Pernah mengalami situasi di atas dalam perhubungan? Hubungan cinta ni kalau boleh kau map atas kertas dan buat pengiraaan statistik, kau sebenarnya boleh plot data tu sebagai graf, kau tahu? This is actually serious okay. Aku bukan main-main. The thing is, who on Earth yang ada hubungan terlalu mendatar yang mencatatkan graf uniform distribution? You know what I mean? Terlalu mendatar? Yang puncaknya almost mencatat satu garisan lurus? Gila la master siaaaaakk. *sarcasm*
Ada waktu dan ketika keadaan begitu aman harmoni. Tapi seperti ramalan cuaca juga, ada masa ribut salji atau gempa bumi hadir tanpa disedari. Cuma bezanya, cuaca alam boleh diramal, tapi tidak untuk cuaca yang dalam hati. So in case sebelum berlaku apa-apa yang tak diingini, bersedia sediakan payung sebelum hujan--SENTIASA.
Kalau gaduh masam sekejap lepas tu tak sampai sehari dah boleh senyum-senyum balik, okay itu perhubungan sihat namanya. Tapi bila gaduh dah mula tak bercakap berhari-hari then salah sorang dah mula "perlukan masa", traffic light dah tunjuk tanda amaran "berhenti" agaknya? Jadi kena ambil tahu tanda-tanda amaran yang hadir dalam perhubungan. contohnya ayat "saya perlukan masa" ni. Mungkin tu satu petanda yang hubungan korang mula nak meretak dan si dia dah mula berasa tawar hati dengan perhubungan korang.
Situasi "perlukan masa" ni ada dua. Satu, si dia perlukan masa kerana betul betul nak tenangkan fikiran dan sediakan diri untuk membina hubungan yang lebih baik dengan korang. Ini kira benda baik. Bila dia perasan yang hubungan semakin hambar, for the very least dia ada effort nak jernihkan hubungan dia dengan memperbetulkan diri dia sendiri instead of blaming you. Bagus lah ada jari telunjuk tetapi tak guna cuma untuk menuding, kan?
Jadi bila ada situasi pertama ni muncul, berilah dia masa. Kau dah cukup baik dapat si dia yang tak menyalahkan kau bila hubungan ada masalah. Sebaliknya dia cuba perbaiki diri. Even though mungkin sebenarnya bukan salah dia, tapi salah kau sendiri.
Dalam perhubungan, biasa lah memang susah untuk salah seorang mengaku kesilapan bila hubungan ada masalah. Dah taknak mengaku salah, menuding-nuding lah ke dia. Kadang-kadang, mungkin realitinya orang ketiga tak wujud. Tapi punya lah taknak nak mengaku salah sendiri tu, watak orang ketiga yang tak pernah wujud pun tiba-tiba jadi ada. Sebab tu hubungan selalu goyah dan ada yang tak tahan asyik goyah, hubungan makin lama makin tak kukuh and lastly ended. Pathetic betul lah, tahu?
Probability "saya perlukan masa" jenis pertama ni mungkin tak berapa tinggi nak dibanding probability jenis kedua.
"Saya perlukan masa" jenis kedua adalah benda common yang biasa terjadi bila si dia kata "saya perlukan masa". Iaitu hubungan akan berakhir setelah kita memberikan dia masa untuk menenangkan fikiran. For girls, mungkin korang pernah putus hubungan dalam situasi menggunakan alsan "saya perlukan masa" ni, kan? Ada sesetengah lelaki, they have no guts to directly tell their girls that they wanna end it. Situasi "no guts" ni pun ada dua; no guts yang bermaksud tak berani sebab dia dah curang kat belakang, atau "no guts" yang diorang sebenarnya takmahu lukakan hati korang kalau dia berterus-terang nak hentikan hubungan atas sebab-sebab tertentu. And of course, bukan takut nak clash sebab dah curang.
Korang pun faham kan? Ada sesetengah hubungan yang putus bukan disebabkan kecurangan atau ketidaksetiaan. Mungkin ada faktor-faktor yang tak boleh dielakkan? Who knows?
