Hey Girls. watcha doing? Kehkeh. Geli tak geli tak? Alahai, macam biasa aku lemah betei tang nak bermukadimah bagai ni. Lets proceed to the topic jelah ye? *wink*
Sekarang ni, musim kahwil awal dah melanda pelusuk minda dan hati remaja-remaja Malaysia ni. Semua pakat nak kahwin awal dengan cara nikah khitbah. Aku pun tak terkecuali. *facepalm* Aku pun pernah satu masa tu tergedik-gedik sangat ajak si dia berkhitbah. Aku asyik nampak jalan yang bakal dipijak tu indah-indah belaka. Almaklumlah, dah tabur pasir dalam periuk nasi si setan.
Tapi lepas tengok satu drama TV3 ni, Dingin Lavenda. Korang tengok tak? Ala, setiap jumaat pukul9 malam kut. Aku bukanlah gemar beno tengok tv ni. Tapi haritu tertengok. Hehe. Ada satu dialog ni yang buat aku berfikir. Si pelakon ni suruh si pelakon lagi satu ni fikir dari sudut negatif dulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Supaya bila dah menghadapi nanti, ada jalan untuk menongkahnya.
Faham tak apa aku tulis atas tu? Bagi yang tak faham, sini aku jelaskan lagi dengan menggunakan topik hari ni sebagai contoh. Okay, kau nak berkhitbah, tapi parent kau takah bagi. Rasanya kenapa? Sebab parent kita tahu apa yang kurangnya kita. Lagipun, kehidupan lepas kahwin ni mencabar. Bukan macam couple yang boleh nak break, sambung bagai.
Sebagai perempuan, kita ada hak untuk memilih bakal suami. Korang pasti ke bakal suami tu imam yang baik? Dan sebagai perempuan sendiri, korang dah betul-beul persiapkan diri untuk jadi seorang isteri? Dah fikir masak-masak untu meninggalkan alam bujang? Dah pandai masak? Dah hilang semua malas yang berkerak? Dah?
Jadi, sebelum nak ambil keputusan untuk berkhitbah tu, tilik dulu diri sendiri. Ubah mana yang patut dan buktikan pada parent korang yang korang boleh berumah tangga. Kahwin bukan untuk nafsu semata-mata. Kahwin tu memerlukan komitmen yang penuh. Nak ke anak-anak korang nanti menderita kerana kesilapan korang?
Macam mana nak elakkan melakukan maksiat sebelum kahwin? Banyak cara sayang semua. Janganlah terus clash kalau tahu korang tak kuat tambah yang dah couple empat, lima tahun. Ada 3 cara mudah yang boleh diapplykan iaitu
1. Mengurangkan
2. Menjauhkan
3. Meninggalkan
Nak tau macammana nak mengurangkan, menjauhkan and meninggalkan?
Nah! tiga tips baca sendirik. Jangan jadik baluq liat sangat. Till then, hopefully, bergunalah jugak sikit walaupun tak banyak. Chiaoo!
No comments:
Post a Comment