Pages

Showing posts with label Eszol. Show all posts
Showing posts with label Eszol. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Mitos Perempuan


Hari ini gua tak nak cakap banyak. Gua just nak share beberapa mitos mengenai perempuan yang gua tahu. Penting untuk kalian semua paham akan apa itu mitos sebelum mempercayai kesemua perkara yang tersenarai di bawah ini. Selamat membaca dan berfikir.

  • Ada mitos mengatakan bahawa perempuan yang kerap bercerita pasal pakwenya itu adalah perempuan yang bakal mendapat pakwe baru
  • Ada mitos mengatakan bahawa jikalau ex anda kapel dengan bestfriend sendiri adalah lebih baik anda kapel dengan ex kepada bestfriend anda
  • Ada mitos mengatakan bahawa perempuan yang lebat bulu tangannya itu adalah perempuan yang kuat nafsu syahwat
  • Ada mitos mengatakan bahawa perempuan yang tiada bulu ketiak itu adalah perempuan yang lemah nafsu syahwatnya
  • Ada mitos mengatakan bahawa perempuan yang puteri lilin itu sebenarnya perempuan yang takut akan bau ketiak sendiri
  • Ada mitos mengatakan bahawa perempuan yang berambut nipis itu amat emosi dan sukar mengawalnya
  • Ada mitos mengatakan bahawa perempuan yang tidak gemar memakai panties ketat adalah perempuan yang separuh sahaja keperempuanannya
  • Ada mitos mengatakan bahawa selagi perempuan itu belum mencapai usia 35 tahun dan masih belum berkahwin, dia tidak layak digelar andartu
  • Ada mitos yang mengatakan bahawa lelaki yang menggelikan seorang perempuan itu akan menjadi seorang lelaki yang disegani perempuan tersebut
  • Ada mitos mengatakan bahawa perempuan yang tidak mampu mencabut bulu ketiak sendiri adalah perempuan yang tidak mampu untuk melahirkan anak
raar


Wednesday, September 28, 2011

Perempuan Tipikal



"Typical girl..."
"Bapak tipikal sial perempuan macam tu"
"Boleh tak awak jangan jadi perempuan yang tipikal"

Berikut merupakan antara dialog-dialog ataupun lebih tepat lagi jenis-jenis cemuhan yang kebanyakkan gadis-gadis di luar sana amat membenci untuk mendengar. Sudah nama pun cemuhan, siapa yang suka dicemuh? Tetapi persoalan terbesar disini bukanlah mengenai jenis-jenis cemuhan yang disukai oleh para wanita tetapi lebih kepada persoalan kenapa wanita kurang gemar dipanggil sebagai tipikal? Adakah kerana menjadi tipikal itu bakal menjadikan mereka seolah-olah kurang menonjol? Ataupun menjadi tipikal itu bakal menyebabkan mereka mandul tujuh keturunan? Disini kita akan membincangkan mengapakah kaum wanita sensitif apabila dipanggil sebagai seorang wanita tipikal.

Maaf sekiranya penulisan kali ini kelihatan seperti karangan berformat perbincangan kerana tika dan saat ini aura serta suasana disekeliling penulis dipenuhi dengan aura pra-Penilaian Menengah Rendah yang bakal penulis duduki pada bulan hadapan. Diharap para pembaca yang sedang membaca sekarang ini dapatlah memanjatkan doa buat penulis agar dipermudahkan jalan untuk ditempuhi kerana liku-liku yang datang mengcengkam dan segala aral melintang seringkali mematahkan semangat penulis untuk meneruskan hidup di atas bumi yang fana ini. Semoga pembaca semua tidak lokek untuk mendoakan penulis. 

Marilah kita berbalik semula kepada punca kepada sensitiviti perempuan yang wujud dalam perbincangan ini. Tidak malu rasanya untuk saya mendakwa ramai perempuan di luar sana yang langsung tidak tahu maksud kepada perkataan "tipikal" berkenaan. Mungkin sekali akibat ketidakfahaman maka wujudlah kesensitiviti yang tidak bertempat apabila dipanggil seorang yang tipikal. Untuk menjimatkan masa saya untuk menelaah pelajaran, maka saya tidak akan menerangkan apa maksud "tipikal" tersebut. Maaf.