Untuk si penyelingkuh (selingkuh-curang dalam bahasa Indonesia), ayat "saya perlukan masa" adalah sebaris ayat yang digunakan sebagai ayat alasan nak putus dengan korang. Orang kata, masa nak jalin hubungan dulu kemain beradab siap jemput masuk dalam hati lah, tanya "Would you be the queen of my heart"-ewww eww lah, bila dah taknak, macam kurang ajar pulak main tinggal macamtu je. So "Saya perlukan masa" ni kira langkah beradab jugaklah sebelum diorang menyingsing kaki seluar dan angkat kaki blah dari hidup korang or whatever. Walaupun "perlukan masa" tu cuma lesen alasan semata-mata.
#Ekceli aku sendiri taksangka boleh terfikir alasan-alasan bodoh untuk yang kaki selingkuh ni untuk ditaip. =..=
Tapi in real life, susah kita nak jangka hati manusia. Even orang tersayang macam si cinta hati. Langkah selamat bila satu hari nanti ada sesiapa yang terjebak dalam situasi "Saya perlukan masa", fikir yang tak elok dulu takpe. Then, buad persediaan mental. Bila dia nakkan masa, beri dia masa. Lepastu, fikir optimis. If ever hubungan korang akan jadi lebik baik lepas fasa "perlukan masa", boleh la tarik nafas lega dan teruskan hubungan menjadi lebih baik daripada waktu dulu. Bear in mind, korang takkan ulangi hubungan hambar yang dulu. If ever lepas fasa tu, hubungan korang berakhir, redha la. Anggap je takde jodoh. Dalam dua kemungkinan, salah satu akan berlaku. Jadi sebelum ia berlaku, sediakan mental yang kuat. Takut kalau-kalau hubungan berakhir lepas tu.
Kalau si dia jenis yang elok takde ribut-ribut tiba-tiba perlukan masa untuk tenangkan fikiran, mungkin ada benarnya dia betul-betul mahu tenangkan fikiran seketika. Berikan dia masa yang dia perlukan.
Kalau si dia dah terbiasa jenis ribut-ribut dan ada history pula selingkuh dengan kau, tiba-tiba "perlukan masa", be cautious itu mungkin petanda hubungan korang mungkin akan berakhir. Bila itu berlaku, jangan tergesa-gesa assume. Mungkin juga dia benar-benar perlukan masa, siapa tahu? Berikan juga dia masa. Lepastu kau bersedia lah hadapi apa jua kemungkinan yang ada.
Membuad keputusan dalm perhubungan ni sama je situasi dengan membuad pilihan dalam kitar hidup. Ada flowchart. Ada dua options, Yes or No. Dan secara normalnya, kita cuma mampu untuk memilih salah satu options. Kalau Yes, maka jalan hidup yang kau ambil akan berbeza dengan jalan hidup No. And vice versa. Tapi tak mustahil, jalan antara Yes and No akan bersilang dan bertemu pada satu lagi jalan yang sama. Di jalan yang itu, kau sekali lagi harus memilih sama ada Yes atau No. Proses memilih dan membuad keputusan dalam hidup adalah suatu proses yang berulang-ulang. Tiap kali, kau harus memilih antara dua pilihan. Setiap kali, kau perlu memilih yang terbaik untuk keadaan diri kau masa tu.
So, let the best options win.
14 comments:
kadang-kadang bila ada yang tanya; jom kita kawen? then kita jawab, saya perlukan masa. itu boleh jadi dia belum bersedia ke arah itu kan?
hana: yep. itu juga boleh dikatakan dia belum bersedia. kalau dia dah bersedia dari segi mental pun, mungkin dia tidak bersedia dari segi kewangan.
eyka pernh kena..sedihhh -.-
eyka share tau...nti eyka backlink blik ;p
saya perlukan lebih masa untuk menulis semula
ngee~
-rin-
Bleh aq tnya korng something x? Aq dgn awek aq dh bahagia slama setahun 4bulan dn 13 hari. Tpi sejak dua menjak ni die berubh bile dh ad hnset ad wechat. .aq die abaikn. .skrng die kata die nk bersendirian. .aq cintakn die sngat2 aq setia dgn die selama ni. .die mrh aq sbb aq kongkong die. .aq kongkong die sbb aq cintakn die and aq xnk die terlepas ke tngan owg. . tpi knp die minta masa? Aq cme ad die jea. Mak bpk aq dh cerai. .diowng bwk haluan msing2 sedara mara aq xdpt terima aq sebb aq anak luar nikah. Aq takda sesiapa dlm idop ni kecuali die. Tpi knp die nk tinggalkn aq. Aq ni hine sngt ke pda die?
aq...aq....woi pergi bersunat dulu laaa...duk aq...aq...AKU LA!!!
