Pages

Thursday, September 15, 2011

#Cinta

Secara spontannya aku tersenyum.
Wajah yang aku pandang satu per tiga saat itu terus melekat dalam fikiran.
Sepertinya wajah itu tiap masa aku tatap.
Matanya yang redup.
Hidungnya yang mancung.
Mukanya yang bujur.
Kulitnya yang mulus.
Ah celaka! Setiap inci wajah itu berlegar legar.
Aku cuba buang.
Aku rasa itu mainan perasaan.
Tapi, wajah itu terus terusan melambai.
Wajahnya indah. Wajahnya cerah. Melambai aku dengan ceria.
Aku tidak mampu bertentang mata walaupun hanya dalam imaginasi minda.
Aku kotor! Aku hina!
Sedangkan dia segalanya terjaga.
Malam itu dia datang.
Datang bukan memberi harapan.
Dia datang hanya untuk melambai tangan.
Teriakan aku hanya kuat dalam senyap.
Lontaran vokal tenggelam dalam kelamnya hati.
Dia hilang. Dia terbang.
Aku mahu dia pulang.
Aku menunggu tiap petang.
Aku mahu dia pulang.
Kuatnya perempuan membuat lelaki gila bayang.
Aku masih menunggu dia pulang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...