Pages

Wednesday, June 27, 2012

Sexual Harassment.


Sexual harassment adalah suatu situasi yang rata-rata wanita akan berasa insecure mengenai keselamatan diri. To be honest, rata-rata wanita yang menghadapi situasi seumpama ini kebanyakannya bakal berasa tidak selamat dan takut. Suatu perasaan yang sebenarnya memberi advantage kepada pihak penyerang.

Selak majalah wanita, menaip kata kunci ‘how to deal with sexual harassment’ di papan kekunci computer riba, jawapan hampir serupa. Begitu dan begini seperti yang awal lagi aku sangka. Kiranya sexual harassment itu hanya tertuju menjadikan wanita sebagai subjek mangsa dan lelaki sebagai penyerangnya.


Ada tanda tanya besar sekali di atas kepala,
“Lelaki yang ketagihan seks sebenarnya tidakkah dia sedang mengalami sexual harassment juga?”

Bagi aku, lelaki ketagihan seks sebenarnya walau luarannya kelihatan dia menikmati perlakuan itu, ada waktu dan ketikanya dia turut terketar duduk di suatu sudut dan menyesali perlakuannya. Maksud aku disini, nikmat seksual yang tersalur bukan pada jalannya itu berkadaran sebentar. Penyesalannya itu yang terasa lama dari nikmat yang pernah dirasa.

Ketagihan seks sebenarnya bukanlah bererti nafsunya hanya terlampias dengan melakukan hubungan kelamin. Ketagihan seks bermula dengan ketagihan yang dianggap kecil-kecil dahaja seperti ketagihan menonton filem lucah, melakukan masturbasi sendirian. Namun jika tak terbendung, barulah perlakuan kelamin secara rela atau dipaksa akan berlaku.



Aku pernah bertanyakan seorang kenalan rapat berjantina lelaki. “Mampukah perasaan berahi terhadap wanita bertukar kepada perasaan hormat dan sayang?”. Berkerut juga dahinya. Jawapan yang diberikan, “Entahlah. Tak pernah ada dalam situasi itu.”.

Aku ingin mengketengahkan isu yang jarang mungkin buat wanita untuk menganalisa. Sebut sahaja lelaki ketagih seks, wanita pasti terlebih dahulu menjauhkan diri. Mulai berasa benteng keselamatan diri sudah goyah. Lelaki tadi sudah terlebih dahulu dicop “pervert”.

Bagi aku, lelaki seperti ini, instead of looking at him as a threat, aku lebih selesa memandangnya sebagai seorang insan yang sedang dirundung masalah. Seperti ketagihan rokok, ketagihan untuk berbelanja sakan. Apa jua jenis ketagihan. Maka dengan itu, dari perspektif aku, tidak adil golongan seperti ini disisihkan oleh wanita. Aku tahu pandangan aku bakal mengundang pelbagai reaksi. Seperti yang kalian mengerti, setiap manusia itu berhak mengekspresikan persepsi. Jadi kali ini, ini ekspresi aku.

Lelaki ketagihan seks lebih dilihat sebagai ancaman. Mengapa? Soalan itu tidak patut terbit aku tahu. Kerana mahkota kita yang satu adalah berpotensi tinggi untuk direnggut ‘jantan tak guna’ seperti golongan ini. Keselamatan kita adalah ditahap paling berbahaya disisi ‘penyangak’ seperti ini. Yang satu itu jika gagal dipelihara, aku tahu kesannya sampai bila-bila. Kacaunya emosi wanita itu tidak berpenghujung. Wanita yang asalnya gemar tersenyum bahagia bisa selamanya murung.

Walau apa jua sebabnya wanita mudah berpandangan negatif kepada lelaki bermasalah seperti ini, aku masih berasa ketidakadilan berlaku kepada mereka. Mereka yang ketagih seks ini sebenarnya berasa terbeban dengan ketagihan.

Cuba kalian tanya kepada perokok tegar,

“Eh tahu tak merokok tu bahaya?”
Jawapannya “Ya.”
“Kau takde terfikir nak berhenti ke?”
Jawapannya “Ada juga.”

Tapi selain bertanya, adakah kita berfikir dari sudut sisi mereka pula sebenarnya? Bukankah selayaknya kita cuba berada di tempat mereka pula? Sebelum timbulnya benci. Sebelum timbulnya sakit hati. Adakah pertanyaan itu cuma sekadar memakai tanda soal di kepala dan kemudiannya sekadar menjadi noktah begitu sahaja setelah tanda soal itu punyai jawapan?

Lelaki ketagihan seks sebenarnya tahu ketagihan itu berbahaya. Mereka juga sedia maklum yang ianya harus dihentikan. Tetapi seperti ketagihan rokok, ketagihan itu bukan isunya. Tapi bagaimana mengatasi ketagihan itu adalah isu sebenarnya.

Bagaimana jika lelaki yang bermasalah ketagihan seks adalah teman yang rapat?


Seharusnya jika ada wanita yang berdepan dengan teman rapat lelaki yang ketagihan seks, adalah penting buat wanita itu untuk tidak menunjukkan sebarang eskpresi panik atau perasaan takut. Adanya perasaan seperti ini, salah satunya, akan mengundang kelebihan di pihak dia. Secara tidak langsung, hijab yang menutup lemahnya wanita itu sudah terbuka. Bisa membuatkan lelaki itu berasa "Ini peluangnya!". 

Keduanya,  dia yang sudah dianggap teman rapat itu perlu dibimbing langkahnya. Cuba sesekali menghantar pesanan ringkas dan mengingatkannya, memberi kata-kata semangat. Jika bimbang keselamtan diri, elakkan dari berdua. Atau tidak perlu berjumpa lagi buat sementara waktu sehingga dia sudah pulih. Yang paling penting sebenarnya, jangan handle perkara tersebut sendirian. Yakinkan dia untuk berjumpa pakar terapi dan kaunseling. Pada masa yang sama, tunjukkan sokongan moral kepadanya. Insya Allah, dia bisa melihat kita sebagai teman setia yang ada pada waktu apa pun, bukan lagi melihat kita sebagai alat melepaskan ketagihan jika kena caranya.

:)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...