Pages

Tuesday, February 14, 2012

*Perempuan dan Alat Menadah Haid


Perempuan adalah makhluk yang sangat unik kerana walaupun mengalami "pendarahan" selama seminggu setiap bulan, mereka masih boleh hidup dengan baik dan tak mati kering. 

Darah haid - ia mengandungi sel-sel mati dan lendir-lendiran. Untuk menghalang darah haid terkena pakaian atau mencemarkan sesuatu tempat, sofa atau karpet bulu-bulu misalnya, perempuan zaman dulu menggunakan tuala atau kain yang boleh dicuci dan digunakan semula. Menurut buku sejarah peradaban wanita yang pernah saya baca, tuala wanita pakai buang yang pertama dicipta pada tahun 1890 di Jerman. Tapi hanya menjelang 1927 baru tuala wanita pakai buang diperkenalkan secara komersial diikuti dengan tampon pada tahun 1933.

Tuala wanita sentiasa mengalami pelbagai perubahan dan tuala wanita berpelekat pertama ada di pasaran pada 1970. Penyelidikan tentang "cawan" penadah haid bermula pada 1960-an. 

Perempuan sentiasa bimbang dengan bau darah haid. Aktiviti bakteria faraj terhadap elemen darah yang mengandungi sel-sel mati dan lendir-lendiran menyebabkan bau yang hanyir dan kurang enak. Namun ia adalah perkara normal. Justeru itu, tidak kira la seteliti mana pun seorang perempuan itu menjaga kebersihan diri, bau darah tetap ada. Lelaki tidak perlu khuatir kerana bau haid tidak akan membunuh anda. Namun demi menjaga hubungan baik sesama makhluk Tuhan, ia dapat diatasi dengan penggunaan tuala wanita yang ada haruman tertentu. Haruman Lavender misalnya.

Antara masalah yang kerap dialami apabila menggunakan tuala wanita adalah kebocoran. Kebocoran akan menghilangkan rasa keyakinan diri seseorang perempuan. Juga ianya memalukan jika benar-benar terjadi di khalayak ramai. Bagi perempuan yang mempunyai kulit sensitif pula, masalah kegatalan akan berlaku. 

Orang perempuan akan menggelakkan diri dari terbabit dengan kegiatan aktif ketika haid. Berenang misalnya.  Maka dengan itu, tampon pula digunakan sebagai alternatif. Tuala wanita dan tampon direka untuk menyerap darah haid. Perbezaannya adalah kedudukan ketika ia digunakan. Tuala wanita diletakkan secara memanjang dari depan ke belakang pada permukaan panties manakala tampon pula disumbat masuk ke dalam vagina. 

Keburukan menggunakan tampon ialah ia mungkin "hilang" di dalam saluran faraj dan terpaksa mendapatkan bantuan pakar perbidanan untuk mengeluarkannya. Jika digunakan terlalu lama, ia mungkin menyebabkan sindrom kejutan toksik akibat aktiviti bakteria pada darah haid. Silap haribulan boleh membawa maut kerana jangkitan kuman.



Sekarang ini, kita orang perempuan ada alternatif baru. Sejenis alat yang dipanggil cawan penadah haid atau lebih dikenali sebagai menstrual cup telah dicipta di Amerika. Ini berikutan perempuan Amerika yang paling banyak mengalami sindrom kejutan toksik akibat penggunaan tampon. Untuk perempuan Asia, memang agak kurang berlaku sindrom tersebut kerana perempuan Asia lebih memilih untuk menggunakan tuala wanita kerana ia lebih mudah dan sesuai dengan situasi agama dan kehendak orang Asia. Tapi tidak bermakna tuala wanita pakai buang tidak menyebabkan sindrom kejutan toksik tahu! Ianya juga boleh berlaku. 

Menurut sumber yang boleh dipercayai, menstrual cup ini sangat baik untuk kesihatan selain dapat menjimatkan kos membeli tampon atau tuala wanita pakai buang dan juga ia lebih mesra alam. 

Sebiji menstrual cup boleh digunakan sehingga 10 tahun. Secara purata, seorang perempuan akan menggunakan 11,000 tampon atau tuala wanita dalam hidup mereka yang akan berakhir di tapak pelupusan sampah. 

Menstrual cup ini direka untuk "menadah" aliran darah haid dan bukannya "menyerap". Caranya dengan memasukkannya ke belakang tulang pubik (tulang di hadapan pelvis) melalui faraj. Jadi, kebarangkalian untuk terkena jangkitan penyakit dan kegatalan pada vagina dan alahan tidak akan timbul. Ia dikatakan lembut kerana diperbuat daripada bahan seperti latex, silicone atau  thermoplastic elastromer (TPE). Material yang lebih mesra kulit.



Oleh kerana ia dimasukkan dan diletakkan di belakang tulang pubik, masalah kebocoran, bau dan kebimbangan "hilang" tidak akan berlaku kerana alat ini mempunyai gelang boleh lentur yang membuatkan ia terletak sempurna di belakang tulang pubik. 

Walaubagaimanapun, alat ini tidak disarankan untuk perempuan yang menggunakan alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUD) kerana ia boleh menyebabkan IUD terkeluar. Begitu juga pada perempuan yang baru bersalin, keguguran atau baru menjalani pembedahan yang berkaitan masalah keperempuanan. 

Namun, bagi kita sebagai perempuan melayu Islam, perlu kot mendapatkan nasihat pada yang pakar sebelum mulai memakai menstrual cup ini. Tapi dari sudut kebersihan, kesihatan, dan penjimatan, saya teruja sekali untuk mencubanya. 

Ahaks ;) 




11 comments:

Shila said...

tulang pubik...?

catherine- said...

yer missSenget. ia terletak sebelah dalam. tgk gmbrajah sy dh letak. ngee~

~* chirpy_chummy *~ said...

tgok gambar pn nampak mcm mengilukan. adeii.. :/

~nazaku~ said...

ngiluuuuuuuu.............
yaikssssssssss..

sybill said...

wow, this is good information. macam ni lah baru nak baca 1001 perempuan.

hafizah said...

wanita yg blm brkwin pon blh pkai ke?

Anonymous said...

Macam mn nak dptknnya yer...?

Unknown said...

Sy pun br nk beli,guna utk mandi laut atau kolam...Sy dh search kt u tube cara guna n effect dia,mmg byk kebaikan dr tampon..Cuma agak susah sikitt klu x biasa,tp ini dpt menjimatkan duit n menjaga kebersihan sekitar sb kekadang ade perempuan jenis suka buang tanpa cuci..Yg ni x perlu buang tp hanya cuci n blh pakai semula,cuma perlu pastikan persekitaran yg bersih..Sesuai utk dua jenis golongan,iaitu s utk blm beanak n 25 bwh,L utk dh bersalin atau 25 ke atas..

Unknown said...

Hanya utk wanita yg sdh pernah melakukan hubungan intam..kerana dinding dara sdh koyak..

Unknown said...

Alamat dia ade jual d bangsar village..clocth diaper&baby carrier s bangsar village 23/f(3f-1d)bangsar village 2..tell no 0322820314 10am to 8pm..tu je sy tau melalui web dia

Unknown said...

Alamat dia ade jual d bangsar village..clocth diaper&baby carrier s bangsar village 23/f(3f-1d)bangsar village 2..tell no 0322820314 10am to 8pm..tu je sy tau melalui web dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...