Pages

Wednesday, November 30, 2011

wanita dan bau badan

tajuk je aku rasa dah mampu buat orang keluar dengan falsafah masing2... 
ada yg cuba buat flashback zaman sekolah, zaman kolej or zaman sebelum kawen...
zaman sekolah penuh dengan bau tengik yang mampu buat sesak nafas... 


**
alkisah aku teringat zaman aku sekolah asrama. macam biasa, kebersihan tu jadi tanggungjawab sendiri. kau mau basuh baju atau tak, itu kau punya pasal. yang pentung kau pergi kelas pakai baju 'nampak' putih bersih. 


hari pertama aku daftar, mcm biasa semua org busy unpacking brg msk locker. tgh2 packing brg, aku nmpk sorg akak senior. terus aku tya org tuaku... "mama, org asli boleh masuk asrama ea??" nampak tak apa yg aku cuba sampaikan? fuh! dia sungguh kusut. berambut kusut masai dan berbaju sekolah kale putih kelabu..aku repeat PUTIH KELABU.. itu masa 1st day msk sekolah asrama..


bila hari2 aku perhati, perempuan ni ada bau bdn yg sgt busuk dan tengik! bau mcm stokin masam yang tak basuh sebulan.. boleh imagine kan bau dia?? setiap laluan yang dia lalu, confirm melekat bau badan dia... memang sangat2 busuk sehinggakan mampu buat orang dapat migrain... 
itu kisah zaman sekolah...


**
zaman kolej.. zaman pra matang gadis2... zaman ni la gadis2 nak belajar erti hidup.. blaja mcmn nak uruskan diri sendiri tanpa bantuan keluarga.. mcm biasa, hari2 yang sibuk dengan kelas dan assignment sampaikan makan dan minum pon tak teratur...apatah lagi penjagaan diri sendiri.. 


back to business.... bau badan?? pernah bau badan sendiri? atau bau badan member sebelah? atau bau ketiak yang mampu meyesakkan hidung... kalau aku bau, cukup buat angin aku bergelora mcm angin taufan, mampu buat aku memaki hamun dan yang paling best mampu buat aku berapi tatkala assignment yang berlambak2 dan menunggu dateline..


**
korang tau tubuh bdn kita akan menghasilkan 2 kelenjar...akrin dan apokrin... korang boleh rujuk kat sini untuk bc lebih lanjut pasal 2 kelenjar ini ok.... KELENJAR 2 BERADIK


**
so sebagai golongan yang prihatin, aku nak tolong korang yang mengalami masalah bau badan ni.. yang penting korang tak payah malu dan rajin.


TIPS:


  1. kerap2 la korang mandi... pagi, waktu zuhur, ptg... sekerap yang mungkin... 
  2. prepare la minyak wangi dalam handbag korang... tak perlu minyak wangi yang mahal2..cukup sekadar body cologne.. nak lagi tahan lama beli yang eau de parfum... tapi eau de toilette pun da memadai... The Body Shop pon da ok..
  3. rajin2 la tukar baju.. kalau da sedar yang diri korang tu kuat berpeluh, tukar la baju tiap kali korang nak keluar.. bau peluh yang dah kering tu mampu jadi aroma therapi yang boleh buat kawan2 korang pengsan ok...
  4. deodorant! ini wajib.... supaya  bau ketiak korang yang macam kilang peluh tu boleh dicoverkan dengan bau deodorant... at least!
aku xsure tips aku ni membantu atau tak..tapi why not kalau korang cuba kan... daripada korang penuhkan handbag korang dengan barang2 make up korang, apa salahnye korang spare kan perfume, body cologne and deodorant kan... untuk kebaikan korang jugak...

korang kene paham yang member2 korang xmampu nak beritahu perkara yang sebenar... biasalah... diluah mati bapak...ditelan mati mak... so korang kena pandai2 jaga kebersihan korang sendiri ok... basuh baju sekerap mungkin.. jangan setakat rendam baju korang dengan softener je ok....

