Pages

Wednesday, September 28, 2011

Perempuan Tipikal



"Typical girl..."
"Bapak tipikal sial perempuan macam tu"
"Boleh tak awak jangan jadi perempuan yang tipikal"

Berikut merupakan antara dialog-dialog ataupun lebih tepat lagi jenis-jenis cemuhan yang kebanyakkan gadis-gadis di luar sana amat membenci untuk mendengar. Sudah nama pun cemuhan, siapa yang suka dicemuh? Tetapi persoalan terbesar disini bukanlah mengenai jenis-jenis cemuhan yang disukai oleh para wanita tetapi lebih kepada persoalan kenapa wanita kurang gemar dipanggil sebagai tipikal? Adakah kerana menjadi tipikal itu bakal menjadikan mereka seolah-olah kurang menonjol? Ataupun menjadi tipikal itu bakal menyebabkan mereka mandul tujuh keturunan? Disini kita akan membincangkan mengapakah kaum wanita sensitif apabila dipanggil sebagai seorang wanita tipikal.

Maaf sekiranya penulisan kali ini kelihatan seperti karangan berformat perbincangan kerana tika dan saat ini aura serta suasana disekeliling penulis dipenuhi dengan aura pra-Penilaian Menengah Rendah yang bakal penulis duduki pada bulan hadapan. Diharap para pembaca yang sedang membaca sekarang ini dapatlah memanjatkan doa buat penulis agar dipermudahkan jalan untuk ditempuhi kerana liku-liku yang datang mengcengkam dan segala aral melintang seringkali mematahkan semangat penulis untuk meneruskan hidup di atas bumi yang fana ini. Semoga pembaca semua tidak lokek untuk mendoakan penulis. 

Marilah kita berbalik semula kepada punca kepada sensitiviti perempuan yang wujud dalam perbincangan ini. Tidak malu rasanya untuk saya mendakwa ramai perempuan di luar sana yang langsung tidak tahu maksud kepada perkataan "tipikal" berkenaan. Mungkin sekali akibat ketidakfahaman maka wujudlah kesensitiviti yang tidak bertempat apabila dipanggil seorang yang tipikal. Untuk menjimatkan masa saya untuk menelaah pelajaran, maka saya tidak akan menerangkan apa maksud "tipikal" tersebut. Maaf.

Berbalik kepada fitrah manusia itu sendiri, kebanyakkan manusia bercita-cita untuk cuba menjadi lain daripada yang lain agar tidak sama dan berbeza dengan kebanyakkan manusia. Semuanya seolah-olah mahu menjadi "the only person of its kind". Seperti mereka satu-satunya mereka dan tidak sama dengan manusia yang lain. Ya memang ironi apabila kebanyakkan mereka yang mahu menjadi si tunggal itu rata-ratanya mempunyai idola masing-masing. Tetapi untuk menjawab persoalan disini, perempuan enggan dan membenci dipanggil tipikal adalah kerana mereka tidak suka dikaitkan dengan sesuatu dan dipandang sedarjat serta sama seperti perempuan yang lain. Oh ya, dan mereka juga sukar menerima hakikat mengenai diri kecuali berkaitan dengan kecantikkan yang ada pada mereka.

Maka cukuplah sudah penyenaraian tiga isi penting mengenai punca mengapakah kaum perempuan sensitif apabila dipanggil sebagai seorang perempuan tipikal. Diharap para perempuan di luar sana tidak cepat melenting dan merajuk apabila dipanggil tipikal kerana respon yang sebaiknya apabila dipanggil seperti berkenaan adalah dengan bertanyakan kepada si pendakwa kenapa dan apakah yang membuatkan anda tampak tipikal. Saya akan menulis mengenai tipikaliti perempuan dan selanjutnya pada hari-hari yang mendatang. Sekian.

raar


Sunday, September 25, 2011

#gadisbiasa


saya x perlu jadi cantik untuk diminati...
xperlu jadi cantik untuk tampil hot depan org ramai...

ok!
hey!
you!
gadis cantik sana!
ye ! kamu!
gadis2 yang bc entry ini!
ini untuk kalian!

tips jadi wanita idaman
  1. bertudung tu lebih baik dr free hair...sbb laki zaman skrg ni, buruk mn pon perangai dorg akan back to gadis bertudung jugak nak buat bini..
  2. x over tu lebih baik... jadi la gadis yang sedang2 je...
  3. bersolek? hmmmm terpulang kat korg...tp bg aku, natural beauty is better then...
  4. diam.... diam x bermakna  korg boleh dipijak hidup2 ok.... jadi diam yang berisi..bercakap bila perlu...
  5. xperlu tayang tubuh liuk lentok kalian ye...
  6. kasar sedikit lebih baik dari lembut selembutnya...
  7. jadi wanita yang cepat pick up supaya x senang kn tipu...
  8. lebih baik tonjolkan diri sendiri daripada korg selindung siapa diri korg...tp yang buruk sgt tu xpyh la tunjuk ye
  9. jadi gadis bijak!! 
  10. yang paling penting is korg jd la gadis yang matang buat keputusan, matang berfikir dan matang dalam buat tindakan....jangan nk cemburu lebih2 sgt ok!
aku ni saje nak bg tips mcmni sbb ak rs perempuan skrg ni ada mcm2 jenis..kadang2 kita xtau apa yang lelaki nak kan....so bg aku kalau nk jd outstanding tu boleh tp lebih baik jadi yang just nice...
xpayah nak over sgt... buat lek je...
ade member laki ak ckp, aku suka pompuan simple..ak xsuka pompuan lembut sgt..ak suka pompuan yang kasar sikit tp sdp mata tgk...
so jadilah gadis yang just nice....

