Pages

Friday, December 23, 2011

Gemuk

Hello skinny babes yang perasan obese,

Aku tahu korang mesti dah rindu aku kan. Eh, tak maksud aku rindukan entri di 1001 Perempuan ni. Untuk memuaskan nafsu korang yang gersang entri dari blog nie so, just sit and read. 

[link] Kurus macam nie pun perempuan wajib nampak sikit lelemak dia yang kat mana-mana.

Today, aku nak cakap pasal gemuk. Why? Sebab benda alah nie memang dekat dengan diri aku. Reason, I am fat. Easy one babe. Terlebih berat and bertambah lemak. No offense oke, this is my opinion.

Tell me, perempuan mana yang tak pernah rasa diri dia gemuk? Ini soalan satu.


 Walaupun orang lain dah tengok dia leper macam papan plywood pun ada. Pinggang dah macam kerengga but dilayangkan pada smeua orang kau dah buncit. Sifat insecurity perempuan memang tinggi. Lebih-lebih lagi dengan orang sekeliling and diri sendiri. Perempuan ni sensitiviti dia tinggi sebab tu dia nampak segala cela *physically kat diri dia. Muffin tops kat pinggang, moustache halus atas bibir, tahi lalat dengan belakang, baby fats and all.

People, it is considered as a sin to say that a girl is FAT.
 In front of her, or at her back.

You know this, then better remember it okey. Tapi kalau puji diorang slim ke kurus ke takpe, lebih afdal kau guna suara yang nyaring time puji supaya orang sekitar turut sama memandang dan memuju gadis itu juga.  Any issues involving body weight is so sensitive to girls. Sama macam aku tergamam juga mahu menjawab bila suddenly kawan tanya; 

"Eh, berat badan kau berapa?"

"Err... Hrmm..50 kg kot"

Dan akhirnya pertanyaan itu dijawab dengan suasana yang agak awkward or aku tukar topik lain. Kikiki~
Tapi for half of us ada tendency untuk beritahu direct to the point yang berat diaorang -5kg.  Itu ilmu yang aku  dapat dari citer The Nanny. Eh?
Sebenarnya perempuan ni kan dia takut dianggap gemuk bila diberitahu berat badan yang sebenar. Lebih-lebih lagi dianggap gemuk oleh orang yang disukai mahu buat hati remuk redam dan selera makan bertambah. Maka, dengan itu lebih baik topik itu dibiarkan berlalu oleh gegirls sekalian.

[link] Yea, rakan sebaya yang selim melim dengan saiz 36 memang beri kita sedikit cabaran.

Rasa nak jadi makin kurus makin kecik, kalau boleh nak pakai saiz XS. From my observation, aku boleh kata yang half of it pengaruh dari media. Dalam majalah, kat tv semuanya menayangkan peha montok, pinggang ramping, dada mantap, no flabby arms. Eh? Then then,  dahla perempuan ni suke drama Korea, tengok pula heroin badan macam fuhhh! Pakai baju singkat fit to the body punya, sapa tak terpengaruh kan? Bagus juga if ada niat untuk kurus demi kesihatan yang lebih baik, if kite terbesaq sikit maybe nak jalan pun nafas termengah-mengah kalau naik tangga pegi kuliah yang kat puncak bukit tu, plus if nak jogging pun tak berdaya jauh-jauh yang 1km pun rasa macam 10km ye dak?

[link] But baby to be skinny like this, nahh. I reject this type of so-called thin.

Ada half antara kita sangat ambil berat pasal berat badan and shape dia yang dia rasa macam makin naik, terus dia diet gile-gile, daftar keahlian kat gim or ajak kengkawan pusing tasik kolej petang-petang. Semua tu effort untuk kurus or turunkan berat badan. Lain pula ceritanya untuk suri rumah kalau dah masanya kat rumah or perempuan yang bekerjaya. Mereka semua exercise dengan cara lain. Kalori dibakar apabila mereka bergerak ke sana sini melayan anak-anak kecik, membasuh baju, menyapu, memasak serta mengemas rumah. Siapa kata tak efektif? Kalau dia betul-betul mengemas baru rasa penatnya, peluh keluar bertalu-talu kau tahu. Tapi tapi lepas buat semua tu jangan lah hentam nasi berpinggan-pinggan ye adik kakak. Lebur macam tu saja la kalori yang dibakar tadi.