bf korang, kalau da bg hadiah perfume maknaya paham2 la sendiri ok... muka cantik, badan mesti bau wangi jugak ok...

jadi gadis, jadi wanita berkerjaya, xsalah kalau spend duit korang untuk kebaikan korang jugak kan... scrub la badan2 korang yang dah penat bekerja.. tak salah luang masa hujung minggu untuk belaian diri sendiri... scrub badan, tonyoh badan korang kuat bagi semua daki tertanggal...

insyaAllah, lepas ni tiada lagi bau badan!! 

biar cantik muka, cantik budi, cantik peribadi.... ok sayang???


Sunday, November 13, 2011

A Ways to . . . .




Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak membalas pesanan ringkas yang di beri.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak menjawab panggilan yang bertubi tubi.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak meluangkan barang seminit dua untuk bertanya keadaan diri.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak memberi sebarang reaksi bila kau berkata kau sakit gigi.

Kawan, sahabat, friend, teman. Kau tidak sunyi. Tidak. Langsung tidak.
Cuba kau buka mata. Keluar daripada hitamnya jiwa. Kau lihat sekeliling. Masih ada hidupan bernyawa?
Daripada situ kau sudah dapat satu jawapan bahawa kau tidak sunyi. Masih ada yang menemani.

Aku tahu. Keluarga, sahabat apalagi musuh tidak sama penangannya berbanding kekasih. Kekasih kau boleh cari. Siap boleh tuding  dengan jari kekasih yang bagaimana yang kau mahu cari. Tapi kau boleh cari keluarga cari teman dengan cara bagaimana kau mahu cari kekasih tadi? Aku tahu. Aku tahu. Memang kedengaran cliche. Tapi itu yang kau kena tanam dalam benak fikiran kau yang dah sebati dengan diri kekasih yang buat kau di gantung tidak bertali. Malah ada yang bodoh tuli bebal babi buang teman buang keluarga demi kekasih. Itu keji. Kalau kau kata kau boleh dapat teman dapat keluarga dengan cara kau dapatkan kekasih. Satu saja jawapan yang akan aku beri. FAKYEWWWW!

Ok lets make it clear girls. Pada aku as a lelaki, jika perhatian yang dahulunya diberikan kepada kau sangatlah almost 24/7 but lately sehari pun kadang kadang dia tak cari kau, boleh jadi dia sudah bosan. Ya. Bosan dengan hubungan kalian. Bosan weh kalau setahun, dua tahun gaya hubungan korang sama je. Mendatar. Muak. Macam kau makan kuih ketayap tawar sambil tenung gambar Dr Rozmey.

Cuba kau as a girls, ubah sikit gaya hubungan. Kalau boyfie kau minat MU, belikan dia jersey even dia dah ada. Tak payah nak yang ori sangatlah, Padang Besar sudah. Kau cari latest latest info tentang team bola yang dia minat. Kalau team dia menang, send la satu mesej congrate kat dia. Kalau team dia kalah jangan pulak kau dok menganjing. Mau kau kena penerajang sulung kang. Lelaki kalau fanatik bola lain sikit buasnya. kehkehkeh. Nak lagi true kau ajak dia tengok live match sama sama dekat mamak. Its sooooooo romantik u know.

Cara lain yang girls boleh buat, ubah cara pengggilan dekat boyfie korang tu. Daripada pesen beby-abang, papa-mama, ayah-ibu, errrr ok geli. Korang tukar la kepada panggilan yang ada sense of humor siket. Tak kan memanjang nak gedik gedik manja. Bored. Nak lagi sedap, panggil ke boyfie tu lu-gua. But selitkan la unsur humor. Jangan dok keras sangat serius panggil lu-gua. Pada aku, lagi happening relationship tu. Rasa macam layan kawan. Kau nak bergurau dekat tempat awam pun takde sape yang dok kisah kalau kau guna panggilan macam tu berbanding yang berbaby-baby dekat public.

