yang tahan lasak. Macam aku, produk Natasya memang betul-betul dah buat kulit aku cantik. Tapi sekejap je. Setahun dua. Pastu kulit muka aku rasa terbakar bila kena cahaya matahari terik. Azabnya kemain masa tu. Menyesal juga tapi aku tetap tak serik. Tetap berusaha mengembalikan semula wajah yang cantik putih berseri dengan bertukar produk. Hihi. So bagi yang tak bermasalah dengan produk beracun tu… aku nasihatkan kena juga pandai selang selikan dengan rawatan alternative lain untuk buang racun dalam badan. Contohnya detox. Minum la green tea (ini terapi aku) atau apa-apa yang boleh buat kau “membuang” dengan banyak setiap hari. Selain tu, amalkanlah berbekam. Sunah Nabi tu… Bekam bukan sahaja boleh di buat pada badan tau. Kat muka pun boleh. Pasti efek produk beracun tu dapat diatasi. Yang penting kau yakin yang kau akan baik-baik saja. 

Bagi aku hidup kita tak perlu nak cepat melatah. Setiap racun pasti ada penawarnya. Asal saja kau amalkan hidup dengan kesederhanaan dan keseimbangan. Sama la juga dengan lelaki yang hisap rokok tu. Tak semua penghisap rokok menghidap sakit jantung. Ada juga yang perokok tegar tapi jantung dan organ dalamannya masih sihat. Mungkin juga dia mengamalkan aktiviti fizikal yang sihat walaupun dia hisap rokok. Haaa…. Kan. Tak semestinya si perokok tegar akan tamat riwayatnya disebabkan penyakit akibat rokok. Haaa… Nampak tak apa yang aku nak sampaikan di sini? So samalah juga dengan orang perempuan yang suka ambil risiko untuk cantik. Ah, apa la yang orang perempuan boleh buat untuk terus tampil cantik tanpa perlu mengambil risiko? Hidup ini juga penuh risiko. Baik tetap ada buruknya. Itu kejadian semulajadi alam. Setiap hari adalah penuh dengan risiko. Jadi tak perlulah paranoid sangat.

Untuk para pengeluar produk, aku bukanlah menyokong sangat dengan penjualan produk beracun korang tu. Sila lah buat research dengan lebih bersungguh-sungguh lepas ni. Jangan main tangkap muat, repack semula pastu jual. Haih. Usahakanlah keluarkan produk murah dan tidak terlalu berisiko. Permintaan tetap ada. Orang perempuan tetap akan membeli dan sentiasa mencuba. Aku pun tak tahu bila laaa orang perempuan ni nak berhenti. Hehehe. 

Oh ye. Produk Sendayu Tinggi yang mudah didapati di Watson sekarang tidaklah seteruk dulu. Kini lebih baik kot. Aku dah try. Korang pun boleh lah cuba kalau rasa-rasa nak tukar ke produk yang lebih terjamin kualiti dan harganya. Ini iklan tidak berbayar. Haha. Untung bisnes kau cik puan Rozita Ibrahim. Paling cikai pun, kalau nak pakai produk murah dan cepat kesannya, kembalilah kepada Fair & Lovely. Ramai yang dah lupakan jenama produk ni disebabkan lambakkan produk terbaru yang banyak testimoni kebabom depan mata! Hihi. Fair & Lovely ni tak lah cepat sangat pun kesan pencerahannya tapi ok-ok lah untuk dipakai sepanjang hayat. Serius yang ini dijamin tidak mengecewakan. Dulu hingga kini. ;) 

Tak puas hati dengan entry ni? Tak mau gaduh. Kau pergi la mengamuk sendiri-sendiri di sana… :p~ 



Friday, July 19, 2013

*Mesej Penting Untuk Perempuan

Asalamualaikum dan salam sejahtera kesayanganku

Macam-macam berita sejak kebelakangan ini yang aku dengar, baca dan cuba telan semuanya tapi serius aku tak mampu menahan diri dari terus berdiam dan biarkan golongan kita-kita ini terus-terusan menjatuhkan maruah diri sendiri mahupun terus menjadi mangsa keadaan atas kenaifan diri sendiri.

Mesej ini untuk kita; Perempuan 

Bercinta bagai nak rak siap sumpah janji segala tak semestinya lelaki itu akan menjadi suami anda.
Hari ini dia kekasih anda. Tak semestinya esok dia masih kekasih anda.
Hari ini dia kekasih anda. Tak semestinya juga esok dia menjadi kekasih yang setia untuk anda seorang sahaja.

