Pages

Friday, August 5, 2011

*Diet Pantas Turun 5kg Di Bulan Ramadhan!



Salam Ramadhan sayang sayang sekelian. 

Cabaran yang paling besar ketika puasa adalah memastikan badan cukup nutrisi yang diperlukan dan memastikan kemasukan air yang betul supaya tidak dihidrasi. Apabila kita berpuasa, kita akan rasa kekeringan lebih cepat walaupun sebenarnya tidak. Rasa kering cuma ditekak tetapi badan akan cuba menahan air daripada keluar. Tahukah anda, kita kehilangan lebih banyak air ketika bersenam berbanding ketika berpuasa. Sebab tu orang yang aktif bersukan akan mengurangkan aktivitinya pada waktu siang. 

Hal yang paling utama ketika berpuasa adalah mengenai pemakanan. Eh, saya takkan tulis bab kerohanian, pasal ibadat segala. Sebab saya kan nak cakap pasal diet semata-mata. Yer, masa ini lah kita kena work out untuk menurunkan berat badan dan membentuk semula tubuh kita. Bagi orang perempuan, tampil cantik semasa raya itu penting. Mana tahu, ada makcik-makcik yang terbekenan untuk dijadikan menantu. Tak ke beruntung macam dapat durian runtuh!! Haa~ jadi, jangan bermimpi untuk makan makanan yang banyak dijual di bazar Ramadhan jika ingin berdiet kencang dan turun 5kg dalam masa sebulan ini!! 

 Ini antara pilihan menu yang saya sarankan untuk turun 5kg dalam masa sebulan berpuasa

- Oat
- Ikan
- Kurma
- Sayuran
- Buahan
- Tempe (soya)
- Susu/atau minuman Yogurt

Elakkan makanan bergaram tinggi ketika sahur kerana ianya akan menyebabkan badan dehidrasi lebih cepat. Lebihkan pengambilan makanan berserat tinggi untuk menggelakkan rasa lapar sepanjang hari. 

Kenapa saya tak senaraikan nasi dalam pilihan menu di atas? Ini kerana, nasi mengandungi kanji yang lebih. Ia membekal lebih lemak. Tukarkan nasi kepada oat. Ia lebih mudah dihadam dan berkhasiat. Lagipun, oat membantu menyerap kolesterol dalam badan. 

Kenapa tiada menu ayam atau daging? Heyyy~ kan nak turun 5kg dengan pantas! Jadi, elakkan mengambil protein yang sukar dihadam. Gantikan dengan soya(tempe) atau ikan dah cukup. Lagipun, hari raya nanti pasti pelbagai juadah daging dan ayam akan terhidang. Jadi, anggap saja anda juga berpuasa dari memakan ayam dan daging untuk sebulan ini. 

Elakkan makanan berminyak dan meminum minuman sejuk semasa berbuka. Adalah lebih baik anda makan kurma dan menikmati bubur oat dan sup sayur. Cukup! 

Nak lagi mantap, ambillah apa-apa slimming supplement yang tidak mengandungi racun berjadual sepanjang puasa ini. Hasinya mungkin lebih marvelous!

Kenapa Ramadhan sering dikaitkan dengan kurma?

Kurma bukan sekadar sunnah. Ia mengandungi campuran glukosa dan fruktosa. Mengandungi potassium yang tinggi, sekitar 64 peratus lebih tinggi daripada pisang. Mengandungi beta-D-glucan yang mana merupakan serat larut air yang menyebabkan rasa kenyang.

Kenapa badan saya susut ketika puasa dan naik mendadak selepas raya?
Perlu diingatkan, ada kemungkinan berlaku penurunan kadar metabolisma semasa berpuasa. Selepas tamat puasa, kadar metabolisme jauh lebih rendah dan ketika itu kebanyakan orang akan makan tak ingat dunia dan menyebabkan badan mengembang semula bagai di-pump. Malah, berat badan boleh naik mendadak dua kali ganda dari berat sebelum berpuasa. Oleh itu, jagalah pemakanan anda selepas berpuasa nanti. Ok~


*Senarai menu di atas juga sangat bagus untuk golongan ibu-ibu yang menyusukan anak dan juga yang sedang mengandung. Tapi perempuan mengandung yang mengidam macam-macam tu, tunaikan aje lah apa yang nak di makan. Kesian pulak kat baby dalam perut tu nanti kann..... 




7 comments:

♥ hanimnordin said...

thanks for the tips. sangat bergune alang-alang kite pun nak diet ni kan. :)

Unknown said...

terabek noksss..aku makan kurma je manjang..

catherine- said...

terabek jiji awwww~

hanim nordin: kalau berhasil nanti boleh la buat testimoni kat ruang komen ni yerr..... gud luck~

kikikiiii~

beautiful_rose said...

hahah thanks untuk info ni..mmg tgah target nak turunkan 5kg ni. =)

Sa'atarinur said...

huh, angka 5 itu dicapai secara tak sengaja puasa edisi tahun lepas. 5kg dalam sebulan hanya berpuasa semata-mata, tanpa senaman bagai. takde niat pun masa tu. kehkeh

Anonymous said...

I delight in, lead to I found just what I was taking
a look for. You've ended my four day long hunt! God Bless you man. Have a nice day. Bye

Also visit my web-site ... video reviews

Unknown said...

Thanks for the info. Cubalah set slim shaklee. Kandungan asid amino leucine dalam esp soy membentuk otot yg membakar kalori makanan. Lecithin pula memecahkan lemak dan kolestrol dan alfalfa pula mencuci usus dan darah serta meningkatkan metabolisme. Sbb tu ramai kawan2 saya yg dah turun 5 ke 12kilo. Kelab diet kalori pn disediakan secara percuma. Bila kita faham kenapa dan apa yg perlu dimakan utk diet, barulah mudah nak capai taget. Jom kurus secara sihat dan saintifik bersama saya. Hubungi saya midz 0163385790. http://infoibusihat.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...