Berbalik kepada fitrah manusia itu sendiri, kebanyakkan manusia bercita-cita untuk cuba menjadi lain daripada yang lain agar tidak sama dan berbeza dengan kebanyakkan manusia. Semuanya seolah-olah mahu menjadi "the only person of its kind". Seperti mereka satu-satunya mereka dan tidak sama dengan manusia yang lain. Ya memang ironi apabila kebanyakkan mereka yang mahu menjadi si tunggal itu rata-ratanya mempunyai idola masing-masing. Tetapi untuk menjawab persoalan disini, perempuan enggan dan membenci dipanggil tipikal adalah kerana mereka tidak suka dikaitkan dengan sesuatu dan dipandang sedarjat serta sama seperti perempuan yang lain. Oh ya, dan mereka juga sukar menerima hakikat mengenai diri kecuali berkaitan dengan kecantikkan yang ada pada mereka.

Maka cukuplah sudah penyenaraian tiga isi penting mengenai punca mengapakah kaum perempuan sensitif apabila dipanggil sebagai seorang perempuan tipikal. Diharap para perempuan di luar sana tidak cepat melenting dan merajuk apabila dipanggil tipikal kerana respon yang sebaiknya apabila dipanggil seperti berkenaan adalah dengan bertanyakan kepada si pendakwa kenapa dan apakah yang membuatkan anda tampak tipikal. Saya akan menulis mengenai tipikaliti perempuan dan selanjutnya pada hari-hari yang mendatang. Sekian.

raar


Wednesday, July 6, 2011

Little Things You Can Do For Your Boyfriend


1. Blowjob.
2. Spend the whole night together in a hotel room.
3. Increase your boobs size.
4. Make sure he get all those things he needs in life.
5. A new girlfriend from Spain.

In case you do not have any sense of humour, all the things listed up there was a joke. Kalau tak kelakar aku mintak maaf sebab aku sememangnya tengah trying too hard nak menampakkan yang diri aku ni seorang yang kelakar. Pathetic am I. So let us move on to the the list of little things you can do for your boyfriend.

Notes
Ada tiket bas RapidKL? Kertas pembungkus coklat? Tisu KFC? Tuliskan kata-kata bermakna di permukaan kertas tersebut dan berikan kepada teman lelaki anda. Lebih manis jikalau anda mengambil dompet si dia dan menyelitkan nota tersebut di tempat menyimpan wang tanpa pengetahuan si dia. Semestinya si dia tersenyum gembira bila menyedari nota berkenaan. Ianya juga berguna untuk memastikan adakah teman lelaki anda curang apabila anda melihat nota tersebut sudah tiada di dalam dompet berkenaan.

Needs
Orang melayu pernah cakap, nak menang hati suami kena menangkan dulu perut beliau. Back to the basic needs of human, food. Same goes here. Cook and serve him. Buy him some boxer. Hadiahkan sebuah banglo ketika hari jadinya. Hal ini demikian kerana lelaki tend to ignore and forget his basic needs sepanjang hayatnya didunia. Termasuk juga tanggungjawab. Kalau tak pandai memasak tu, cukuplah sahaja bila berjumpa membelikan si dia coklat ataupun sekotak rokok mahupun sekarton kerana kadangkala rokok itu juga keperluan seorang lelaki. Sekali lagi, lawak tak jadi.

Nap
Tidur yang cukup itu merupakan awet muda. Bertuahlah bagi sang lelaki kalau mendapat teman wanita yang tidur awal serta menjaga kantung mata daripada timbul. Hal ini demikian kerana, lelaki ramai yang menghabiskan masa di waktu malam untuk menghiburkan diri. Aktiviti seperti futsal, bergebang, bong atau pun berdisko lebih sesuai dijalankan tanpa bebelan serta panggilan dan juga pesanan ringkas yang datang daripada teman wanita yang tidak tidur awal dan penyibuk. Maka lebih lapang pemikiran si dia dan lebih ceria jadinya hubungan kamu berdua. Tidak dilupakan juga aktiviti qiamulail dan ceramah politik.