Berkahwin dengan lelaki nampak warak tak semestinya boleh jadi suami yang baik.
Hari ini dia suami anda. Tak semestinya esok dia masih suami anda.
Hari ini dia suami anda. Tak semestinya juga esok dia suami anda seorang.

Hidup ini bukan sama macam kisah Cinderella atau Repunzel. 
"And they live happily ever after"

Ia juga bukan seperti dalam drama Winter Sonata. Hanya cinta seorang itu sahaja.

Wake up!
Belajar rajin-rajin. Kerja rajin-rajin. Kumpul duit. Kalau boleh belilah rumah sebelum kahwin. 
Itu persiapan kita. 
Takut-takut tak ada tempat nak tinggal selepas ini.
Jangan berharap sepenuhnya pada bakal atau suami anda.
Jangan berangan yang manis-manis sahaja.

Dia manusia. Boleh meninggal dunia, boleh menghilang, boleh curang.

Contoh banyak di sekeliling anda.
Wake up!

Hidup kena lebih realistik. Jangan terlalu percaya dan yakin pada lelaki. 
Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. 
Persiapkan diri untuk kepentingan diri sendiri. 

Rasa cinta sesama manusia hanya pinjaman dari Tuhan. 




Thursday, July 11, 2013

*Perempuan: Cantik atau Hodoh? Pilihan Di Tangan Sendiri






“Ehhh, kak long kau kenapa dah tak cantik?? Amboii dulu kemainn lagi makeup.” 
“Alahh makcik ni… itu dulu-dulu zaman muda-muda. Orang kan dah duduk kampung sekarang ni. Dulu duduk kat KL lain laa…. Zaman tu dah berlalu cik… Sekarang ni dah tua. Dah jadi pompuan kampung dahh… Takde dah nak makeup-makeup tuu… Takde makne dah haa…”
“Ha’a kan. Kau sekarang dah betul-betul jadi pompuan kampung. Kulit pun dah gelap dah cik tengok. Hampir cik tak kenal. Dari tadi cik dok perati siapa laaa minah pakai kain batik dok terkebil-kebil tengok aku ni. Yer laaa kau dulu tiap kali datang rumah hahh! Makeup tebal dress up macam nak pegi kenduri! Hahaha…” 
“Bukan la tak makeup langsung makcik. Pakai juga kalau keluar dan pergi kenduri. Setakat duduk rumah jadi surirumah ni takdenye saya nak makeup-makeup bagai makcikkk…Takde kerja saya nak buat semua tu haa… Buang tabiat ape dah tua-tua ni!” 

***
 “Kak Rin ni asal time masak jer mesti dia dah siap-siap nak pegi melingkup! Takut di suruh masak letteww…” 
“Ehh… xde lah. Manada orang nak keluar”
“Kak Rin ni nak masuk dapur puuunn nak pakai bedak. Putih hahh dah macam tepung gomak!” 
“Tak de laa… Panas laa… Sebab tu pakai krim muka. Manada bedak tebal. Biase jer kott”
“Ohh panas ye kak Rin. Yer laa rumah kampung memang panas. I ni tak pakai bedak okey jerr”

***

Asalamualaikum wahai sayang-sayang sekelian. Lama tak up entry untuk blog ini. Jadi di hari mulia ini, tergerak hati ini untuk membicarakan soal penampilan diri kita. Beginilah. Situasi di atas adalah berdasarkan kisah benar cuma watak dan latar belakang tempat adalah dirahsiakan. Buat masa ini tidak ada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia. Jika ada pun, ianya adalah suatu kebetulan. Heh~

Situasi pertama--- yang menegur kak long itu adalah seorang makcik berumur dalam lingkungan lewat 40-an. Yang ditegur itu pula adalah seorang perempuan, sudah berkahwin, ada anak seorang dan sedang mengandung anak kedua. Berumur dalam 27 tahun. Rasa-rasa uolsss, perempuan berumur 27 tahun tua sangat ke? 

Si kak long menganggap dirinya sudah tua. Yer la. Dah bersuami, dah ada anak seorang berumur dalam 3 tahun lebih. Lagi pula sekarang sedang sarat mengandung menunggu kehadiran cahaya mata kedua. Badan pun dah kembang. Nak bergaya pun mood dah turun tahap zero. Sebab dia fikir dia dah takde point untuk melawa lagi dah. Dah ada laki dah pun… Nak nak lagi duduk kawasan kampung. Sapelah yang nak nengok ye dak? 

