Pages

Monday, February 6, 2012

Kau cemburu?

Hei perempuan jelly  tak tentu pasal. Kau kan satu hari tak jelly memang tak sahh. Ada je benda yang nak dicemburukan. Pantang betei tengok orang lebih sikit mula ah hormon cemburu mencanak naik. Kalau tak dapat apa yang orang lain ada mulalah nak buruk-burukkan dia, tak nak kawanlah apalah.

 
[link] Penyakit cemburu ni sentiasa mencari peluang untuk memnuhi sanubari.



Kenapa perempuan suka cemburu? Mungkin sebab nafsunya yang sembilan itu tidak dapat dipenuhi dalam beberapa segi, lalu pabila orang lain dapat memenuhi keperluan itu maka perasaan yang kagum bertukar cemburu?
Dalam kau duk jeles tak tentu pasal dengan kebahagiaan and kegembiraan orang lain tu, duk cakap "Untunglaaa", " Untunglaaakaann ada orang sayang" kau sedar tak yang kau pun ada orang yang cemburu.?

"Ehhhh! Ada orang cemburu dengan aku? Kenapa dooe?" - Plain Jane

Sebab kalau tengok di sekeliling kau, with happy family, loyal friends, gred cemerlang, body mantap, atlit sukan, baik peribadi and perhaps so called faithfully boyfie *bajet mana mungkin tiada yang cemburu. Every human being sekurang-kurang mungkin ada rasa cemburu kat orang lain. Sikit pun mesti ad. Sebab dia takde apa yang kita ada or dia juga masih belum cukup menghargai apa yang dia ada. Cemburu pun ada dua. A bad way or a good ones. Thus, yang bad tu minta jauhlakan. Yang good nie mungkin like ;

"Ohh, jeles giler tengok dia sambut birthday dengan kawan-kawan dia. Baik betei kawan dia buat surprise party untuk dia. Hurmm, aku pun nak suruh coursemate sambut birthday aku lah, kalau dorang takde bajet, aku sanggup sponsor semua so that dorang celebrate birthday aku."

Now you see? Yang baik nie not that baik la, means dia nak upgrade lebih sikit dari apa yang dia jeleskan tu dia anggap apa yang orang lain ada, yang lebih better dari dia tu as a bench mark untuk dia dapatkan something yang lebih baik. Yang bad pulak macam nie,

" Heh, dia ingat dia ada beg LV ori, dia hebat.? Jagalah kau perempuan, takat LV tu celah gigi aku je!"Esoknya LV si cantik tidak dapat ditemui. Manakala the beast tetibe ada beg yang sama dibeli dari US oleh ibunya.

Looks nie bukan takat jeles siap nak rosakkan kebahagiaan orang lain lagi. Busuk hati betul kan?But then people, perempuan kalau dah cemburu sangat MENAKUTKAN. Siap ada quote lagi, maybe sounds like this ;

People that can do a better research than FBI;  Jealous Woman.

LOL That's why lah kot perempuan memang stalker terhebaddd! FB post yang lama-lama pun dorang tahu doe. Isk isk banyak betei masa stalk kalau belajar memasak menjahit kan bagus? Kompen dah siap sepasang dua baju melayu. Tapi kan sebenarnyaaaa, orang yang cemburu nie selalu rasa insecure. Rasa dia not good enough untuk other people. Dia rasa diri dia well just plain Jane. Like me. Yeah. Ada juga orang rasa insecure sebab dia tak ada semua benda tu. Dia tak ada shape yang menarik, kulit gelap, tak ada baju ropol segala tak mampu nak beli segala baju vintage yang ada.

[link] kan? selalunya orang yang cemburu nie hidup dia menyedihkan. 

By the way babe, the best way to stop this jealousy is too stop comparing yourself with other. Cuba kau listkan benda yang orang  lain ada and apa yang kau ada. EH. itu pun compare right? -______-' kau tengok apa yang kau ada. Bersyukur. Easier type than done but try. Apa yang penting kau ada positive thinker around you to bluntly said yang

"You tahu tak yang you special sebab you have mea. Orang lain mana dapat I tapi you senang-senang je dapat, dahlah I nie hot stuff, handsome lagi, perempuan beratur tau nak duduk sebelah I kalau I pegi kelas." 

Tapi dah namanya manusia, mana nak sedar kekurangan orang lain except bab mengumpat ke apa right.? Kemain duk sokseksoksek dia pakai mini skirt weyh, perempuan tu kan dia single sebab dia takde rupa. Tskkkkkk. Semua diberi kesedaran 5saat kalau tengok orang lain guna Samsung Galaxy Notes, dia pakai BB je untuil dia ternampak orang yang guna Nokia 3310 je. Masa tu baru nak rasa bersyukur then after a blink in the eye semua tu hilang. Jealous balik.

