Thursday, March 22, 2012

Isteri Aku Cantik, Tapi Aku Cari Lain.

Wanita waktu waktu sekarang ni ramainya yang kuat menyalak daripada yang lebih senang untuk diam dan senyum comel menampakkan barisan gigi rata. Istilah 'menyalak' well bukan nak apply nak samakan macam salakan anjing. Anjing menyalak orang kata setakat rasa annoyed mendengar ketinggian desibel salakan tersebut. Tidak pula rasanya hati akan baran marahkan anjing yang menyalak disebabkan kita rasa tersinggung dengan apa yang disalaknya. Maksud aku, kita tak faham apakejadah haromm yang kita dengar. 


Kalau lelaki hebat bermain pedang, wanita hebat bermain dengan lidahnya.


Bila suami keluar rumah, mula menyalak suami keluar cari perempuan lain.
Bila suami tak lekat di rumah, mula menuduh suami 'makan luar'.

Masa bercinta bukan main kau bercantik-cantik dah macam kereta berhias pun ada.
Bila dah ada suami, baju capuk dah macam peta dunia pun tak apa.

"Dah ada suami, buat apa nak bercantik-cantik lagi? dah ada yang punya."
"Alahaii suami aku je pun. Bukan orang lain."
"Alahh dekat rumah je pun. Pakai simple-simple aje sudah lah. Bukan ada orang nak tengok pun?"

Dialog-dialog rekaan-seakan-akan-pernah-berlaku ni aku panggil sebagai mentaliti.

Tipikal tak tipikal, aku rasa memang tipikal benda ni berlaku kat dunia nyata.

Aku kira memang janggal pada mata masyarakat kalau tiba-tiba Puan Aminah rumah sebelah cantik bukan main kat rumah, wangi dia dah macam kebun bunga. Tapi bila keluar rumah, hemphhh. Baju takde kaler lain selain hitam atau putih. Paling-paling kalau ada warna lain, alah setakat warna kelabu sikit, tapi masih iras-iras warna basic juga. Keluar pun pakai baju yang sama. 


"Apa lah Puan Aminah rumah sebelah ni, patutnya bila dah kahwin maintain lah sikit appearance tu macam anak dara. Orang kata, dah kahwin pun still mantopp! Baru lah suami sayang. Ada ke keluar rumah selekeh-selekeh je macamtu?"

Ni la dia. dah takde kerja lain agaknya dari sibuk mengumpat orang. Nak jadi penganalisa fesyen bini orang, kau dah kenapa? Bini orang cantik kau umpat, bini orang selekeh lagi lah kau sampai berbuih mulut mengata.

Ni nak habaq mai ni, mantop tak mantop, bukan atas mata manusia lain. biar le nak mantop depan suami je. Eh bukan kalau dah jadi isteri memang kena buat sesuatu atas hak suami je ke? Kenapa sekarang bila dah kahwin, jadi terbalik pula? Kena cantik depan orang, depan suami macam belacan kering pun tak apa?


Kalau dah kahwin, buat macam Puan Aminah, barulah suami sayang. Depan suami berhias. Depan masyarakat, sengaja berpakaian berpenampilan kurang menarik baru lah mata-mata orang lain tak terjuling-juling eksaited nak menjamu pandangan kat satu badan. Dari situ, dia dah jaga satu hak suami dia yang ada pada dia.

Selekeh-selekeh tu bukan bermakna perlu serabut-serabai bila keluar rumah. Cukup lah berpenampilan biasa je daripada orang lain. Agak-agak penampilan tu takkan menarik perhatian, okay dah. Tak perlu rasanya  sampai nak berguling atas lumpur supaya nampak comot tak menarik. Err melampau sangat kot aku rasa?

Hakikat sekarang ni, kat rumah berserabut-serabai, nak keluar snaggup berjam-jam bersiap supaya nampak cantik. Mungkin kita fikir suami tak kisah. Lagipun suami dah cukup baik, takkanlah sanggup 'makan luar' kan.


Lelaki, they won't easily keep their mouth open untuk beritahu isteri what they want what they dont. Asyik-asyik wanita nak highlight 'what women want". Sesekali, kau kena consider "what men want" pula. Lelaki pun naik bosan juga asyik-asyik kena jaga hak wanita, hak diorang kau pula buat-buat amnesia. Lelaki, macam perempuan fikir, nak isteri paham-paham sendiri. Awak tu dah jadi isteri saya, awak kena sedar tanggungjawab awak tu pada siapa. They'll assume diorang dah takpayah nak bagi introduction apa hak suami apa tugas isteri.

Bila suami dah mula jarang-jarang nak duduk kat rumah.
Bila suami dah mula kurang minat nak menghadap kita.
Mungkin juga tu suatu petanda.

Bila hati suami dah jadi biskut tawar, jangan pula hati kau ikut kering macam ikan masin.
Bila hati dia dah jadi biskut tawar, apa salahnya kalau kau jadi secawan teh-o buat pencicahnya?
Apa lah ruginya kalau kau pula jadi gula manisnya?

As for my own opinion, takperlu takut masyarakat kata kita buang tebiat berhias kat rumah. Yang kita perlu takut, apa suami rasa bila kita sibuk berhias kat luar, tapi depan dia kita buat dia macam tunggul kayu takde reseptor rasa.

Kalau suami cari lain, itu bukan totally salah dia. Mungkin kau akan kata, instead of pergi tambah kouta, suami perlu didik isteri. Kalau isteri ada khilaf, suami perlu mainkan peranan nasihat isteri. Tapi kalau dah suami rasanya dah buat segala yang dia patut buat, nasihat dah, kau yang taknak dengar. Didik dah, kau yang taknak ikut. What to do? Kouta ada, mampu pula. Kenapa dibiar kosong? Bila hak suami sudah tak terjaga, hati dan perasaan dia kau lamung-lambung je macam bola, eloklah rasanya dia pergi cari lain yang lebih tahu menghargai dia.

Penulis 1001P takde lagi yang dah berkahwin aku rasa. Jadi mungkinlah aku ni pun setakat 'menyalak' je lebih macam tau je hakikat orang dah bersuami. Kalau memang betul pun entry ni setakat salakan tak bermakna apa-apa, aku harap entry ni ada buat perempuan luar sana sedar diri sikit hakikat kejadian kita ni macamana. ;P


6 comments:

Comek said...

Lelaki hebat bermain pedang? :3

yong said...

sbg lelaki yg tak kawen lg,aku pun `menyalak` tanda setuju. hehe

Anonymous said...

wei tutp je la blog korang ni...

Anonymous said...

merepek punya entry. buang masa membacanya. Penulisan ayat x kemas isinya merapu

laskar pelangi said...

betul tu weh. ramai je sekarang ni yang berhias bagai kat luar.kat rumah selekeh je depan suami.

Anonymous said...

pendapat aku, isteri kena cantik kat umah dan diluar umah! Kat umah kena cantik sbb suami nak tgk. Kat luar kena cantik sbb wanita kan bekerjaya. Mesti nak jaga image. Kang jumpa opis mate, boss ke client ke malu la plak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...