Pages

Friday, August 26, 2011

Realiti In Relationship Yang Putus Dengan Mudah.


Menulis pasal relationship ni memang tak semudah yang disangka. Ini topik MAHAbesar buat sesetengah manusia yang baru mengenal cinta. Ini topik yang cukup universal. Banyak takrifan. Banyak definisi. Itu terpulang kepada siapa yang menulis atau memberikan pandangan. This is always an open topic. Relationship. Today, I will only write some portions of this MAHAbesar topic. Just a small portion from this.

Disclaimer : Penggunaan kata 'maha' kat sini cuma simbolisma penggunaan bahasa hyperbola. Kata penegas. Jangan sempitkan otak nak kata post aku ni hina Tuhan pulak sebab gunakan kata 'maha' ni pada relationship. Heh.

Takrifan apa pun yang ada ada tentang relationship, sila persetankan tu dulu. Ini cuma pemerhatian dan pengalaman serta pandangan aku terhadap satu sebab kenapa relationship mudah terjalin dan mudah putus macamtu je. 'Cinta' yang mudah ditanam, dibaja dan disemai, mudah diracun-rumpai dan mudah juga melakukan penanaman semula di kebun 'perasaan'. Oh mudahnya 'cinta'. Setakat macam 'berkebun' mengisi masa lapang ye? ;P

Ada manusia jenis begini. Relationship baginya macam sampul gula-gula. Bila belum terasa nak merasa kemanisan gula-gula, sampulnya cukup berharga. Buat pelindung. Buat penghindar semut dan lalat. Buat penjaga kemanisan gula-gula. Bila terasa nak makan gula-gula, sampul dibuka, ditenung sebentar. Diamati jika ada sisa manis gula-gula. Kemudian dijilat dan dibersihkan. Bila hilang manis, bila gula-gula habis, di ceruk longkang mana pula sampul yang konon berharga tadi dibuang? Waktu sampul dibuang pun, mata tidak sudi melihat. Dibuang, terus berlalu pergi tanpa sedikitpun riak wajah rasa bersalah sebab buang sampah merata-rata.

Cinta dan relationship bagi anda macamana? Semudah berkebun bunga? Segampang membuang sampah merata-rata? Cinta apa? Cinta yang layaknya diletak di bunga tapak selipar jepun?

Sedang kemaruk cinta, memang kelabu anak mata. Memang pekak telinga. Hati asyik guna lensa autofocus pada si dia seorang. Muka dia bangun tidur pun, ah cutenya! Muka selenger lepas gali tahi-tinja-shit hidung pun, alololo comelnya!. Bila dah bosan? Muka bangun pagi, eeeii selekehnya! Muka korek hidung yang dulu comel dah tinggal TAHI.

Waktu eager merasakan cuma dia seorang. Waktu eksaited kata dia lah The One. Waktu jakun sangat meyakini diri dah bersedia menyunting merembat hati si dia. Waktu ni semua akan dirasakan indah. Semuanya akan dipandang yang molek-molek sahaja. Waktu kemaruk cinta beruk monyet kata orang.

Seringkali kita bila membuat keputusan to be in a relationship, kita tak menimbangtara keputusan di atas dacing 'kewarasan akal'. Yang diambil kira hanya 'kotak perasaan'. Yang mahu dituruti hanya 'kemahuan'. Soal 'keperluan', ah letak je kat tepi dulu. Keputusan yang dibuad agak terburu-buru. Kenapa? Kerana bimbang si dia dikebas orang. Bila dah sure si dia juga berperasaan yang sama, apa lagi nak tunggu? Hati kata, aku mahu. aku mahu aku mahu! Bukan aku perlu, aku perlu, aku perlu! Bila dah dapat. Baru aku puas, baru aku puas, baru aku puas!. Bila suatu hari baru terasa yang in relationship tu cuma sebab waktu tu eksaited sekadar nak memiliki je, bukan benar-benar memerlukan pun, baru lah mata hati dan akal yang waras nak kata, baru aku sedar, baru aku sedar, baru aku sedar? *Erkk apakah pesen kemelalutan ini?

Ada sesetengah orang rasa cinta begitu indah waktu mula-mula je. Dah intermediate, mula rasa perasaan tu mendatar je. Climax dia jadi apa? Jumpa pintu 'keluar' lah. Exit door. Sebelum memulas tombol pintu, nak berpaling lambai tangan ucap selamat tinggal pun dah tak sudi.

Bila nak in relationship, fikirlah guna akal yang waras. Soal hati jangan diketepikan. Tapi jangan diutamakan. Utamakan akal yang duduk paling atas. Lepastu baru consider hati. Kotak perasaan ni kalau semua perkara nak letak kat atas kepala, takut tak stabil, kotak tu jatuh tersembam ke tanah. Rosak pula kotak tu nanti mula lah jari hantu tu dah gatal sangat rasa nak tuding salah kat orang lain. Ehheh.

Pertama sekali, tanya pada diri sendiri. Si dia benar-benar didamba? Bukan sekadar dimahukan, tapi nanti tak dipedulikan. Jika akal kata benar-benar mahu, dan dia memang perlu kerana anda yakin apa yang dirasakan itu cinta, maka keputusan di tangan anda. Mungkin aku ni kolot, tapi aku rasa in relationship tu benda serius. Sacred. Takboleh buad main. Sebab tu kena fikir betul-betul, ye? Sebab tu aku single lagi ni. Bhahaha tak masuk topik langsung. Buadlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Yang terbaik buad masa sekarang dan akan datang. Ingat lah, bila mahu, mestilah kena perlu. Benda kemahuan ni semua kengkadang nafsu je lebih. So bila mahu tu, mahu lah pada sesuatu yang jadi perlu.

Tu je lah setakat ni. Zhai jian.



5 comments:

intanurulfateha said...

i love ur entry :)

Anonymous said...

sangat betul.
emosi letak dikepala, alamatnya memang takkan pernah aman kepala tu. serabut memanjang. mungkin bila sudah tiba seru aku juga akan lepaskan title single ni.

Anonymous said...

Do you mind if ӏ quote a feω of your posts as
long as I ρrovide credit and sources bacκ to yοuг webpаge?
My blog is іn the exаct sаme area оf іnterest аs yours and my visitors would definitelу benefit frοm a lοt of the information you
prοvide here. Ρleаse let me know if this ok
with yοu. Thanks a lot!

Hеre is my web page: short hairstyles

Anonymous said...

This page talks about several effective ways through which you can get rid of skin tags.
An individual can develop anywhere from 1 to well
over 100 skin tags. You might notice some swelling in different parts of your body.


Here is my site ... getting rid of skin tags naturally

Anonymous said...

Hi there just wanted to give you a quick heads up. The words in
your content seem to be running off the screen in Chrome.
I'm not sure if this is a format issue or something to do with web browser compatibility but I figured I'd post to let you know.
The layout look great though! Hope you get the issue solved soon.
Many thanks

Also visit my site ... scott trade online ::
www.livedocumentation.de ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...