Pages

Friday, August 5, 2011

*Diet Pantas Turun 5kg Di Bulan Ramadhan!



Salam Ramadhan sayang sayang sekelian. 

Cabaran yang paling besar ketika puasa adalah memastikan badan cukup nutrisi yang diperlukan dan memastikan kemasukan air yang betul supaya tidak dihidrasi. Apabila kita berpuasa, kita akan rasa kekeringan lebih cepat walaupun sebenarnya tidak. Rasa kering cuma ditekak tetapi badan akan cuba menahan air daripada keluar. Tahukah anda, kita kehilangan lebih banyak air ketika bersenam berbanding ketika berpuasa. Sebab tu orang yang aktif bersukan akan mengurangkan aktivitinya pada waktu siang. 

Hal yang paling utama ketika berpuasa adalah mengenai pemakanan. Eh, saya takkan tulis bab kerohanian, pasal ibadat segala. Sebab saya kan nak cakap pasal diet semata-mata. Yer, masa ini lah kita kena work out untuk menurunkan berat badan dan membentuk semula tubuh kita. Bagi orang perempuan, tampil cantik semasa raya itu penting. Mana tahu, ada makcik-makcik yang terbekenan untuk dijadikan menantu. Tak ke beruntung macam dapat durian runtuh!! Haa~ jadi, jangan bermimpi untuk makan makanan yang banyak dijual di bazar Ramadhan jika ingin berdiet kencang dan turun 5kg dalam masa sebulan ini!! 

 Ini antara pilihan menu yang saya sarankan untuk turun 5kg dalam masa sebulan berpuasa

- Oat
- Ikan
- Kurma
- Sayuran
- Buahan
- Tempe (soya)
- Susu/atau minuman Yogurt

Elakkan makanan bergaram tinggi ketika sahur kerana ianya akan menyebabkan badan dehidrasi lebih cepat. Lebihkan pengambilan makanan berserat tinggi untuk menggelakkan rasa lapar sepanjang hari. 

Kenapa saya tak senaraikan nasi dalam pilihan menu di atas? Ini kerana, nasi mengandungi kanji yang lebih. Ia membekal lebih lemak. Tukarkan nasi kepada oat. Ia lebih mudah dihadam dan berkhasiat. Lagipun, oat membantu menyerap kolesterol dalam badan. 

Kenapa tiada menu ayam atau daging? Heyyy~ kan nak turun 5kg dengan pantas! Jadi, elakkan mengambil protein yang sukar dihadam. Gantikan dengan soya(tempe) atau ikan dah cukup. Lagipun, hari raya nanti pasti pelbagai juadah daging dan ayam akan terhidang. Jadi, anggap saja anda juga berpuasa dari memakan ayam dan daging untuk sebulan ini. 

Elakkan makanan berminyak dan meminum minuman sejuk semasa berbuka. Adalah lebih baik anda makan kurma dan menikmati bubur oat dan sup sayur. Cukup! 

Nak lagi mantap, ambillah apa-apa slimming supplement yang tidak mengandungi racun berjadual sepanjang puasa ini. Hasinya mungkin lebih marvelous!

Kenapa Ramadhan sering dikaitkan dengan kurma?

Kurma bukan sekadar sunnah. Ia mengandungi campuran glukosa dan fruktosa. Mengandungi potassium yang tinggi, sekitar 64 peratus lebih tinggi daripada pisang. Mengandungi beta-D-glucan yang mana merupakan serat larut air yang menyebabkan rasa kenyang.

Kenapa badan saya susut ketika puasa dan naik mendadak selepas raya?
Perlu diingatkan, ada kemungkinan berlaku penurunan kadar metabolisma semasa berpuasa. Selepas tamat puasa, kadar metabolisme jauh lebih rendah dan ketika itu kebanyakan orang akan makan tak ingat dunia dan menyebabkan badan mengembang semula bagai di-pump. Malah, berat badan boleh naik mendadak dua kali ganda dari berat sebelum berpuasa. Oleh itu, jagalah pemakanan anda selepas berpuasa nanti. Ok~


*Senarai menu di atas juga sangat bagus untuk golongan ibu-ibu yang menyusukan anak dan juga yang sedang mengandung. Tapi perempuan mengandung yang mengidam macam-macam tu, tunaikan aje lah apa yang nak di makan. Kesian pulak kat baby dalam perut tu nanti kann..... 




