From : Gadis miskin
Salam buat encik,
Saya publishkan love letter untuk encik kerana saya ingin menyatakan keinginan yang saya mahu dari encik. Seperti yang encik kenal, saya gadis miskin. Miskin harta benda, miskin rupa paras, miskin kepandaian dan miskin agama. Sebenarnya, saya sangat terharu kerana encik sudi menerima saya yang serba-serbi kurang ini. You're AWESOME dude.
Tetapi, sebagai gadis miskin yang malamnya dihiasi mimpi-mimpi keindahan, saya masih tamakkan kemewahan. Sebelum encik memandang jijik, silalah fahami dulu ketamakan saya ini. Saya miskin harta benda tapi tak bermakna saya menginginkan encik sekaya steve jobs sebab bila mati, pening pulak sya nak cari orang untuk disaman. Cukuplah encik berharta mampu untuk menanggung saya dan anak-anak tanpa rungutan. Saya miskin rupa paras tidak bermakna saya mahukan lelaki yang handsome bak aaron aziz sebab saya tak segagah diana halik untuk membenarkan lelaki saya didamba gadis lain. Cukuplah senyuman encik yang manis apabila melihat wajah saya.
Dan yang paling utama, agama. Saya memerlukan seorang lelaki yang dapat mengingatkan saya setiap kali liat bangun subuh. Lelaki yang mengejutkan saya di 1/3 malam untuk menjadi imam qiam saya. Lelaki yang mampu mendidik anak gadis saya supaya tidak jahil agama seperti saya. Saya sedar, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Tapi saya yakin, selagi kita masih ada niat baik dan berusaha ke arahnya, inshaAllah ada jalankan? Jadi encik, walaupun sekarang encik lelaki biasa tak bermakna encik takan luarbiasakan? Saya tunggu saat itu encik. Saya tunggu.
Yang benar,
Gadis miskin yang sangat mecintai encik.
2 comments:
saya juga gadis miskin pada kasih sayang. oleh itu setelah memiliki saya, mohon janganlah encik beri kasih sayang itu pada orang lain. saya bukan tamak, tapi seperti yg encik sedia maklum saya memang miskin.
oleh itu fahamilah, niat hati saya untuk tidak menandatangani sebarang surat persetujuan suami kahwin satu lagi.
saya setuju...saya baru menandatangani surat persetujuan yang saya akan mendambakan hidup dengan tuan...amin...
Post a Comment