3N di atas merupakan little things you can do for your boyfriend. Malu untuk saya jadikannya 4N kerana barangkali ianya mampu membawa kepada maksud yang lain pula. Diharap semua dapat memahami keadaan saya. Kiranya anda mahu tips big things you can do for your boyfriend pula, sila rujuk pada list di atas sekali. Sekian sahajalah tips saya untuk harini. Segala yang baik itu datangnya daripada tuhan dan yang buruk itu juga datangnya daripada tuhan tetapi dizahirkan kepada diri saya sendiri. Wabillah hitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Goodbye.

raar


Tuesday, June 21, 2011

Mengenali Perempuan Haid dari Pandangan Mata Lelaki


Sebagai seorang lelaki yang kadangkala banyak menghabiskan masa dengan golongan perempuan, aku banyak memerhati gaya hidup dan perangai serta kelakuan para wanita di depan mata aku. Aku bukan pervert atau dalam bahasa melayu disebut penyumbangleweng. Aku cuma memerhati, aku cuma mendalami. Sebab bagi aku, golongan perempuan adalah sangat kompleks dan memerlukan pemerhatian serta pemahaman dalam usaha untuk menterjemah mereka.

Emosi, perangai dan  keadaan fizikal adalah antara beberapa klasifikasi perkara yang aku berjaya perhatikan yang banyak berubah ketika wanita itu datang haid. Aku tidak mahu bercerita tentang apa keburukkan pada seseorang lelaki bila perempuan datang haid atau benda-benda lain. Harini aku cuma mahu bererita bagaimana mahu mengenali adakah perempuan itu datang haid atau tidak. Ilmu ini semua aku belajar sendiri daripada perempuan dan daripada pemerhatian aku. Diharap para manusia bervagina tidak ketawakan aku.

Emosi
Seperti kebanyakkan para lelaki sudah ketahui, emosi perempuan bila datang haid agak berlainan daripada ketika dia 'normal'. Banyak 'sentapan' yang berlaku. Banyak juga kata-kata kurang normal yang tiba-tiba sahaja keluar. Senang cerita perempuan masa datang haid lebih fragile dan cepat marah akibat ketidakkeselesaan yang berlaku di bahagian kemaluan mereka, akibat hormon, dan juga akibat kesakitan yang berlaku. Tapi bukan semua perempuan begini ya. Ada je yang coolio sepanjang masa.

Perangai
-Kerap ke tandas
-Kerap membetulkan cara duduk mereka akibat ketidakkeselesean
-Tampak malu-malu serta resah kerana gusar akan 'kebocoran' yang mungkin berlaku
-Tidak begitu cergas seperti kebiasaannya
-Selera makan lebih bertambah 
-Bermuka masam hampir setiap masa
-Bila melepak shopping complex dia tak join orang lain pergi surau
-Berkasut apabila kebiasaannya dia tidak berkasut
-Membawa beg kecil atau hanya pouch sedangkan selalunya membawa beg besar bertelekung

Fizikal
-Kuku panjang
-Ada pengilap kuku (cutex) di kukunya
-Muka bengis
-Bau perfume lebih kuat daripada kebiasaannya
-Memakai baju bergambar binatang
-Memakai seluar yang sangat ketat (mungkin sebab tak payah solat)
-Kening lebih berserabut
-Mekap lebih tebal kerana muka kurang seri dan tak perlu basuh ketika wudhuk
-Bulu ketiak nampak tidak bercukur

Sebab mengapa semua tu tersenarai? Aku malas nak cerita. Lelaki haruslah peka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku terhadap golongan perempuan tiap kali datang haid kerana ketika itu kebanyakkan perempuan perlu seseorang yang memahami mereka kerana datang haid itu penting kepada mereka. Ia simbol bahawa mereka normal dan subur dan tidak mengandung. Normal dan kesuburan itu pula amat penting buat lelaki. Jadi marilah kita lebih peka dan lebih mengambil berat mengenai golongan wanita disekeliling kita ya wahai kaum lelaki! Eh,blog perempuan ke ni? Alamak!!!

