Pages

Thursday, October 6, 2011

Berlari. Dikejar. Mengejar.




Seringkali kita melihat permasalahan hati sebagai permasalahan yang merumitkan, melemaskan, membosankan dan segala me. Hal ini kerana hati menjadi elemen pelengkap kepada diri. Tanpa hati, ah bisa mati! Tanpa hati, kau ibarat layang layang yang kehabisan tali. Tiada arah. Melayang kekanan kekiri. Di kemudi oleh angin yang kita tidak dapat di ramal kemana akan di bawa pergi. 

Kau, kau dan kau pernah alami situasi di mana kau mengejar seseorang yang cuba menjauhkan diri daripada kau, sedangkan ada orang lain yang mengejar kau? Ya. Berkenaan itu yang aku ingin cuba kupas daripada sudut pandangan yang tak berapa nak tepat aku ini. Mari aku wujudkan situasi untuk memudahkan kalian memahami.

Alexandra menolak pelawaan Tommy untuk mencari akses memasuki hatinya. Sedangkan Evanessa meminati Tommy dan seboleh bolehnya mahu merapati Tommy.

Peh gila nama nak pesen London. Aku bukan apa, kang aku letak nama Jah, Yah, Ella sekalipun Siti kang ada yang terasa pulak ye dak? Kalau aku letak nama London takde maknanya omputih tu nak baca.

Ok. Biasanya perkara ini akan berlaku begini:



Aku mengejar tanpa henti. Kadang kadang kau berhenti, toleh kebelakang tersenyum manis/sinis lihat aku masih merapati. Kau tahu senyuman kau tu buat aku makin bersemangat untuk mengejar even aku tak dapat tafsir itu sokongan atau sindiran. Tapi lepas seketika, kau sambung larian kau semula. Entah sampai kemana dan entah sampai bila. Dan aku? Aku jadi macam Seth Tan nak pikat Nora Elena pada permulaan cerita. Boo.

Berlainan pula dengan yang mengejar aku. Dia mengejar aku sedangkan aku mengejar yang di hadapan. Kau nak tahu bila waktunya aku akan melayan yang mengejar aku? Ketika aku berehat selepas penat mengejar. Sekejap sahaja waktu itu, sebelum aku teruskan mengejar semula selepas penat aku reda. Cilaka bukan?

Sampai bila perkara ini akan berlaku? Selagi tiada yang mahu mengalah atau selagi tiada yang mahu beri akses untuk insan lain masuk ke dalam hati. Seperti watak yang aku pegang dalam cerita ini, aku rasa aku perlu move on daripada apa yang aku kejar dan berikan perhatian pada yang mengejar aku. Ya, jika langkah ini yang aku ambil, mungkin yang aku kejar itu akan berasa kecewa aku berpatah balik dan tidak teruskan mengejar. Lagi cilaka jika dia langsung tak perasan yang aku dah move on dari membontoti dia.



Tapi pada aku, move on itu perlu. "Jangan kau kejar senja sebab lepas senja, malam akan tiba. Jangan kau kejar pagi, sebab lepas pagi, akan muncul tengahari. Tapi apa yang kau perlu lakukan, cuba sesuaikan diri dengan apa yang kau lalui. Sebab kau akan rasa semuanya sekali."
Korang faham ke tak yang aku cakapkan nie? Ah. Maksud mudahnya, cuba lepaskan apa yang kau kejar tu. Walau kau suka dia macam apa sekalipun. Sampai bila kau nak jadi macam mat gian tak dapat dadah? Cuba terima apa yang mengejar kau. Sebab yang kau kejar, belum tentu kau akan dapat. Tapi apa yang mengejar kau tu tentunya dah ada depan mata kalau kau berhenti mengejar yang di hadapan.
Faham?

Nasihat aku, jangan sampai dua dua terlepas sudah.

p/s : Kadang kadang berkenaan hati nie memang cilaka kalau di ikutkan.

12 comments:

Akim Iqbal said...

Makan hati la gamaknya

Eyka said...

sukee :)

"Jangan kau kejar senja sebab lepas senja, malam akan tiba. Jangan kau kejar pagi, sebab lepas pagi, akan muncul tengahari. Tapi apa yang kau perlu lakukan, cuba sesuaikan diri dengan apa yang kau lalui. Sebab kau akan rasa semuanya sekali. :)"

Atika Katimin said...

yang mengejar. hargai ape yang ade.kan? <3

Unknown said...

Suka la part yang senja-senja tu. Best betul ayat :)

Comek said...

Akim Iqbal : Move on lah kalau perlu.

Eyka : Jangan menunggu dengan obses sesuatu yang kita dah tentu tahu atau kita belum pasti apa akan berlaku. :)

Eiyka Kathymin : Yezzaaa! Apa yang ada sudah tentu kita akan dapat. :)

Syaza Zul : Thanks :)

insta: lea_na_nur_ said...

dush! kata2 ini wat sy terasa. tp sy dua2 mengejar sy. tp slh seorg tuh kami lari bersama. hmm.. kejam kn?tp masing2 tahu dri masing2. tp tah la.

Comek said...

Haish pesen beruntung betei dua dua mengejar. Lihat mana yang mengembirakan, mana yang lebih selesa di dampingi. Pilihan merupakan satu janji untuk cuba membahagiakan.

silent said...

tapi hati itu rumit.cuba menerima siapa yang mengejar sedang hati masih ada pada yang dikejar.

Comek said...

Tahu tak hati tak pernah puas?

Eyka said...

tapi maslhnye eyka still kejar org yang eyka nak itu wlpn org itu tak pernh ckp suke eyka.. -.- sedih kan? :P

nina said...

Boleh aku pinjam ayat senja senja tu?

Unknown said...

Ayat "Senja" tu padu betul sis! Sungguh bermotivated! Thanks sis kerana telah membuka mata saya! 💯

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...