Hahahahaahahahahha... yang tuh kelaka...
Klau si dia perlukan masa kerana si dia mahu lihat kita brubah dan keadaan sekeliling yg mnimpa keatas dirinya dsebbkan diri kita plak mcm mna? Adakah prhubungan itu dpt dselamatkan
Sya nk tanya..dia ni seorang pompuan yg panas baran..kadang tu manja..semenjak dua menjak ni dia daa lain..selepas ada problem..problem tu cuma kecil jee sya rasa..sya cuma ckp knpa nk kuar tak ckp..tu jee..tiba2 dia angin..dia ckp semak..sejak tu dia daa lain chat tak balas..call berpuluh kali tak angkat..kadang tu dia reject..bila sya ckp dia ada org lain dia marah..kata sya tuduh melulu..lepas tu dia Block ws sya..wc hidden moment..bhasa dia dgn sya pun daa kau aku..dia ckp Jgn cari dia,Jgn call dia,dia ckp dia nk sendiri..jdi itu dia memang perlu kn masa ke atau dia daa tawar hati..tak pun dia ada org lain
So klau gf minta 'saya perlukan masa' and then if i contact dia mcm marah and dia tak block ws but dia tak save no just senang cakap status dia/aku mmg takleh nak nampak . So still got chance sbb relationship ni dah 2thun and masa tu jugak dia tggl kan aku time exactly tahn baru yg aku dah start kumpul duit berhenti rokok what should i do let it go or fight utk relay ni plss help murung ni
aku baru kena. buat awek aku mengamuk. Awek aku ckp bg dia ruang. RIP
kalau mcm kitaorg ni sllu gaduh. nthen dia nk break. tpi die tk lost contact. die kate sebb bila ade hubungan die frust sebb die rse die punca gaduh. die kte nk perbetulkn diri. perlukn masa dan masa untuk sendiri. tpi kalau chat memg mcm biasa tpi tkde pggil syg or rindu lah. tuh mksdnya masih boleh baik ke?
Sama mcm keadaan sy. Kitorg dah msuk 4thn in relationship. Tiba2 Bf sy ckp kt sy dia nk kwn je buat msa ni, dia nak sendiri2. Hampir 10hari kitorg tak contact, dia x cari sy. Sy yg cri dia blk. Tp dia still layan sy dgn baik. Cuma xde luah2. Dia baik, xde org ketiga dlm hubungan ni. Sy buntu skrg ni, sy nak taw sgt kenapa blh jd mcmni huhu. Sy syg sgt ngan hubungan ni
Aku dengan dia kawan je , dalam fasa nak kenal kenal la senang citer . Baru berapa bulan je kenal . Dah 3 4 bulan kenal cemtu tiba tiba dia cakap dia perlukan masa . Dia tak terus terang dengan aku apa masalah dia , setelah aku korek korek dapat la tahu sikit . Ex dia datang balik dengan membawa 1001 harapan supaya dapat terima dia balik . Sejak tu dia ckp dia perlukan masa untuk menyendiri dan terus block whatsapp . Hm dia baik , aku tak salahkan dia pun . Mungkin keadaan memaksa . Now seminggu lebih dah tak contact . Tak apa la , aku redha je apa keputusan dia . Ada rezeki dia contact lah aku . Apa apa pun semua yang terjadi mesti ada hikmahnyaaa .aku tunggu je dia contact aku , tapi aku tak berharap pun yang dia contact aku . Sakit nanti bila berharap tapi kau dapat keputusan yang sebaliknya
Post a Comment