Friday, May 29, 2015

LELAKI

Assalamualaikum,

Yesterday, hubby and me decided to kopi-kopi tengah malam sebab boring sangat dengan rutin harian bangun pagi, kerja, balik rumah, makan, tido. Phew~

Nak dijadikan cerita, masa kat kedai kopi tu, lepas dah sip oredered coffe, aku rasa macam ada kurang. Ohh baru teringat selalu aku order vanilla latte buka cafe latte. Then aku pun suruh si suami tolong pergi add-on. Si suami suruh pergi sendiri. Mulalah aku tarik muka, merajuk. Perangai entah bila nak berubah. Kena tinggai baru tahu erti hidup agaknya aku ni. Last-last aku pergi sendiri sambil merajuk-merajuk. Si suami macam biasa akan pujuk dan akan cakap dia salah dia blah blah sebab dia tau si bini keras kepala taknak kalah. Then berlarutan sampai si suami terluahkan apa yang dia rasa sebenarnya sebagai lelaki.

Blaa . . . bla . . . bla . . . laki aku cakap panjang. Aku diam je sambil scroll-scroll phone.

Apa yang aku nak share kat sini, kita ni perempuan kadang-kadang terlalu insecure dengan suami dan trauma bila dengar macam-macam kes sampai kita tak sedar yang kita sedang menyakiti hati suami kita. Sekarang ni, feminism tu makin berluasa. Banyak status kat fb yang mana asyik menyalahkan lelaki, mempertikai fungi suami dsb seolah-olah kita perempuan ni, kalau boleh nak suami kita jadi 1 jenis sahaja yang sama dengan suami orang lain. Kita sedang ubah suami kita supaya jadi sesempurna Rasullullah.Kita terlampau taksub untuk ubah suami kita, sampai kite melupakan perasaan mereka. Buta dengan perkara yang dia dah lakukanuntuk kita yang mungkin pada kita kecik sebabnya kita mahukan yang lebih besar.

Bila aku dengar luahan hati suami aku semalam, aku jadi sedih, aku rasa berdosa sebab aku terlampau nak bela hak sebagai isteri sampai aku letak tepi pengorbanan suami. Wahai isteri sekalian, ya memang betul, tugas & tanggungjawab suami adalah untuk menyempurnakan kita, tapi apa salahnya kita turut bantu suami untuk memperelokkan rumahtangga sendiri? Kasihan si suami, banyak yang dipendam sebenarnya. Bersyukurlah dengan apa yang suami masing-masing sedang korbankan. Because we never know their struggle and what are they fighting inside them. Don't ever compare suami sendiri dengan suami orang lain. Hargai mereka untuk kita dihormati :)

Balik rumah nanti, peluk cium suami sendiri. Jangan lupa pakai seksi-seksi! Cheers.

Friday, May 8, 2015

WORKING HOUSEWIFE vs FULLTIME HOUSEWIFE

*Cuci desktop*

Asslamualaikum, lama sungguh blog ni sepi. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri dan banyak tanggungjawab lain yang perlu dilunaskan. Ada yang sedang bahagia dengan kehidupan realiti jadinya cebisan-cebisan dirinya yang lain sudah hilang. Ada jugak yang sedang struggle untuk sesuap nasi hingga terpaksa melupakan perkara lagha yang tak memberi apa-apa untuk makan.

Okay, where should I start? Sekarang ni semua dah dewasa kan? Bukan lagi belasan umur dan masing-masing dah kerja dan mungkin berkeluarga. Why not kita berbicara tentang kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja. Mana satu prioriti? Bagi yang baru tukar title sebagai isteri mesti tengah pening lagikan?

Culture shock gittuww.

Like seriously, bagi aku penat gilaaa dan lambat jugak nak adapt untuk uruskan hal kerja dan rumahtangga. Kau umpamakan bekerja lebih dari 12 jam. Okay, kita detailkan dengan lebih terperinci. Bangun seawal 5.30/6.00 am then mandi, kejut husband, prepare breakfast, siap-siap untuk kerja. 9.00-6.00 is waorking hours. Balik rumah, kemas sikit-sikit, masak, makan malam dengan suami, basuh baju/lipat baju, NAHH dah pukul 11.00 pm. Then Tidur untuk bangun seawal tadi dan rutin berulang seperti biasa. Sebab itulah eyebag makin menjadi-jadi hitamnya.


Macam mana nak handle situasi supaya sentiasa disenangi suami dan kita juga tidak tertekan?

Untuk aku, first sekali kita kena set mind yang situasi sekarang dah berubah. Ada tanggungjawab bertambah. Most of it, bila kita sayangkan suami kita, kita akan rasa ikhlas nak layan dia. Kita nak dia makan masakan kita. Kita nak dia rasa bertuahnya dia dapat kita. Prioriti. Sebagai isteri, prioriti pertama adalah suami. It's okay to going back from work on time. Tak salah untuk bekerja dan tak salah jadi workaholic tapi kena ada kesedaran yang above all of it, keluarga ada syurga kita.

Berterus terang. Ramai sangat isteri yang mengadu, suami bila balik ruma tak membantu. Sebenarnya silalah tanam dalam kepala tu yang lelaki ni lurus. Jangan banyak berkias untuk mintak tolong. Straight forward je bila nak mintak dia tolong buat kerja rumah. Tapi pastikan dengan suara lunak dan package goyang punggung sikit. Hee. InshaaAllah takda suami yang sanggup tengok isteri dia tunggang terbalik buat kerja rumah sengsorang. Sebagai ganjaran, rajin-rajinlah make up kat rumah dan berpakaian paling sexy yang boleh. Lagi galak diorang menolong. Hehe.

Paling utama sebenarnya adalah ikhlas. Bila kita ikhlas, semua yang kita buat akan rasa mudah dan seronok. Tapi, jangan risau bila ada masanya kita tak mampu nak sediakan yang terbaik. Kita semua manusia ada limitnya. Suami pun bukannya Firaun, mereka akan faham.

Okay, setakat ini je untuk kali ni. Bye~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...