[link] upgrading your self-esteem should be oke. kau terbaik sayang. remember that.

Mungkin jauh di sana ada orang yang sedang cemburu sama kamu,
kerana begitu disayangi oleh dia.
Walaupun kamu seringkali menyakiti hati tetapi si dia masih lagi
setia memegang janji yang sudah dimeterai.

Mungkin jauh di sana, ada sesiapa yang merasa bertuahnya kamu,
bila namamu sering terukir di bibir mulus itu tiap detik dan waktu,
diingati dalam setiap doanya,
agar Ilahi memberi peluang untuk kamu sentiasa bersama dia.

Apa pun people, bless Allah for all you have right now,
a dysfunctional family, a laptop to read this entry, room to sleep in and virtual friends to comfort you when your real friend is so busy with their works. 

Have a nice sleep babes !


Sunday, February 5, 2012

Kahwin Awal

Assalamualikum. :)

Hey Girls. watcha doing? Kehkeh. Geli tak geli tak? Alahai, macam biasa aku lemah betei tang nak bermukadimah bagai ni. Lets proceed to the topic jelah ye? *wink*

Sekarang ni, musim kahwil awal dah melanda pelusuk minda dan hati remaja-remaja Malaysia ni. Semua pakat nak kahwin awal dengan cara nikah khitbah. Aku pun tak terkecuali. *facepalm* Aku pun pernah satu masa tu tergedik-gedik sangat ajak si dia berkhitbah. Aku asyik nampak jalan yang bakal dipijak tu indah-indah belaka. Almaklumlah, dah tabur pasir dalam periuk nasi si setan.


Tapi lepas tengok satu drama TV3 ni, Dingin Lavenda. Korang tengok tak? Ala, setiap jumaat pukul9 malam kut. Aku bukanlah gemar beno tengok tv ni. Tapi haritu tertengok. Hehe. Ada satu dialog ni yang buat aku berfikir. Si pelakon ni suruh si pelakon lagi satu ni fikir dari sudut negatif dulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Supaya bila dah menghadapi nanti, ada jalan untuk menongkahnya.

Faham tak apa aku tulis atas tu? Bagi yang tak faham, sini aku jelaskan lagi dengan menggunakan topik hari ni sebagai contoh. Okay, kau nak berkhitbah, tapi parent kau takah bagi. Rasanya kenapa? Sebab parent kita tahu apa yang kurangnya kita. Lagipun, kehidupan lepas kahwin ni mencabar. Bukan macam couple yang boleh nak break, sambung bagai.

Sebagai perempuan, kita ada hak untuk memilih bakal suami. Korang pasti ke bakal suami tu imam yang baik? Dan sebagai perempuan sendiri, korang dah betul-beul persiapkan diri untuk jadi seorang isteri? Dah fikir masak-masak untu meninggalkan alam bujang? Dah pandai masak? Dah hilang semua malas yang berkerak? Dah?


Jadi, sebelum nak ambil keputusan untuk berkhitbah tu, tilik dulu diri sendiri. Ubah mana yang patut dan buktikan pada parent korang yang korang boleh berumah tangga. Kahwin bukan untuk nafsu semata-mata. Kahwin tu memerlukan komitmen yang penuh. Nak ke anak-anak korang nanti menderita kerana kesilapan korang?

Macam mana nak elakkan melakukan maksiat sebelum kahwin? Banyak cara sayang semua. Janganlah terus clash kalau tahu korang tak kuat tambah yang dah couple empat, lima tahun. Ada 3 cara mudah yang boleh diapplykan iaitu
1. Mengurangkan
2. Menjauhkan
3. Meninggalkan
Nak tau macammana nak mengurangkan, menjauhkan and meninggalkan?

Nah! tiga tips baca sendirik. Jangan jadik baluq liat sangat. Till then, hopefully, bergunalah jugak sikit walaupun tak banyak. Chiaoo!



