Ia ibarat cinta yang tiada nokhtahnya kecuali mati. Simbiosis yang erat antara wanita dan duit tidak dapat di sangkal. Walaupun orang cakap duit bukan segala-galanya, namun jauh di sudut hati seorang wanita menganggap tanpa duit maka akan kiamatlah dunia! bersedia untuk mati dan terus ke neraka.
Lelaki. Kalian jangan anggap ada wanita boleh hidup tanpa duit. Ohh.. hipokrit semata-mata jika ada wanita yang berkata sedemikian. Tahu tak setiap langkah kaki kita di dunia ini perlukan duit?! Jauh di sudut hati saya tahu, setiap wanita sangat sangat sangattt mendambakan duit yang cukup untuk menampung kehidupan mereka sampai ke tua.
Apakah kepentingan duit pada seseorang wanita dan bagaimana cara untuk memastikan seseorang wanita itu TIDAK PUTUS HUBUNGAN dengan duit walau apa keadaan sekalipun.

Wanita pada masa kini lebih panjang umur dan hidup lama berbanding lelaki. Jadi, sebagai wanita kita sepatutnya risau akan keadaan kita pada masa depan. Tapi tak ramai wanita sedar akan kepentingan menyimpan dana (DUIT) untuk keperluan akan datang atau saat-saat yang tidak diduga.
Berikut adalah apa yang harus anda bimbangkan:-
1) Gangguan Kerjaya - Wanita cenderung lebih bersifat keibuan dan mementingkan keluarga. Semasa muda dan masih bekerja dan belum berumah tangga, wanita cenderung menyara orang tua dan adik-adik yang masih sekolah. Wang gaji setiap bulan habis untuk memenuhi keperluan rumah, yuran sekolah adik dan ubat-ubatan. Bagi wanita yang terpaksa pula berhenti kerja untuk menjaga orang tua yang sudah terlalu uzur, sudah tentu akan menghadapi risiko kebuluran. Erhh.. Tak lah sampai kebulur tapi pasti stress bila memikirkan hal-hal yang memerlukan wang. Mana nak dapat duit setiap bulan kalau tidak bekerja ye dak?`
Lain pula jika sudah berumahtangga. Berkahwin dan mempunyai anak kecil. Wanita akan mengambil cuti rehat yang lama. Tiga bulan cuti tanpa gaji misalnya akan membawa masalah pada wanita walaupun ada suami yang menanggung makan minum dan pampers anak. Dengan gaji suami RM3000 sebulan sudah pasti tidak dapat menampung beban sewa/loan rumah, loan dua biji kereta (suami isteri masing-masing ada kenderaan), semua jenis bil (astro, air, elektrik, telefon dsbgnya), pampers anak bini, makan minum dan pakaian. Sanggupkah anda wahai wanita menggadai/menjual semula aset yang dibeli hasil titik peluh sejak sekian lama?` barang kemas misalnya.
2) Pendapatan Yang Lebih Rendah - Secara purata dari segi pendapatan, wanita mendapat kurang daripada lelaki. Walaupun jurang nampaknya semakin kecil, sebab sekarang ini wanita mendapat hak yang hampir sama rata dengan lelaki tapi dari segi kuasa, lelaki masih lebih daripada wanita. Jadi, sedar-sedarlah wahai kaum wanita, kita masih "miskin" berbanding lelaki. Apa lagi kalau wanita itu tidak pandai buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Hanya mengharap gaji bulanan atau elaun dari orang tua/suami.
3) Hidup Bersendirian - Berbanding lelaki, wanita pada masa kini lebih cenderung hidup bersendiri lebih lama. Lambat berkahwin misalnya. Seolah-olah tiada lelaki yang cocok buatnya untuk menjadi peneman hidup. Ada juga wanita yang menganggap hidup sendiri lebih bebas dan tidak perlu fikir akan tanggungjawab yang besar pada keluarga dan rumahtangga. Silapnya ada wanita yang lupa akan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Hidup bersendirian sepatutnya kita mempunyai masa yang panjang untuk mengumpul dana sebagai persiapan pada masa depan yang tidak diduga. Tapi sebaliknya, wanita lebih cenderung menghabiskan wang yang ada untuk shopping, bercuti dan sebagainya. Ada juga wanita solo hidup menanggung beban orang lain. Beban hutang boyfriend misalnya. Dari mata kasar orang lain yang melihat wanita bujang yang berkarier hidup senang dan kaya. Golongan inilah yang mudah diperdaya oleh sebahagian lelaki atau boleh jadi sahabat baik sendiri.
4) Pergantungan Hidup - Kebanyakkan wanita sedari lahir sudah biasa bergantung hidup dengan orang tua. Bila sudah berkahwin pula, wanita dijaga oleh suami. Dalam hal ini, wanita sering menganggap bahawa segala-galanya akan dijaga untuk mereka. Bayangkan apa yang akan terjadi pada wanita ini sekiranya berlaku hal yang tidak diingini seperti kematian orang tua atau perceraian dengan suami?
