Pages

Sunday, June 5, 2011

6 Situasi Tipikal Bercinta

Assalamualaikum,

Edisi cinta membangkitkan situasi tipikal dalam hubungan percintaan, cinta monyet, cinta serius,cinta suami-isteri mahupun cinta gila.

Situasi 1 : Bekas Terbuang Tidak Berguna
Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Situasi 2 : Alpa,Leka & Sesalan
Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Situasi 3 : Ketidak stabilan emosi sebuah ancaman
Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu.kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.dan apa yang mampu kita lakukan ketika itu adalah menyesali.


Situasi 4 : Benda busuk perlu dibuang dan digantikan baru.

Bila cinta putus ditengah jalan,usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Situasi 5 : Releven itu kunci

Jika bercinta,janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.Carilah lelaki terbaik yang boleh membimbing kalian ke Jannah.

Situasi 6 : Ambil cermin, tilik cela,kedutan,noda.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita.

Konklusi :
Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama.tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti.Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan,cuma masanya sekarang atau kemudian.Cinta itu suatu anugerah perasaan yang tidak ternilai.Cinta boleh muncul sekelip mata, begitu juga pergi meninggalkan kita.Anggap ianya sesutu yang unik.Tenang dan teruskan tabah menghadapi 6 Situasi

Source : Copy and edited from my previous blog


Friday, June 3, 2011

Terbaru di 1001 Perempuan

Saya selaku satu-satunya penulis yang berjantina pelik daripada majoriti penulis di blog 1001Perempuan ini pada hari Jumaat yang mulia ini akan melancarkan email baru kami untuk sesiapa yang ingin berkongsi cerita, esei, sajak mahupun gambar atau apa-apa yang menarik untuk dijadikan sebuah entry di sini. Atau dalam bahasa lebih mudahnya, karya import. Email ini walaupun tidak sebaharu mana, tapi akan menjadi medium untuk para pembaca atau sesiapa untuk melunaskan impian untuk menulis dan berkongsi secara pukal. Anda tidak perlu gusar mengenai bayaran atau caj yang bakal dikenakan kerana servis ini bakal tidak dikenakan sebarang caj. Bertuah sungguh anda bukan.

Untuk makluman semua, saya juga akan melancarkan sesi soal jawab mengenai permasalahan perempuan dan apa-apa persoalan yang berputar-putar di dalam kotak fikiran anda semua. Soalan-soalan yang berunsurkan perihal perempuan dari kaca mata lelaki tetapi tidak berbentuk troll ataupun bakal mendatangkan fitnah akan dilayan dan dijawab dengan baik oleh saya selepas menerima kelulusan daripada penulis-penulis lain yang berjantina perempuan. Soalan-soalan yang berperihalkan tabiat lelaki yang anda tidak paham dan ingin tahu kemisterian disebalik tabiat dan perangai kaum adam bisa juga ditujukan kepada saya. Setakat Formspring tu nak gelak-gelak cerita pasal mitos warna bibir dan puting boleh la. Kalau email ni untuk mereka yang betul-betul serius.


1001perempuan@gmail.com


# Saya eszol, saya benci bisul dan tak reti bersiul
raar


Thursday, June 2, 2011

Dari Rusuk Adam

Assalamualaikum

Aku adalah seorang dari kaum Hawa,
Aku dicipta dari rusuk Adam
Aku adalah penghias dunia
Aku juga penyesat tegar
Aku juga penurut hawa nafsu
Aku juga punca dibuangnya dari Syurga.
Oleh itu, martabat aku jatuh sehingga kaum Adam memandang rendah.

dan

Bila kaum Adam persoal, apakah kekuatanmu kaum Hawa?

Aku menjawab.
Berbekalkan tulang rusukmu,
Aku sentiasa dibelakangmu untuk menyokongmu,
Semasa jatuh dan bangunmu,
Aku juga berada di sisimu untuk memimpinmu,
Semasa kau alpa dengan dunia,
Aku juga kini dihadapanmu,
Untuk kau sentiasa bersemangat menyaingi aku,
Aku juga berada di atas mu,
Untuk kau sanjung diriku dlm kalangan temanmu,
Aku juga berada di bawahmu,
Untuk kau berikan simpati dan kasih sayang.

Aku boleh berada di mana-mana.Sejujurnya, aku boleh hidup tanpa kau,tapi kau,pasti hilang arah tanpa aku.

Jawab seorang Isteri sambil menonton Wanita Hari Ini.

Sekian.


Wednesday, June 1, 2011

Datin vs Ustazah..

Dunia itu indah, cukup indah..
Tapi akhirat lebih bahagia..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ini entri lama juga...di blog aku..harap maaf kalau dah ada yang penah baca...

Datin Hasnah dan Ustazah Rahmah merupakan dua sahabat karib yang sudah berkawan sejak kecil lagi..sudah hampir 5 tahun mereka tidak berjumpa...suatu hari, Ustazah Rahmah datang melawat Datin Hasnah di rumah beliau..mereka berborak panjang..antara perkara yang mereka bincangkan..


Datin Hasnah : laki aku bakal jadi tan sri tau!
Ustazah Rahmah : suami saya seorang ustaz..
Datin Hasnah : kesiannya kau..mesti hidup susah kan...
Ustazah Rahmah : alhamdulillah..

Datin Hasnah : anak sulung aku bakal jadi engineer!
Ustazah Rahmah : anak sulung saya bakal jadi cikgu..
Datin Hasnah : tak standardnya..engineer profesion kelas pertama tau!
Ustazah Rahmah : alhamdulillah...

Datin Hasnah : anak aku yang no.2 kat paris sekarang..belajar fashion designing..
Ustazah Rahmah : anak no.2 saya kat mesir..belajar pasal syariah..
Datin Hasnah : Syariah je?..ada keje ke esok lusa nanti..
Ustazah Rahmah : InsyaAllah..

Datin Hasnah : anak aku yang bongsu dapat SBP..terbaik dalam Malaysia..
Ustazah Rahmah : anak bongsu saya masuk sekolah pondok...
Datin Hasnah : ish ish...sekolah pondok je?
Ustazah Rahmah : alhamdulillah...

Datin Hasnah : Harijadi aku hari tu, aku dapat Ipad..kau dapat apa?
Ustazah Rahmah : Al-Quran..
Datin Hasnah : emm..Ok la tu daripada tak dapat apa-apa kan..
Ustazah Rahmah : alhamdulillah..

Datin Hasnah : masa lapang, aku selalu pegi shopping kat pavilion, driver aku hantar naik kereta Ferraro..
Ustazah Rahmah : saya tak banyak masa lapang, sebab saya kene pergi masjid ajar kelas fardu ain..naik bas..
Datin Hasnah : ooo..kesian!
Ustazah Rahmah : alhamdulillah..

Datin Hasnah : Rumah banglo ni aku beli sendiri tau..guna duit aku..bayar cash!
Ustazah Rahmah : alhamdulillah..murah rezeki awak..
Datin Hasnah : Kau ada rumah yang kau beli sendiri tak?
Ustazah Rahmah : Kat dunia ni takda la..kat akhirat nanti, InsyaAllah...




Sesetengah orang lebih berbangga dengan harta dan kelebihan yang Allah pinjamkan di dunia..tapi sesetangah orang memilih untuk bersederhana di dunia kerana bagi mereka, dunia hanyalah persinggahan sementara..kehidupan di alam sana lebih mereka nantikan..kita bagaimana?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...