Saturday, January 28, 2012

oh LELAKI!

hidup ni mudah, tak susah, tak payah..asal kau tau macamana nak bercambah rasa syukur, rasa menghargai dan rasa menerima sesuatu yang baru dalam hidup walaupun pahit..

bagi aku dalam dunia ni, ada banyak benda yang kita kena belajar menerima dan menghargai... aku perempuan dan aku rasa aku cuba untuk menerima seorang lelaki.. ya! seorang lelaki yang salah seorang dari mereka adalah pemilik rusuk kiri aku.. kadang-kadang tak pernah terfikir dek akal nak cuba untuk menghargai kaum lelaki yang sememangnya terkenal dengan ego tinggi...what?? ego tinggi?? bagi aku, lelaki atau perempuan masing-masing ada ego sendiri.. tahap keegoaan individu bukan letaknya pada jantina, tapi pada diri sendiri.. ini yang aku pegang walaupun kadang-kadang aku iyakan jugak statement lelaki ego tinggi.. malas nak berbahas sebenarnya..

wanita kata lelaki takde hati perut
wanita kata lelaki kaki game memang tak de perasaan
wanita kata lelaki kaki lepak kurang hati kurang rasa
wanita kata lelaki kaki futsal lelaki teruk
wanita kata lelaki tak pandai pujuk
wanita kata lelaki pantang tengok perempuan
wanita kata itu wanita kata ini

**
bukan aku nak menidakkan yang benar tapi setiap benda ada logik akal... wahai wanita, cuba kau renung sekejap.. ambil masa untuk muhasabah diri.. kau kata lelaki teruk, ayah kau siapa? kadang-kadang kau rasa betapa teruknya ayah kau tapi pernah kau fikir apa yang dia sanggup buat untuk keluarga?? banyak kan jasa beliau... sekarang cuba kau letak lelaki yang kau keji pada posisi ayah kau.. kau rasa dia mampu?? mesti kau kata dia tak mampu sebab kau hanya fikir keburukan dia.. sekarang kau tengok mak kau... banyak kan jasa dia? dan sekakrnag dalam hati, kau puji melambung mak kau... cuba letak kau dalam posisi mak kau?? kau mampu jadi mcm dia??? kalau kau rasa kau tak mampu, kau akan cakap, mak adalah wanita paling istimewa,tak siapa mampu menandingi,.... kata kau!

bukan aku nak kata, zaman muda adalah zaman jahil manusia... jatuh bangun kau sebenarnya dari kegagalan.. kau nak makan guna tangan sendiri pon kau belajar dulu.. kalau aku relate benda ni dengan seorang lelaki, bagi aku biarlah diorang(lelaki) belajar dari kesilapan..biar nanti bila dia tua, dia tau macaman mendidik seorang anak... bila nanti dia dah tua, dia pandai mendidik isteri dan keluarga dia... bila nanti dia dah besar, dia pandai menyentuh jiwa seorang wanita yang pernah mengeji dia dulu..

**
kau kata lelaki kaki game xde hati xde perasaan... biarlah diorang nak main game... kau apa tau nikmat bermain game... lebih baik dia jadi kaki game dari dia terang2 flirt kau dengan perempuan lainl...ye dakk?? aku tak nafikan perempuan mampu buat banyak benda dalam satu masa, mampu texting sambil masak, mampu texting sambil lipat kain, mampu texting sambil buat assignment.. tapi kau kena ingat, jangan compare life lelaki dengan perempuan.. diorang tak mampu buat banyak benda dalam satu masa.. dorang tak boleh lepak sambil mesej korang sebab diorang hargai setiap masa bersama member-member walaupun hari-hari pon lepak... diorang tak boleh main game sambil mesej korang atau on call dengan korang... hilang konsentrasi.kornag pon sakit hati kalau cakap sorang2... kan??  bila diorang main futsal, jangan kacau..let them do what they wanna do... hobi masing-masing berbeza..aku tau kita wanita hobi duk rumah, tgk drama melayu kat tv, masak, shopping, etc.. hobi2 kita masih mampu buat kita texting sambil buat kerja lain..diorang tak boleh...

**
kau tau betapa diorang rasa susah bila kita (perempuan) merajuk... tak kisah dia bf kau atau suami kau.. sebab apa? sebab diorang bukan pandai pujuk pon tapi kau kena tau setiap perbuatan yang dia buat utk kau tu lahir dari hati dan spontan.. dorang bukan kaki plan mcam kita... dorang buat apa yang dorang rasa betul walaupun kadang-kadang, keputusan menyebalkan jugak..