Monday, August 1, 2011

Cinta : Geli Geli : Seks




Assalamualaikum and hello there! (gaya AnwarHadi) keh keh keh.



Ok first of all, aku nak bagitahu entri berdasarkan cinta, seks dan perempuan whatsoever ini akan di hasilkan di dalam dua entri mengikut permintaan sebahagaian daripada kalian di page Facebook 1001Perempuan tempoh hari.

Ok di dalam dunia yang serba moden dan di kelilingi dengan pertumbuhan serta kemajuan teknologi. Err macam shit betei je kan ayat macam karangan SPM.
Dalam dunia sekarang nie, yang macam macam kes di laporkan nie, yang semakin ramai perempuan nie korang agak agak berapa ramai yang pernah melakukan sex-before-marriage?
Dalam jumlah 1000 responden kalau di buat kajian, aku boleh kata around 80% surely akan kata diorang pernah lakukan One Night In Paris  dengan dia punya awek/pakwe.

Pernah tak korang terfikir camna boleh jadinya macam nie? Apa sebab utama?
Nak kata kurang pendidikan, sangat sangat cilake bunyinya ye dak?
Nak kata kurang kasih sayang, boleh juga.

Kebiasaannya ada stage dalam perhubungan yang berkaitan dengan seks ni.

Baru Kenal
Ok masa nie masing masing perangai dah macam malaikat dah. Bila mesej segala hadis keluar. Nak nak pihak lelaki. Ayat manis gula batu! Biasalah nak dapat pelanduk kena pakai umpan terbaik ye dak? Masa nie kalau tersentuh tangan pun mintak maaf segala kata tak sengaja.

 Dialog tipikal
L : You tau tak kenapa lelaki lebih dalam segalanya? Sebab lelaki itu seorang Imam.
P : Itu I taulah. Tapi you boleh ke jadi imam I nanti nie?
L : Eh boleh la. I dah biasa jadi imam dalam hostel dulu. Eh terpegang dada u pulak. Maaf.
P : Kalau ada perkataan TER tu takpe. *blushing.



Sebulan Keatas 
Masa nie perempuan biasanya sudah gila bayang habis dengan pakwe diorang. Semua rasa kasih rasa sayang dah di curahkan kepada pasangan. Masa nie jugaklah diorang anggap pasangan diorang tu lah their-future-husband. So ringan ringan or geli geli bukan satu masalah. Jantan tu future husband, so segala bekas bekas finger print dekat tubuh tu, jantan tu jugaklah yang kena mamah kena hadam bila dah jadi husband nanti. Keluar malam berdua pun dah jadi halal. Tengok wayang pilih seat paling hujung sekali. Orang tengok filem yang dia dok buat filem jugak. Skrip dalam filem tu takdelah mendesah mendengus segala. Tup tup ada sound effect suara gaya gaya Sora Aoi. Keluar wayang bagi yang free hair tutup leher pakai rambut lurus rebonding dia tu cover takut orang nampak gigitan pelesit kat leher tu. Bagi yang bertudung, tudung pun habis serabai anak tudung pun hilang.

Dialog Tipikal
L : Cantiknya body you. Boobs you menawan macam Megan Fox!
P : *blushing. Mana ada. Biasa je. Anugerah Tuhan.
L : Tapi serius perfect! Rasa nak usap je. Boleh? *senyum kambing.
P : *tutupmuka. Nantilah tunggu tempat gelap.



Melebihi Tiga Bulan
Inilah tempoh klimaks. Dan ini jugalah masa yang sesuai kepada jantan bertanduk halimunan untuk menuai hasil setelah berbulan menabur kata kata manis. Tapi masa nie lah kata kata super-duper-manis akan di gunakan. Kiranya last shoot untuk mendapat hasil buruan. Ada yang lebih hebat, jantan belum mengayat pihak perempuan dah offer diri. Lagi lagi kalau yang sorry to say la. Yang muka tak berapa nak lawa tu, nak pikat jantan pakai muka confirm confirmlah tak laku ye dak? So aset apa yang ada tu lah yang di guna sebagai pemikat. Syurga dunia kata mereka.

