Sunday, November 13, 2011

A Ways to . . . .




Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak membalas pesanan ringkas yang di beri.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak menjawab panggilan yang bertubi tubi.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak meluangkan barang seminit dua untuk bertanya keadaan diri.
Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak memberi sebarang reaksi bila kau berkata kau sakit gigi.

Kawan, sahabat, friend, teman. Kau tidak sunyi. Tidak. Langsung tidak.
Cuba kau buka mata. Keluar daripada hitamnya jiwa. Kau lihat sekeliling. Masih ada hidupan bernyawa?
Daripada situ kau sudah dapat satu jawapan bahawa kau tidak sunyi. Masih ada yang menemani.

Aku tahu. Keluarga, sahabat apalagi musuh tidak sama penangannya berbanding kekasih. Kekasih kau boleh cari. Siap boleh tuding  dengan jari kekasih yang bagaimana yang kau mahu cari. Tapi kau boleh cari keluarga cari teman dengan cara bagaimana kau mahu cari kekasih tadi? Aku tahu. Aku tahu. Memang kedengaran cliche. Tapi itu yang kau kena tanam dalam benak fikiran kau yang dah sebati dengan diri kekasih yang buat kau di gantung tidak bertali. Malah ada yang bodoh tuli bebal babi buang teman buang keluarga demi kekasih. Itu keji. Kalau kau kata kau boleh dapat teman dapat keluarga dengan cara kau dapatkan kekasih. Satu saja jawapan yang akan aku beri. FAKYEWWWW!

Ok lets make it clear girls. Pada aku as a lelaki, jika perhatian yang dahulunya diberikan kepada kau sangatlah almost 24/7 but lately sehari pun kadang kadang dia tak cari kau, boleh jadi dia sudah bosan. Ya. Bosan dengan hubungan kalian. Bosan weh kalau setahun, dua tahun gaya hubungan korang sama je. Mendatar. Muak. Macam kau makan kuih ketayap tawar sambil tenung gambar Dr Rozmey.

Cuba kau as a girls, ubah sikit gaya hubungan. Kalau boyfie kau minat MU, belikan dia jersey even dia dah ada. Tak payah nak yang ori sangatlah, Padang Besar sudah. Kau cari latest latest info tentang team bola yang dia minat. Kalau team dia menang, send la satu mesej congrate kat dia. Kalau team dia kalah jangan pulak kau dok menganjing. Mau kau kena penerajang sulung kang. Lelaki kalau fanatik bola lain sikit buasnya. kehkehkeh. Nak lagi true kau ajak dia tengok live match sama sama dekat mamak. Its sooooooo romantik u know.

Cara lain yang girls boleh buat, ubah cara pengggilan dekat boyfie korang tu. Daripada pesen beby-abang, papa-mama, ayah-ibu, errrr ok geli. Korang tukar la kepada panggilan yang ada sense of humor siket. Tak kan memanjang nak gedik gedik manja. Bored. Nak lagi sedap, panggil ke boyfie tu lu-gua. But selitkan la unsur humor. Jangan dok keras sangat serius panggil lu-gua. Pada aku, lagi happening relationship tu. Rasa macam layan kawan. Kau nak bergurau dekat tempat awam pun takde sape yang dok kisah kalau kau guna panggilan macam tu berbanding yang berbaby-baby dekat public.

Nak lagi bagus, kau tanya dekat boyfie tu apa yang dia nak untuk jadikan hubungan korang jadi menarik. Mana tahu girls yang tak bertudung, boyfie nak korang berubah kepada bertudung. Bagus apa. Even pada mulanya bertudung atas sebab 'boyfie suka', insyAllah nanti lama lama kau akan sedar kau bertudung kerana Allah. But if kau tanya apa yang boyfie nak untuk buat hubungan jadi menarik, boyfie kau just melembabkan diri, tunggu apa lagi. Just move on. Tak nampak sangat kau kurang side of attraction bila kena dump nanti. kahkahkah.

P/S : Ada yang kata blog ni dah macam Terfaktab sebab asyik up entri cinta. Lantaklah. kahkahkah.

10 comments:

Lucifer said...

Tapi perempuan hidupnya tak semata-mata cinta kan?

dearly I D A said...

kahkahkah! mek. 1001P dah jadi terfaktab? hahaha.

well well. utk @lucifer. hidup perempuan tak semata-matanya cinta. Tapi aku rasa perempuan memang gila cenderung benda2 berkaitan cinta berbanding benda lain.

kalau kitorang up entry cinta, pantas je butang like diorang tekan. err. hihi.

*telan pahit air liur kaum sendiri.

Eyka said...

keh keh keh..gua suke blog ini sebab macam terfaktab..er er..keh keh keh :P

sokong lucifer!! :)

kbai! keh keh keh :P

Comek said...

Memang, hidup perempuan tak semata mata cinta, but cinta dah macam jadi nasi dalam hidup. Walau tekak nak merasa western food dalam sehari, tapi nasi akan tetap di cari.

Lucifer said...

Memang ia macam nasi, tapi cinta tu luas kan, bukan setakat perhubungan antara lelaki dan perempuan?

Comek said...

Ya. Cinta itu memang luas. Just untuk entri ini, cinta itu aku fokuskan kepada perhubungan lelaki dan perempuan. Lain kali akan aku up mengenai pengertian cinta yang tidak merangkumkan hanya lelaki dan perempuan di dalamnya.

hanaahmad said...

masalahnya pula bagi aku, asyik jumpa lelaki jenis yang mengada2nya lebih mengalahkan orang perempuan. aku nak panggil gua-lu, dia lak nak berbaby-baby bagai, aku jenis suka tgk bola dan main futsal, dia lak jenis lain. yang kes cenggini camne pula tuh? mohon pendapat wahai dr cinta. keh3.

EZAD AMIR said...

Kesimpulan drp semua komen2 diatas..
Lepaskan apa yg tersimpul...
Cinta berenjin kn nafsu berakhir di semak samun..
Cm xde kaitan plak dgn entri ko..

Anonymous said...

aku ber 'hang' 'aku' saja ngn bf aku.. tp bila depan, 'tak baik mcm tu..' iyalah mcm tak sopan.. rilek la mak, xjd bini dia g.. kihkih..

Bos Klik said...

BEST SELLER PRODUK
TOKO ACHONG - HUA


- Alat Bantu Sex Pria

- Alat Bantu Sex Wanita

- Cream Pembesar Payu Rara

- Kapsul Pembesar Payu Dara

- Kapsul Peninggi Badan

- Kecantikan

- Kesehatan

- Kondom Silikon

- Minyak Pembesar Penis

- Obat Kuat Pria

- Obat Pelangsing

- Obat Pembesar Penis

- Obat Penggemuk Badan

- Obat Penumbuh Rambut

- Obat Penyubur Sperma

- Obat Perangsang

- Penghilang Tatto Permanen

- Vakum Pembesar Penis

- Vakum Pembesar Payu Dara

- SELAMAT BERBELANJA -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...