Pages

Monday, May 16, 2011

Suri Rumah

Assalamualaikum.

Entri ini adalah penghargaan kepada wanita yang bergelar ibu. Juga kepada perempuan yang bakal menjadi ibu.Terus terang aku katakan pada masa ini saat usia masih belasan, aku tak mampu untuk jadi sekuat dan setabah kalian semua yang bergelar ibu.

Siapakah suri rumah tangga?

Mereka adalah perempuan yang hebat. Multitaker yang amat cemerlang. Untuk definisi yang lebih tepat kau google saja. Kau fikir siapa yang boleh memasak, menbasuh pinggan, melayan kerenah anak kecil yang sedang menangis sambil menjawab panggilan yang diterima? Mereka. Aku rasa semua yang memaca blog ini hampir kesemuanya pernah membuat segala macam tugasan suri rumah yang ada. Tau apa yang dihadapi setiap hari.

Aku mula kenal apa yang dilakukan oleh suri rumah tangga semasa menunggu keputusan SPM diumumkan. Memasak, membasuh, mengemas dan menggosok. Perkara wajib yang perlu dilakukan setiap hari oleh aku untuk meringankan beban umi. Dulu betapa senangnya aku, kalau lapar, cakap saja Umi lapar, kalau malas, Umi tolong gosok baju sekolah, kalau penat, Umi tolong basuhkan selimut. Semua Umi Umi dan Umi. 
Perghh. Nikmat ya. Semua Umi yang buatkan. Aku nie macam puteri duk rumah goyang kaki and study *bajett. Time nie Facebook, Twitter and blog tak kenal lagi. Tak macam budak-budak zaman sekarang. Umur 7 tahun pun ada relationship sudah.

Berbalik kepada hal suri rumah tadi, masuk saja penantian keputusan SPM diumumkan sambil ambil lesen aku belajar. Umi mau aku cuba bantu dia dan aku memang tak elak sebab Umi dah nampak penat dan lesu kebelakangan itu. Bermula dari Subuh lagi aku bangun sediakan sarapan, gosokkan baju adik-adik lepas tuh start membasuh baju dan mengemas rumah. Masa tuh balik saja Umi dari kerja aku selalu merungut penat letih apa semua kat Umi tapi Umi senyum saja sambil berkata;

"Along baru rasa sikit saja dari apa yang Umi rasa. Tak apalah, esok kalau Along penat kemas rumah, Along berhenti, ta payah buat tinggal kat Umi, balik sekolah biar Umi yang masak dan basuh baju." 

Lembut suara Umi time tu. Tapi aku terasa, ada sedih dalam hati.
Terus terdiam. Terkedu aku. Esoknya aku buat semua tuh tanpa rungut tanpa bantah. Kata-kata Umi terkesan di hati.

Bbeberapa tahun kemudian, situasi sama berulang kembali. Cuti semester selama 5 bulan betul-betul mencabar kewibawaan aku sebagai anak yang rajin. Cuma kali ini aku lebih memahami. Usia dah mematangkan aku untuk mengerti hidup tak sesenang ketika berumur 17 tahun dahulu. Umi hanya suri rumah separuh masa tapi Umi berjaya juga menjadi guru kesayangan pelajarnya. Umi berjaya menjadi ibu  yang tegas mendidik anak-anak, bermanja pada waktunya. Dengan keadaan sekarang aku rasa aku tak mampu untuk jadi sehebat Umi.

Yea Umi juga wanita biasa. Tak sempurna tapi sudah cukup sempurna di mata aku. Umi adakala membebel, merungut apabila melihat keadaan rumah yang bersepah, hingga dia terpaksa mengorbankan masa rehatnya untuk membersihkan habuk mengelap lantai sambil kami menyusun atur barang-barang. Namun dalam rungutnya segala kerja siap. Ayah balik keadaan rumah dalam keadaan kemas dan bersih. Makanan sudah masak dan terhidang di atas meja.Anak-anak sudah bersedia menunggu makan bersama manakala Umi senyum ceria.

Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga.

Tuhan ciptakan bahu wanita, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Tuhan berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.


“Tuhan  berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.


“Tuhan berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

source : wanita


Saturday, May 14, 2011

Ibu dan Kau

Assalamualaikum,

Memandangkan hari ibu di lihat berleluasa dicanangkan tahun ini, mari kita lihat ianya dari sudut Islam.Ingin menceritakannya dengan ringkas agar tidak meleret.

