Pages

Wednesday, December 28, 2011

Make-up vs Natural beauty

Assalamualaikun u'olls!

Eh guys, korang kalau diberi pilihan nak gegirls yang suka bermekap ke natural beauty? Natural beauty? Ohmaiii~ so sweeet! Pui! Setakat mana korang boleh terima ke-natural beauty-an gegirls ni? Sedangkan setiap kali pilih awek mesti nak yang cun je dulu.

Aku rasa sekarang ni susah dah nak jumpa gadis yang pure natural beauty nya. Paling longkang pun, bb cream mesti ditempek ke muka. Itu dah plastik tahu. Aku kurang puas hati betei dengan pesen lelaki yang suka sangat nak menghentam gadis-gadis yang bermake-up ni. Bila dibogelkan muka tu kata pulak selekeh. Sang pria puaka, sedangkan rumah yang baru siap pun dicat dengan warna-warni dan di-decorate dengan segala langsir dan karpet untuk menjamu mata yang memandang. Ini pulak perempuan yang diciptakan dengan naluri untuk bercantik.

cantik itu abstrak

Bermake-up tu tak salah sebenarnya. Tapi gegirls, cara mengenakan make-up tu yang perlu dibaik pulihkan. Kadangkadang kita kena sedar diri jugak supaya tak jadi macam badut silap masuk kampung. Kan dah cukup cantik kalau make-up yang nipis dikenakan. Sejuk mata memandang.

FYI, no such natural beauty word zaman siber gini. Nak cari natural beauty pergi balik zaman poleolitik dan lelaki janganlah terlampau suka menghentam kaum yang dah mengendong awak sembilan bulan, terkoyak cervix melahirkan awak, dan bakal bini yang menyumbangkan awak dua tiga team bola. Kan manis kalau ditegur dengan tatasusila tanpa perlu nak memalukan. *smile*




1 comment:

TheBentPencil said...

mana tak perempuan bermekap--kalau jerawat kena kutuk, eyebag dicop mata panda...isk isk.

tapi apa-pun, mekap boleh, cuma kalau boleh mekap la cara natural beauty. macam mekap artis-artis jepun (yang bukan ganguro mahupun visual kei). kehkehkeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...