Dialog Tipikal
L : You, I kan dah janji nak jadi husband terbaik untuk you macam Seth Tan tu.
P : I tau you baik sebab tu you suka peluk I erat erat kan taknak I pergi dari you. hikhik.
L : Pandai! I tengok video Ria Sakurai nie macam best je you. Jom cuba? Alaa nanti I juga yang jadi husband you. Takpalah I rasa dulu. Kan?
P : hikhik. Nakal la you nie. Btw ada tempat clear ke you? I nak bilik tanak kebun. Banyak nyamuk. hikhik.


Aku tak salahkan sesiapa dalam perkara ini. Tapi aku boleh kata perkara nie macam dah menjadi lumrah dalam masyarakat. Budak tingkatan satu pun ada video 3gp. Kalau simpan blue dalam fone tu lagilah toksah cerita.
Kepada cik cik awek atau bakal menjadi awek, aku nasihat jagalah diri baik baik. Simpan baik baik untuk suami yang di cintai. baru lah ada feel malam pertama. Talak di tangan suami. Buatnya masa malam pertama kena cerai tak ke haru jadinya? Lelaki nie kejam sebenarnya. Tapi tak semualah ye dak? Sesetengah.
Aku tegaskan lagi sekali. SESETENGAH. Err aku tak kejam.


Bila Perempuan Si Bakal Menantu Taktahu Memasak. Hoomaigadddd Apa Nak Buadd?

Lek luu. Tengok tajuk je dah biru muka apekedehal? Ni bukan entry suspens. Ni entry nak bagi penyelesaian. So patutnya bukan tunjuk muka biru, tapi muka merah menahan maluuu. Muehehhe.

Let's say korang yang taktahu memasak ni dah jadi bakal menantu. Sampai rumah bakal mertua, tibatiba mertua nak rasa air tangan korang. Perlu ke suspens? Okay. Memang perlu. Sila buad muka pause dan jerit 'Tidaaaaaakk!". Oke tipu. Jangan buad macamtu. 

                                                                       *********

Zaman dulu kalau perempuan taktahu memasak dah jadi satu 'kemaluan' besarr buat satu family. Erk. Takde lelaki nak masuk meminang tak kira lah betapa lawa cantik kiut beribu kali pun. Memasak dan perempuan tu macam kembaq siam. Taktahu memasak then toksah la berangan nak jadi perempuan. 

Zaman laa ni dah lain. Ni cheq nak habaq mai kat hang. Laa ni semua senang. Pembantu rumah ada, mak ada. Taktau memasak takpayah suspens2 biru muka naa. Takpayahh. Lelaki sekarang pun tak banyok kerenah mana. Depa boleh lagi telan ayaq liuq tangan masakan Pembantu Rumah Myanmar ke Thai ke. Mak pun adaa. Selagi hang dengan suami hang dok serumah dengan mak hang semua, toksah migrain, sonang kerja haa. Mak hang tak komplen punya lahh nak memasak hari hari. La ni pun ramai buad mak depa macam pengasuh anak tak bergaji. Setakat buad mak macam tukang masak free takdak hal punya. ;P

Dok eh. Takmau marah cheq naa. Cheq gurau ja. Cheq tau hangpa semua anak yang baik. *Ni apekedehal nak berbahasa Utagha plak ni? ==
                               
                                                                            ******** 
1) Sejurus selepas mendapat 'tugasan' tersebut, sila pause dan buad muka terkejut. Yaa. Memang perlu pause sekejap untuk suspens sekejap. Sekejap je toksah lelama. Pahtu, jangan menjerit. Diam je. Buad muka cool. NOTAKAKI : Kalau mak sendiri yang suruh takpayah nak pause sangat la. Dengan mak sendiri nak malu buad apa? Dia dah memang tau korang takreti masak. Yang perlu nak pause bila mertua suruh. Kan korang bakal menantu kesayangan diorang. Jatuh laa air muka kalau pecah tembelang. Hihiii. 

toksah buad muka terkejut sangat lah kan. ==



*Perempuan dan Seks


Alicia. sebaya aku juga. sudah berumahtangga. baru juga tahun lepas. aku banyak belajar dari dia tentang bla bla bla. ya. sangat banyak. tak perlu aku huraikan sepenuhnya. baca saja entry ini dengan tekun. 