**
si gadis tak pelru tacing lebih kalau dia tak reply msg korang masa dia tengah lepak.. jangan banyak bunyi kalau dia reject call korang time dia tgh main game.. korang pon kalau time shopping, xnak diganggu jugak kan... so kena la give and take dengan bf kesayangan korang.. just live your own life to the fullest... guna masa bujang remaja ni dengan kawan2.. nanti kau dah kawen, dah payah nak melepak dgn member...
walaupun aku tau korang mampu buang kawan2 korang semata2 demi lelaki... tapi ingat, lelaki sanggup buang awek sebab member...

mungkin ada yang tak dapat terima apa yang aku cuba nak sampaikan tapi aku rasa korang boleh fikir on the other side of view, iaitu belajar untuk menerima sesuatu yang baru walaupun pahit untuk ditelan.. hari-hari aku dikelilingi lelaki yang bijak2, hebat2, jengkel2, tapi ada banyak benda yang kau perempuan kena explore dalam diri diorang.. serious banyak! dan kau sebanrnya takkan jemu bila tahu sesuatu yang baru tentang lelaki... abaikan perkara jengkel tentang diorang tapi ambil yang menyejukkan hati dalam diri dorang walaupun sikit... :)

*merajuk hari2 untuk benda yang sama pon tak guna jugak..apa salahnya kau explore dan korek apa ada pada bf/ suami kau... :)

Friday, January 20, 2012

Shooting Star!


[ Only your shadow close to me, Estrella. Your shadow. ]
 

A : Estrella, lelaki macam mana yang Estrella rasa sesuai untuk diri Estrella? The one's that you are waiting for?

E : Lelaki yang dapat jaga Estrella. Buat Estrella bahagia. Buat Estrella rasa menjadi wanita yang paling bertuah kerana memiliki lelaki yang sesempurna dia. Someone yang boleh buat Estrella tersenyum and rasa jatuh cinta all over again bila Estrella bangun tidur dan tatap wajah dia.

A : Did u find any guy that fit all the criteria that u want Estrella?

E : Nope. It's not easy as saying one, two, three Ashfi. 

A : Estrella, Estrella tahu tak kriteria yang Estrella tetapkan makin menjadikan Estrella susah untuk jumpa someone yang Estrella rasa betul betul sesuai untuk diri Estrella?

E : Sebab itulah Estrella letakkan kriteria macam tu. Bila Estrella susah jumpa, Estrella juga akan susah melupakan. Did u get my word Ashfi?

A : Yes. I get it. Estrella, kalau Ashfi kata Ashfi mampu dapatkan bintang untuk hadiahkan dekat Estrella, will u love me?

E : It's impossible Ashfi. Bintang kan jauh.

A : Ya. It's impossible. Sama macam apa yang Ashfi 'fikir'. Kalau Ashfi kata Ashfi mampu hembus angin ketenangan bilamana Estrella rasa serabut dalam kehidupan, will u love me?

E : Takde manusia yang mampu hembus angin untuk tenangkan insan lain melainkan insan tersebut tenangkan diri dia sendiri Ashfi. Semuanya terletak pada mental sendiri. Cara kita mengawalnya.

A : Yup. Sama macam apa yang Ashfi 'fikir'. 

E : Ashfi! Ashfi! Ada shooting star kat langit yang Estrella lihat! Make a wish cepat!





E : Ashfi, nak tahu apa yang Estrella wish-kan tadi?

A : Yup. Apa wish Estrella?

E : Estrella hope, Estrella dapat someone macam apa yang Estrella sebutkan tadi. And Estrella juga hope Ashfi dapat jumpa someone yang dapat buat Ashfi bahagia. Ashfi wish apa pula ya?

A : Ashfi just hope Estrella dapat baca hati Ashfi.

-tuut-

-tuut-

-tuut-



Talian di putuskan.
Estrella termenung. Bingung.
Ashfi melihat ke langit berharap akan ada lagi tiga puluh sembilan shooting star yang lalu agar dia dapat ulangi permintaan yang sama hingga cukup empat puluh kali.


 ******





Apa yang kau perlu tahu, wanita, kadang apa yang kau mahukan itu sukar untuk kau jumpa, sukar untuk kau peroleh. Makanya, apa yang perlu kau lakukan, lihat apa yang di sekeliling kau sekarang. Cuba kau tanya sama hati, apa yang buat hari hari kau terisi dengan senyuman. Apa yang buat kau rasa berteman.

Kadang, kau meletakkan kriteria yang terpaling tinggi untuk kau punya pendamping hati. Perkara itu yang menjadikan setiap mereka yang cuba mendekati kau tidak kelihatan sisi cinta untuk membahagia kau punya hati kerana telah di bayangi oleh kriteria terpaling tinggi yang kau telah senaraikan di awal awal lagi.

Bangunlah wanita. Buka mata, buka hati. Cuba kau taburkan rasa cinta kepada dia yang saban hari tanpa kesal di wajah menanamkan benih gembira di dalam kau punya jiwa. Pada aku, mereka mereka yang selalu ada, buat kau tersenyum tawa itu punya lebih rasa menyempurna berbanding mereka yang kau tunggu namun susuk tubuh masih tidak muncul dalam bayangan mata.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...