Come on girls!! Takkan lah hanya sebab kau dah berhijrah semula ke kampung halaman, meninggalkan kerjaya impian atas dasar komitmen dengan hubungan suami, anak dan keluarga kau terus bertukar menjadi Cinderella versi kena buli! Cinderella versi kena buli pun tak lah sebegitu hodoh. Heh. Aku tak cakap dia hodoh. Cuma bagi aku sebagai perempuan yang sudah menjadi isteri dan mempunyai anak berumur 3 tahun dalam usia 27 tahun adalah tidak patut melabel diri sebagai tua. Kenapa mesti men-tua-kan diri? Kenapa?? Aku jadi tertanya-tanya. Perlu ke men-tua-kan diri hanya sebab kau dah ada suami, kau ni isteri orang, kau dah pernah beranak, maka kau pun berubah menjadi tua mental dan tua fizikal. Tua mental tu aku faham la. Maksudnya kau dah lebih matang dari sebelum itu. Sebelum menjadi isteri, sebelum ada suami, sebelum ada anak. Fikiran dan segala tindakan sudah berubah mengikut perubahan keadaan diri dan persekitaran. Lebih matang. Dah banyak makan garam.

Tua fizikal bagi aku adalah segala rutin kecantikan zaman sebelum menjadi isteri, sebelum ada suami, sebelum ada anak menjadi berubah 360 darjah selepas menjadi isteri, ada suami dan ada anak. Kalau dulu rajin makeup dan dress up lawa-lawa walaupun hanya duduk di rumah tak kemana-mana, sekarang dah malas dan rasa tak perlu makeup dan dress up lawa-lawa di rumah sebab dah ada suami dan anak-anak. Kehadiran suami dan anak-anak ibarat kulat dalam kehidupan perempuan selepas berkahwin ke? Seperti kehadiran insan-insan tersebut menjadi penghalang untuk kita perempuan kekal cantik seperti sewaktu sebelum adanya mereka. Alahai… Pelik aku. Yang muda, terasa diri tua lalu men-tua-kan diri. Ada yang tua pula masih tetap ingin kelihatan seperti orang muda. Macam Cik Ta kita tuu… Walaupun dia dah berumur, rasanya sebaya kot dengan makcik yang menegur kak long tu tapi dia nampak muda dan lebih jelita dari perempuan sebayanya. Setanding dengan perempuan berumur 27 tahun kott… 

Kenapa mesti tua fizikal sebelum usia? Fikiran tua tak apa dik. Jangan la fizikal pun turut tua hanya sebab status diri sudah berubah. Maksudnya dari segi penampilan diri. Fizikal berubah selepas berumahtangga tu normal. Kebanyakkan kita perempuan (tak kira perempuan asia atau eropah) fizikal terutama tang perut, peha, lengan dan dada akan mengembang akibat perubahan hormone dan tabiat makan. Tapi janganlah sampai terus hilang seri. Kadang ada perempuan walaupun dia dah montel selepas berkahwin tapi tetap nampak cantik dan anggun sebab dia masih rajin menjaga kulit dan kesihatan dalamannya. Kes si kak long ni memang aku tak boleh terima. Kau masih muda kot. Baru 27 tahun. Jangan disebabkan sifat yang malas menjaga penampilan diri akan merosakkan kerukunan rumahtangga yang dibina. 

Aku pernah baca satu artikel ni. Memang boleh pakai juga la fakta-faktanya. Tapi lupa dapat kat mana. Artikel tentang 6 sebab yang paling popular yang menyebabkan suami curang. 6 sebab itu adalah:-

1. Nafsu seks
2. Digoda
3. Memang kaki perempuan
4. Balas dendam
5. Sudah tabiat
6. Keegoan

Tapi di sini aku nak fokuskan yang no. 1 tu je. Ini kerana dari no. 1 tu lah punca ke 2, ke 3, sampai ke 6 berlaku. Dan no. 1 itu ada kaitannya dengan kita:- perempuan. Lagi-lagi sebagai isteri. Hehhhh~ 

Para ustaz  pun ada cakap, isteri kena jaga 2 perkara ini kalau nak suami sayang sampai mati. Kena pandai pikat suami. Memikat suami bukannya susah, hanya 2 perkara sahaja yang perlu dijaga iaitu jaga 2 nafsu suami:-

