Pages

Monday, August 1, 2011

Bila Perempuan Si Bakal Menantu Taktahu Memasak. Hoomaigadddd Apa Nak Buadd?

Lek luu. Tengok tajuk je dah biru muka apekedehal? Ni bukan entry suspens. Ni entry nak bagi penyelesaian. So patutnya bukan tunjuk muka biru, tapi muka merah menahan maluuu. Muehehhe.

Let's say korang yang taktahu memasak ni dah jadi bakal menantu. Sampai rumah bakal mertua, tibatiba mertua nak rasa air tangan korang. Perlu ke suspens? Okay. Memang perlu. Sila buad muka pause dan jerit 'Tidaaaaaakk!". Oke tipu. Jangan buad macamtu. 

                                                                       *********

Zaman dulu kalau perempuan taktahu memasak dah jadi satu 'kemaluan' besarr buat satu family. Erk. Takde lelaki nak masuk meminang tak kira lah betapa lawa cantik kiut beribu kali pun. Memasak dan perempuan tu macam kembaq siam. Taktahu memasak then toksah la berangan nak jadi perempuan. 

Zaman laa ni dah lain. Ni cheq nak habaq mai kat hang. Laa ni semua senang. Pembantu rumah ada, mak ada. Taktau memasak takpayah suspens2 biru muka naa. Takpayahh. Lelaki sekarang pun tak banyok kerenah mana. Depa boleh lagi telan ayaq liuq tangan masakan Pembantu Rumah Myanmar ke Thai ke. Mak pun adaa. Selagi hang dengan suami hang dok serumah dengan mak hang semua, toksah migrain, sonang kerja haa. Mak hang tak komplen punya lahh nak memasak hari hari. La ni pun ramai buad mak depa macam pengasuh anak tak bergaji. Setakat buad mak macam tukang masak free takdak hal punya. ;P

Dok eh. Takmau marah cheq naa. Cheq gurau ja. Cheq tau hangpa semua anak yang baik. *Ni apekedehal nak berbahasa Utagha plak ni? ==
                               
                                                                            ******** 
1) Sejurus selepas mendapat 'tugasan' tersebut, sila pause dan buad muka terkejut. Yaa. Memang perlu pause sekejap untuk suspens sekejap. Sekejap je toksah lelama. Pahtu, jangan menjerit. Diam je. Buad muka cool. NOTAKAKI : Kalau mak sendiri yang suruh takpayah nak pause sangat la. Dengan mak sendiri nak malu buad apa? Dia dah memang tau korang takreti masak. Yang perlu nak pause bila mertua suruh. Kan korang bakal menantu kesayangan diorang. Jatuh laa air muka kalau pecah tembelang. Hihiii. 

toksah buad muka terkejut sangat lah kan. ==

2) Let's say bakal suami korang dah tau korang takreti memasak. Cuma mertua korang je taktau. Tunggu apa lagii? Sila berpakat. Cakap nak pergi pasar berdua. Pahtu dalam perjalanan tu, guna la Bellekberi canggih tu pergi search resepi mudah kat internet. Resepi mudah yang wajar buad masak bagi bakal mertua korang makan. Takyah sesusah cari resepi rendang ke hapa. Kari ikan atau asam pedas simple je sudahhh. NOTATAKBERAPANAKAKISANGAT : Ni la gunanya henpon cecanggih. Sepatutnya boleh tolong waktu kecemasan macamni. Bukan takat nak tayang jenama je kan. Hihi.

pesbuk boleh. website memasak takkan takboleh? Hihi.

3) Let's say bakal suami dan seisi keluarga diorang taktau korang takreti masak dan barang masak semua dah tersedia kat dapur. Macam takde chance je korang nak atur strategi saat akhir kan. Macamana? Masih lagi menggunakan khidmat henpon. Yang ni takperlu henpon cecanggih sangat. Henpon skrin hitam putih pun boleh. Kalau ada handsfree/earfone lagi baguih. Kalau mak mertua tanya buad apa pakai earfone? Korang jawap je, "dengar lagu, mak.". Pepandai korang lah nak mengkaver. Haha. Make a call kat sesiapa yang reti masak. Paling senang tepon mak sendiri lah. Pahtu btau bahan masak apa yang ada tu. Pahtu mintak instruction step by step la apa lagi. NOTA TANGAN : Cara ni agak berisiko tinggi untuk kantoi. Tapi kalau dah terdesak korang mesti jadi kreatif secara otomatik kan. Ehem.

masak sambil tepon nampak macam nampak dah pro kan? ;P

4) Kalau pergi pasar beli ayam seko tu, kompom kalau taktau masak, tak reti punya nak potong ayam. So mintak pakcik ayam tu potong kecik2 terus. Senang kerja. Kalau beli ikan, suruh siang kan sekali. Tapi yang bab siang ikan kat pasar tu, macam jarang orang buad. Tapi takpelah. Kalau takde orang pernah buad, korang buad dulu. Manatau jadi ikutan kan? Ehheh.

5) Kalau kat rumah dah ada semua tu. Macamana? Mintak tolong sesiapa dalam rumah tu buad. Cakap lah korang nak siang sayur ke. Ada nak potong bawang ke. Cakaplah kalau ada orang tolong sikit nanti lagi mudah kerja, lagi cepat siap. Takkan lah bakal mertua korang biar korang buad kerja sengsorang kat dapur kan? Belum jadi menantu lagi. So ada la chance korang kaver satu dua benda yang korang taktau.

6) Option terakhir. Ni untuk korang yang gelabah sangat takreti dah nak fikir macamana. Ngaku je lah tak reti masak. Senang. Nasib laa tu diorang terima ke tak. Dah kenyataan takreti masak kang mengaku masak kang kantoi taktahu masak lagi susah. Hihi. Bakal mertua takkan lah kejam sangat sampai sebab korang taktau masak je dah takmau terima korang jadi menantu. Dah terkena macamtu sila beringat lah. Tak pernah terlambat nak belajar memasak. Belajar lah lepas tu. Tau masak simple2 cukup lah asal boleh bagi lelaki korang makan bila dah kahwin nanti.

Benda2 ni semua aku tulis saje saje suka suka je. Macam idea gila aku rasa entry kali ni. Buad rehat mata korang baca benda santai kan. Hihi. Aku tak serius mana la buad tips mengarut camni kan. Tapi manatau one day berguna. Boleh lah amek serius sikit. HAHAHA tak rasa lawak pun sebenarnya.

Okdahbai.



1 comment:

abghani said...

tk tahu masak kena blajor...pening laki nanti klu bini tk tahu masak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...