Nak lagi bagus, kau tanya dekat boyfie tu apa yang dia nak untuk jadikan hubungan korang jadi menarik. Mana tahu girls yang tak bertudung, boyfie nak korang berubah kepada bertudung. Bagus apa. Even pada mulanya bertudung atas sebab 'boyfie suka', insyAllah nanti lama lama kau akan sedar kau bertudung kerana Allah. But if kau tanya apa yang boyfie nak untuk buat hubungan jadi menarik, boyfie kau just melembabkan diri, tunggu apa lagi. Just move on. Tak nampak sangat kau kurang side of attraction bila kena dump nanti. kahkahkah.

P/S : Ada yang kata blog ni dah macam Terfaktab sebab asyik up entri cinta. Lantaklah. kahkahkah.

Saturday, November 12, 2011

Panties, Pantiliners dan Kebersihan Wanita.

Afternoon dudes and dudettes.

Bila sentuh kebersihan wanita, tak lain tak bukan ramai boleh agak tentang kebersihan apa. Nama pun homosapiens bervagina. Vagina tu kira subject of woman cleanliness la secara amnya selain kebersihan asas lain.

Kebersihan vagina adalah penting untuk wanita. Crucial importance, okay folks? In reality ramai perempuan ambil ringan kebersihan vagina padahal hakikatnya vagina tu melambangkan sisi kewanitaan kau yang sepatutnya kau elok-elok jaga dia.

I just don't know why.

Adakah dengan bersandarkan di atas pemikiran bahawa takde orang lain nak tengok vagina kau selain kau sendiri?

Atau kau fikir "tak perlu nak jaga vagina sangat lah bukan aku ada laki nak tengok; nak rasa pun?" =='

Anggapan dan sentimen seperti di atas adalah salah sama sekali. Jangan fikir perempuan sudah bersuami je perlu pentingkan kebersihan bikini part diorang. Orang kata habit jaga kebersihan dekat bikini part ni kena amalkan sejak anak gadis lagi. Bukan dah bergelar bini orang baru sibuk nak jaga dia.

Speaking of pantiliners. Berapa ramai je perempuan yang benar-benar mengamalkan pemakaian pantiliners pada hari-hari biasa di luar waktu haid? Sebelum tu, kalau ada kaum Adam yang baca artikel ni, pantiliners tu very much like regular pads waktu perempuan period pakai. Tapi pantiliners tu dia nipis dan kecil sedikit. Gabungan perkataan liners dan panties. Biasanya pantiliners digunakan bila waktu penghujung haid atau waktu pengeluaran lelehan cecair dari vagina atau keputihan berlaku pada hari-hari biasa.

Macam motto Carefree Pantiliners; "Feels Like A Liner, Acts Like A Pad:" ;P

Aku pernah mengalami satu pengalaman yang aku kira festaim punya experience aku tengok keadaan panties orang lain sebegitu rupa. Pernah sekali aku jalan kat kawasan perumahan aku, ternampak banyak 'baby-baby' (you know what I mean) bergantungan di ampaian luar rumah. Ada lah satu rumah ni. Bila aku zoom kanta mata aku, tu diaaaa. Panties dia still ada kuning-kuning entah macam kuning teloq ayam belakang rumah aku ke apa entah. I was like, Euww? Ada pulak dua tiga helai panties lain yang berlubang tengah. WTfuuu? Apa reason sampai boleh koyak macamtu sekali? #jaw dropped
this is called as a panty (plural: panties). #betty boop tuuuuuu.
First hypothesis aku. Mungkin si empunya panties-panties berkenaan tak biasakan diri pakai pantiliners sebagai alas yang acts as barrier between permukaan panties dengan vagina dan liquid absorber dari cecair atau lelehan yang keluar dari vagina pada hari-hari biasa selain waktu datang haid.