raar


Friday, June 3, 2011

Terbaru di 1001 Perempuan

Saya selaku satu-satunya penulis yang berjantina pelik daripada majoriti penulis di blog 1001Perempuan ini pada hari Jumaat yang mulia ini akan melancarkan email baru kami untuk sesiapa yang ingin berkongsi cerita, esei, sajak mahupun gambar atau apa-apa yang menarik untuk dijadikan sebuah entry di sini. Atau dalam bahasa lebih mudahnya, karya import. Email ini walaupun tidak sebaharu mana, tapi akan menjadi medium untuk para pembaca atau sesiapa untuk melunaskan impian untuk menulis dan berkongsi secara pukal. Anda tidak perlu gusar mengenai bayaran atau caj yang bakal dikenakan kerana servis ini bakal tidak dikenakan sebarang caj. Bertuah sungguh anda bukan.

Untuk makluman semua, saya juga akan melancarkan sesi soal jawab mengenai permasalahan perempuan dan apa-apa persoalan yang berputar-putar di dalam kotak fikiran anda semua. Soalan-soalan yang berunsurkan perihal perempuan dari kaca mata lelaki tetapi tidak berbentuk troll ataupun bakal mendatangkan fitnah akan dilayan dan dijawab dengan baik oleh saya selepas menerima kelulusan daripada penulis-penulis lain yang berjantina perempuan. Soalan-soalan yang berperihalkan tabiat lelaki yang anda tidak paham dan ingin tahu kemisterian disebalik tabiat dan perangai kaum adam bisa juga ditujukan kepada saya. Setakat Formspring tu nak gelak-gelak cerita pasal mitos warna bibir dan puting boleh la. Kalau email ni untuk mereka yang betul-betul serius.


1001perempuan@gmail.com


# Saya eszol, saya benci bisul dan tak reti bersiul
raar


Friday, May 27, 2011

Perempuan dan Kentut Vagina

Vaginal flatulence atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan sebuah keadaan dimana alat kemaluan yang sulit milik perempuan mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Kentut ini selalunya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj atau pun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.

Kentut vagina boleh disebabkan oleh lemahnya otot-otot disekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti. Jikalau kentut itu berbau yakni tidak odourless maka kemungkinan besar faraj tersebut sudah dijangkiti mikoorganisma yang menyebabkan penghasilan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Berbeza daripada kentut dubur, kentut vagina sepatutnya tidak berbau.

Kentut vagina boleh diatasi dengan;
  • Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar yang mampu membenarkan keluar masuk udara.
  • Mengamalkan senaman kegel ataupun senaman kemut untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit
  • Mencuci dan membersihkan alat sulit dengan baik dan pastikan ianya tidak selalu lembab dan juga amalkan pemakaian pantyliner kerana semua ini dapat mengelakkan jangkita mikroorganisma.

Kentut jenis ini masih dianggap normal walaupun ramai yang beranggapan kentut vagina hanya berlaku kepada sesiapa yang sudah kehilangan dara. Hal ini demikian kerana, pergerakkan kaki semasa berjalan ataupun ketika apa aktiviti sekali pun, ianya mampu memberi peluang untuk udara keluar masuk ke dalam faraj jikalau dinding dan saluran faraj berkenaan tidak begitu kuat. Justeru itu, janganlah anda beranggapan mereka yang mengalami kentut vagina ini sudah kehilangan dara kerana seperti organisma yang lain, setiap sedutan pasti akan ada hembusan.


Trivia 1: Kentut vagina ataupun terkenal dengan nama queef di America sudah menjadi sebuah culture dan simbolik kepada feminism. Saksikan ianya di sini.

Trivia 2: Sudut pandangan Islam mengenai kentut vagina.

