Pages

Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Nak kurus?

Macarons, cadbury, Domino's Pizza itu hanya dipandang sepi. Natalia hanya menceduk sesenduk sayur dan meratah lauk ikan rebus dicicah budu sebagai santapannya. Tiada lagi makanan manis dan berkalori tinggi dalam hidupnya. Dia nekad.Dia mahu kurus dalam cuti semester ini. Tiada lagi tempelan lemak di badannya serta kulit yang menggeleber. Angan-angan untuk mempunyai badan Rozita Che Wan semakin memuncak apabila dia hilang 5 kg dalam masa dua minggu.

"Aku mahu saiz S!" jerit hati kecil Natalia berkobar-kobar.

Segala sindiran dan usikan nakal tentang saiz badannya yang seperti badak air itu menikam benaknya.
Betapa harga dirinya atuh merudum tika dia dimalukan di depan lelaki idamannya apabila Saza menggelakannya Ratu Badak ketika dia berjalan terkedek-kedek ke kelas. Ditahannya kemaluan itu sambil menggengam niat untuk kurus.Ya, kurus. Sekurus Heidi Klum. Segiur Maria Ozawa.

Biar Saza terjengil mata melihat perubahan mendadak dirinya pabila semester baru dibuka. Biar lelaki idamannya melutut di depan seluruh warga universiti. Pasti saat itu dia tersenyum bangga.

******

Hello anorexia and bulimia girls,

Aku rasa hal berdiet ini memang tak boleh dipisahkan dengan perempuan. Tak kira umur, bangsa dan warganegara. Sekilas pandang, filem Love on a Diet is the idea for the entry to be typed.

Fatso : This is the problem. How can she lose 200 pounds in six months?
Cocaine Ken: I know!
Fatso :: Don't say drugs, Cocaine Ken. 

Girls, as aku pun perempuan willing to do anything to get their ideal weight. Ohh, sorry not ideal weight but to be thin and slim.Body mesti ada curve hourglass or pembaris. Itu takrifan cantik pada mata mereka. Kaki juga lebih yakin untuk melangkah apabila ke public places tanpa ada sesiapa menganjingkan bentuk tubuh. Untuk kurus rela berdiet sampai diri sendiri jadi taruhan, kesihatan hanya dipandang sebelah mata. Ada yang sanggup menjalani diet Atkin yang sangat ketat, bersenam, ada yang membuat operation sedut lemak semata-mata untuk kurus. Malah mengambil ubat kurus tanpa nasihat daripada pakar. Lebih teruk, gadisku memuntahkan balik makanan yang dimakan. Seksa tahu untuk memuntahkan balik makanan itu. Cuba kau masukkan jari telunjuk kau ke dalam mulut hingga menyentuh tonsil sampai kau terasa mahu muntah.

which one is yours? - Tumblr



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...