1. Nafsu perut
2. Nafsu batin

Tak nak cakap pasal nafsu yang no. 1 sebab itu semua sudah sedia maklum. Nafsu yang no. 2 tu yang paling berkait dengan fizikal perempuan. Lagi-lagi fizikal isteri. Hehhh~

Nafsu lelaki yang no. 2 tu hanya nak yang 'itu' sahaja. Jadi buat isteri walau macamana keadaan sekalipun layanan yang ‘itu’ mesti tiptop. Ustaz pun ada ajar kann… Isteri kena laa berhias dan berpakaian bersih cantik dan wangi dirumah, agak hati suami tertambat tak pandang perempuan lain lagi dahh… Sebab ini adalah punca utama kes perceraian berlaku. Lelaki tak akan cakap sebab kenapa dia curang. Lelaki tak akan cakap apa yang dia suka dan tak suka secara terang-terang depan isteri. Jadi kalau nak rumahtangga bahagia dan selamat, ia bermula dari diri kita sebenarnya. Tak perlu jadi secantik Cik Ta tapi cukuplah jaga kebersihan dan seri diri untuk suami dan anak-anak. 

Bukanlah nak cakap yang kita orang perempuan jer kena jaga, orang lelaki pun kena jaga penampilan diri walaupun sudah berumahtangga. Tapi kan sekarang ni aku tengah cakap pasal hal si kak long. Jadi penekanan isu ini sudah tentu tentang satu pihak saja iaitu pihak kita:- Orang perempuan. 

Situasi kedua itu adalah aku. Bakal adik ipar aku memang selalu jer cam nak buli-buli aku. Ehh. Jawapan yang aku beri itu adalah spontan. Sebenarnya aku tak tahu nak jawab apa. Sebab rasanya dah memang tabiat aku kott… lepas mandi akan pakai krim muka sapu losyen dan sebagainya sebelum memulakan kerja. Takde lah sampai tepek foundation bagai. Setakat tepek sedikit press powder atau paling malas pun aku tepek bedak baby jhonson je di muka supaya tak berminyak. Aku tahu aku tak secantik Neelofa. Tapi tak salah kan, berhias untuk kekalkan kecantikan diri yang Tuhan dah beri. Kena lagi dengan cuaca panas berbahang sebenarnya memang aku takut kulit aku menjadi gelap. Dah la memang aku ni tak secerah Adira. Aku adalah Sabahan yang tak rupa Sabahan punn… Jadi memang aku takut panas. Perlukah aku ditegur sebegitu rupa? Salah ke aku berhias diri di dalam rumah? Kena lagi bukan rumah aku. Rumah bakal mertua kot. Ini lah mentality orang kita. Lagi-lagi orang yang dah lama duduk kampung. Bukan nak cakap orang kampung tak pandai bergaya. Tapi tu lah… Kenapa nak mengata? Aku pun asal dari kampung juga. Orang kampung juga macam dia. Dan aku bukanlah perempuan kampung yang lupa asal-usul. Macam ni je lah. Cantik atau hodoh pilihan di tangan kita sendiri. Kalau kau rasa dengan meng-“hodohtua”-kan diri kau boleh bahagia, teruskan. 

Aku pelik kenapa ada sesetengah perempuan (sebenarnya aku lebih suka panggil wanita bagi yang dah berumahtangga) totally change terutama dari segi penampilan diri bila dah berkahwin beranak pinak. Sama ada semakin bergaya atau semakin selekeh. Risau juga dengan diri ini. Kurr kurr kurr~

Cantik sangat pun salah, selekeh sangat pun tak boleh. Maksudnya di sini kita sebagai orang perempuan kena la pandai bergaya ikut suasana. Walaupun tidak bekerja dan hanya duduk di rumah, bukan alasan untuk tampil selekeh di depan suami, anak-anak dan keluarga. Kalau suami tak tegur, orang lain yang akan tegur. Macam kes kak long, makcik sendiri yang tegur. Kalau kau rasa kau tak terkesan dengan teguran itu, kau patut rasa terkesan bagi pihak suami kau. Kalau dapat suami yang jenis lepas cakap lagi bagus tau, dari dapat suami yang diam dan makan dalam. Suami tegur tandanya dia sayang. Prihatin. Peduli pasal kau. Kalau tak tegur tandanya bukan tak sayang. Tapi kesian. Huhuu~ 

Boleh baca entry abang 360 kita ini yang bertajuk Perempuan Dilarang Membaca Post Ini. Baca sekali komen-komen di dalamnya. Renungan buat kita. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...