Tapi sekarang kan berbagai jenis minuman, ubat or operation yang ada sebagai option untuk menguruskan bada secara pantas. Ada yang mahal ada yang murah, serta memberi kesan dalam jangka masa yang singkat. Girls ! I warning you, kau nak kurus pun jangan terburu-buru. Tengok dulu bahan apa diaorang guna and testimoni pelanggan jangan pakai redah je sebab iklan kata

 "Dari 100kg kepada 50kg dalam masa seminggu! Guna dan saksikan perubahannya sendiri."

terus kau berlari ke kedai ye. Sanggup berhabis duit sebab nak kurus, jangan sampai berhabis nyawa sudahla ye. Duit melayang, tekanan peraasaan melanda semua takpe sanggup hanya untuk dapat title kurus. Betapa besarnya effect kurus dalam masayakarat sekarang. Tapi ada yang diet ke ke gim hanya separuh jalan SELALUNYA. Aku salute yang mahu kurus demi kesihatan mereka, untuk kehidupan yang lebih baik perhaps.

oh. Shape badan pun penting juga. Kalau boleh nak ada shape macam Rozita Che Wan ke Paris Hilton ke. Orang tengok pun fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh. Body dia, MANTAP!. Mungkin, mungkin sebab tu ada girls yang suka pakai baju yang fit sebab bagi emreka itu asset. Diaorang ada shape so why tak tunjuk kan? Maybe sebab lain adalah keselesaan sendiri. Well, who knows right? Everyone ada reason masing-masing. So people let's be confident tak kira kurus atau gemuk. Sebab confidence will attract people to you. Yes, I have been there and go through that. Oh yea, apa kau ingat aku yang bertubuh besar ni tada shape ? Ada lah!
[link] see? kau ada?

Dan yea bila seseorang perempuan tu nak kurus, mesti ada concrete reason behind it. Almost semuanya ada satu sebab yang sama. LELAKI. :) Demi nak menjaga mata lelaki tak kira suami or boyfriend, semua sanggup  berkorban. Untunglaa lelaki sekalian. tsk tsk. Come on people, what's your view about this topic?


10 comments:

miss clorox_xoxo said...

tak semestinya perlu kurus untuk lelaki... lebih baik kurus untuk jaga kesihatan diri.. :)

walaupun lelaki memang suka visual menarik :P

Anonymous said...

aku nak berisik..
bertahun2 aku mencube..
series-ly..
owg kate aku kurus sgt.. n i'm not hepi with it..
berisik sikit look nice...

Aisumi Chan Kawa'i said...

huii panjang berjela.. tapi suka topik nih.. pempuan memang xlari dari bab rasa insecure dalam diri.. walaupun kurus melidi.. huhuhu~

slalu ckp pd diri sndiri.. ehh~ saya tak gemuk.. saya tembam jer.. *bunyi dia chomel sket* :P hahaha~

Anonymous said...

sedih bila dengar dari mulut longkang lelaki cakap aku gemuk pastu gelakkan aku.. T.T hate them so muchhh..

Not Specified said...

Saya kecil dan kurus, tapi tak boleh membesar. hahaha.

Anonymous said...

kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.

cikpia said...

kadang2 bila berisi sikit nampak lebih 'sihat'. kurus sangat macam tak cukup zat jer.....

- si gemuk.

- elina - said...

kadang2 prmpuan body dah comel.
tp still kata gemuk.

heh

Anonymous said...

Meml lumrah....manusia suka pndng sesuatu yg cantik....

Anonymous said...

Berisi sikit tu maknanye sikit je bkn 100kg aka peti sejuk 2 pintu..50-50-50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...