tibe2 aku rasa nak menulis dan membebel kat sini.. aku tdp sepanjang hari dengan katil asrama gabung dua.. jadi katil besar saiz queen..mmg masyuk wa ckp lu!
**
#hotsetapbagai
aku ni bukan la bagus sangat.. bukan jugak penulis tegar yang mampu tulis tanpa peduli kata org lain.. tapi aku teringin nak bercakap tentang isu #hotsetapbagai.. topik yang aku rasa semua orang tau apa hot setap tu. ho setap! aku bukan hot setap dan mungkin juga hot setap tanpa pengetahuan aku... dang!
bila ada rasa ingin tahu yang membuak2, rasa musykil yang melampau, aku jadi teruja nak tau dan cuba sebarkan fahaman hotsetap ni. aku ni hanya laki biasa yang hanya duduk diam dan memerhati gelagat orang. biar orang pandang orang pelik kat aku..lagipon, manusia2 pelik mcm aku ni hanya mampu sebarkan kata2 melalui kata2... kalau aku tunjuk sapa diri aku, sumpah kau tak nak kawan dengan aku..tapi ni bukan point aku.. bila aku duduk diam dan tgk gelagat manusia yang berubah mengikut peredaran zaman, ada beberapa soalan yang terbang pusing2 dalam kepala otak aku... antaranya ialah :
- apa yang kau ada sampai kau jadi hot setap sgt??
- kau xcantik xhensem tapi kau hot gila! knp?
- kau bukan baik mana pon, perangai mcm setan, xmmpu diterima org perangai kau... ala2 manusia xde sirim, tapi kau hot!
- muka2 ala2 pecah rumah tapi semua orang kenal kau...
ok! soalan yang hampir sama tapi ditujukan kepada orang2 yang berbeza.. kesimpulannya adalah kenapa? kenapa? dan kenapa lagi....
bila semakin lama semakin byk jwpn yg aku dapat simpulkan.. bagi aku, hot setap ni ada 2 jenis... #hotsetap bersirim dan #hotsetap xbersirim..
**
#hotsetap bersirim
ini jenis pakej lengkap.. ada rupa, ada bakat, ada ilmu, ada gaya,mutu dan keunggulan. ini adalah barisan manusia yang di salute ats bawah..tabik spring siap! kalau aku ckp, dorang ni mmg memiliki gaya2 yang mampu org lain ikut... bukanla sekadar gadis/lelaki tipikal yang sibuk dok tiru style orang lain... yg aku nampak orang2 bersirim ni boleh la kau buat acuan dalam hidup.. kalau nak kata terlalu sempurna, itu mmg aku rasa aku penipu besar sbb aku kurang suka type2 bersirim... banyak saingan... walaupun saingan tu bagus..
**
#hotsetap xde sirim
yg ni type manusia muka pecah rumah, gadis kilang, gadis perah santan bau kelapa, laki p bendang bau lumpur dan sama waktu dengan dorg..bukanla aku nk rendahkan dorg, tp aku salute dengan golongan2 mcmni... pakej x berapa nak lengkap tapi kat satu sudut lain, dorang ada kelebihan.. itu la part yang aku suka kat golongan2 ni... dorang ni, kalau diketengahkan bakat, mmg superb!tapi xmampu nk kalah si golongan atas yg ada sirim sbb dorg ni xde rupa... alkisah ada sorg kawan aku..muka mmg layak bagi penyepak... ala2 sampah masyarakat... tapi bila part praktikal skill mcm welding besi, pergh! superb! hasil tiada tandingan... yg perempuan plak, rupa mmg hudus... tapi bila masak or make up muka org, kualiti setanding levis... tapi tu r... famous sbb bakat... kalau ikut rupa, mmg haram r nk famous...!
**
kat sini aku bukan la nak merendahkan mana2 golongan tapi aku cuba membezakan bagi korang semua boleh tgk bnd2 ni dari skop yg lebih kecil.. tapi aku rasa aku lupa satu lagi golongan.... gadis2 dan laki2 yang cuba jd hot setap sebab pakej rupa yg cantik tapi jiwan dan otak kosong...yg tu nak letak kat mn ea?? HAHAAH
No comments:
Post a Comment