Pages

Friday, December 30, 2011

"I Fall In Love With My Bestfriend."

Perspektif 1:
Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Hujahnya, lelaki dan perempuan bila bertambah rapat, maka akan timbullah di hati-hati mereka suatu perasaan lain. Perasaan cinta yang selayaknya tidak sesuai untuk dirasakan kepada seorang "kawan". Tiada istilah lelaki dan perempuan as bestfriends. Walau sikit pasti ada pernah menaruh perasaan.

Perspektif 2:
If you really got to understand what "friendship" really is, so kau punya niat adalah, "bersahabat", bukan "menaruh perasaan terhadap sahabat" itu. Siapa kata tiada istilah lelaki dan perempuan sebagai kawan baik? Many of them pernah berkawan baik dan remains as kawan baik walau sampai dah beranak-cucu. Of course you cannot be certain about feelings, but still, dalam dunia ni ada lelaki dan perempuan yang berkawan baik tanpa menaruh apa-apa perasaan. Who knows apa yang ada dalam hati? So kau tak boleh assume tiada lelaki dan perempuan yang berjaya menjadi kawan baik tanpa sebarang terbitan perasaan lain. Ehheh.

Well, what can I say is, literally, dalam dunia ni you will come through bunches of grapes this so-called case of "I Fall In Love With My Bestfriend" stuff.

Different people, different interpretation. Aku rasa based on what really happen in reality, many of bestfriends turn out to be "bestlover". Ini menggambarkan fenomena perspektif 1 adalah suatu perspektif yang banyak manusia pegang. Walau apa pun, aku masih tak menolak perspektif 2, sebabnya aku tak berani nak kata yang aku berasa PASTI, dalam dunia ni kawan baik berlainan jantina MESTI pernah SIMPAN perasaan antara satu sama lain. Sebab aku tak berupaya baca isi hati orang macam kau juga.

Sebenarnya, walaupun bukan kita punya upaya untuk tentukan pada siapa kita akan jatuh cinta, well kita masih punya upaya untuk "mindset" dan seal hati dan fikiran untuk tidak menyimpang dari niat sebenar untuk "berkawan baik" sahaja instead of keeping somekindof feelings yang berpotensi memberi mudarat pada persahabatan. Apa yang aku cuba sampaikan ialah; siapa je yang begitu PASTI untuk berkata, "aku tak mampu tepis perasaan ni" tanpa benar-benar berusaha menyeragamkan setting hati dan pemikirannya untuk "TIDAK" meneruskan perasaan itu jika ianya ada hadir dalam persahabatan? Suatu perasaan yang kita cukup perasan dan pasti ianya mendalam, belum tentu benar-benar dalam pun. Ya, macam kau kata lah, feelings tu abstrak dan rumit. Kalau kau mampu membuka pintu untuk perasaaan itu hadir, kau sudah tidak mampukah untuk membuka pintu sekali lagi untuk membiarkannya berlalu? Bila dah buka pintu, pasti boleh buka lagi jika ada daya dan usaha sebenarnya. In case kalau kau rasa perasaan itu sebenarnya tidak perlu hadir. Hihi.

Perasaan. Kadang-kadang bukan semua perasaan yang hadir tu sebenarnya perlu.
Mungkin ianya hadir atas dasar keliru.
Mungkin juga kerana kau rasa hati berseorangan dan kau rasa perlu seseorang untuk dicinta dan dirindu.
Bila hati dan rasa terisi, semuanya pergi seperti angin lalu.

Perasaan, mungkin juga hadir disebabkan kau tersilap tafsir layanan dia pada kau.
Bila kau dah tersedar, perasaan tu dengan segera hilang.
Perasaan. Siapa yang tahu?

Isu kawan baik lelaki dan perempuan yang pada masa yang sama juga sudah punya pacaran, aku tak rasa ada sebarang masalah di situ. Ya, kata dasarnya ialah "persahabatan". Kalau kau benar-benar faham apa sebenarnya persahabatan buat kau, surely, go on nak rapat tak berenggang macam belangkas pun kau punya hal.

In case, kawan baik tersebut tiba-tiba ada affair antara satu sama lain dan betray kekasih masing-masing, err well aku tak kata ia salah atau tak salah. Sebenarnya bergantung juga pada situasi.

