"Typical girl..."
"Bapak tipikal sial perempuan macam tu"
"Boleh tak awak jangan jadi perempuan yang tipikal"
Berikut merupakan antara dialog-dialog ataupun lebih tepat lagi jenis-jenis cemuhan yang kebanyakkan gadis-gadis di luar sana amat membenci untuk mendengar. Sudah nama pun cemuhan, siapa yang suka dicemuh? Tetapi persoalan terbesar disini bukanlah mengenai jenis-jenis cemuhan yang disukai oleh para wanita tetapi lebih kepada persoalan kenapa wanita kurang gemar dipanggil sebagai tipikal? Adakah kerana menjadi tipikal itu bakal menjadikan mereka seolah-olah kurang menonjol? Ataupun menjadi tipikal itu bakal menyebabkan mereka mandul tujuh keturunan? Disini kita akan membincangkan mengapakah kaum wanita sensitif apabila dipanggil sebagai seorang wanita tipikal.
Maaf sekiranya penulisan kali ini kelihatan seperti karangan berformat perbincangan kerana tika dan saat ini aura serta suasana disekeliling penulis dipenuhi dengan aura pra-Penilaian Menengah Rendah yang bakal penulis duduki pada bulan hadapan. Diharap para pembaca yang sedang membaca sekarang ini dapatlah memanjatkan doa buat penulis agar dipermudahkan jalan untuk ditempuhi kerana liku-liku yang datang mengcengkam dan segala aral melintang seringkali mematahkan semangat penulis untuk meneruskan hidup di atas bumi yang fana ini. Semoga pembaca semua tidak lokek untuk mendoakan penulis.
Marilah kita berbalik semula kepada punca kepada sensitiviti perempuan yang wujud dalam perbincangan ini. Tidak malu rasanya untuk saya mendakwa ramai perempuan di luar sana yang langsung tidak tahu maksud kepada perkataan "tipikal" berkenaan. Mungkin sekali akibat ketidakfahaman maka wujudlah kesensitiviti yang tidak bertempat apabila dipanggil seorang yang tipikal. Untuk menjimatkan masa saya untuk menelaah pelajaran, maka saya tidak akan menerangkan apa maksud "tipikal" tersebut. Maaf.
Berbalik kepada fitrah manusia itu sendiri, kebanyakkan manusia bercita-cita untuk cuba menjadi lain daripada yang lain agar tidak sama dan berbeza dengan kebanyakkan manusia. Semuanya seolah-olah mahu menjadi "the only person of its kind". Seperti mereka satu-satunya mereka dan tidak sama dengan manusia yang lain. Ya memang ironi apabila kebanyakkan mereka yang mahu menjadi si tunggal itu rata-ratanya mempunyai idola masing-masing. Tetapi untuk menjawab persoalan disini, perempuan enggan dan membenci dipanggil tipikal adalah kerana mereka tidak suka dikaitkan dengan sesuatu dan dipandang sedarjat serta sama seperti perempuan yang lain. Oh ya, dan mereka juga sukar menerima hakikat mengenai diri kecuali berkaitan dengan kecantikkan yang ada pada mereka.
Maka cukuplah sudah penyenaraian tiga isi penting mengenai punca mengapakah kaum perempuan sensitif apabila dipanggil sebagai seorang perempuan tipikal. Diharap para perempuan di luar sana tidak cepat melenting dan merajuk apabila dipanggil tipikal kerana respon yang sebaiknya apabila dipanggil seperti berkenaan adalah dengan bertanyakan kepada si pendakwa kenapa dan apakah yang membuatkan anda tampak tipikal. Saya akan menulis mengenai tipikaliti perempuan dan selanjutnya pada hari-hari yang mendatang. Sekian.

raar