Monday, August 13, 2012

Ulama Instant

Assalamualaikum.
Eh, mentang2 gambar bawah tu muslimah dan-dan tertib kan haku.


Sebelum nak cakap apa pun, tahniah dulu untuk akak-akak yang dah berubah ni dan alhamdulillah. Apa yang aku nak meleweh kat sini bukan pasai depa kat atas ni. Tapi pasai depa yang 'ulama instant' ni. Bukan tak bagus ramai pakat berilmu agama, tapi ilmu agama je tak cukup kalau takde ilmu pengetahuan. Eh? macam beza lah pulak kan? Yep memang beza. 

Why I said so? (ewahh, ntah betul idak grammar aku)
Sebabnya bila baca komen-komn kat bawah gambar yang dijumpai di facebook ini, membuatkan darah aku membuak-buak nak cakap jugak! Kepada ulama-ulama instant sekalian, cubalah memberi sokongan bukan hukuman. Yes, memang mereka ada segelintir yang baru bertudung dan masih ada yang tak sempurna lagi. Tapi kenpa kita perlu nak kelebet yang tak sempurna tu? Kita sesama muslim ni sepatutnya bagi sokongan pada yang baru berhijrah ni. Ingat senang ke hapeh dari free hair dan berbaju curvy sana sini ke tudung litup berlengan panjang berkain labuh? Sedangkan yang dah sedia bertudung dari tadika ni pun berlamabak je baju tak cukup meter.

Takde manusia kat dunia ni yang sempurna. Nabi Muhammad S.A.W ja yang sempurna, Itu pun ada jugak yang mendengki. Well, baby yang baru lahir tu pun amik masa nak berjalan, bercakap. kenapa perlu nak mengharapkan kesempurnaan untuk mereka-mereka yang baru nak lahir semula ni? Sepatutnya kita bersyukur sebab mereka sanggup tolak arena keglameran dan keseksian semata-mata untuk bertudung. Aku rasa, dengan wujud ulama-ulama instant macam nilah yang buat sesetengah perempuan free hair tak nak berhijrah. Takut kena kondem. Please, jangankan nak dapat pahala tazkirah, dapat dosa lagi ada sebab jadi punca orang takut nak berhijrah. Nak nasihat mestilah boleh, tapi dengan cara yang betul dan berhemah.

Plus, untuk mereka yang masih mengirai rambut umpasa kain sutera tu, jangan lah kita menghentam selahap-lahapnya. Mana tau, satu hari nanti, Allah kasi hidayah, terus kau berpurdah segala kalah kau yang dok pakai tudung hana tajima tu. Hidayah tu milik Allah. Kita perantara ja.

*Btw, mana yang kita pilih nak tengok, orang yang berhijrah terus pakai labuh=labuh kendian makin singkat ke sebaliknya? Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit guys. ;)

Ni links untuk gambar di atas --> [link]





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...