INGAT! adik beradik, saudara mara terdekat malah sahabat baik sekalipun tidak dapat membantu anda bila ia melibatkan hal DUIT!
Berikut adalah perkara yang perlu anda beri tumpuan:-
1) Keutamaan - Wanita perlu memahami dengan jelas apa yang menjadi keutamaan dalam hidupnya. Orang tua, adik beradik, kekasih, suami, anak-anak dan diri sendiri. Jangan bermimpi untuk menjadi kaya raya dengan harta orang tua yang akan ditinggalkan. Jangan bermimpi akan berkahwin dengan lelaki jutawan. Berkerja dan mula menyimpan dana dari sekarang. Merancang perbelanjaan juga penting. Wanita cenderung berhabisan menjelang perayaan dan juga ketika jualan murah. Tidak salah kerana apa yang dilakukan para wanita biasanya bukan cenderung untuk diri sendiri tapi untuk semua orang disekelilingnya. Keluarga dan keperluan rumah. Tapi jangan lupa simpan sebahagiannya untuk diri sendiri. Ini penting untuk memenuhi hal-hal yang tidak terduga seperti yang telah dinyatakan di atas.
2) Terbalikkan Hasrat - Sebagai ibu bapa, menjadi hasrat utama untuk memberikan yang terbaik pada anak-anaknya. Ya, wanita sebagai ibu. Sedia memenuhi semua tuntutan anak-anak demi kesenangan mereka pada masa depan. Memberi pelajaran dan keselesaan hidup. Dan kemudian, berharap si anak dapat membalas semula jasa mereka. INGAT! peranan wanita sebagai anak dan peranan wanita sebagai ibu sangat berbeza. Kehendak dan keperluan juga berbeza. Jika anda benar-benar menyayangi anak anda, sebagai orang tua anda harus sediakan dana yang secukupnya sebagai persiapan di hari tua agar tidak menyusahkan anak-anak yang baru nak mula merasa hidup susah (cabaran mencari kerja dan mulakan hidup berumahtangga).
3) Peluang - Terokai setiap peluang untuk menjana pendapatan dapat memaksimumkan keupayaan anda untuk terus menyimpan. Bekerja dan carilah duit semasa muda dan masih sihat. Peluang-peluang lain seperti hidup di taja sugardaddy atau boyfriend juga jangan di pandang mudah. Menyimpan selagi boleh kerana sampai masanya anda juga akan ditinggalkan. Ok. Bunyi agak mengarut di situ tapi realitinya tetap berlaku.
4) Pendidikan - Tambahkanlah ilmu kewangan anda dari semasa ke semasa. Belajar menyimpan mengikut pelan kewangan yang baik. Rancang kewangan untuk jangka masa panjang dan juga untuk jangka masa pendek. Disiplinkan diri dan jangan malu untuk bertanya pada orang yang berjaya bagaimana cara dia bekerja dan menguruskan kewangannya. Jaga pergaulan dan tiru gaya hidup yang selari dengan diri anda selagi tidak membebankan untuk masa kini dan pada masa depan.
Saya yang menulis ini juga sedang belajar menguruskan dana untuk masa depan saya. Diharap perkongsian pada kali ini dapat membantu wanita-wanita di luar sana supaya lebih bersedia menghadapi masa depan yang penuh pancaroba.
Seks bukanlah segala-galanya pada wanita. Tanpa seks, kita masih boleh teruskan hidup dengan ceria dan bahagia. Yang penting, ada duit! Betul bukan?! Jadi, jangan berangan banyak sangat. Lakukan dan bertindaklah dari sekarang.
:)

5 comments:
please wanita . kembali lah pada seks . lupakan duit semua ni .
please .
=="" lelaki pun perlu duit utk dptkan seks tahu!!
aku cukup letih dengan perempuan yang masih lemah dan terlalu bergantung pada lelaki. aku suka ini entry.
perempuan mana ada perasaan seks bang. langsung tak ada. perempuan hanya suka duit lelaki sahaja. aku tak akan kahwin sampai bila2 dgn perempuan yg SEMUANYA mata duitan..
PEREMPUAN SEMUA MATA DUITAN!!! PEREMPUAN MANA ADA NAFSU SEKS. LANGSUNG TAK ADA. SBB TU PEREMPUAN BOLEH HIDUP TANPA SEKS SEBAB DIORANG MMG TAK ADA NAFSU SEKS. PEREMPUAN HANYA ADA NAFSU DUITT JE. buat apa nk kahwin dgn si mata duitan ni..tak ada maknanya. kitorang lelaki kena tipu je sampai bila2.
Post a Comment