Alicia seorang perempuan yang berkulit sawo matang. bukan putih gebu macam maria ozawa. tapi dia punya pakej lengkap untuk membuatkan lelaki di luar sana tangkap leleh setiap kali memandangnya. serius. aku tak tipu. walaupun aku lebih cantik dari dia, lebih putih dari dia, ayat perasan tapi ini betul tak tipu ;p tapi dia punya aura, sangat berbeza. dia hilang dara pada usia enam belas tahun.  pertama kali bercium pada usia empat belas tahun. mungkin tak sama standard dengan remaja perempuan zaman sekarang. sekarang lagi advance kan?` tapi bagi aku dulu dulu, itu sudah cukup wow! kau sangat berani la Alicia! aku tak berani komen apa apa. dia mahu hilang dara di usia muda. suka hatinya lah. aku cuma menjadi pendengar yang setia. setiap kali ada masalah, aku lah tempat dia mengadu. ya... masalah selalunya selepas dia melakukan perhubungan terlarang itu. lewat seminggu tak datang haid, dia datang mengadu. aku? aku suruh dia cek doktor. dia tak mahu. akhirnya, dia mengajak aku berjumpa mbak jamu. aku sekadar menjadi teman. apa yang dibualkan dengan mbak jamu itu aku pun tak tahu apa apa. sudah beberapa kali juga. masa tu tingkatan lima. ada juga mbak jamu tu promote jamu perawannya. aku menolak. sebab tak pandai minum jamu. kalau pil, aku boleh lah telan. ini air. eewwww... tapi Alicia. aku tengok dia minum jamu tu macam minum milo saja. selang dua hari selepas itu, khabar gembira keluar dari mulutnya. dia sudah datang haid. alhamdulillah... aku mengucap syukur. dan setiap kali itu juga aku berpesan, jangan buat lagi! jangan lepas dalam. ceh! pandai aku kan. tapi lepas lepas lepas itu, dia buat lagi dan lagi dan lagi... dia sudah ketagih. pesannya padaku, "kau jangan sekali kali cuba! faham?!` ringan ringan tak apa. jangan masuk dalam" haihh~ ada jugak kawan macam ni kan. 

lepas spm aku sambung belajar di luar daerah. Alicia semakin liar. aku tiada, dia semakin hilang arah. ya. dia pernah menangis menelefonku. katanya, akulah segalanya. tanpa aku, dia mudah terpengaruh. dia tak dapat kawal nafsu. ahh.... ada aku pun dia memang sudah terlajak perahu. dia juga suka buat hal sendiri. nasihatku macam sikit saja yang dia guna. selebihnya, dia buat ikut kepalanya sendiri. tapi nasihatnya, sampai sekarang aku masih pegang. mungkin dia selesa aku menjadi pendengar dan peneman di kala dia susah. itu saja. setiap kali cuti semester, aku akan pulang dan kami akan habiskan masa berbual panjang. arwah mak pernah tegur. jangan kawan rapat sangat dengan Alicia ni. tapi aku degil. aku rasa tiada kawan lain lagi yang lebih rapat selain dia yang boleh cerita segala macam cerita. dan sampai sekarang, dia masih sahabat yang bermasalah. ahh.. panjang cerita. 

dipendekkan, sejak berkahwin tahun lepas, dia belum pun ada tanda tanda hamil. dia sangat risau sebab keluarga pihak lelaki sudah mengata dia macam macam. tak subur lah. mandul lah. dia sedih. sangat sedih. aku? tumpang sedih. sebabnya, aku pun tak tahu macam mana nak bantu dia supaya boleh hamil cepat. nak ajar dia tentang posisi posisi terbaik semasa berjimak untuk mudah dapatkan anak, rasanya aku tak layak. dia jauh lebih hebat. nak promote supplement untuk cepat hamil, lagi lah aku tak tahu sangat. bila dia refer doktor, kedua mereka suami isteri tiada masalah. cuma belum rezeki. itu yang pasti. 

sepanjang penglibatannya dalam perhubungan terlarang, dia memang tak pernah mengadu pasal hamil. tak pernah langsung! adakah sebab jamu itu?` adakah jamu itu sudah banyak membunuh telur telur yang sepatutnya menjadi ..... huuu -.-"""

bila sudah berkahwin, zuriat lah yang paling penting. yang paling di tunggu tunggu setiap ahli keluarga. kalau dulu, dia tunggu bila akan datang bulan, sekarang dia berharap dia tak datang bulan. berharap telur telur dapat bersenyawa dengan sempurna. berharap perut akan membusung selayaknya bagi wanita yang sudah berumahtangga. 