Atau sebenarnya dah lah tak pakai pantiliners, dia pula jenis yang lepas guna panties, tak terus rendam atau cuci je panties tu selepas mandi ke apa. Nak juga kumpul sebakul baru nak cuci. Tu pun guna washing machine. Sebab tu ada lagi stain 'egg yolk' euww euww yeck tu.


Sebenarnya lah kan, tak kisah pun kau nak guna pantiliners ke tidak. Bagi aku, kalau kau guna pantiliners, kira hygenic la sikit. Nak solat pun senang. Cuma tinggal buang pantiliner dan ganti pantiliner baru sebelum solat. Terjamin sikit kebersihan tu nak dibawa untuk solat. Mana lah tau bermusafir mana-mana ke atau tengah outing kat luar. Penggunaan pantiliners ni senang kata dia memudahkan walau di mana pun kita berada.

Kalau kau jenis yang memang tak guna pantiliners waktu hari-hari biasa, itsokey la babe. Takde masalah langsung pun. Just be aware yang panties kau perlukan penjagaan yang lebih. Mungkin ada lelehan cecair vagina yang melekat pada panties. Jadi kalau dah macamtu silalah jangan bertangguh untuk mencucinya ye. Kalau tunggu lama-lama, alamatnya bersemut lah panties kau. Tu yang sampai jadi berlubang tu. Hihi.

Panties. Pantiliners. Pads. Ni semua berkaitan dengan kebersihan bikini part atau vagina. Rasa-rasanya kalau ada yang terasa tu, minta maaf lah. Tak salah menegur dan ditegur. Seperti biasa, kebenaran tu memang pahit untuk ditelan. ;)






P/S : Lepas ni harap-harapnya aku tak terserempak lagi lah dengan kuning telur ayam belakang rumah aku atau panties yang berlubang lagi. Hihi.

Wednesday, November 9, 2011

BSS dan BPS.

Penulis 1001P memang lebih cenderung ke arah material "Cinta". Sebab kami tahu entry "cinta" tak pernah basi. #rolled eyes

Ada yang bercinta stail single. Bukan bercinta perasaan single. Tapi bercinta stail single. Bercinta perasan single, tu masalah namanya. Apa yang aku cuba nak sampaikan, bercinta, tetapi tidak diikat dengan status 'relationship'. Beza antara bercinta stail single dengan bercinta perasan single adalah seperti berikut :

Bercinta Stail Single (BSS)
Perasaan dizahirkan kepada si dia. Sebelah tangan yang bertepuk di sambut dengan sebelah tangan si dia. So " Tepuk Kedua Belah Tangan Berbunyi" ==" Tapi perasaan tu hanya mereka je yang mengerti. Kesetiaan dipateri. Tetapi tidak untuk hubungan itu. Jika mereka tu kawan, so the friendship remains. No new relationship is tied.

Bercinta Perasan Single (BPS)
Sikap tipikal orang bercinta yang cenderung curang. Ada komitmen (in relationship), tapi bila duduk seorang, mengaku single. Ada marka, tapi buad buad macam takde.

Kat pasangan dia kata "Aku Cinta Padamu, Hanya dikau seorang pujaan hatikuuu".
Kat orang lain, "Aku single lah. Couple? Wak luuu!"

Pesen orang mintak penampaq kat muka.

Bila Si Single Bercinta.

1) Macam takrifan BSS seperti di atas, orang jenis ni, dia bercinta. Dia punya pilihan hati. Dan si dia telah maklum mengenai itu. Masing-masing dah jelas dengan perasaan dan kedudukan masing masing.

