Ni entry ringan. Bukan entry serius. Toksah nak berkerutkerut dahi sangat lah. Kang berkedut muka cik abang dah takmau. Hihi.
Mari kita belajar matematik mudah. Soalan yang disediakan adalah dalam dwibahasa.
Question/Soalan :
Given a linear equation of x + y = 0.
Diberi persamaan setara x + y = 0.
Girls = x
Perempuan = x
Badmouthing = y
Mengumpat = y
Find the values of x and y.
Cari nilai x dan y.
Answer scheme/ Skema jawapan :
From given equation, x + y = 0;
therefore, x = y#
y = x#
Girls = Badmouthing
Perempuan = Mengumpat
Itu secara teori. Macamana pula in reality? Kenapa golongan perempuan selalu dikatakan golongan yang sebati dengan hobi 'mengumpat' ni ye? Kalau perempuan katanya suka badmouthing. Lelaki pula suka sweet talking. Tu diaaaa. Kalau kau, prefer yang mana? Dapat penyakit hati atau penyakit kencing manis? Err kalau aku. Dua dua pun aku takmauu. Sebab dua dua pun penyakit. :P
Apa punca mengumpat?
1) Menghidap penyakit hati. Tak puas hati tengok orang lain senang sikit, mula lah berbulu mata gatal pulak mulut terasa nak buat cerita.
2) Banyak sangat waktu senggang. Orang kata daripada duduk tertonggok macam tunggul tak buad apa boleh juga mengumpat isi masa lapang. Bijak gunakan masa tu namanya.
3) Nak jaga kesihatan mulut. Nak exercise, malas pula rasanya badan nak buat. Exercise mulut orang kata tak guna tenaga sangat. Tak berapa nak penat.
4) Mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat setempat. Dapat lah berkongsi cerita cerita terkini kawasan perumahan sambil sambil pekena secawan teh dengan biskut marie.
5) Hobi. Kau fikir mengumpul setem je dipanggil hobi? Mengumpat pun boleh jadi hobi juga. Kumpul setem kena modal duit. Mengumpat? Modal cerita je.
picture credited to askarjepunonline.blogspot.com |
Siapa yang suka mengumpat?
1) Majlis Tertinggi Ahli Mesyuarat Tingkap JKKK Kampung. Orang berjawatan tinggi macamni selalu pro benda mengumpat. AJk dan ahli biasa dia cuma jadi tukang mendengar dan jadi agen penyebar berita je.
2) Surirumahtangga sepenuh masa. Sambil sambil menyapu sampah kat laman rumah tu, sambil sambil tu mulut rasa ringan tanya khabar dan berkongsi cerita dengan jiran sebelah.
3) Orang perempuan muda yang selalu lepak minum minum waktu lunch break sebelum masuk kerja. Biasanya jenis ni mengumpat kawan sekerja diorang yang lebih top, lebih cantik bergaya, lebih rajin, lebih dapat perhatian bos bla bla. Yang penting mengumpat orang yang lebih sikit dari diorang.
4) Lelaki menganggur yang kerja main dam haji kat warung. Dah lah menganggur, satu apa pun tak boleh. Yang boleh, jadi pemain pro dam haji je lah dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Dah sambil sambil main dam tu, mengumpat sekali kawan sekampung yang dah berkerjaya berkereta besar.
Kesan Mengumpat.
1) Yang ada penyakit hati, semakin kritikal keadaan hatinya. Semakin gelap dan hitam.
2) Yang banyak waktu senggang tadi, jadi pack jadual waktu dia sebab dah masukkan sekali aktiviti mengumpat. Dah takde masa lagi kalau orang nak minta tolong sikit ke apa. Dah syok mengumpat, susah nak berhenti buat.
3) Yang sibuk jaga kesihatan mulut tu, mula lah merungut mulut dah menggelebeh terjuih dah tak cantik sebab terlalu fokus nak exercise mulut je daripada exercise yang lain.
4) Yang tadi nak eratkan silaturrahim tu, rupa-rupanya putus kawan dengan jiran sebelah. Orang yang sibuk diumpat tu rupanya anak dia.
5) Yang dikatanya hobi, mula lah berlaku ketidakseimbangan ekosistem dalam berhobi. Sejak menngumpat dikategorikan sebagai hobi, semakin ramai yang menyertai hobi tersebut sehinggakan yang suka kumpul setem pun dah takmau kumpul lagi.
dah dah lee tu nak mengumpat. |
Cara mengatasi.
1) Cari penawar penyakit hati. Baca Quran ke. Berpuasa ke. Sedekah ke solat sunat ke. Dapatlah memutihkan kembali hati yang hitam tu.
2) Isi waktu lapang tu buat benda yang lebih berfaedah. Kalau jenis suka sangat bercakap, masuk pertandingan pidato ke, syarahan ke. Berbaloi sikit nak menyembur air liur tu.
3) Tinggalkan habit exercise mulut. Takde pekdah pun. Keluar peluh pun tidak. Air liur kering, mulut terjuih. Kau nak sangat?
4) Eratkan silaturrahim dengan berbincang perkara yang membina institusi kemasyarakatan macam infrastruktur, nak naik taraf kemudahan kampung. Takpun masak lebih sikit lepastu bagi2 kat jiran. Bergotong royong ke. Jangan dok menjaja kisah dalam kain orang lain. Cerita yang luar kain je takpe. Jangan memandai nak masuk dalam. Ehem.
5) Kalau rasa hobi mengumpul setem tu perlukan modal lebih, pahtu dah takde setem lagi nak kumpul sebab semua kau dah ada, cari lah hobi lain yang takguna duit dan tak perlu susah payah nak cari koleksi. Main tengteng ke konda kondi ke. Kan takguna modal. Ada takde tora dengan dengdang je lah guna duit sikittt. Hihi.
Mengumpat ni memang sedap je letak perisa dalam cerita kasi lagi tambah sedap. Macam goreng nasik pulak ye? Lepastu pergi berniaga menjaja cerita orang kat orang lain.Tapi apa motip? Kau tahu kan mengumpat tu macam makan daging saudara sendiri. Kau dengan orang Kanibal sama je. Eeeeiii tak geli ke makan daging orang? Agak-agaklah kalau teringin sangat nak makan daging. Lembu punyalah banyak. Kambing pun siap lalu lalang depan rumah. Takperlu rasanya sampai nak capai lengan adik kat sebelah dan ratah mentah2 macamtu je kann. Euuww?
this is soooo euuuwww. |
Jom lah sokong kempen “Mengumpat?
.
.
.
.
.
.
Euuwww?”
Ditaja oleh 1001Perempuan. Ehheh.
4 comments:
mmg serasi ke umpat dan wanita
ai follow yu
jom follow ai plaksss
^_^
saya ni mula2 crita dgn kwan2 yg kaki umpat ni...lma2 berjinak2 pula..haha...tp skrg ni dah tersedar..skrg ni lbh baik diamkan dri
Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.
Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah S.A.W telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Rasulullah S.A.W bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril A.S menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.
Post a Comment