hidup ini penuh dengan ujian kan?`  

***

Apa yang berlaku pada Alicia mungkin berlaku pada anda. atau pada kawan-kawan anda. boleh jadi juga berlaku pada saudara-saudara perempuan di dalam family anda. 

kenapa perempuan boleh terjebak dengan seks sebelum bernikah? hal ini berlaku sudah lama. sejak zaman nenek moyang kita lagi. sejak zaman jahiliah lagi. zaman di mana perempuan hanya di anggap sebagai simbol seks dan untuk memuaskan nafsu lelaki sahaja. perempuan tidak layak untuk memimpin. sebab perempuan di anggap terlalu fragile. emo dan tidak bijak dalam semua hal. termasuklah seks. perasaan perempuan di ranjang juga tidak pernah di ambil kira. tugas perempuan cuma baring, kangkang dan lelaki goyang. selesai inzal, perempuan ditinggalkan terkangkang sendirian. sama ada si perempuan sudah cukup puas ataupun tidak, itu langsung tidak dihiraukan oleh lelaki. seks pada ketika itu hanya untuk lelaki. bukan perempuan. perempuan perlu menurut segala kemahuan lelaki. kalau tidak, penerajang akan menjadi hidangan di badan. pada zaman dulu, seks sangat menakutkan orang perempuan.  

tapi itu dulu. lelaki sekarang lebih prihatin. lebih lembut dan sabar membelai. memberi dengan sepenuh hati. melayan perempuan sehingga ke titisan terakhir tanpa perasaan ego yang tinggi. belaian yang diberikan dengan sepenuh "kasih sayang". perempuan juga semakin bijak untuk memenuhi tuntutan batin mereka. perempuan sekarang tidak malu segan silu untuk meminta. juga bijak mengemudi kapal yang sedang berlayar. pokoknya, kata apa saja. perempuan boleh buat semua yang diminta dan begitu juga lelaki. akan buat apa saja asal sama-sama merasa nikmatnya. 


saya tak akan menyentuh soal agama di sini. semua pun tahu seks di luar nikah itu adalah haram. apa agama sekalipun melarang sebenarnya. semua agama mengeji pasangan yang tidak mampu menjaga iman mereka. sebab itu upacara perkahwinan wujud dalam semua agama. semua kita mahukan yang baik-baik sahaja bukan?` cuma, ada juga di kalangan pemimpin agama yang seperti ketam. mengajar yang baik-baik tapi dia sendiri pun buat juga hal yang terkutuk itu. ok... saya teremo bila menulis sambil teringatkan kisah-kisah yang pernah dibaca dan didengar sebelum ini... juga apa yang terjadi di depan mata saya sendiri. bukan sahaja pemimpin di kalangan lelaki. malah ada juga pemimpin perempuan.

persoalannya kenapa? kenapa? kenapa? betul bukan`.... seks penting untuk manusia. sama ada untuk mendapatkan zuriat atau pun saja-saja untuk suka-suka. seks adalah nikmat dunia yang tak terkata. seks adalah merangkumi segala aspek urusan dunia. politik, ekonomi, dan segalanya.  dalam dunia bisnes misalnya, seks diibaratkan sebagai starter dan pencuci mulut dalam hidangan.  hubungan bisnes dimulakan dengan perjanjian. sebaik sahaja perjanjian dimeterai,  hubungan dieratkan dengan semangat bekerjasama. semangat itu di bawa sampai ke bilik tidur. saling bekerjasama bukan?` kemudian, bila bisnes membuahkan hasil, ia akan diraikan penuh gilang-gemilang. dalam riang berpesta makan segala, tak lupa diri dihadiahkan dengan hidangan "kerjasama yang penuh kasih sayang". lega bukan? seronok juga iya~ biasa tengok cerita mat salleh bukan`? semua itu sangat tipikal. sangaaaaaaaaaaaaaaaaattt tipikal! dan kita, manusia yang hidup di garisan khatulistiwa penuh adab dan budaya sopan santun yang tinggi, pun terjebak sama dengan adengan yang sangaaaaaaaattttttt tipikal itu. 