2) Stail bercinta yang santai dan agak rare. Kenapa rare? Tak ramai manusia mood 'mengawan' yang boleh tahan diri untuk tidak jump into a relationship. Tak ramai yang boleh pastikan komitmen perasaan pada si dia akan terjamin setia tanpa sebarang ikatan 'relationship'. Sesetengah orang sangka, bercinta stail gini tak terjamin hubungan dan rasa cinta itu akan berkekalan. Ada yang takut nak bercinta single sebab tak mahu si dia dikebas orang. Tindakan in relationship sekurang-kurangnya memberi gambaran yang si dia dah kau cop untuk kau je. Declare yang dia officially gf/bf kau. In reality, yes. Bila berstatus gf/bf orang, tendency untuk orang lain nak menggatal kat dia tu kurang. Kalau still ada, tu petanda si dia tu jenis yang too hot to resist atau orang yang mengusha line tu jenis takpaham bahasa tak kisah kebas hak orang. Haha.

3) Stail si single yang bercinta, the key is komitmen perasaan tidak kelihatan oleh orang lain but at the same time, they know who they are. Sedar diri yang hati dah berpunya. Pada masa yang sama juga, they know that they can't overreact. Sayang sederhana, tak cemburu buta, tak mengongkong. Sebab dari awal, they decided not to tie  a relationship. "Hey, kau kawan aku. Tapi kau jangan lupa, kau tu ada tempat istimewa dalam hati aku. So you should know where the boundary is."

4) The best part, takde anniversary ticker. Yang daisypath ke entah apa namanya tu. Biasanya kalau blogwalking kat blog especially blogger perempuan, kau jumpa lah nanti anniversary ticker tu. Tu maksudnya dia dah berpunya. Tu tak masuk lagi yang menepek gambar boyfriend kat dalam blog dia. Hihi. Bercinta stail single, takde istilah anniversary. Sebab bagi mereka, cinta tu takperlu dirai cuma pada hari-hari tertentu. Sepanjang tahun pun cinta mereka 'alive'.

Bila yang dah jalin hubungan perasan single.

1) Depan marka kemain macam dah takmau pandang orang lain dah. Bila kena tinggal dua tiga saat sat, mula lah buad perangai perasan single dia. Ulat bulu dah naik daun. Pantang yang dahi licin. Pantang yang peha gebu. Pantang yang rambut cacak tajam yang kalau cicak jatuh atas kepala kompom mati tercucuk punya; mula lah dia mula perasan single depan orang lain.

2) Kalau peribahasa "menanam tebu di pinggir bibir" orang selalu guna, orang BPS ni kita kena guna peribahasa yang tak terperi dia punya hyperbola. Kalau berkata-kata, dah tahap main tuang gula pasir kampit 10kg kat dalam mulut pun belum tentu setaraf nak compare betapa ber'gula'nya mulut diorang ni bila mengayat.

3) BPS ada kemungkinan pasang marka lebih dari satu. Ada tendency. Bila depan marka yang ini, dia kata "kau lah yang satu.". Di depan marka yang itu, "hanya kau di hatiku". Hakikatnya? satu tambah satu sama dengan dua. Err.

4) Orang bercinta perasan single dia suka dapat pujian daripada kawan-kawan dia. "Eh, awek lu macam minah Korea la. Muka lu macam daun pintu tandas tak siap pun boleh dapat awek cun cmtu eh? Hebat lah lu.". The truth is, mereka yang BPS ni dia pasang awek/boyfie pun cuma nak menunjuk depan orang. Kalau diorang betul betul serius dengan korang pun, dia jenis tak suka hidup terikat dengan komitmen. That's why dengan bersosial lebih atau pasang marka lain, diorang rasa 'carefreeeeee'. Saje main-main. Sebab bagi diorang, fasa bercinta belumpun lagi masuk fasa yang serius perlu komitmen.

5) Orang BPS tak takut rahsia mereka bocor. What's with the fear of kantoi? Ramai lagi kot marka aku. Sorang blah, ramai lagi yang beratur pegang slip nombor giliran. #Apa kau fikir ni ruang menunggu klinik ke?

6)


#Saje biar blank.

Kbai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...