Tuesday, July 2, 2013

KAMI DEMAND?

Assalamualaikum :D

Satu masa dulu kat twitter, aku pernah meng-reply satu tweet dari sorang hamba Allah kaum lelaki ni. Leboh kurang ginilah bunyi tweet dia. Aku dah tak berap nak ingat -.-

"Nak cari isteri, kena perempuan yang yang baik"

Mungkin ayat dia lebih sopan dari ni rasanya. Tapi sumpah aku lupa. Ini makna yang samalah jugak dengan tweet beliau. Disebabkan twitter tu ada limition jadi aku tak dapat nak jawab panjang. Here, I'm gonna elaborate my thought when I read that statement.

Semacam yang semua makhluk Allah especially beragama Islam ni mesti taukan tentang ciri-ciri memilih isteri. Indeed. Memanglah pilih perempuan yang baik ada dalam 4 ciri tu tapi sang arjuna yang nak memilih pun, kenalah ketahuan hala jugak, ukur baju di badan sendiri. Kalau sepanjang hidup sebelum kahwin tu tak pernah nak pandang sejadah, kiblatnya di pub/kelab malam, rasanya sesuai ke perempuan baik untuk mereka? Perempuan diwujudkan untuk menemani, dididik dan dijaga bukan dirosakkan. Dalam al-quran jugak ada cakap "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya". Definisi baik tu juga banyak maksudnya. Tak semestinya untuk yang bertudung labuh, terjaga sejak dari lahir je. Manusiakan sentiasa melakukan kesilapan. Kadang-kadang kesilapan yang dulu menjadikan seseorang baiknya sekarang, lebih daripada yang lain.


Kaum lelaki ni jugak demand, maukan perempuan yang canti, pandai akademik, bekerjaya, pandai masak dan serba-serbi kesempurnaan tapi sebagai lelaki, hebatkah awak dalam beragama? Paling kurang, mampukah awak menjadi imam yang sempurna untuk isteri dan anak-anak? Kalau umur lebih 20-an tapi solat 5 waktu pun tak cukup lagi, kuburkan kejap niat nak kahwin perempuan baik tu. Pandai sungguh lelaki sekarang menilai perempuan. Macam-macam komen aku baca. Pernah tak kaum ni terfikir 'kebodohan' dorang jugak? Contoh paling senang merokok. Setahu akulah, dah ada fatwa yang mengatakan merokok tu haram dalam Islam. Tapi kenapa sampai sekarang kaum ni bangga gila menghempus asap kotor tu di public? Haram halal kita pause kejap tapi sikap TAK MENGHORMATI orang lain tu yang biadap.


Jadi kat sini nak habaq, lelaki janganlah meletakkan kesempurnaan dalam memilih pasangan. Pilihlah yang berpadanan dan sam-samalah berubah ke arah kebaikan. Kalau nak diikutkan, perempuan perlulah lebih demand dalam memilih suami. Ini sebab suami tu tunggak keluarga, nakhoda kapal. Buruk nakhodanya, tenggelamlah kapal. macam tu jugak dalam rumahtangga. Aku, sebagai anak perempuan nak tegaskan bapalah yang sebenarnya mencorak bagaimana anak-anak itu terutamanya anak perempuan. Kerana bapa, lelaki yang paling dekat untuk dijadikan contoh dalam memilih bakal suaminya. 

Ni sesuai untuk pasangan yang dah kahwin beranak 10, tengah honeymoon, dan yang gatai meghela nak menikah dah. Kehkehkeh.


Till then, sm:)e


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...