Kembali ke kisah di zaman dahulu :

Kisah Teladan :

Seorang anak lelaki yg di mana sebelum ini memuliakan ibunya,menjaga solat dan beramal.Namun semenjak berkahwin, dia sedikit mengabaikan ibunya, dimana ibunya tinggal serumah dan diletakkan di bilik bawah, manakala dia di bilik atas bersama isteri. Ibunya berkecil hati kerana itu.

Hal kecil bukan? Akibatnya, ketika dia sedang nazak, dia tidak mampu mengucap. Sehinggakan nabi mengarahkan beliau dibakar kerana ibunya tidak memaafkan beliau.Mendengarkan itu, baru ibunya memaafkan dan beliau mampu mengucap dan meninggal dengan tenang.

Kuasa seorang ibu itu kuat.Kata-katanya merupakan doa mustajab.Jangan biarkan dia terasa hati walau sedikit.Dan aku sedang cuba melakukan ini.Insyaallah.

Rasionalnya hari ibu, walau ada khabar mengatakan ianya haram, aku merasakan ini sebahagian drpd cara nak memuliakan ibu bapa.Selain bersama/berhubung dengannya, tak salah jika satu hari kita mengekspresikannya dengan material.

Kau tak ada duit? Aku ada tengok Wanita Hari Ini minggu lepas.Seorang ustaz menjawab persoalan seorang pengacara yg sebelum tu bising2 cakap tak bagi hadiah.Beliau berkata :

“sebaik-baik pemberian untuk ibu adalah dengan berpuasa dan diniatkan pahala kepada ibunya”

Ambik kau, terkedu pengacara itu.Material bukan segalanya, tapi kalau nak bagi tak salah, niat kalian pasti di ketahui Allah, insyaAllah.

Eh cakap banyak pulak, muliakan ibu kalian ya? Sama-sama berdoa dan bertindak untuk tidak mengguriskan hati ibu. Goodbye.

795563212b2755d911843895af6b1229_large



Monday, May 9, 2011

TARAF

Asslamualaikun dan greetings (:

Lumrah dunia, perempuan selalu dikaitkan dengan semangat assabiyah yang dahsyat dan sifat dengki-mendengki sesama sendiri. Tak rasa bodoh ke?

Pantang tengok perempuan lain bergaya, lawa, bijak, peramah sikit, kau dah mengorek mencari lubang untuk kau bahan dia sedangkan kau cemburu kerana kau tak tak ada apa yang dia ada.

Itu sebab kau pantang clash dengan boyfriend je, mesti nak terjun KB Mall. Pleaselah, jangan fikir diri sendiri sempurna dan jangan nak pilih bulu dalam persahabatan. Yang kat atas tu nampak kau dengan peminta sedekah yang kudung kaki cacat mata tepi jalan tu sama je tarafnya. Oh, yang membezakan cuma iman. Think! ;)

kau = perempuan

Saturday, May 7, 2011

Idea buat kalian

Assalamualaikum ladies,

Ini entri jika kalian mempunyai blog dan tiada idea mengenai apa yg wajar kalian tulis di blog.Mungkin otak kalian kurang memberangsangkan masa ini.Jadi, nah, aku bg idea buat kalian ya?

Memperkenalkan tentang 10.Kalian boleh tulis ini di blog kalian setiap hari, mahupun hari2 berlainan.Asalkan kalian gembira.

TENTANG 10

day one : 10 things about me
day two : 10 things I love
day three : 10 things I hate
day four : 10 things I want to say to one person
day five : 1o wishes
day six : 10 items I can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of my favourite songs
day nine : 10 ways to win my heart
day ten : 10 final words

Motif?

Memberitahu pembaca blog kalian mengenai diri kalian.Selain anda boleh mengenali blogger yang lain juga.Hiburan semata-mata

Kelebihan Tentang 10 buat 1001 perempuan?

Oh tiada kelebihan, ini hanya idea utk kalian, sebab kalian tidak perlu kreditkan kpd kami.Kami tidak mencari publisiti ya? Ini sebagai hiburan saja.Kalian boring/tiada idea, boleh buat.

Aku juga akan buat ini dalam blog aku.Jumpa di sana.

tumblr_ljyk21MG2V1qc0ci1o1_500_large

Jadilah perempuan kental berjiwa besar-AR-

Selamat Tinggal Ladies :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...