Pages

Tuesday, February 21, 2012

Kuasa Wanita!

Tiap kali purnama mengecilkan diri menyorok di balik sosok sosok awan gemala, imaginasi aku menerawang ke negara Astonia. Daripada menara empat tinggi sekata, aku duduk memperhati dengan ralit setiap jajahan disebalik tirai kaca. Di suatu sudut rumah berbumbungkan atmosfera, aku terpana melihatkan bidadari atas awan melabuhkan diri di atas pembaringan.

Aku merasakan suatu yang berbeza. Gumpalan darah yang manusia di bumi tua khabarkan sebagai hati, sepertinya sedang bergusti bersama sangkar tulang rusuk kiri yang kekurangan intipati. Prak! Prak! Prak! Sangkar terbuka. Hati mengeluarkan sayap bercabang lapan dan terus terbang. Terbang menuju ke kau. Ah siapa kau punya nama pun aku belum sempat berkenalan. Aku pejam mata. Aku bayangkan aku juga punya sayap. Puff! Keluar sayap bercabang empat. Kenapa empat tetapi tidak lapan seperti sayap yang hati punya? Ah aku tidak punya masa untuk bertanya. Aku perlu kejar hati! Aku terbang menelusuri atmosfera berbingkai simetri. Peh cemana hati itu bisa menyamai kelajuan cahaya? Ouh mungkin kerana hati mempunyai sayap bercabang lapan. 

Nah, hati menembusi tirai kaca kau punya dengan mudah. Aku syak hati guna ilmu hitam. Aku yakin aku juga boleh. Aku terbang undur kebelakang. Mengambil jarak untuk lajakan menembusi tirai kaca kau punya. Zaaaap! Pap! Aku melekat seperti serangga yang gembira mengejar cahaya kebahagiaan sedangkan dia tidak tahu bahawa itu cahaya lampu kenderaan. Ah sudah dahi aku merah. Pelanggaran yang kuat menyebabkan kau terpisat pisat menggosok mata. Tersedar daripada lamunan mimpi yang entah sempat atau tidak kau bina. Peh punya comel dah serupa Izara Aishah! Aku ternampak tulisan -LADY DIY- di sudut atas kiri kebaya moden putih yang kau pakai. Cikgukah siap ada name tag? Urban betei kerajaan bidadari pun ada jawatan cikgu. Kau terpandang aku, aku memandang kau. Kau terkejut. Aku buat buat cool. Seraya dengan itu kau mengeluarkan tongkat berbucu lima. Peh betul kau bidadari rupanya. Aku terkesima. Kau goyang goyangkan tongkat yang kau punya. Aku terpana. Hanya melihatkan adegan seperti drama dengan mata yang bercahaya. 

Blink! Asap berkepul. Aku kibas kibas menggunakan sayap. Eh sayap dah tak ada? Hasil pembalikan imej menerusi tirai kaca yang kau punya, aku melihat sesuatu yang aneh. Kenapa aku berwarna hijau? Kenapa lidah aku panjang? Kenapa aku menggerutu? Ah sudah! Kau sumpah aku menjadi katak? Kau mana faham bahasa katak. Macam mana kau nak faham bahawa aku cuma nak khabarkan yang hati aku sudah terbang kepada kau? Ong! Ong! Ong! Seraya itu juga hati mengeletekkan dirinya sendiri disebalik rambut ikal mayang yang kau punya. Lucu dengan kejadian aku mungkin. Aku bersuara dalam minda sebab aku dah tak boleh bersuara dalam hati lagi. Kan hati dah pergi kepada kau, bidadari. "Jaga hati aku baik baik!". Dalam bahasa katak lah tapinya.



*** 

kahkahkah. Macam faking pun ada jugak aku rasa apa yang aku up nie. Tapi nampak kan kuasa wanita tu? Bidadari itu wanita jugak.


5 comments:

Zoul said...

Entri paling panas dekat blog 1001 Perempuan adalah entri Kentut Vagina yang ditulis oleh Eszol, seorang lelaki.

Kuasa lelaki. kahkahkah!

Anonymous said...

Zoul: kentut vagina kau hado? Kahkahkah itulah kuasa wanita ;p~ -rincatherine-

Anonymous said...

negara Astonia wujud ke? negara Estonia aku tau la...

Mus said...

aku main baca je, tapi tak dapat nak grab point sebenarnya..

Anonymous said...

wei bile nak update entri baru ni...dah berjanggut aku tunggu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...