Pages

Friday, May 8, 2015

WORKING HOUSEWIFE vs FULLTIME HOUSEWIFE

*Cuci desktop*

Asslamualaikum, lama sungguh blog ni sepi. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri dan banyak tanggungjawab lain yang perlu dilunaskan. Ada yang sedang bahagia dengan kehidupan realiti jadinya cebisan-cebisan dirinya yang lain sudah hilang. Ada jugak yang sedang struggle untuk sesuap nasi hingga terpaksa melupakan perkara lagha yang tak memberi apa-apa untuk makan.

Okay, where should I start? Sekarang ni semua dah dewasa kan? Bukan lagi belasan umur dan masing-masing dah kerja dan mungkin berkeluarga. Why not kita berbicara tentang kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja. Mana satu prioriti? Bagi yang baru tukar title sebagai isteri mesti tengah pening lagikan?

Culture shock gittuww.

Like seriously, bagi aku penat gilaaa dan lambat jugak nak adapt untuk uruskan hal kerja dan rumahtangga. Kau umpamakan bekerja lebih dari 12 jam. Okay, kita detailkan dengan lebih terperinci. Bangun seawal 5.30/6.00 am then mandi, kejut husband, prepare breakfast, siap-siap untuk kerja. 9.00-6.00 is waorking hours. Balik rumah, kemas sikit-sikit, masak, makan malam dengan suami, basuh baju/lipat baju, NAHH dah pukul 11.00 pm. Then Tidur untuk bangun seawal tadi dan rutin berulang seperti biasa. Sebab itulah eyebag makin menjadi-jadi hitamnya.


Macam mana nak handle situasi supaya sentiasa disenangi suami dan kita juga tidak tertekan?

Untuk aku, first sekali kita kena set mind yang situasi sekarang dah berubah. Ada tanggungjawab bertambah. Most of it, bila kita sayangkan suami kita, kita akan rasa ikhlas nak layan dia. Kita nak dia makan masakan kita. Kita nak dia rasa bertuahnya dia dapat kita. Prioriti. Sebagai isteri, prioriti pertama adalah suami. It's okay to going back from work on time. Tak salah untuk bekerja dan tak salah jadi workaholic tapi kena ada kesedaran yang above all of it, keluarga ada syurga kita.

Berterus terang. Ramai sangat isteri yang mengadu, suami bila balik ruma tak membantu. Sebenarnya silalah tanam dalam kepala tu yang lelaki ni lurus. Jangan banyak berkias untuk mintak tolong. Straight forward je bila nak mintak dia tolong buat kerja rumah. Tapi pastikan dengan suara lunak dan package goyang punggung sikit. Hee. InshaaAllah takda suami yang sanggup tengok isteri dia tunggang terbalik buat kerja rumah sengsorang. Sebagai ganjaran, rajin-rajinlah make up kat rumah dan berpakaian paling sexy yang boleh. Lagi galak diorang menolong. Hehe.

Paling utama sebenarnya adalah ikhlas. Bila kita ikhlas, semua yang kita buat akan rasa mudah dan seronok. Tapi, jangan risau bila ada masanya kita tak mampu nak sediakan yang terbaik. Kita semua manusia ada limitnya. Suami pun bukannya Firaun, mereka akan faham.

Okay, setakat ini je untuk kali ni. Bye~



2 comments:

catherine- said...

akhirnyaaaaa.... :) :) :)

jadikan nyonya sbg idol. kt rumah still pakai short walaupun betis dh menggerutu. In sha Allah bahagia till jannah.

Elsa said...

informasinya sangat bagus, trimakasih

tips memutihkan badan
tips mencegah asam urat naik
tips mengobati asam urat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...