Sayang, ni aku.
Maaf yang aku minta dari kaum kau, sayang. Permohonan maaf ini aku wakilkan buat segelintir kaum aku yang bersepanduk berdemonstrasi dan berlaung-laungan di jalan. Aku rasa kau tahu kenapa mereka bertindak sebegitu. Aku memang yakin kau tahu. Mereka bukan berniat melancarkan 'perang' ke atas kaum kau, sayang. Bukan. Aku takmahu kaum kau salah faham. Nanti 'effect' pula pada aku yang tak bersalah ni nak merasa kemanisan berpasang-pasangan dengan kau pula. Dah lah memang belum pun berkesempatan lagi ni. Uupps. Terlajak bicara pula. Tidak sopan betul kan? Err jadi maafkanlah mereka, dan aku juga. Jika dalam hati aku ni, aku tak perasan aku pernah juga merungut hak aku tak setara dengan hak engkau.
Sebenarnya ada yang tak puas hati kenapa kaum aku jadi kuli kaum kau. Kenapa kitorang tiba-tiba nak kena dengar cakap kau? Arahan kau? Kenapa kitorang berada di bawah kau, dan bukan di atas? Mana adil. Kaum aku jadi hamba abdi. Tak boleh buat itu ini. Err tapi bagi aku sendiri, kau tak pernah pula layan aku macam hamba. Setahu aku lah. Aku bahagia je di sisi kau, sayang. Eheheh. Sekarang ni, ramai yang gantung 'poster' ikon feminisme kat rumah. Wanita kulit putih dari negara Barat. Entah siapa nama dia berbelit lidah aku nak menyebutnya. Sekarang keadaan agak kronik. Sampai Tipah pun tampal gambar Dollah kat papan dart dah sekarang. Pakai riben pink baju pink seluar coli semua pink. Dah lah aku taksuka pink pink ni. Sakit mata aku. Aku risau juga. Bila nampak kaum kau lalu depan rumah, semua hempas daun pintu. Nasib baik tak pecah pintu tu. Aku baru nak senyum pada kau bila kau lalu, tapi Tipah dah set autolock tingkap semua bila sistem 'sensor' kat rumah kesan ada kaum kau yang lalu.
Hidup kaum aku sekarang sanggup berideologi bukan bukan katanya nak defend hak kaum aku sendiri. Jadi mangsa 'kekejaman' domestik. "Freedom of choice " of what to wear and what to do disekat. Katanya terkongkong dan hak diketepikan. Hak apa pun aku tak pasti lah sayang. Hak aku, aku tahu kau akan jaga, bukan? Ehehe maaflah kalau tulisan tangan aku ni buad kau rasa geli geli. Aku rindu betul dekat kau. Pasal semua ni, kita terpisah pula. Macamni lah baru aku rasa tak adil. Aku rasa nak menangis pula. Tapi kau takdapat mengelap air mata aku kalau keadaan berterusan macamni. Terseksa batin kita, kan sayang?
Kerja kitorang katanya cuma melahirkan anak, memasak, mengemas, melayan suami di rumah, mendidik anak-anak bla bla bla yang hampir seluruh hidup ber'pejabat' di rumah. Yang layak bekerja mencari rezeki cuma kaum kau. Yang layak menonjol cuma kaum kau. Kaum aku rasa tak adil. Kami pun harus menonjol! Kenapa lelaki sahaja diberi peluang itu? Tidak adil! Syaitan pun mula menyuntik jarum-jarum iri hati dan cemburu pada kami tentang lelaki dan hak korang tu. Kaum aku mula panas hati rasa hak tidak terbela. Sebenarnya apa yang nak dituntut? Nak buktikan wanita juga hebat boleh melakukan pelbagai kerja dan bidang tugasan seperti lelaki?
Aku sendiri tak faham. Mungkin sebab aku bukan jenis yang kisah sangat orang lelaki nak buat apa atau aku memang jenis yang terima hakikat aku bukan robot semua kerja aku nak buat. Kalau aku nak buat semua, aku risau aku tak terbuat. aku risau tak terdaya kudrat. aku risau yang kau dan anak anak kita yang superdupercomel dan kiut macam kita di rumah entah ke mana, yang disibukkan nak hak boleh bekerja macam lelaki bebas membuat keputusan tu semua pun entah ke mana juga.
Aku mungkin bukan perempuan jenis superwoman yang boleh bekerja dan menguruskan rumah tangga. Tapi aku takmau hidup aku terlalu sibuk dengan perkara yang laki aku boleh buat. Aku selesa buat kerja yang sepatutnya aku buat. Kerja kau, biarlah kau buat. Aku pun lebih selesa kalau aku sendiri dapat suap makanan kat mulut anak anak, bukan si pengasuh tak fasih berbahasa Melayu tu. Bimbang pula kasih kau berpaling pada dia kalau aku sibukkan kerja sepenuh masa macam kau. Aku lagi bahagia siapkan makanan di rumah dan tunggu kau balik kerja, lepas tu kita makan sama-sama. Takde lah kau lunch nasi bungkus hari-hari. Rasa bahagia betul. Theheheh.
Setakat ni, aku pun tengah sambung belajar jurusan kejuruteraan yang kaum kau mendominasi. Aku rasa persaingan sihat je. Takde pun macam kau ada dengki-dengki aku. Tak tahu lah kalau ada kan. Aku tahu kalau grad mesti aku pun berkerjaya macam kau juga. Cumanya aku rasa, nanti biarlah kau yang kerja sara keluarga bila anak kita dah lebih dari dua. Masa kita masih berdua, aku bekerja lah. Sekurang-kurangnya untuk langsaikan hutang PTPTN aku. Taknak letak semua beban atas bahu kau pula. Tapi kalau aku dapat first class degree nanti, pinjaman PTPTN tu boleh lah bertukar jadi biasiswa. Aku nak bantu kau langsaikan hutang. Maklumlah baru berkahwin kewangan tak stabil lagi. Tapi lepas anak dah bertambah, dan kewangan dah stabil, aku jaga rumahtangga kita je lah, sayang.
Wanita cepat terasa, emo perkara biasa. Rasa empati tu tinggi sebab tu sifat keibuan diberi pada perempuan. Wanita mudah syaitan nak perdaya. Lelaki pula susah digoda syaitan tapi dia lemah pula kalau dah tergoda dengan perempuan. Sebab tu senang kerja syaitan bila perempuan dah jatuh perangkap. Err macam lari dari topik asal lah, sayang. Tapi tu lah. Maafkan keterlanjuran kami ye sayang?
Aku harap kasih kita boleh terus bertaut walaupun masalah ni datang. Aku nak kata, aku bukan taknak turut serta perjuangkan 'hak'. Masalahnya 'hak' apa tu yang aku taktau. Aku pun rasa okay setakat ni. Takde yang tak adil lagi bagi aku. Jadi takperlu risaukan tentang aku ye sayang. Walaupun 'sensor' kat rumah ni dah Tipah set tingkap autolock, tapi kau tahu aku tetap sayangkan kau. Walaupun Tipah dah jadikan gambar si Dollah tempat sasaran dart, tapi gambar kau aku masih simpan bawah bantal lagi ni. Hihi.
Sayang kau.
Yang benar,
AKU.
Wanita itu.
No comments:
Post a Comment