ok! gunalah tips ni kalau korg rasa apa yang kau bagi ni membantu korg ye...

"its really hard to lost someone we love and sometimes we might think that love is actually nothing..."


#hotsetap


tibe2 aku rasa nak menulis dan membebel kat sini.. aku tdp sepanjang hari dengan katil asrama gabung dua.. jadi katil besar saiz queen..mmg masyuk wa ckp lu!

**
#hotsetapbagai
aku ni bukan la bagus sangat.. bukan jugak penulis tegar yang mampu tulis tanpa peduli kata org lain.. tapi aku teringin nak bercakap tentang isu #hotsetapbagai.. topik yang aku rasa semua orang tau apa hot setap tu. ho setap! aku bukan hot setap dan mungkin juga hot setap tanpa pengetahuan aku... dang! 

bila ada rasa ingin tahu yang membuak2, rasa musykil yang melampau, aku jadi teruja nak tau dan cuba sebarkan fahaman hotsetap ni. aku ni hanya laki biasa yang hanya duduk diam dan memerhati gelagat orang. biar orang pandang orang pelik kat aku..lagipon, manusia2 pelik mcm aku ni hanya mampu sebarkan kata2 melalui kata2... kalau aku tunjuk sapa diri aku, sumpah kau tak nak kawan dengan aku..tapi ni bukan point aku.. bila aku duduk diam dan tgk gelagat manusia yang berubah mengikut peredaran zaman, ada beberapa soalan yang terbang pusing2 dalam kepala otak aku... antaranya ialah :

  1. apa yang kau ada sampai kau jadi hot setap sgt??
  2. kau xcantik xhensem tapi kau hot gila! knp?
  3. kau bukan baik mana pon, perangai mcm setan, xmmpu diterima org perangai kau... ala2 manusia xde sirim, tapi kau hot! 
  4. muka2 ala2 pecah rumah tapi semua orang kenal kau...
ok! soalan yang hampir sama tapi ditujukan kepada orang2 yang berbeza.. kesimpulannya adalah kenapa? kenapa? dan kenapa lagi....

bila semakin lama semakin byk jwpn yg aku dapat simpulkan.. bagi aku, hot setap ni ada 2 jenis... #hotsetap bersirim dan #hotsetap xbersirim..

**
#hotsetap bersirim
ini jenis pakej lengkap.. ada rupa, ada bakat, ada ilmu, ada gaya,mutu dan keunggulan. ini adalah barisan manusia yang di salute ats bawah..tabik spring siap! kalau aku ckp, dorang ni mmg memiliki gaya2 yang mampu org lain ikut... bukanla sekadar gadis/lelaki tipikal yang sibuk dok tiru style orang lain... yg aku nampak orang2 bersirim ni boleh la kau buat acuan dalam hidup.. kalau nak kata terlalu sempurna, itu mmg aku rasa aku penipu besar sbb aku kurang suka type2 bersirim... banyak saingan... walaupun saingan tu bagus..

**
#hotsetap xde sirim
yg ni type manusia muka pecah rumah, gadis kilang, gadis perah santan bau kelapa, laki p bendang bau lumpur dan sama waktu dengan dorg..bukanla aku nk rendahkan dorg, tp aku salute dengan golongan2 mcmni... pakej x berapa nak lengkap tapi kat satu sudut lain, dorang ada kelebihan.. itu la part yang aku suka kat golongan2 ni... dorang ni, kalau diketengahkan bakat, mmg superb!tapi xmampu nk kalah si golongan atas yg ada sirim sbb dorg ni xde rupa... alkisah ada sorg kawan aku..muka mmg layak bagi penyepak... ala2 sampah masyarakat... tapi bila part praktikal skill mcm welding besi, pergh! superb! hasil tiada tandingan... yg perempuan plak, rupa mmg hudus... tapi bila masak or make up muka org, kualiti setanding levis... tapi tu r... famous sbb bakat... kalau ikut rupa, mmg haram r nk famous...!

**
kat sini aku bukan la nak merendahkan mana2 golongan tapi aku cuba membezakan bagi korang semua boleh tgk bnd2 ni dari skop yg lebih kecil.. tapi aku rasa aku lupa satu lagi golongan.... gadis2 dan laki2 yang cuba jd hot setap sebab pakej rupa yg cantik tapi jiwan dan otak kosong...yg tu nak letak kat mn ea?? HAHAAH




Friday, September 23, 2011

Gagal Lagi. Salah Siapa Ni?



Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Dalam perhubungan, ada pasang surutnya. Semacam pasang surutnya air laut. Tapi bila berkali kali perhubungan gagal, bila berkali kali bertukar pasangan dan tetap juga gagal? Adakah wujudnya keperluan menyalahkan takdir? Perlu. Itu jawapan yang terpacul keluar dari bibir manusia yang putus harapan dan tidak mahu mengakui khilaf sendiri.

Perhubungan pertama gagal. Mungkin jari telunjuk itu tanpa ragu naik hantu untuk dihalakan kepada pihak yang lagi satu. Perhubungan kedua gagal. Jari telunjuk mungkin stay disitu masih terhala kepada pihak lagi satu. Perhubungan ketiga gagal. Ego menebal yang tak terkakis mulai goyah. Si dia tidak disalahkan. Tapi takdir pula yang dilihat sebagai punca kesalahan. Takdir itu pula yang disalahkan. Kerana takdir yang dikatanya punca kesalahn itu, pengganti yang baru ditemukan. Janji dipateri, cinta disimpul mati. Bahtera dikemudi dan dilayari. Entah apa silapnya, perhubungan yang mulanya nampak indah itu tadi, turut gagal. GAGAL LAGI.

Sudah begitu banyak 'percubaan' perhubungan dan masih gagal. Sudah bersilih ganti pasangan. Yang beraut wajah bersegi, yang bujur sirih, dan entah yang bagaimana lagi raut wajah pasangan yang pernah hadir dan singgah bertandang. Masih lagi gagal. Di mana jari telunjuk yang begitu naik hantu itu pergi? Elok disimpan di dalam poket seluar sendiri je lah. Sebab terlalu galak menunjuki jari ke muka orang lain, diri sendiri terlupa. Bila jari yang satu itu dihalakan ke muka orang lain, jari lain yang berbaki tidak sedari menunjuki batang hidung sendiri. Jangan dilupa. Berkali-kali hubungan gagal, pasangan itu berbeza. Tapi adakah kita terlupa sesuatu? Di dalam semua perhubungan yang gagal itu lah, kita tetap ada. Duduk menetap. Yang satu lagi yang berganti.

Berhentilah mengangkat jari telunjuk ke muka orang lain. Biar jari itu berehat. Bila diluruskan jari, biarlah ia lurus bersama jari jari yang lain. Bila jari diregang dan dibengkokkan, biarlah kelima-lima jari itu melakukan perihal yang sama. Berhentilah menjadi begitu 'pilih kasih' dengan si jari telunjuk itu. Dia juga tidak diminta dicipta hanya untuk diangkat, ditunjuki dan ditudingtuding ke arah orang lain.


Bila hubungan berkali kali gagal. Renung diri sendiri. Jika selama ini diri sibuk mengambil tahu menjaja cerita dan perlakuan orang lain. Untuk kali yang ini, tolonglah kenali diri itu siapa. Sifat diri itu bagaimana.

Adakah kau terlalu pushy? Bila si dia kesana kemari harus digantung walkie talkie dileher? Berapa tapak melangkah pun dia harus menyediakan 'laporan' untuk dihantar khabar beritanya. Alasan kau nak buad dia macamtu? Ambil berat. YA. Memang ambil berat. Sampai berat rasa beban pada bahu si dia kau buad. Setiap kali berkomunikasi, dah macam temuduga TESL pula jadinya. Kena provide What? Why? Who? When? and How?. What are you doing? Why are you doing so? When are you gonna back home? bla bla bla. Tapi bagus juga buad macamtu kan. Dari asalnya sebelum dia kenal kau, cuma Okay Thanks Bye je dia tahu cakap, sekarang dia dah boleh cakap Bahasa Inggeris dengan fluent. Perlu tabik hormat kottt. Heh.

Adakah mungkin kau terlalu selalu menyalahkan dia bila ada perselisihan faham? Setiap kali bertengkar, asyik dia dapat lebam. Padahal kau yang start baling periuk belanga dulu. Setiap kali bertengkar, hanya kau yang layak menerima 'maaf', hanya dia yang layak mengucapkan 'maaf'. Bila bertengkar, cuma kau yang layak tarik muncung sedepa. Dia cuma layak untuk senyum dengan pujukan penuh usaha supaya kau akan kembali tersenyum seperti sediakala. One-way memanjang je jadinya. Jalan raya pun ada two way. Inikan pula dalam hal perhubungan. Ehemhem. Kalau cuma one way, orang akan cuma bergerak sehala, dan takkan bertembung muka. Err. Lebih kurang macamtu lah kot? errr.


Kadangkala kena lah menelan pahit air liur sendiri. Kena lah sekali sekala merasa kelat sendiri. Kena akui, kadangkadang diri ada silap. Doplohpat jam tuding orang, entah bilanya nak perasan salah yang berpunca datangnya dari diri sendiri.

Sit back. And relax. Bye. *Dah abes idea*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...