Mungkin bersandarkan sebab kawan baik kau dah berpunya, jadi kau tak patut tak wajar nak ada perasaan kat dia. "Siapa yang mahu mencari kebahagian atas penderitaan orang lain?" Dan bila kau letakkan diri kau kat tempat si kekasih kawan baik tersebut, kau pun akan terluka sama dengan apa yang dia rasa. Jadi kau rasa ianya suatu yang salah untuk menyimpan perasaan pada kawan baik yang tersebut tadi. Masih juga pada aku lah, ianya menjadi salah bila kau fikir ianya salah, dan kau lakukan suatu perkara yang dianggap salah bagi orang lain juga. Tak salah jatuh hati pada kawan baik kau walaupun dia dah berpunya. Dengan kau yang selalu dengan dia, nampak sisi penyayang dan ambil berat dia, tak mustahil untuk hati kau terusik. Ianya menjadi salah kalau kau pula ada USAHA untuk dapatkan dia, dan pisahkan dia dengan orang yang sedang bersama dia. Yeah yang tu kalau kau buat, kau dikira pentingkan diri dan tak peduli perasaan orang lain.

Kalau cara kotor yang kau guna, lambat laun tahi juga yang kau dapat sebagai hasilnya nanti.

Lagipun, soal jodoh, hati dan perasaan ni susah juga nak cakap lebih-lebih. Jangankan kata kawan baik, suami/isteri orang pun kau sebat bila dah gila sangat berperasaan. Nak jatuh cinta pada kawan baik, pada aku perkara tipikal sangat lah. Ikut individu macamana cara nak handle perasaan tu. Satu je kau perlu tanya pada diri sendiri. Kau rasa perasaan tu perlu atau tak perlu ada sebenarnya? Kalau perlu, tinggal berusaha dan bertawakal lah lepastu apa pun perkara yang nak jadi. Kalau tak perlu, toksah sangat lah. Jangan dituruti sangat kemahuan tu. Takut bila dah tak mahu, ada yang menangis tak berlagu atau berlagu nada pilu. ;P

P/S: Entry ni kali ni aku rasa macam entry "selamat" je. Neutral. Hihi :3


9 comments:

nignagger said...

er.
nice post.
aku ada kawan baik,dia lelaki.
aku ade simpan perasaan pada dia.
aku rasa macam he's the other half of me.
so,tu cinta ke tak ye.?aku confused.

fatinshah said...

macam aku

Anonymous said...

nignagger: perasaan memerlukan terhadap kawan baik adalah sesuatu yang baik dalam persahabatan. :)

fatinshah: hihi.

Aujinz said...

Ahhhh.. dulu pernah lalui..huhuhu

phyca antares said...
This comment has been removed by the author.
phyca antares said...

aku lebih berkawan baik dengan pendapat tentang, lelaki dan perempuan perlu menjadi sahabat sebelum mereka boleh menggelarkan diri mereka kekasih. sebab, kasih sayang itu sendiri salah satu nilai yang perlu ada dalam persahabatan. atau dalam erti kata lain, setiap kekasih adalah sahabat.tak akan wujud persahabatan andai antara dua jiwa manusia tiada kasih sayang. atau mungkin kamu selesa bersahabat dengan orang yang kamu benci?

selamat pagi, cantik.. :)

Eyka said...

pernh taruh harpn dgn lelaki yg di gelar kawn..in the same time eyka dah kapel..and bila eyka sunyi dy ade selalu untuk eyka...and it can make me be love him than my bf..but i confuse and say love to him..and he also love me..and it make me confius giler2..then he gone and never say godbye..

it hurt when been ignored because of the confused of the feeling of self -.-

Unknown said...

cun la potty!
does ths based on ur experience dear? hehe..
sometimes I have a feeling like dat too.. but I have to think and think more deeply before I conclude it.. :)
thanks for the sharing..really LOVE it dear~ ^^,

Shafa Eman said...

Aku ada je kawan yang purely platonik. Kawan dah 10 tahun pun. Dia dan aku tak pernah ada perasaan towards each other. Pada aku, aku terlalu sayangkan dia dan aku tak sanggup nak rosakkan friendship kami dengan hubungan cinta palsu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...