Trivia 3: Senaman kegel juga sesuai untuk para lelaki yang mahukan tahan lama.

raar


Friday, May 20, 2011

Confidence Kills

Hi you alls. Nama ai eszol. Ai baru sahaja dijemput menjadi penganjing disini. Bau kedai lagi taw penganjing ni. Apakah itu penganjing. Jangan tanya ai. Ai usahkan tahu maksudnya, mengeja penganjing tu pun ai tak reti taw! Ai datang sini sebab nak mencapub je. Tahu capub tu apa? CariPublisiti. Nanti glamour mak dekat sini, mak belanja la korang semua gambar-gambar sexy mak. So, marilah kita get back to the topic.

Montok tak ai?
Gambar diatas merupakan gambar ai sewaktu muda remaja. Ai tahu ai punyai bentuk badan yang mengiurkan. Jangan salah paham taw you alls. Ini gambar ai waktu zaman sebelum Malaysia start revolusi memakai tichel. So jangan cakap mak ni ingkar arahan tuhan taw sebab pakai jeans tayang punggung macam ni. Mak masa tu jahil. And you guys tak perlu la nak puji shape ai pun okay. Ai tahu siapa diri ai. Tapi lately ai selalu nampak ramai sangat wanita-wanita di luar sana yang level confidence-nye berlipat-lipat kali ganda. Kalah mak tahu. Nak tahu kenapa ai cakap dorang macam tu? Sebab ini.


Jeans untuk mereka yang tidak perlu bernafas
Seluar kain lembut tayang buttcheek

Kemain betulkan dorang punya confidence. Mak nak challenge pun tak berani. Mana kan tidak, mak bila start lahirkan anak dua tiga orang ni terus insaf. Mana la mak nak pakai seluar ketat-ketat dah. Incik Asben marah la. Lagipun mak tahu kalau nak jadi macam dorang ni bukan setakat perlukan confidence berlipat kali ganda. Confidence itu juga perlu disemai bakti dengan sifat muka tebal dan telinga pekak demi mencapai kesejahteraan lestari dalam ber-fashion. Mak memang respect betul la dorang semua ini. Baka dorang ni memang terpelihara, istimewa dan hampir mustahil untuk pupus turun-temurun.

Actually mak dah rasa bosan dah nak cerita pasal pakaian ketat-ketat atau apa-apa yang menjolok mata ni. Cliche sangat dah bagi mak. Lagipun sebab mak rasa golongan yang takkan pupus ni pun ade satu lagi mukjizat yang tak ramai orang ada, kalis bala, kalis nasihat, kalis segala macam kalis lah yang ada. Tu pasal ada satu professor dari Zimbabwe pernah cakap, mereka yang berpakaian ketat-ketat mampu menjadikan diri mereka kalis peluru kerana pakaian yang ketat dapat mengelakkan penetrasi peluru ke dalam kulit kesan daya elastik pada pakaian tersebut. Kiranya mereka ni memang berbagai jenis kalis senang cerita. Tapi korang tak pelik ke macam mana orang Zimbabwe boleh cakap bahasa melayu? Persetankan mereka dan Professor Zimbabwe berkenaan.

Mak sebenarnya nak cerita pasal fashion. Almaklumlah, dulu kan mak bekas makeup artist. So, ilmu-ilmu fashion ade la jugak yang dah terbuku didada 36B mak ini. Tapi termelalut jauh pulak mak ni pergi. Malu mak taw!

Tapi korang semua tak nak tahu ke kenapa mak cakap "confidence kills" ? Mak pun kurang pasti sebenarnya kenapa mak cakap macam tu. Cuma yang mak tahu bila nak ber-fashion ni, first thing first korang kena ada adalah keyakinan diri. Kalau tak yakin janganlah kau berharap nak memakai apa-apa dengan penuh perasaan selesa dan bergaya. It may kill yourself, your dignity and also your love one. Cewah! terer tak mak speakong? Tapi satu jela mak nak pesan, buat semua benda biar bertempat. You alls kena ingat balik definasi zalim iaitu Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.



Dipetik daripada Twitter @eszolraar : Bila lemak lemak yang tepu dipadankan dgn seluar jeans yg ketat, anda tak perlu tanya mengenai selulit
raar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...