Pages

Saturday, August 18, 2012

Salam Raya.



Assalamualaikum..

Baju baru dengan desain terkini.
Kain duyung dengan layer chiffon beropol lagi..

Wedges, heels dan juga ankle boot 4,5 inci.
Pin sana, pin sini

mahu stailkan shawl sampai kepala senget ke kiri.

Aksesori di badan yang bewarna-warni.
Tak lupa DSLR untuk gambar meriah di FB,

memang itu penangan Aidilfitri, 
kepada semua perempuan ini.

Kami di 1001 Perempuan, elok bersimpuh dan menyusun jari memohon maaf,
dari hujung metatarsal sampai hujung scapula di atas segala salah silap bahasa serta entri yang mencuit rasa kalian semua.

Diharapkah perubahan yang berlaku di waktu Ramadan ini akan berterusan dan bukan hanya berhenti setelah berakhirnya Ramadan pada tahun ini. Dan jangan lupa untuk merasa cukup di hari yang mulia ini juga bersyukur kerana masih mampu menghirup manisnya bau kuih Winter Sonata di pagi raya.

Juga diharapkan tidak berlaku mana-mana kemalangan kepada perempuan yang asyik bershopping last minute dan kami semua menanti-nantikan gambar camwhore anda di pagi Raya untuk memenuhi newsfeed kami !

Selamat menyambut Aidilfitri Wal Faizin! :)






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...