nak cakap semua ini berlaku kerana pengaruh media? mungkin juga. tapi jangan lupa. masing-masing kita punya kemahuan. punya keinginan. tak perlu di ajar. apa yang berlaku pada Alicia, bukan atas kehendaknya 100%. bukan!! saya berani katakan ianya bukan sebab saya kenal Alicia. kenal sangat-sangat. dari kecil sama-sama main guli dan mandi sungai. 


nipisnya iman kita ini adalah senipis kulit bawang (betulkan saya kalau silap yer). mana mungkin pokok bergoyang kalau tiada angin yang meniupnya. dan Alicia, antara golongan perempuan yang tidak mampu menolak salah satu nafsu yang sembilan itu. 


terus terang saya katakan, saya menyalahkan lelaki 100% bila berlakunya seks sebelum nikah. kadang-kadang lelaki cuma main-main saja. tapi perempuan cepat terasa. sensitif jiwanya. bila di pujuk di rayu, perempuan mana yang tak sayu. apa lagi bila saat itu perempuan terjerat dengan perasaan cinta. antara cinta dan nafsu, sudah tiada beza. tidak mampu dibezakan. bukan tak waras. bukan tak tahu halal haram. tapi perempuan,... itulah. itu kelemahannya. mudah menyerah. semua kerana cinta.


ayat tipikal yang biasa kita baca,"perempuan menggunakan seks untuk mendapatkan cinta; lelaki menggunakan cinta untuk mendapatkan seks."  


rasanya 80% perempuan yang terjebak dengan hubungan seks sebelum menikah adalah disebabkan "mabuk cinta". 20% lagi kerana menjadi mangsa. mangsa kepada lelaki yang buas, seperti kes haruan makan anak, ataupun kes-kes pemerdangangan orang. ya.. kes pelacuran. bisnes yang paling lama bertahan di dunia.  kes culik dan tipu kerana terpengaruh. dan biasanya ditipu oleh lelaki yang dikenali. malah mungkin juga oleh lelaki yang dicintai.


orang cakap seks itu sedap. sekali rasa pasti nak lagi. dan lagi dan lagi. itulah yang terjadi pada Alicia. setelah pelbagai rintangan yang dilalui bersama teman lelakinya, syukurlah Alicia akhirnya berkahwin jugak dengan lelaki yang telah "menodainya". menyentuh dan meratah tubuhnya sebelum sah bergelar suami. bagaimana pula dengan nasib perempuan lain diluar sana yang telah ditipu oleh pasangan sendiri?!` habis madu sepah dibuang. dan lelaki dengan mudah memutuskan "anggap lah kita tiada jodoh".   


kesian sungguh jadi perempuan. bila sudah terlanjur, macam-macam sanggup dilakukan. sama ada menggugurkan kandungan, ataupun bertahan selama sembilan bulan kemudian buang. kalau tak pun, akan jadi seperti Alicia. lewat datang bulan dah menggelabah. macam-macam ubat sanggup ditelan. 


apa yang boleh saya katakan, perempuan sekarang perlu belajar mengenali lelaki. perlu ilmu yang tinggi dalam mengenal dan membezakan kata-kata manis lelaki sama ada kata-kata itu benar manis yang berpanjangan atau cuma manis dibibir saja. kerana terlajak perahu boleh undur semula. terlajak tindakan, menyesal pun tak guna. lelaki yang baik, dan benar-benar berkomitmen dalam hubungan, bukan atas dasar cinta semata-mata tapi sedar akan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan wanita disekelilingnya, pastinya dia boleh bersabar dan mengawal nafsu.      

kalaupun ada perempuan yang memang pesen senang diajak bermalam, dia antara golongan perempuan yang bermasalah dan telah menjadikan dirinya sebagai hamba nafsu. dalam fikirannya cuma anu anu anuuuuu saja. serius ada juga perempuan yang macam tu. tapi tak ramai. semuanya berlaku kerana kurang didikan, dan kurang kasih sayang. dengan melakukan seks sahaja dia merasakan ada yang "sayang". walhal,... haih~ dia tak tahu dia cuma jadi bahan eksperimen lelaki binatang. 


=="         


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...