Pages

Wednesday, December 7, 2011

Dilema Wanita Hari Ini.

Wanita zaman sekarang ramai yang bercita-cita tinggi. Dalam pelbagai aspek, wanita mempunyai sikap ingin bersaing dan ingin turut maju ke hadapan seperti lelaki. Tidaklah sesuatu yang menghairankan, apabila banyak bidang yang dulunya dikuasai lelaki seperti bidang kejuruteraan, kini kuota kekuasaan itu turut terpaksa dikongsi bersama kaum wanita zaman ini. Hihi. Walaupun wanita sejenis makhluk Tuhan yang boleh multi-tasking, sebenarnya wanita zaman sekarang banyak berdepan dengan dilema-dilema seperti berikut:



1) Skill berumahtangga seperti memasak.

Wanita yang berpelajaran tinggi ada yang menghadapi permasalahan ini. Bagaimana logikalnya perkara ini boleh menjadi suatu dilema? Jika wanita telah terbiasa belajar di asrama seperti asrama penuh dsb, 6 kali sehari makan minumnya tender makcik kantin atau dewan makan yang sediakan untuknya. Bila melangkah ke alam matrikulasi atau asasi, kafeteria pelajar yang menjadi sumber makan minumnya. Bila sudah menyambung ke ijazah sepenuh masa pula, pihak universitinya melarang mahasiswa/i-nya untuk melakukan aktiviti memasak di dalam kolej kediamannya. Sedangkan perkakas elektrik yang hanya dibenarkan menjadi ahli bilik hanyalah heater elektrik dan seterika baju. Yang bawa rice cooker senyap-senyap pula, silap-silap balik kuliah, dah lesap disita pihak U. 

Tidak hairanlah, bilangan penuntut universiti wanita boleh tahan tinggi peratusan taktahu memasaknya.

Jadi lelaki, anda harus terima kemungkinan isteri bergraduat universiti anda punya dilema sebegini.

Jangan pula diherdik dan diduakan dirinya dengan berkahwin lagi. Waktu inilah, hubungan ibu mertua dan isteri boleh dipererat dengan mengikuti kursus memasak bersama ibu si suami. ;P


2) Kebersihan dan kekemasan.

Sebagai penuntut universiti, aku pernah mengalami situasi ini. Pergi ke bilik orang lain, buka pintu, tu diaaa dah macam kawasan baru lepas dilanda tsunami. Cadar tilam diganti dengan longgokan baju-baju dan tuala lembap. Tak kira lagi ada undies yang entah dah dipakai atau belum. Dihiasai pula dengan 'cermin mata' pelbagai saiz pelbagai warna yang ada juga tersangkut di bidai tingkap. 

Tidak mahu berfikiran negatif, aku hanya mengambil langkah selamat dengan beranggapan mungkin terlalu banyak assignment dan projek luar yang tidak memungkinkan tempat tidur dan almarinya sekemas bilik hotel.

Ya, ini juga satu dilema. Jika kebersihan dan kekemasan sendiri masih tak menyempat nak jaga, inikan pula bila sudah berdua. Dan tak lama kemudian jika sudah bertiga, berempat sehinga ke ber-seratus-ribu pula. Err ramainyaaa. ;P


3) Jodoh dan Pertemuan.

Pernah terjumpa atau berada di dalam situasi berada dalam kalangan wanita berpengaruh dan punya ketokohan? Wanita berduit dan bertender besar, bermain dengan nilai matawang minima ratusan ribu ringgit, punya keyakinan melaung hak dan berhadapan dengan lautan manusia, yang kerjanya menjadi bos atau ketua dalam syarikat. Duduk di kerusi tengah dalam bilik mesyuarat. 

Ramai juga wanita seperti ini masih single dan tidak berpunya. Yang sampai jodoh pula, dirinya berumahtangga hanya bila kitaran haid-nya mula mengalami masalah dan mula memberi petanda sudah mahu berhenti. Ini juga satu dilema wanita.

Tidak asing untuk lelaki berasa 'inferior' dan terlalu rendah diri bila mahu mendampingi wanita berjaya seperti ini. Wanita sudah punya falsafah mereka sendiri. Sudah punya kedudukan dan ruang pengaruhnya tersendiri. Bimbang dirinya diperbandingkan dengan wanita itu bila mereka bersama. Dan mungkin esok lusa akan timbul permasalahan lain pula. Ada sesetengah lelaki akan rasa dirinya 'tidak berguna' dan dilabel orang lain cuma mahu mengikis harta. =..=

Dilema wanita. Juga akan mendatangkan dilema kepada lelaki. Dilema wanita juga ada yang disebabkan oleh situasi. Dan ada juga yang berpunca berakar umbi dari diri sendiri. Memang diakui, wanita zaman kini banyak dugaan dan cabarannya yang tersendiri. Sebagai wanita, seharusnya walau bagaimana zaman berubah, sifat wanita itu masih mampu kekal seperti zaman ketika wanita berlonggokan di tepi sungai dan mencuci pakaian. Hihi.

Tu je perkongsian hari ni. Terima kasih kerana membaca ya? ;P


2 comments:

hanaahmad said...

dalam dilema juga aku membacanya ni. haisyh.

Unknown said...

sebab tu wanita sekarang xperlu memilih lelaki yg perfect...cukup lah yg elok budi pekerti dan beriman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...